 |
| Tangga turun ke tempat pengambilan bagasi |
 |
| Tempat pengambilan bagasi di Sir Seewoosagur Ramgoolam International Airport |
 |
| Menunggu bagasi tiba |
Selepas mengambil bagasi, kami menunggu van shuttle tiba untuk membawa kami ke hotel Holiday Inn Mon Tresor. Seperti kedatangan pada kali pertama dulu, van terpaksa membuat 3 trip untuk membawa kumpulan kami ke hotel.
 |
| Pemandangan di luar bangunan terminal Sir Seewoosagur Ramgoolam International Airport |
 |
| Pemandangan awal pagi yang damai di Mauritius |
 |
| Shuttle van yang akan membawa kami ke hotel sedang parking di sana |
 |
| Menunggu giliran menaiki shuttle van ke hotel |
Part 95: Holiday Inn Mon Tresor
Perjalanan dengan shuttle van dari Sir Seewoosagur Ramgoolam International Airport ke Holiday Inn Mon Tresor memakan masa hanya kira-kira 10 minit.
 |
| Naik van shuttle menuju ke hotel |
 |
| Pemandangan dalam perjalanan dari airport ke hotel |
 |
| Pemandangan sewaktu menuju ke Holiday Inn Mon Tresor |
Seperti perjalanan sewaktu menuju ke Johannesburg dahulu, persinggahan kami di Mauritius adalah persinggahan transit selama 15 jam sebelum mengambil penerbangan sambungan kembali ke Kuala Lumpur. Oleh yang demikian, kami mendapat penginapan dan meals percuma di Holiday Inn Mon Tresor yang ditaja oleh Air Mauritius.
 |
| Holiday Inn Mon Tresor |
 |
| Shuttle van yang membawa kami dari airport ke hotel |
 |
| Lobi utama di Holiday Inn Mon Tresor |
 |
| Pintu masuk utama ke bangunan hotel |
 |
| Reception Counter |
Memandangkan pesawat pulang kami ke Kuala Lumpur adalah pada pukul 10.45 malam nanti, kami diberi penginapan di hotel ini sehingga ke pukul 7 malam. Selepas check-in, kami breakfast dulu di restoran sebelum masuk ke bilik.
 |
| Eddy meminta kami breakfast terlebih dahulu sebelum masuk ke bilik |
 |
| Suasana di restoran Holiday Inn Mon Tresor |
 |
| Seronok makan di sini kerana makanannya dijamin Halal |
 |
| Produk gula dari Mauritius |
Selepas breakfast barulah kami masuk ke bilik. Bangunan hotel ini tidak tinggi, cuma 4 tingkat dan kami mendapat bilik penginapan di tingkat pertama.
 |
| Pemandangan ke luar hotel dari public balcony di tingkat pertama |
Part 96: Mauritius Sepintas Lalu
Ada Half Day Tour yang diatur oleh MHTT untuk kami di Mauritius. Memandangkan kami tidak disediakan lunch, tour ini bermula pada pukul 12.30 tengahari. Tour guide kami di dalam Mauritius Half Day Tour ini adalah seorang wanita tempatan yang bernama Brenda. Pemandu bas kami pula adalah seorang lelaki tempatan yang bernama Ashwin.
 |
| Memulakan Mauritius Half Day Tour bersama Local Tour Guide kami yang bernama Brenda |
 |
| Suasana di dalam bas sewaktu memulakan tour |
 |
| Memulakan perjalanan |
 |
| Business Gateway Mon Tresor yang terletak tidak jauh dari Holiday Inn Mon Tresor |
Sebelum memulakan tour, Brenda terlebih dahulu memperkenalkan Mauritius kepada kami. Mauritius adalah sebuah negara kepulauan volkanik yang terletak di barat daya Lautan Hindi, kira-kira 900 km ke timur Madagascar. Menurut ceritanya, pulau ini terbentuk hasil letusan 23 gunung berapi purba. Ibu negaranya bernama Port Louis dan terletak di bahagian utara pulau. Mauritius terkenal dengan landskap yang menakjubkan, pantai berpasir putih serta kaya dengan kepelbagaian budaya.
Mauritius memiliki iklim tropika sepanjang tahun seperti di Malaysia. Negara ini juga turut menjadi salah sebuah ekonomi yang paling maju dan stabil di benua Afrika. Ekonomi Mauritius bergantung kuat kepada sektor pelancongan, perkhidmatan kewangan dan eksport bahan pertanian seperti tebu.
Dengan bilangan penduduk 1.4 juta, Mauritius adalah negara yang paling padat penduduk di benua Afrika. Mauritius adalah juga negara tunggal di benua Afrika yang majoriti penduduknya beragama Hindu. Hindu dianuti oleh 48.5% penduduk Mauritius, diikuti Roman Katholik (26.3%), Islam (17.3%) dan fahaman Kristian yang selainnya (6.4%).
Kedua-dua bahasa Inggeris dan Perancis diterima sebagai bahasa rasmi di Mauritius dan digunakan dalam pentadbiran kerajaan, urusan mahkamah dan perniagaan. Perlembagaan negara Mauritius ditulis dalam Bahasa Inggeris manakala beberapa akta perundangan seperti civil code pula ditulis dalam Bahasa Perancis.
 |
Peta Mauritius
|
Pulau Mauritius ditemui pertama kali oleh pelayar berbangsa Arab pada tahun 975M dan dinamakan sebagai Dina Arobi. Namun demikian, orang Arab tidak membina sebarang penempatan di Mauritius.
Pada tahun 1507, pelayar Portugis yang bernama Diogo Fernandes Pereira menjadi orang Eropah pertama yang mendarat di Mauritius. Dia menamakan Mauritius sebagai Ilha do Cirne. Namun demikian, orang Portugis juga tidak tinggal lama di Mauritius.
Pada tahun 1598, segerombolan tentera Belanda mendarat di Grand Port di Pulau Mauritius dengan diketuai oleh Admiral Wybrand Van Warwyck. Van Warwyck telah memberikan nama Mauritius kepada pulau ini sempena nama Prince Maurice van Nassau, yang merupakan pemerintah Dutch Republic. Belanda seterusnya membina sebuah penempatan kecil di pulau Mauritius pada tahun 1638 dengan membawa tebu, haiwan ternakan dan rusa. Namun demikian, atas sebab-sebab yang tertentu, Belanda juga telah meninggalkan Pulau Mauritius pada tahun 1710.
France yang ketika itu telah pun memerintah di Île Bourbon (sekarang dikenali sebagai Réunion Island) di sebelah Mauritius, mengambilalih pentadbiran pulau tersebut dari Belanda dan menamakannya Isle de France.
Gabenor Perancis Bertrand-François Mahé de La Bourdonnais tiba di Mauritius pada tahun 1735. Dia telah menubuhkan Port Louis sebagai sebuah pangkalan tentera dan pusat pembinaan kapal.
Mauritius menjadi sebahagian dari perlumbaan kuasa di antara Perancis dan British sewaktu Perang Napoleon di Eropah. Walaupun Perancis memenangi Battle of Grand Port, mereka gagal menghalang kemaraan British di Cap Malheureux, tiga bulan kemudian. Perancis akhirnya menyerah kalah pada 3 Disember 1810 dengan syarat penduduk Mauritius dibenarkan untuk terus memiliki tanah dan harta serta menggunakan Bahasa Perancis. Satu lagi syarat yang ditetapkan ialah undang-undang Perancis terus digunakan dalam perkara jenayah dan hal-hal sivil.
Nama Isle de France ditukar kembali kepada Mauritius di bawah pemerintahan British. Perhambaan yang menjadi nadi penanaman tebu dihapuskan pada tahun 1835. Petani British terpaksa membawa masuk 500,000 buruh kontrak dari India untuk bekerja di ladang tebu pada tahun 1843 - 1921.
Mauritius kekal menjadi pangkalan laut strategik bagi British dan memainkan peranan penting sewaktu Perang Dunia Kedua bagi operasi anti-submarine dan operasi konvoi, serta pengumpulan isyarat pengintipan. Mauritius seterusnya mendapat kemerdekaan dari United Kingdom pada 12 Mac 1968.
 |
| Pemandangan umum di Mauritius |
Tour kami hanya meliputi bahagian selatan Pulau Mauritius berdekatan kawasan Curepipe dan Chamarel sahaja. Kami melalui banyak ladang tebu sewaktu memulakan perjalanan.
 |
| Ladang tebu di Mauritius |
 |
| Tebu adalah tanaman utama di Pulau Mauritius |
Perladangan tebu diusahakan secara besar-besaran sewaktu Mauritius ditadbir oleh French East India Company. Mauritius juga pernah menjadi persinggahan penting bagi kapal-kapal Eropah yang berlayar ke Timur sebelum pembukaan Terusan Suez pada tahun 1869. Kebanyakan penduduk di Mauritius kini berasal dari keturunan buruh kontrak India yang dibawa masuk oleh British untuk bekerja di ladang tebu.
 |
| Tanaman tebu seluas mata memandang di Mauritius |
 |
| Lagi pemandangan ladang tebu |
Tebu akan dituai selepas 12-14 bulan ditanam. Cara yang digunakan untuk mengenalpasti tebu yang telah boleh dituai adalah dengan memerhatikan bunga yang tumbuh pada pokoknya.
 |
| Bunga yang berkembang pada pokok tebu menandakan ia telah matang dan boleh dituai [Gambar dari internet] |
Tanaman tebu meliputi 70 - 80% tanah pertanian di Mauritius dengan keluasan 72 ribu hektar. Batang tebu yang dituai setiap tahun pula adalah seberat 3 juta ton. Penghasilan gula di Mauritius adalah di sekitar 450,000 - 600,000 tan setiap tahun yang kebanyakannya terdiri dari Gula Golden Granulated dan Demerara.
 |
| Tanaman tebu meliputi 70-80% kawasan pertanian di Mauritius |
Mauritius mempunyai 2 tapak yang telah diisytiharkan sebagai UNESCO World Heritage dan kedua-duanya adalah berkait dengan penanaman tebu di pulau ini. Kami tidak berkesempatan melawat ke kedua-dua tempat ini, tetapi memandangkan kita dah sampai ke Pulau Mauritius, kita cerita sajalah tentang kedua-dua tapak UNESCO ini.
Tapak Warisan Dunia UNESCO yang pertama adalah Aapravasi Ghat yang terletak dekat ibu negaranya, Port Louis. Nama asalnya adalah Coolie Ghat atau Immigration Square. Di sinilah buruh-buruh kontrak dari India masuk ke Mauritius bagi menggantikan hamba-hamba abdi untuk bekerja di ladang tebu. Nama tapak ini telah ditukar menjadi Aapravasi Ghat pada tahun 2001 yang bermaksud "shore / immigration depot" dalam Bahasa Sanskrit.
 |
| Aapravasi Ghat [Gambar dari internet] |
.jpg) |
| Aapravasi Ghat adalah depot imigresen bagi memproses kemasukan buruh-buruh kontrak dari India untuk bekerja di ladang tebu pada masa dahulu. [Gambar dari internet] |
Tapak Warisan Dunia UNESCO yang kedua pula adalah sebuah gunung yang dinamakan Le Morne Brabant. Gunung ini bersejarah kerana ia mengabadikan legasi Maroonage (hamba abdi yang melarikan diri) di Mauritius. Adalah dikatakan ramai hamba abdi yang tidak tahan dengan layanan tidak berperikemanusiaan yang diterima membunuh diri dengan terjun dari tebing tinggi di tepi gunung ini.
 |
| Le Morne Brabant di Mauritius [Gambar dari internet] |
Kalau kita dah melawat air terjun hebat Victoria Falls di sempadan Zimbabwe - Zambia dulu, Mauritius juga mempunyai sebuah air terjun hebat di dasar laut. Air terjun yang dinamakan Underwater Waterfall ini adalah optical illusion yang memang wujud di perairan Mauritius. Ia terbentuk bila arus lautan menarik pasir dan lumpur ke sebuah jurang dalam di dasar laut sehingga menimbulkan pemandangan yang kelihatan seperti air terjun.
 |
| Pemandangan Underwater Waterfall di perairan Mauritius [Gambar dari internet] |
Pemandangan Underwater Waterfall ini walau bagaimanapun tidak boleh dilihat dari darat atau dari atas bot di tengah laut. Kalau nak melihatnya, kenalah membuat helicopter ride seperti yang kita buat di Victoria Falls dulu. 😂
Part 97: Curepipe
Kami kemudiannya tiba di bandar Curepipe (disebut: Kyu-pip) yang merupakan bandar yang kedua terbesar di Mauritius selepas ibu kotanya yang bernama Port Louis. Curepipe pada asalnya adalah sebuah bandar kecil dengan 200 penduduk. Pada tahun 1860-an, Port Louis dilanda wabak malaria sehingga menyebabkan ramai penduduknya berpindah ke Curepipe untuk melarikan diri dari wabak tersebut. Semenjak itulah bandar Curepipe menjadi semakin besar dan berkembang.
 |
| Curepipe |
 |
| Curepipe |
 |
| Bas awam di Curepipe |
Nama bandar ini Curepipe berasal dari perkataan Perancis curer sa pipe yang bermaksud cleaning his / her pipe. Nama ini diberi kerana pada kurun ke-19 dahulu, tentera dan pengembara dari Port Louis dan Grand Port (sekarang dinamakan Mahébourg) sering datang ke sini untuk mengisi paip yang mereka hisap dengan tembakau.