Thursday, 27 June 2024

2024 ANDALUSIA BHG. 20 (Gare Maritime)

Mei 2024

NORTHERN AFRICA & SOUTHERN EUROPE
Morocco, Spain & Portugal
[MOROCCO: Casablanca, Marrakech, Rabat, Fes, Chefchaouen & Tangier]

Bahagian 20: Morocco
TANGIER 
(Gare Maritime)

HARI KEENAM (1)

Part 53: Suasana Pagi Di Hotel Tanger Med

Bonjour, Tanger (Selamat Pagi, Tangier dalam Bahasa French)! Kami tiba di Hotel Tanger Med dalam kepekatan malam semalam. Oleh itu, sebaik matahari muncul, kita terus membuka tingkap untuk melihat pemandangan di luar sana. Rupa-rupanya Hotel Tanger Med ini terletak di tepi sebuah ladang. Bau busuk ladang juga terus menerpa sebaik kita membuka tingkap.

Pemandangan dari balkoni bilik penginapan kami di Hotel Tanger Med
Pemandangan ladang di tepi hotel
Sebaik tiba semalam, Tour Leader dan Tour Guide kami telah memohon supaya breakfast disediakan awal untuk kami pagi ini. Ini adalah kerana feri kami ke Spain akan berlepas pada pukul 10 pagi dan kami perlu berada di Terminal Feri pada pukul 9 pagi. Pihak hotel menerima permohonan kami. Maka, seawal jam 6.30 pagi, Myself dan Husband terus turun ke restoran hotel untuk breakfast.
 
 Pintu masuk ke restoran hotel
 Suasana di restoran yang masih senyap sunyi sewaktu kami tiba
 Suasana keseluruhan di dalam restoran
Pelbagai kek dan manisan
Memilih makanan untuk sarapan
Roti dan pastri
Jemput sarapan
Pilihan breakfast kami. Kalau sampai di Spain nanti, mungkin pilihan breakfast dah tidak semewah ini.
Selepas makan, kami balik semula ke bilik untuk mengambil bagasi.
 
Kunci bilik kami yang masih menggunakan pintu klasik seperti hotel di Fes dulu
Korridor menuju ke bilik yang dihiasi dengan karpet Morocco
Pemandangan kolam renang hotel
Mentari terbit di bumi Morocco
Kami check-out awal sebab nak mengambil kesempatan untuk bersiar-siar di sekitar hotel.

Kucing Morocco yang nak bermanja dengan Husband kat depan pintu hotel
Hotel Tanger Med
Pemandangan bangunan hotel secara keseluruhan
Kemudian kita keluar sekejap dari kawasan hotel untuk menikmati suasana di tepi ladang di sebelah.
 
Jalan menuju ke ladang di tepi hotel
Bunga-bunga liar
Lagi pemandangan bunga-bunga liar di tepi ladang
Bila hampir tiba masa berkumpul yang ditetapkan, kami kembali ke lobi hotel.

Kembali ke hotel
Posing kat pancutan air depan hotel
Goodbye, Tanger Med!

Part 54: Meninggalkan Tangier

Kami dibawa kembali ke bandar Tangier untuk memulakan perjalanan menuju ke negara kedua dalam program Tour kali ini ~ Spain.

Perjalanan ke bandar Tangier
Pemandangan ladang dalam perjalanan menuju ke Tangier
Pinggir bandar Tangier
Bandar Tangier bermula sebagai sebuah jajahan Rome pada kurun pertama Masehi. Ia kemudian ditakluk oleh orang Vandal dari Jerman yang menggunakannya sebagai pangkalan untuk menakluk seluruh Afrika. Pada kurun ke-4 dan ke-5 Masehi, Tangier menjadi jajahan takluk Empayar Byzantine. 

Sejarah pendudukan Arab di Tangier bermula pada awal tahun 700-an Masehi. Pengembara Arab-Berber terkemuka Ibnu Battuta juga berasal dari Tangier.

Tangier
Bulatan di kota Tangier
Jambatan
Afriquia adalah syarikat minyak nasional Morocco seperti Petronas di Malaysia
Persimpangan yang tenang kerana hari masih awal pagi di Tangier
Bangunan dengan tulisan Berber di Tangier
Tangier pernah menjadi jajahan takluk Spain. Namun ia dilepaskan kepada Morocco sewaktu Spain mengiktiraf kemerdekaan negara ini. Dua wilayah kecil lain berhampiran Tangier bernama Ceuta dan Melilla (disebut: Meliya) masih menjadi jajahan takluk Spain sehingga sekarang.

Pusat bandar Tangier
Tak banyak lampu isyarat dilihat di seluruh Morocco kerana mereka masih menggunakan bulatan bagi sistem penyuraian trafik
Bulatan di kota Tangier
 Satu lagi pemandangan di pusat bandar
Tahukah anda bahawa Tangier mendapat gelaran City of Spies sewaktu di Perang Dunia Kedua? Ini berlaku sewaktu Tangier memegang status sebagai sebuah International Zone di antara tahun 1923 - 1956. Rakyat Morocco sendiri pun perlu mempunyai passport untuk masuk ke Tangier ketika itu. 

International Zone di Tangier ini ditubuhkan melalui sebuah perjanjian antarabangsa yang ditandatangani di Paris pada tahun 1923. Ia menjadikan Tangier sebuah zon antarabangsa yang ditadbir secara bersama oleh France, Britain dan Spain. Italy, Portugal dan Belgium turut dimasukkan ke dalam senarai pentadbiran antarabangsa ini pada tahun 1928. Netherlands turut menyertai pentadbiran antarabangsa ini pada tahun 1929. Walaupun ditadbir secara bersama antara banyak negara, tidak sebuah pun mengenakan peraturan dan kawalan ketat di kawasan masing-masing. Faktor ini menyebabkan Tangier menjadi pusat kegiatan perisikan dan penyeludupan.

Terrasse des Paresseux (Lazy Terrace) yang dibina menghadap ke Laut Mediterranean
Meriam lama di Terrasse des Paresseux
Terrasse des Paresseux adalah lokasi terkenal di kalangan pelancong untuk menikmati keindahan Laut Mediterranean di Tangier
Tentera Spain menakluk Tangier pada 14 Jun 1949 yang merupakan hari yang sama di mana Paris jatuh ke tangan Nazi Germany. Pertelingkahan diplomatik timbul di antara Spain dan Britain bila pemerintah Spain yang bernama General Franco memansuhkan status International Zone di Tangier pada bulan November 1940. Spain akhirnya bersetuju mengembalikan hak Britain dan berjanji untuk tidak mengenakan undang-undang ketenteraan di Tangier. Tangier kembali menjadi International Zone sekali lagi pada penghujung Perang Dunia Kedua di sekitar tahun 1945.

Kesemua negara yang mentadbir Tangier mencapai persetujuan untuk menghapuskan status International Zone di bandar tersebut dalam satu pertemuan di Rabat pada tahun 1952. Tangier diserahkan kembali kepada Morocco sewaktu negara tersebut mencapai kemerdekaan pada tahun 1956.

Disebabkan reputasinya sebagai City of Spies, Tangier terus menjadi pusat pertukaran maklumat di kalangan perisik sewaktu Perang Dingin di antara Amerika Syarikat dengan Russia berserta sekutu masing-masing. Tangier sehingga kini menjadi latar belakang lokasi bagi filem-filem perisikan seperti My Favourite Spy (1951) dan Espionage in Tangier (1965) sehinggalah ke filem The Bourne Ultimatum (2007) yang dibintangi oleh Matt Damon dan filem James Bond Spectre (2015).

Tangier pernah menerima gelaran sebagai City of Spies kerana banyak aktiviti perisikan berlangsung di bandar ini
 Menikmati pemandangan pelabuhan Tangier dari dalam bas
Bangunan moden yang dibina menghadap Pelabuhan Tangier
Bas kami berhenti di sini untuk membolehkan ahli-ahli kumpulan membuat pertukaran wang Morocco Dirham ke Euro di sebuah Money Changer di seberang sana.
Money Changer
Seperti juga kota-kota lain di Morocco, Tangier juga memiliki kubu yang dipanggil Kasbahnya sendiri. Ia dibina menghadap ke Laut Mediterranean. Disebabkan kesuntukan masa, kami cuma melihat Kasbah ini dari kejauhan.

 Menuju ke Kasbah Tangier
Hotel Continental adalah sebuah hotel mewah yang dibina di Kasbah Tangier
Pemandangan lebih dekat Kasbah Tangier
Borj Dar El Baroud adalah salah sebuah pintu masuk ke Kasbah Tangier
Selepas melihat Kasbah Tangier, tibalah masa untuk kami dibawa ke Terminal Feri Tangier Ville untuk meneruskan perjalanan ke bumi Spain di Eropah.

Grand Mosque of Tangier yang terletak berhampiran Terminal Feri
Terminal Feri Tangier Ville
Pintu masuk ke Terminal Feri
Sebuah lagi pemandangan pintu masuk ke Terminal Feri
Bas tak dibenarkan masuk menerusi pintu ini

Part 55: Gare Maritime

Akhirnya tibalah masa untuk kami berpisah dengan Local Guide kami Mohsein yang sangat baik dan peramah itu. Sedih juga bila mendengar ucapan perpisahan dari Mohsein. Namun apakan daya, setiap pertemuan pasti akan berakhir dengan perpisahan.

Ucapan perpisahan dari Mohsein di dalam bas
Kami terpaksa menunggu sebentar di dalam bas sewaktu Mohsein dan Encik Hatta menguruskan tiket feri kami. Selepas segalanya selesai barulah kami mengeluarkan bagasi masing-masing dari perut bas.

Bas parking di sini sementara Mohsein dan Encik Hatta menguruskan tiket feri
Pemandangan Kasbah Tangier dari tempat parking bas
Pemandangan Grand Mosque of Tangier dari tempat parking bas
Mengambil kesempatan menggunakan tandas di tempat parking bas
Seperti yang pernah Myself ceritakan sebelum ini, ada dua buah destinasi di Spain yang dihubungkan dengan Tangier menggunakan feri. Destinasi pertama adalah Tarifa yang terletak sejam perjalanan dari pelabuhan Tanger Ville manakala destinasi kedua adalah Algeciras yang terletak 2 jam perjalanan dari pelabuhan Tanger Med. Perjalanan kami ke Spain adalah menerusi Tarifa dari pelabuhan Tanger Ville.

Mengeluarkan bagasi dari perut bas
Bye-bye, bas! Terima kasih kerana menjadi pengangkutan kami selama 5 hari di Morocco
Husband posing dengan beg
Membawa beg masing-masing masuk ke Terminal Feri
Bangunan Terminal Feri yang dinamakan Gare Maritime
Pemandangan Grand Mosque of Tangier dari dalam pagar Gare Maritime
Teksi yang menunggu penumpang
Bangunan Gare Maritime
Tiba di bangunan Gare Maritime
Posing dulu kat depan Gare Maritime
Pintu masuk ke Gare Maritime
Tiket feri diedarkan kepada semua ahli kumpulan setelah kami tiba di depan pintu Gare Terminal. Pastikan passport juga disediakan kerana kita akan melalui pemeriksaan imigresen sebaik masuk ke dalam bangunan Gare Maritime.

Tiket feri dari Tangier ke Tarifa
Tiket dan passport yang tak boleh berpisah
Beratur masuk ke dalam Gare Maritime. Hanya penumpang yang mempunyai tiket feri sahaja yang dibenarkan masuk ke dalam.
Pemeriksaan passport di Gare Maritime cepat dan lancar. Perkara seterusnya yang perlu dibuat ialah menunggu panggilan masuk ke dalam feri.

Pemandangan di dalam Gare Maritime selepas melalui pemeriksaan passport. Booth di sebelah kiri adalah kaunter-kaunter pemeriksaan passport
Kedai cenderamata di Gare Maritime
Ruang menunggu untuk penumpang
Pemandangan pelabuhan dari ruang menunggu feri
Ada feri sedang berlabuh di sana tetapi itu bukan feri kami
Ada restoran di tingkat atas sana
Feri kami dijadualkan berlepas dari Tangier ke Tarifa pada pukul 10 pagi. Bila tiba masa untuk berangkat, penumpang dipanggil masuk ke dalam feri. Bagasi perlu dibawa sendiri oleh penumpang masuk ke dalam feri. Kemudahan troli disediakan untuk penumpang yang memerlukan.

Panggilan masuk ke dalam feri
Selepas keluar dari bangunan Gare Maritime, kita diminta menunggu sebentar di sini untuk arahan selanjutnya.
Feri ke Spain ini bukan sahaja digunakan oleh penumpang. Ia juga digunakan oleh kenderaan.

Kenderaan yang beratur untuk masuk ke dalam feri
Booth imigresen untuk pemeriksaan kenderaan
Pemandangan dari tempat kami menunggu
Feri yang akan membawa kami ke Tarifa dah bersedia di sana
Selepas mendapat arahan, semua penumpang dan kenderaan bergerak masuk ke dalam feri.

Bergerak masuk ke dalam feri
Kenderaan juga mula bergerak masuk ke dalam feri
Uisshh! Jauh juga nak kena berjalan mendapatkan feri di sana.
Berjalan menuju ke feri
Husband berposing dengan bagasi
Bangunan Gare Maritime yang ditinggalkan di belakang
Hampir tiba ke feri...


 Bersambung ke Bahagian 21...


CATATAN PERJALANAN (MOROCCO, SPAIN & PORTUGAL 2024):

No comments: