Sunday, 9 June 2024

2024 ANDALUSIA BHG. 11 (Hassan Tower)

Mei 2024

NORTHERN AFRICA & SOUTHERN EUROPE
Morocco, Spain & Portugal
[MOROCCO: Casablanca, Marrakech, Rabat, Fes, Chefchaouen & Tangier]

Bahagian 11: Morocco
RABAT
(Hassan Tower & Mausoleum Mohammed V)

HARI KETIGA (3)

Part 25: Plaza 16 Novembre

Selepas melawat Kasbah Oudaya, kami meneruskan program lawatan kami di kota Rabat dengan melawat ke Hassan Tower. Dalam perjalanan ke sana kami dapat melihat beberapa mercu tanda kota Rabat yang mana di antaranya adalah Plaza 16 Novembre.

Marina Bou Regreg yang dilalui dalam perjalanan menuju ke Hassan Tower
Sungai Wadi Bou Regreg
Satu lagi pemandangan sungai Wadi Bou Regreg
Hassan Tower dah kelihatan dari kejauhan
Hassan Tower
Sultan Mohammed V adalah raja yang sangat disayangi oleh rakyat Morocco kerana baginda adalah seorang pejuang kemerdekaan. Disebabkan pengaruh baginda yang sangat meluas di kalangan rakyat Morocco ketika itu, baginda telah dibuang negeri ke Madagascar oleh Kerajaan Kolonial Perancis yang memerintah. Namun baginda terus memperjuangkan kemerdekaan Morocco dari Perancis walau telah dibuang negeri. Kerajaan Perancis akhirnya membenarkan Sultan Mohammed V kembali ke Morocco pada tahun 1955 dan dengan persetujuan bersama dengan Kerajaan Spain, Morocco akhirnya diberi kemerdekaan pada tahun 1956. Sultan Mohamed V kemudiannya menaiki takhta sebagai King of Morocco pada tahun 1957.
 
 Plaza 16 Novembre
Plaza 16 Novembre adalah memorial peringatan bagi kepulangan Sultan Mohamed V ke Morocco selepas dibuang negeri ke Madagascar oleh Kerajaan Kolonial Perancis selama 2 tahun.
Plaza 16 Novembre didirikan oleh pemerintah Morocco sekarang, Sultan Mohamed VI sebagai memorial peringatan kepulangan datuk baginda Sultan Mohamed V yang seterusnya membawa kepada kemerdekaan Morocco dari pemerintahan Perancis. Walaupun tarikh sebenar kemerdekaan Morocco adalah 2 Mac 1956, tarikh kepulangan Sultan Mohamed V pada 16 November 1955 turut diraikan sebagai tarikh yang penting dalam sejarah negara ini.

Pemandangan berhampiran Plaza 16 Novembre
Taman berhampiran Plaza 16 Novembre

Part 26: Hassan Tower

Hassan Tower adalah sebahagian kompleks masjid yang dihasrat untuk dibangunkan oleh seorang Sultan Almohad yang bernama Yacoub Al Mansour pada tahun 1196. Kompleks bangunan masjid ini walau bagaimanapun terbiar terbengkalai setelah kemangkatan Sultan Yacoub pada tahun 1199. Gempa bumi besar Lisbon pada tahun 1755 yang gegarannya turut mengenai Rabat terus memusnahkan kompleks bangunan yang separa siap itu. Yang tinggal kini hanyalah tiang-tiang dan menara masjid yang dinamakan sebagai Hassan Tower.

Pintu masuk ke Hassan Tower
 Husband bergambar dengan pengawal berkuda di depan pintu masuk ke Hassan Tower
Kompleks Hassan Tower berkongsi kawasan dengan Mausoleum Mohamed V di belakang sana
Kesan peninggalan menunjukkan pembinaan masjid Hassan Tower dihasrat untuk menjadi bangunan keagamaan yang terbesar di dunia ketika itu. Saiz tapak binaannya jauh lebih besar jika dibandingkan dengan Great Mosque of Cordoba di Spain. Walau keseluruhan pembinaan masjid terbengkalai selepas kematian Sultan Yacoub Al Mansour, menara masjidnya yang lebih tinggi dari menara Masjid Koutoubia di Marrakech sempat disiapkan. Menara ini kini dikenali sebagai Hassan Tower.

Tiang-tiang yang tegak berdiri ini adalah komponen masjid yang terbengkalai
Menara masjid sahaja yang sempat disiapkan sebelum pembangunan keseluruhan masjid terbengkalai.
 Pemandangan menara dengan lebih dekat
Seperti juga di masjid-masjid lain di Morocco, menara Hassan Tower dibina berbentuk segiempat. Ia sepatutnya menjadi tempat bilal melaungkan azan untuk memanggil jemaah bersolat ke masjid. Oleh kerana lif belum dicipta ketika itu, ada ramp yang dibina di dalamnya sehingga ke puncak menara untuk membolehkan bilal menunggang baghal ke tempat beliau melaungkan azan.

Bergambar dengan Hassan Tower dan tiang-tiang kesan tinggalan masjid

Part 27: Mausoleum Mohammed V

Mausoleum Mohamed V berkongsi kawasan dengan Hassan Tower. Bangunan ini didirikan oleh Sultan Hassan II yang merupakan anak kepada Sultan Mohamed V. Bangunan yang dibina pada tahun 1971 ini direkabentuk oleh seorang arkitek Vietnam yang bernama Cong Vo Toan.

Bergambar dengan berlatar belakangkan Mausoleum Mohamed V
 Mausoleum Mohamed V
 Perhiasan pada tiang dan tangga naik ke Mausoleum Mohamed V
 Pemandangan menghala ke Hassan Tower dari Mausoleum Mohamed V
Pintu masuk ke Mausoleum Mohamed V
Tentera yang berkawal di pintu masuk ke Mausoleum
Husband bergambar dengan tentera
Pemandangan di dalam Mausoleum
Mausoleum Mohamed V adalah tempat persemadian Sultan Mohamed V yang sangat disayangi oleh rakyat Morocco. Baginda meninggal dunia pada tahun 1961 tetapi dipindahkan untuk disemadikan semula di sini pada tahun 1971 setelah bangunan siap dibina.

Makam Sultan Mohamed V, pemerintah yang sangat disayangi oleh rakyat Morocco.
Pandangan lebih dekat makam Sultan Mohamed V
Kubah di dalam bangunan Mausoleum
Pengunjung yang berziarah cuma dapat melihat dari balkoni yang dibina di keliling makam.
Ada pengawal yang berkawal di sekeliling Mausoleum Mohamed V. Mereka bertugas mengikut shift dan akan membuat pertukaran pengawal setiap 4 jam. Walau bagaimanapun tak adalah upacara Changing of the Guards seperti yang pernah kita lihat di Chiang Kai Shek Memorial di Taiwan dulu.

 Husband bergambar dengan tentera yang berkawal di dalam bangunan Mausoleum pula
Selepas melawat makam Sultan Mohamed V, kami berjalan di sekeliling bangunan Mausoleum untuk melihat pemandangan di sekitar.

 Berjalan sekeliling Mausoleum untuk melihat pemandangan
Pemandangan Hassan Tower
Masjid yang aktif digunakan di sebelah Mausoleum
Husband bergambar dengan berlatar belakangkan masjid
 Berjalan di sekeliling Mausoleum
 Menara Mohamed VI
Bendera Morocco
 National Theatre
 Bergambar di depan Mausoleum
Tiba masa yang ditetapkan, kami berjalan keluar dari kompleks Hassan Tower. Tempat menunggu yang ditetapkan adalah di pintu belakang Hassan Tower.

 Berjalan menuju ke pintu belakang Hassan Tower di sebalik tembok kota lama di sana.
 Pintu belakang Hassan Tower
Tembok kota lama Rabat berdekatan pintu belakang Hassan Tower
 Menunggu bas tiba untuk membawa kami ke kota Fes


 Bersambung ke Bahagian 12...


CATATAN PERJALANAN (MOROCCO, SPAIN & PORTUGAL 2024):

No comments: