Friday, 24 May 2024

2024 ANDALUSIA BHG. 03 (Casablanca - Hassan II Mosque)

Mei 2024

NORTHERN AFRICA & SOUTHERN EUROPE
Morocco, Spain & Portugal
[MOROCCO: Casablanca, Marrakech, Rabat, Fes, Chefchaouen & Tangier]

Bahagian 3: Morocco
CASABLANCA
(Casablanca City & Hassan II Mosque)

HARI PERTAMA (3)

Part 6: Mohammed V International Airport, Casablanca

Pesawat kami selamat mendarat di Mohammed V International Airport di Casablanca, Morocco pada pukul 1.30 tengah hari. Mungkin disebabkan saiz pesawat Airbus 380 yang sangat besar ini, ia tidak dapat parking rapat ke bangunan terminal. Semua penumpang diangkut dengan bas untuk masuk ke bangunan terminal lapangan terbang.

Tiba di Mohammed V International Airport, Casablanca
Penumpang turun dari pesawat
Bas yang menunggu untuk membawa penumpang ke bangunan terminal
Pemandangan dari dalam bas
Bye-bye! Bas kami jalan dulu sebab dah penuh. Wait for the next bus!
Pemandangan di dalam bas menuju ke terminal
Tiba di Pintu Arrival
Pesawat penerbangan nasional Morocco ~ Royal Air Maroc
Pemandangan dari dalam bangunan terminal
Menuju ke tempat pemeriksaan passport
Royal Air Maroc
Selamat Datang Ke Morocco
Berjalan lagi ke tempat pemeriksaan passport
Disebabkan saiz pesawat yang besar juga, bagasi yang keluar di baggage carousel sangat banyak. Lama sungguh kita menunggu dan macam dah nak tercabut biji mata mengintai mencari beg kita di celah-celah bagasi yang sangat banyak keluar melalui conveyor belt itu.

Lebih haru lagi, ada 2 conveyor belt serentak yang digunakan untuk mengeluarkan bagasi dari pesawat. Terpaksa pulak kita mengintai dan menjenguk ke kedua-dua carousel. Nasib baiklah lokasi keduanya sebelah-menyebelah. Kalau di dalam pesawat tadi kami menyaksikan keramahan rakyat Morocco, di sini pula kami menyaksikan satu sisi lain sikap rakyat Morocco yang gemar bercakap menjerit-jerit sesama mereka. Naik takut juga kita mendengarnya kerana bunyinya seakan-akan macam nak bergaduh.

Tempat mengambil bagasi di Airport Casablanca
Penat menunggu bagasi yang tak kunjung tiba
Model Masjid Hassan II yang menjadi kebanggaan Casablanca di tempat pengambilan bagasi
Menunggu Tour Leader membuat laporan bagasi yang hilang
Agak malang kerana ada sepasang suami isteri dalam kumpulan kami yang tidak menemui bagasi mereka. Sambil mereka membuat laporan kehilangan bagasi, Tour Leader kami Encik Hatta mencadangkan supaya kami keluar dulu bersolat di surau bahagian luar.

Surau di Bangunan Terminal Airport Casablanca
Prayer Room / Space of Worship
Surau di bangunan ini hanya sekadar tempat bersolat dan tiada kemudahan berwuduk disediakan. Kita terpaksa berwuduk di tandas berhampiran. Sewaktu menggunakan tandas di airport inilah kami mendapat kejutan pertama tentang tandas-tandas awam di Morocco. Walaupun Morocco adalah sebuah negara Islam, tandas-tandas awamnya tidak dibekalkan dengan paip air untuk kemudahan beristinjak. Very French kerana Morocco adalah bekas jajahan Perancis pada masa dahulu!

Surau lelakinya luas dan selesa manakala surau wanita pula adalah sebuah ruang yang sempit. Sudahlah sempit, ramai pulak wanita Arab yang tidur di dalamnya. Walau dikejutkan dan diminta beralih, mereka berbuat tidak peduli. Terpaksalah kami yang dari Malaysia dan Singapore ini bergilir-gilir bersolat di satu ruang sempit di dalam surau yang sememangnya dah sedia sempit itu.

Ruang Solat untuk lelaki
Encik Hatta dan pasangan suami isteri yang kehilangan bagasi tadi datang menemui kami di Surau ini. Syukurlah bagasi mereka ditemui juga akhirnya. Kata mereka bila laporan dibuat dan pegawai di airport memeriksa dalam sistem, katanya bagasi mereka ada di luar. Bila mereka kembali memeriksa conveyor belt, memang ada bagasi yang hilang itu berpusing-pusing di situ sedangkan tadi conveyor belt dah berhenti berputar dan kami diberitahu semua bagasi telah dikeluarkan dari pesawat. Mungkin bagasi tersebut tertinggal di dalam pesawat dan terlewat dikeluarkan bersama bagasi lain agaknya.

Menolak bagasi keluar dari bangunan lapangan terbang
Bangunan Terminal Mohammed V International Airport, Casablanca
Kami akhirnya keluar dari bangunan lapangan terbang dekat-dekat pukul 4 petang. Di luar bangunan lapangan terbang, Local Tour Guide kami yang bernama Mohsein dah sedia menanti. Mohsein adalah seorang lelaki Arab Morocco yang peramah. Disebabkan dia dah 13 tahun bekerja menerima tetamu dari Malaysia, dia pandai juga bertututur beberapa patah perkataan Melayu. Perkataan favourite Mohsein adalah "Jom, jom!" bila mengajak kami ke mana-mana.

Bertemu Local Tour Guide kami yang bernama Mohsein
Pemandangan di luar Mohammed V International Airport
Menunggu bas tiba bersama Mohsein

Part 7: Morocco Sepintas Lalu

Morocco adalah sebuah negara di Afrika Utara yang bersempadan dengan Laut Atlantik dan Laut Mediterranean. Negara jirannya adalah Algeria dan Western Sahara yang dianggap oleh Morocco sebagai sebahagian wilayahnya. Disebabkan masih terdapat 2 tanah jajahan Spain (Ceuta dan Melilla) yang terletak di tanah besar Morocco, ia dianggap sebagai satu-satunya negara Afrika yang mempunyai perbatasan dengan Eropah. Tanah besar Eropah juga sangat hampir dengan Morocco. Bandar Tangier di Morocco (Afrika) hanya dipisahkan dengan Tarifa di Spain (Eropah) sejauh 14 km oleh Selat Gibraltar. Dari segi sejarah pula, Morocco adalah sebuah bekas jajahan Perancis. Oleh yang demikian, pengaruh Perancis sangat luas dan ketara di negara ini. Penggunaan Bahasa Perancis misalnya dapat dilihat di mana-mana sahaja di seluruh Morocco sehingga ke hari ini.

Peta Pelancongan Morocco [Sumber: Internet]
Penduduk Morocco terdiri dari 2 bangsa utama: Arab dan Berber. Secara umumnya penduduk Arab tinggal di kawasan pantai manakala penduduk Berber pula tinggal di kawasan pendalaman. Islam adalah agama rasmi di Morocco manakala bahasa utamanya pula terdiri dari Arab, Berber dan Perancis. Namun demikian terdapat usaha yang meluas sekarang untuk menggantikan status Bahasa Perancis dengan Bahasa Inggeris. Ini adalah kerana penggunaan Bahasa Perancis dikatakan tidak memberi banyak manfaat kepada rakyat Morocco kerana ia hanya banyak digunakan secara meluas di negara-negara benua Afrika dan tidak di negara-negara yang lebih maju.

Morocco juga dikatakan mempunyai 4 buah bandar ibu negara. Ibu negara pentadbiran bagi Morocco adalah Rabat. Ibu kota ekonominya adalah Casablanca. Ibu kota kebudayaan bagi Morocco adalah Marrakech manakala ibu negara keagamaannya pula adalah Fes. Kami berkesempatan melawat kesemua 4 bandar ini.

Part 8: Casablanca

Lawatan kami di Morocco bermula di bandaraya Casablanca yang juga merupakan bandaraya terbesar di negara ini. Ia dibina menghadap ke Lautan Atlantik Utara.

Arah ke Casablanca dari Lapangan Terbang
We Love Casablanca
Bendera Morocco
Lebuhraya dari Airport ke Casablanca
Plaza Tol
Pemandangan dekat Plaza Tol
Menuju ke pusat kota Casablanca
Bandaraya Casablanca bermula sebagai sebuah penempatan yang bernama Anfa pada kurun ke-7 Masehi. Disebabkan kedudukannya yang strategik sebagai pintu masuk ke kawasan pertanian di pedalaman, ia mula menarik perhatian kuasa-kuasa luar. Pada kurun ke-18, bandaraya ini dibina semula oleh Sultan Sidi Mohammed ben Abdallah dan dinamakan Dar El Baida yang bermaksud White House. Pelabuhan Casablanca terus berkembang melalui perdagangan komoditi seperti gula, teh, bulu kambing dan jagung dengan negara-negara Barat.

Bandaraya Casablanca
Pengaruh Perancis sangat ketara dalam pembangunan bandar Casablanca
Banyak farmasi yang menggunakan simbol salib begini di Morocco
Sesuatu yang sangat menarik perhatian Myself di Morocco adalah kenderaannya yang bersimpang-siur di bandar-bandar besar. Ini adalah kerana sistem lampu isyarat di negara ini tidak memisahkan kenderaan yang ingin membelok ke mana-mana arah dengan kenderaan yang bergerak terus ke hadapan. Perkara ini menyebabkan kenderaan yang ingin membelok sering tersekat di tengah-tengah jalan.

Trafik yang bersimpang-siur di Casablanca
Morocco adalah sebuah negara yang sangat selamat. Kehadiran polis dapat dilihat di mana-mana.
Nama 'Casablanca' digunakan secara rasmi sewaktu pemerintahan Perancis pada kurun ke-20. Usaha menjadikan Casablanca sebagai pusat ekonomi Morocco dimulakan oleh Resident Governor Perancis yang pertama bagi Casablanca bernama Marshal Lyautey. Beliau menggunakan khidmat perancang bandar untuk memodenkan Casablanca. Casablanca terus berkembang selama 40 tahun di bawah jajahan Perancis. Malah ia terus berkembang selepas Morocco mencapai kemerdekaan dari Perancis pada tahun 1956.

Sambil kita menikmati pemandangan indah bandar Casablanca, kita nyanyi lagu Casablanca yang dipopularkan oleh Bertie Higgins pada tahun 1980-an dulu di dalam hati. Ia menceritakan keadaan di Casablanca sewaktu Perang Dunia Kedua dulu:

"I fell in love with you watching Casablanca,
Back row of the drive-in show in the flickering light,
Popcorn and cokes beneath the stars,
Became champagne and caviar,
Making love on a long hot summer's night
I thought you fell in love with me watching Casablanca,
Holding hands beneath the paddle fans,
In Rick's candle lit café,
Hiding in the shadows from the spies,
Moroccan moonlight in your eyes,
Making magic at the movies in my old Chevrolet..."
Bangunan di sebelah kiri adalah Gereja Sacré Coeur (Sacred Heart) yang pernah menjadi gereja terbesar di Morocco pada satu ketika dahulu. Ia tidak lagi digunakan sebagai pusat ibadat sekarang dan telah ditukar menjadi sebuah pusat kesenian.
Pemandangan di Casablanca saling tak tumpah seperti pemandangan sebuah bandaraya di France
Sebuah pemandangan menarik di pusat bandar Casablanca
Bas kami berhenti di sini
Walaupun telah sangat lewat ketika itu (kira-kira pukul 5 petang), rombongan kami tetap dibawa membuat persinggahan di pusat bandar Casablanca untuk makan tengah hari. Destinasi kami adalah sebuah restoran yang bernama Solamo's. Di sinilah kami menikmati sajian makanan Morocco kami yang pertama. 

Berjalan ke Restoran Solamo's
Restoran Solamo's
Pemandangan di dalam restoran
Sup dan roti sentiasa dihidangkan sebagai pembuka selera
Menikmati late lunch di Restoran Solamo's
Main Course
Dessert
Berjalan kembali mendapatkan bas selepas makan tengah hari

Part 9: Hassan II Mosque

Salah sebuah mercu tanda kebanggaan Casablanca adalah Masjid Hassan II yang dibina di pinggir Laut Atlantik. Maka ke sanalah kami dibawa melawat selepas selesai makan tengah hari.

Perumahan awam di tengah bandar Casablanca
Bangunan-bangunan apartment sering dibina di atas deretan kedai-kedai di pusat bandar Casablanca
Pintu masuk ke bangunan-bangunan apartment sering terletak di celah-celah kedai
Salah sebuah pintu masuk ke bangunan apartment di celah kedai-kedai
Menjadi amalan di Morocco di mana masjid-masjid di negara ini hanya dibuka pada waktu solat. Masjid Hassan II juga tidak terkecuali. Memandangkan kami tiba di luar waktu solat, kami cuma dapat menikmati keindahan masjid dari luar sahaja.
 
Masjid di Morocco juga tidak boleh dimasuki oleh orang yang tidak beragama Islam. Peraturan ini sebenarnya dibuat oleh orang Perancis yang menjajah Morocco pada masa dahulu sebagai menghormati adat orang tempatan. Walaupun Morocco telah lama merdeka dari penjajahan Perancis, peraturan ini masih diamalkan di seluruh Morocco. Pengecualian peraturan ini hanya diberi kepada Masjid Hassan II di mana ia boleh dilawati oleh pelawat yang tidak beragama Islam tetapi hanya menerusi guided tours.

Tiba di Kompleks Masjid Hassan II
Masjid Hassan II
Siap dibina pada tahun 1963, Masjid Hassan II yang boleh menampung 25,000 jemaah ini memaparkan gabungan ciri kesenian Islam dengan senibina tradisi Morocco. Dengan menara setinggi 210 meter, masjid ini dianggap sebagai bangunan keagamaan yang tertinggi di dunia. Setiap malam, ada cahaya laser yang dipancar menghala ke arah kota Makkah dari puncak menara.

Menara setinggi 210 meter ini memancarkan laser ke arah kota Makkah pada setiap malam.
Husband berposing di depan masjid
Kita pun nak posing juga di depan masjid
Bangunan di sebelah kiri masjid
Bangunan di sebelah kanan masjid
Memandangkan ketika itu bukan waktu solat, pengunjung cuma dapat menikmati keindahan bangunan masjid dari kejauhan sahaja.
Pemandangan pintu masuk masjid dari kejauhan. Ada banyak burung camar sedang berkumpul di depan masjid.
Kolam di luar bahagian depan perkarangan masjid
Bangunan La Foire Internationale de Casablanca (Casablanca International Fair) yang terletak bertentangan dengan Masjid Hassan II
Selepas melawat Masjid Hassan II dari luar, kami dibawa pula melihat bangunan dari tepi persisiran pantai. Pemandangannya memang indah dengan berlatar belakangkan sinaran matahari yang sedang tenggelam di Laut Atlantik.
 
Bergerak menuju ke persisiran Laut Atlantik
Persisiran pantai Laut Atlantik di Casablanca
Pemandangan Masjid Hassan II dari persisiran pantai Laut Atlantik


Bersambung ke Bahagian 4...


CATATAN PERJALANAN (MOROCCO, SPAIN & PORTUGAL 2024):

No comments: