Mei 2024
NORTHERN AFRICA & SOUTHERN EUROPE
Morocco, Spain & Portugal
[MOROCCO: Casablanca, Marrakech, Rabat, Fes, Chefchaouen & Tangier]
Bahagian 9: Morocco
MARRAKECH - CASABLANCA - RABAT
(Rabat City)
HARI KETIGA (1)
Part 20: Dari Marrakech Ke Casablanca
Kami bangun pagi awal di Marrakech kerana waktu Subuh masuk pada pukul 5.15 pagi dan Syuruk pada pukul 6.45 pagi. Bila menjenguk ke luar tingkap bilik penginapan di Hotel Ibis Marrakech, dapat pula melihat satu pemandangan istimewa di situ ~ Hot Air Balloon.
Pemandangan awal pagi di luar bilik kami |
Hot Air Balloon |
Tak sangka di Marrakech juga ada Hot Air Balloon begini |
Pada jam 7 pagi, kami turun bersarapan. Sesuatu yang seronok sewaktu melancong ke Morocco ialah kita tidak perlu risau untuk memilih apa yang boleh dimakan di hotel kerana Morocco adalah sebuah negara Islam. Yang menjadi masalah cuma sama ada tekak kita boleh menerima makanan tersebut atau sebaliknya.
Pilihan breakfast di Hotel Ibis Marrakech |
Jemput makan... |
Selepas makan, kami terus check-out dari hotel kerana pada pagi ini kami akan meninggalkan Marrakech untuk menuju ke Fes. Dalam perjalanan, kami akan membuat persinggahan untuk makan tengahari di Rabat sebelum menuju ke Fes.
Menunggu bas tiba untuk membawa kami ke Fes |
Pemandangan menghala ke pintu dari tempat menunggu di Hotel Ibis Marrakech |
Bersiap-sedia untuk menuju ke Fes |
Kenangan terakhir sebelum meninggalkan Hotel Ibis Marrakech |
Kami bergerak meninggalkan Marrakech menuju ke Rabat pada pukul 8.30 pagi. Perjalanan dari Marrakech menuju ke Rabat adalah sejauh 330 km. Memandangkan kami akan melalui semula Casablanca dalam perjalanan menuju ke Rabat, Tour Leader Encik Hatta memberitahu yang kami akan membuat persinggahan sebentar di Airport Casablanca. Ini adalah kerana ada seorang lagi ahli rombongan kami juga telah kehilangan bagasi dalam perjalanan ke Morocco tempoh hari. Ahli rombongan yang ini bersama kumpulan kecilnya datang sehari lebih awal ke Casablanca berbanding kami yang lain kerana mereka menggunakan penerbangan Qatar Airways dan transit di Doha. Beliau telah dimaklumkan yang bagasi tersebut telah berada di Airport Casablanca.
Perjalanan sewaktu meninggalkan Marrakech |
Kilang perindustrian |
Plaza Tol di Lebuhraya |
Close-up Plaza Tol |
Meninggalkan Plaza Tol di belakang |
Perjalanan kami ke Casablanca menggunakan lebuhraya Autoroute Casablanca-Agadir. Dalam bulan Mei seperti ketika kami di sana, Morocco sedang mengalami Musim Bunga. Namun demikian, tidak berapa nampak bunga-bunga yang berkembang mekar. Ini mungkin disebabkan Musim Bunga telah sampai ke penghujung dan Musim Panas semakin menjelang. Suhu purata sewaktu kami berada di Morocco adalah sekitar 20'C.
Rupabumi yang gersang berhampiran kawasan Marrakech |
Jambatan di Lebuhraya |
Lebuhraya di Morocco sangat luas |
Gunung-gunung batu |
Ada iras-iras pemandangan padang pasir di sini |
Bunga liar yang berkembangan di pembahagi lebuhraya |
Lebuhraya menuju ke Casablanca sangat lapang pagi ini |
Perkampungan Morocco di kejauhan |
Lagi pemandangan perkampungan |
Rumah-rumah yang dibina dari tanah liat kelihatan amat blend dengan suasana di sekitar yang seperti padang pasir |
Pokok-pokok liar |
Bas kami membuat perhentian Toilet Stop di sebuah rest area di Machraa Ben Abou dalam perjalanan ke Casablanca. Rest area ini mempunyai sebuah stesen minyak dan bangunan yang menempatkan kafe dan kedai runcit di dalamnya. Sesuatu yang bagus di Morocco ialah kebanyakan tandas awamnya adalah percuma. Tapi bawalah botol air sendiri masuk ke dalam toilet kerana paip air tidak disediakan.
Toilet Stop di Machraa Ben Abou |
Stesen minyak |
Bangunan di seberang sana menempatkan sebuah kafe dan kedai runcit di dalamnya |
Beratur menunggu giliran nak masuk toilet |
Kafetaria |
Pintu keluar dari kafe |
Kedai runcit |
Pelbagai barangan yang dijual di kedai runcit |
Bantal dan pelbagai souvenir |
Di sini juga ada sebuah pusat jualan tembikar. Pelbagai jenis barangan tembikar dijual. Antara yang paling banyak dilihat adalah bekas untuk memasak makanan tradisional Morocco yang dinamakan Tajin.
Pusat jualan barangan tembikar |
Pelbagai barangan tembikar yang dijual |
Kraftangan lain juga dijual di sini |
Meninjau-ninjau barangan tembikar |
Penjual tembikar |
Barangan tembikar saujana mata memandang |
Meneruskan perjalanan ke Casablanca |
Sebuah lagi perkampungan Morocco di kejauhan |
Rupabumi yang gersang |
Semakin menghampiri Casablanca, pemandangan tanah yang gersang tadi bertukar menjadi kawasan yang subur kehijauan dan kekuningan.
Pemandangan tanah yang gersang bertukar menjadi kawasan yang subur semakin menghampiri Casablanca |
Kawasan pertanian |
Ladang gandum yang kekuningan |
Tanaman sayuran |
Bunga liar di tengah lebuhraya |
Ladang ternakan |
Pemandangan awan yang cantik di tengah ladang |
Ladang gandum |
Bandar Douar Zioud |
Semakin hampir ke Casablanca |
Ternakan biri-biri |
Ladang ternakan |
Kuda |
Saujana mata memandang... |
Semakin banyak bunga liar yang diperhatikan di tengah lebuhraya |
Persimpangan |
Tiba di kawasan Casablanca, bas kami membelok menuju ke Lapangan Terbang. Pemandangan di sekitar masih merupakan kawasan pertanian.
Ladang gandum yang menguning |
Lagi pemandangan ladang gandum |
Ladang zaitun |
Kawasan ladang di tepi lebuhraya |
Ladang zaitun lagi... |
Ladang pertanian yang menghijau dan menguning |
Pekerja di ladang |
Kilang pemprosesan hasil tanaman |
Sewaktu menghampiri Lapangan Terbang Mohammed V di Casablanca, banyak kelihatan pemandangan pesawat yang terbang rendah hendak mendarat.
Pemandangan menuju ke Lapangan Terbang |
Pesawat yang hendak mendarat di Lapangan Terbang Casablanca |
Plaza Tol |
Polis Wanita |
Part 21: Mohammed V International Airport, Casablanca
Mohammed V International Airport adalah lapangan terbang yang tersibuk di Morocco dan antara 10 lapangan terbang yang tersibuk di benua Afrika. Ia adalah hub bagi syarikat penerbangan Royal Air Maroc. Syarikat penerbangan lain yang juga menggunakan airport ini sebagai hub perkhidmatan mereka adalah Royal Air Maroc Express dan Air Arabia Maroc. Lapangan Terbang ini dinamakan sempena King Mohammed V yang merupakan pemerintah Morocco yang berjasa membebaskan negaranya dari penjajahan Perancis dan Sepanyol.
Mohammed V International Airport, Casablanca |
Pintu masuk kenderaan ke lapangan terbang |
Kami terpaksa menunggu agak lama sewaktu ahli kumpulan tersebut menyelesaikan urusan bagasinya dengan dibantu oleh Tour Leader Encik Hatta dan Local Tour Guide Mohsein. Setelah semua urusan selesai, kami meneruskan perjalanan menuju ke Rabat.
Meninggalkan Casablanca Airport |
Menghala menuju ke Rabat |
Au Revoir (Goodbye), Casablanca. |
Plaza Tol untuk masuk kembali ke lebuhraya |
Pemandangan dekat Plaza Tol |
Part 22: Rabat
Perjalanan dari Casablanca menuju ke Rabat masih berbaki kira-kira 90 km dan perjalanan dijangka memakan masa 1 jam.
Pinggir kota Casablanca |
Masih melalui kawasan pertanian |
Pemandangan kota Rabat dari kejauhan |
Lebuhraya menuju ke pusat kota |
Rabat yang terletak di pinggir Laut Atlantik adalah ibu negara bagi Morocco. Ia dibina oleh seorang pemerintah Almohad yang bernama Sultan Yaqub Al-Mansur pada tahun 1195 selepas menewaskan Spain dalam satu pertempuran. Kota yang dibina oleh Sultan Yaqub Al-Mansur ini dinamakan Ribat Al-Fath yang bermaksud Monastery of Conquest.
Arah ke pusat kota Rabat |
Jika Marrakech dikenali sebagai Red City kerana semua bangunannya berwarna merah, Rabat pula dikenali sebagai White City kerana semua bangunannya berwarna putih.
Bangunan di Rabat yang berwarna putih |
Bangunan kediaman moden di Rabat |
Pemandangan di Rabat |
Rabat menggantikan Fes sebagai pusat pemerintahan kerajaan kolonial Perancis di Morocco pada tahun 1912. Perancis mula membangunkan Rabat di sekeliling kota lamanya yang kini telah mendapat pengiktirafan sebagai UNESCO Word Heritage Site pada tahun 2012. Penduduk Rabat yang hanya berjumlah 150,000 orang pada tahun 1950 telah meningkat berlipat kali ganda sehingga melebihi 1.5 juta orang sekarang.
Rabat Agdal Train Station |
Penunjuk Arah |
Laluan Tram |
Masjid-masjid di Morocco dibina dengan menara yang berbentuk segiempat |
Pusat Tenaga Boleh Baharu (Renewable Energy) |
Pemandangan bangunan yang berwarna putih suci memang menyegarkan mata yang memandang |
Sebahagian kota lama Rabat |
Tembok kota lama Rabat |
Kota lama Rabat telah menerima pengiktirafan sebagai UNESCO World Heritage Site pada tahun 2012 |
Tembok kota lama yang masih kukuh berdiri |
Sewaktu Kerajaan Islam Al-Andalus di Spain jatuh ke tangan pemerintah Kristian Katholik, ramai umat Islam Sepanyol melarikan diri ke Morocco dan ramai di antara mereka menetap di Rabat. Mereka membantu menjadikan Rabat sebagai sebuah kota yang makmur.
Pinggiran Laut Atlantik di kota Rabat |
Menyusuri tepi Laut Atlantik |
Tiupan angin di tepi pantai memang amat menyegarkan |
Lautan Atlantik |
Ombak kuat yang menghempas pantai |
Keindahan pemandangan Laut Atlantik |
Watch Tower lama di pinggir Laut Atlantik |
Bersiar-siar di pinggir pantai |
Pemandangan kota moden Rabat |
Pokok-pokok palma yang menghiasi pinggir laut di Rabat |
Musée National de la Photographie (Muzium Fotografi Kebangsaan) |
Bas Pelancong |
Satu lagi pemandangan Musée National de la Photographie |
Jika tiba di Rabat juga, kita pasti tidak akan terlepas melihat pemandangan sebuah tanah perkuburan Islam yang sangat besar menghadap ke Laut Atlantik. Perkuburan ini dinamakan Cimetiere Chouada (Makam Syuhada) dan juga dikenali sebagai Cimetiere Sidi Al Khattab, sempena nama Khalifah Umar Bin Al Khattab. Kata Tour Guide kami Mohsein, ia adalah juga kawasan perkuburan yang terbesar di seluruh negara Morocco.
Cimetiere Chouada (Perkuburan Syuhada) |
Pemandangan lebih dekat tanah perkuburan |
Sebahagian kawasan perkuburan ini terletak di dalam tembok kota dan sebahagian lagi seperti di kawasan ini terletak di luar tembok. |
Salah sebuah pintu masuk ke kawasan perkuburan |
Secara kebetulan, ada sebuah pengebumian sedang berlangsung. Semoga Allah SWT memberi rahmat dan keampunan kepada jenazah yang sedang dikebumikan. |
Rabat sebenarnya dibina di muara sebatang sungai yang bernama Bou Regreg (disebut macam: Bu Ghuk-Ghek kerana huruf 'r' dalam Bahasa French mempunyai bunyi yang tebal). Sungai Bou Regreg mengalir masuk ke Lautan Atlantik di Rabat. Di tebing sungai inilah kami akan lunch pada hari ini.
Arah ke Plage Rabat dan Oudayas. Plage adalah perkataan dalam Bahasa Perancis yang bermaksud 'pantai'. |
Rumah Api |
Pintu masuk ke Rumah Api |
Restoran di tepi laut |
Rabat adalah Bandar Diraja yang menjadi kediaman King of Morocco. Oleh yang demikian, ada ramai polis yang berkawal di sekitar bandar. |
Roundabout |
Pemandangan dari roundabout |
Tiba di Marina Bou Regreg |
Bersambung ke Bahagian 10...
CATATAN PERJALANAN (MOROCCO, SPAIN & PORTUGAL 2024):
- Bhg. 01 : Hari 01 - Perjalanan Ke Morocco : Kuala Lumpur International Airport
- Bhg. 02 : Hari 01 - Perjalanan Ke Morocco : Kuala Lumpur - Dubai - Casablanca
- Bhg. 03 : Hari 01 - Morocco : Casablanca [ Casablanca City & Hassan II Mosque ]
- Bhg. 04 : Hari 01 - Morocco : Casablanca [ Corniche ] & Marrakech
- Bhg. 05 : Hari 02 - Morocco : Marrakech [ Hotel Ibis Marrakech & Planete Des Epices ]
- Bhg. 06 : Hari 02 - Morocco : Marrakech [ Koutoubia Mosque & Jemaa El-Fna @ Day ]
- Bhg. 07 : Hari 02 - Morocco : Marrakech [ Tuk Tuk Tour ]
- Bhg. 08 : Hari 02 - Morocco : Marrakech [ Jemaa El-Fna @ Night & Restaurant Palais Chahramane ]
- Bhg. 09 : Hari 03 - Morocco : Marrakech - Rabat [ Rabat City ]
- Bhg. 10 : Hari 03 - Morocco : Rabat [ Marina Bou Regreg & Kasbah Oudaya ]
- Bhg. 11 : Hari 03 - Morocco : Rabat [ Hassan Tower & Mausoleum Mohammed V ]
- Bhg. 12 : Hari 03 - Morocco : Rabat - Fes
- Bhg. 13 : Hari 04 - Morocco : Fes [ Fes City & Chouara Tannery ]
- Bhg. 14 : Hari 04 - Morocco : Fes [ Borj Sud & Fes Medina ]
- Bhg. 15 : Hari 04 - Morocco : Fes [ Funduq al-Tetwaniyyin, Mosque of Al-Karaouine, Royal Palace & Borj Fez Shopping Mall ]
- Bhg. 16 : Hari 05 - Morocco : Fes - Chefchaouen
- Bhg. 17 : Hari 05 - Morocco : Chefchaouen
- Bhg, 18 : Hari 05 - Morocco : Chefchaouen - Tangier
- Bhg. 19 : Hari 06 - Morocco : Tangier [ Tangier City ]
- Bhg. 20 : Hari 06 - Morocco : Tangier [ Gare Maritime ]
- Bhg. 21 : Hari 06 - Morocco : [ Tangier ] - Spain : [ Tarifa ]
- Bhg, 22 : Hari 06 - Spain : Tarifa - Algeciras - Granada
- Bhg. 23 : Hari 06 - Spain : Granada [ Alhambra : Medina & Royal Street of Alhambra ]
- Bhg. 24 : Hari 06 - Spain : Granada [ Alhambra : Mexuar Palace & Comares Palace ]
- Bhg. 25 : Hari 06 - Spain : Granada [ Alhambra : Palace of the Lions ]
- Bhg. 26 : Hari 06 - Spain : Granada [ Alhambra : Partal Gardens ]
- Bhg. 27 : Hari 07 - Spain : Granada [ Albaicin ]
- Bhg. 28 : Hari 07 - Spain : Cordoba [ Cordoba City ]
- Bhg. 29 : Hari 07 - Spain : Cordoba [ Mezquita - Catedral de Cordoba : Courtyard ]
- Bhg. 30 : Hari 07 - Spain : Cordoba [ Mezquita - Catedral de Cordoba : Mezquita ]
- Bhg. 31 : Hari 07 - Spain : Cordoba [ Mezquita - Catedral de Cordoba : Catedral ]
- Bhg. 32 : Hari 07 - Spain : Cordoba [ Roman Bridge ] & Perjalanan Ke Seville
- Bhg. 33 : Hari 08 - Spain : Seville [ Plaza Espana ]
- Bhg. 34 : Hari 08 - Spain : Seville [ Casco Antiguo ]
- Bhg. 35 : Hari 08 - Spain : Seville [ Seville City ]
- Bhg. 36 : Hari 08 - Portugal : Portugal
- Bhg. 37 : Hari 08 - Portugal : Lisbon [ Lisbon City ]
- Bhg. 38 : Hari 08 - Portugal : Lisbon [ Oeiras ]
- Bhg. 39 : Hari 09 - Portugal : Lisbon [ Belem : Tower of Belem, Monument To Discoveries & Monastery of Jeronimos ]
- Bhg. 40 : Hari 09 - Portugal : Lisbon [ Baixa : Restauradores Square & Rossi Square ]
- Bhg. 41 : Hari 09 - Portugal : Lisbon [ Baixa : Rua Augusta & Praca do Comercio ]
- Bhg. 42 : Hari 09 - Portugal - Spain : Lisbon - Badajoz [ Vasco da Gama Bridge ]
- Bhg. 43 : Hari 09 - Spain : Badajoz - Merida - Madrid
- Bhg. 44 : Hari 10 - Spain : Madrid [ Las Rozas Village ]
- Bhg. 45 : Hari 10 - Spain : Madrid [ Centro Cultural Islamico ]
- Bhg. 46 : Hari 10 - Spain : Madrid [ Madrid Historic Centre : Palacio Real & Plaza de Oriente ]
- Bhg. 47 : Hari 10 - Spain : Madrid [ Madrid of Austrias : Calle del Arenal, Puerta del Sol & Plaza Mayor ]
- Bhg. 48 : Hari 10 - Spain : Madrid [ Gran Via & Flamenco Show ]
- Bhg. 49 : Hari 11 - Spain : Madrid [ Stadium Bernabeu & Barajas Airport ]
- Bhg. 50 : Hari 11 - Going Home : Madrid - Dubai - Kuala Lumpur
No comments:
New comments are not allowed.