Tuesday 11 June 2024

2024 ANDALUSIA BHG. 12 (Rabat - Fes)

Mei 2024

NORTHERN AFRICA & SOUTHERN EUROPE
Morocco, Spain & Portugal
[MOROCCO: Casablanca, Marrakech, Rabat, Fes, Chefchaouen & Tangier]

Bahagian 12: Morocco
RABAT - FES

HARI KETIGA (4)

Part 28: Dari Rabat Ke Fes

Program lawatan kami di Rabat tamat selepas lawatan ke Hassan Tower dan Mausoleum Mohamed V. Perjalanan diteruskan menuju ke Fes yang terletak sejauh kira-kira 200 km dari Rabat.

Kota Rabat
Taman Awam
Supermarket Marjane (disebut: Marjan)
National Theatre
Sungai Wadi Bou Regreg
Pont Ribat El Fath (Jambatan Ribat Al Fath) menyeberang Sungai Wadi Bou Regreg
Mohamed VI Tower yang masih dalam pembinaan
Mohamed VI Tower dinamakan sempena Sultan yang sedang memerintah Morocco sekarang. Ia akan menjadi bangunan tertinggi di Afrika apabila siap kelak.
Rabat juga adalah bandar kediaman Raja Morocco. Kami turut melalui kawasan Royal Palace of Rabat. Istana sebenarnya tidak kelihatan dari tepi jalan raya. Yang dapat dilihat cuma tembok sekeliling istana yang dikawal oleh Pengawal-pengawal Diraja.

Bulatan berdekatan Royal Palace
Tembok Royal Palace
Istana ini dikawal oleh Pengawal-pengawal Diraja
 Lagi pemandangan pengawal yang sedang berkawal di sekeliling istana
Memang besar sungguh istana ini.
Pintu masuk ke istana
Pandangan lebih dekat pintu masuk ke istana
Tembok istana lagi!
Tempat Keluarga Diraja menunggang kuda
Selepas meninggalkan Royal Palace yang sangat besar itu, kami melalui pula sebuah kawasan hutan besar yang dinamakan Mamora Forest. Hutan yang terletak di pinggir kota Rabat ini adalah kawasan rekreasi yang popular di kalangan penduduk kota tesebut.

Mamora Forest di pnggir kota Rabat
Sebahagian hutan Mamora Forest yang sedang ditanam semula
Sebahagian besar pokok yang tumbuh di Mamora Forest adalah Pokok Oak
Hutan Mamora adalah kawasan rekreasi popular di kalangan penduduk Rabat
Selepas meninggalkan kawasan Hutan Mamora yang sangat luas itu, kami melalui kawasan-kawasan pertanian. Morocco adalah sebuah negara pertanian. Antara tanaman utama di negara ini adalah gandum, buah citrus dan sayuran. Hanya buah citrus dan sayuran yang dieksport keluar negara, terutama ke Eropah. Gandum pula ditanam untuk kegunaan dalam negeri.

Kawasan pertanian
 Lagi kawasan pertanian
Ladang gandum dan sayur-sayuran
Ladang gandum yang menguning
 Lembu dan kuda meragut rumput di tepi ladang gandum
Bas kami membuat persinggahan di sebuah kawasan rehat di lebuhraya yang bernama Ait Bouyahya El Hajjama. Ada sebuah bilik solat disediakan di kawasan rehat ini di mana kami mengambil peluang untuk menunaikan Solat Jamak Zohor dan Asar.

Bas berhenti di kawasan rehat lebuhraya
Kawasan rehat di Ait Bouyahya El Hajjama
 Ada kedai dan kafe juga disediakan di sini
Bilik Solat terletak di belakang kedai
Arah ke Bilik Solat. Rasa macam berada di France pulak bila tengok signboard yang ditulis semata-mata dalam Bahasa French. 
 Berjalan ke Bilik Solat
Ada bilik solat dan tandas yang selesa di sini. Tak seperti di toilet lain, toilet di sini dilengkapi dengan paip.
 Bilik Solat Lelaki
Bilik Solat Wanita
Lepas solat, kita masuk sekejap ke kedai dan kafe
Suasana di kafe
 Kaunter bayaran di kafe
 Kedai yang menjual bermacam barangan
Bas kami menunggu di sana
Signboard yang ditulis dalam Bahasa Arab dan Bahasa Berber. Tulisan yang seperti Tulisan Greek itu adalah Tulisan Berber.
Selepas semua dah selesai bersolat, kami meneruskan perjalanan ke Fes. Secara keseluruhan, perjalanan kami dari Rabat ke Fes memakan masa kira-kira 3 jam.

Meneruskan perjalanan ke Fes
Solar Panel
Banyak bunga dilihat berkembang di tepi jalan kerana Morocco masih mengalami Musim Bunga
Bunga di tengah jalan
Bandar di kejauhan
Meninggalkan kawasan bandar
 Masih perjalanan menuju ke Fes
Suasana di hari yang semakin lewat petang
Pemandangan indah dalam perjalanan ke Fes
Lagi pemandangan indah dalam perjalanan ke Fes
Sebelum datang ke Morocco, Myself bayangkan negara ini adalah sebuah negara yang penuh dengan padang pasir seperti di Arab Saudi. Setelah sampai di sini barulah kita tahu yang pemandangan di Morocco setara dengan pemandangan di Eropah. Walaupun majoriti penduduknya berketurunan Arab, gaya hidup mereka juga lebih mirip kepada penduduk Eropah.

Sewaktu berkursus di Egypt pada tahun 2010 dulu, Myself dan rakan-rakan pernah diberitahu yang Bahasa Arab mempunyai banyak dialek. Dalam banyak-banyak dialek Bahasa Arab ini, Bahasa Arab Moroccolah yang dikatakan paling sukar difahami. Tetapi disebabkan kita memang tak tahu Bahasa Arab, tak dapatlah kita nak mengesahkannya walau berpeluang sampai ke sini.

Suasana senja yang semakin berlabuh
Ladang-ladang gandum di Morocco memang sangat menguning pada masa ini
Tumbuhan-tumbuhan liar di tepi lebuhraya
Cantik menguning
Ladang gandum
Padang ragut
Sambil menikmati keindahan pemandangan Morocco dalam perjalanan dari Rabat ke Fes, kita lihat beberapa fakta menarik mengenai negara ini yang jarang diketahui oleh orang Malaysia. Umpamanya, kita sering mendengar kisah mengenai seorang pengembara Islam yang bernama Ibnu Battuta. Battuta sebenarnya berasal dari Morocco. Dia hidup di kurun ke-14 Masehi dan telah mengembara ke berbagai tempat di dunia termasuk Afrika Utara, Tanduk Afrika (Horn of Afrika), Asia Selatan, Asia Tengah dan Timur Tengah. Malah dia juga pernah mengembara sehingga ke Asia Tenggara dan negara China. 

Morocco adalah sebuah negara beraja di Utara Afrika. Nama lainnya ialah Maghribi. Raja yang memerintah dari tahun 1999 hingga sekarang ialah  King Muhammad VI. Beliau mendakwa keturunan Nabi SAW. Sejak milenium kedua sebelum Masihi, Morocco menjadi tempat tinggal kaum Berber. Dalam tahun 46 Masehi, Morocco ditawan oleh Rome sebagai sebahagian wilayah Mauritania sehingga abad ke-5 apabila orang-orang Arab Islam menguasainya pada tahun 685 dan menjadikan Morocco negara Islam dengan nama Maghribi. Orang-orang Berber turut memeluk agama Islam.

Morocco sejak zaman berzaman dikatakan jarang bersatu dan selalunya diperintah oleh suku kaum yang kecil membentuk negeri-negeri. Konflik antara orang-orang Arab dan Berber yang menduduki Morocco memudahkan Portugal dan Sepanyol menguasai dan menjajah Morocco. Pada tahun 1660 Morocco berada di bawah kekuasaan Dinasti Alawi yang mendakwa keturunan Nabi SAW hingga sekarang.

Namun sepanjang pemerintahan dinasti ini Morocco beberapa kali dijajah oleh Sepanyol, Portugal dan Perancis. Konflik antara Morocco dengan Algeria berhubung Gurun Sahara memudahkan Perancis menguasai Morocco terutama di sebelah selatan. Morocco pernah dibahagi dua dalam satu perjanjian antara Perancis dan Sepanyol. Wilayah di sebelah utara dikuasai Sepanyol manakala di sebelah selatan oleh Perancis. Walaubagaimanapun Dinasti Alawi terus menjadi raja sehingga Morocco merdeka pada tahun 1956.

Morocco adalah salah sebuah hub pelancongan terbesar di Afrika Utara. Kestabilan negara ini berbanding negara-negara Afrika yang lain turut menjadikan ia destinasi yang selamat untuk dikunjungi. Ada 9 Warisan Dunia UNESCO di Morocco. Setiap satunya mempunyai nilai sejarah, budaya dan senibina yang menjadikan ia tarikan pelancongan. Kami telah pun melawat 2 darinya di Marrakech dan Rabat. Perjalanan seterusnya ke Fes juga akan meliputi Warisan Dunia UNESCO ini. Di samping itu juga Morocco turut mempunyai ski resort tertinggi di Afrika bernama Oukaimeden yang berada pada ketinggian 2,630 meter dari aras laut di Pergunungan High Atlas.

Mentari terbenam di bumi Morocco
Satu lagi pemandangan indah ketika mentari terbenam di bumi Morocco
Selain gandum, pokok zaitun juga banyak ditanam di Morocco
Ladang gandum dan zaitun dalam perjalanan menuju ke Fes
Ladang zaitun

Part 29: Tiba Di Fes

Kami tiba di Fes pada pukul 8.30 malam. Pada Musim Bunga di Morocco ketika itu, jam 8.30 malam adalah waktu masuknya waktu Solat Maghrib. Solat Isyak pula masuk pada pukul 9.30 malam.

Tiba di Fes
Suasana malam di Fes
Setibanya di Fes, kami terus dibawa menuju ke hotel penginapan kami yang bernama Hotel Sofia.

Tiba di Hotel Sofia
Menurunkan bagasi dari bas
Membawa bagasi masuk ke hotel
Dinner malam ini disediakan di Hotel Sofia. Oleh itu sebaik sahaja tiba, kita terus menuju ke restoran untuk makan malam.

Menuju ke restoran untuk makan malam
Restoran di Hotel Sofia
Satu lagi pemandangan di dalam restoran
Selain kami, ada satu lagi Grup pelancong Orang Putih turut dinner bersama
Makanan disediakan secara buffet. Ada nasi dan kentang disediakan.
Ayam dan Meatball
Roti dan Salad
Apple dan Limau
Dinner
Kunci bilik penginapan diedarkan sewaktu kami dinner. Jadi selepas selesai makan, kami terus mengambil bagasi yang dikumpulkan di lobi hotel dan membawanya terus ke bilik.

Lobi di Hotel Sofia
Satu lagi pemandangan di lobi hotel
 Perabot dan perhiasan di hotel ini benar-benar bercirikan Morocco
 Registration Counter di Hotel Sofia
 Pemandangan Registration Counter dari sudut lain
Perabot dengan corak tradisional Morocco
Hotel Sofia adalah sebuah hotel lama tetapi bersih dan selesa. Biliknya juga besar, senang kita nak letak bagasi kami yang besar bagak itu. Nak solat di dalam bilik pun selesa. Kami menginap di hotel ini selama 2 malam.
 
 Kunci old fashion untuk masuk ke bilik
Bilik penginapan di Hotel Sofia
Pemandangan bilik dari sebelah sini
Pemandangan menghala ke sebelah sana pulak
Bilik Mandi
Ada Bath Tub dalam bilik mandi
 Pemandangan malam bandar Fes dari bilik kami
Macam tak sabar nak melawat Fes pada esok hari


 Bersambung ke Bahagian 13...


CATATAN PERJALANAN (MOROCCO, SPAIN & PORTUGAL 2024):

No comments: