Friday, 2 August 2024

2024 ANDALUSIA BHG. 38 (Oeiras)

Mei 2024

NORTHERN AFRICA & SOUTHERN EUROPE
Morocco, Spain & Portugal
[PORTUGAL: Lisbon]

Bahagian 38: Portugal
LISBON (Passeio Marítimo de Oeiras)

HARI KESEMBILAN (1)

Part 109: Hotel Inatel Oeiras & Passeio Marítimo de Oeiras

Bom dia, Lisboa (disebut: Bom jia, Lisboa)! Selamat pagi, Lisbon.

Pemandangan menghala ke Laut Atlantik dari bilik hotel kami
Disebabkan waktu Solat Subuh ketika itu masuk pukul 4.50 pagi dan Syuruk pada pukul 6.30 pagi, kami terpaksa bangun awal pagi di Lisbon. Bila dah bangun awal dan matahari memancar terang kat luar serta waktu breakfast masih lambat lagi, kita ambillah peluang untuk bersiar-siar dulu di luar. Lagi pula Hotel Inatel Oeiras ini terletak betul-betul di pertemuan Sungai Targus dengan Laut Atlantik. Pasti pemandangannya hebat di sana.

Pemandangan di depan bilik penginapan kami. Kalau bawa kereta boleh parking kat bawah porch ini.
Bilik-bilik ke sebelah sana
Penanda arah di perkarangan Hotel Inatel Oeiras. Bilik-bilik penginapan di sini dipanggil apartment (apartamentos).
Suasana pagi di kawasan penginapan Hotel Inatel Oeiras
Jom jalan ke depan...
Hanya kenderaan penginap sahaja dibenarkan melepasi palang ini
Kami bercadang untuk turun ke Passeio Marítimo de Oeiras sekali lagi menggunakan pintu di sebelah restoran yang kami guna malam tadi. Rupa-rupanya pintu itu ditutup pulak pada awal-awal pagi begini.
 
Inatel Oeiras
 Pintu tepi ke Passeio Marítimo de Oeiras ditutup pulak pagi ini
Disebabkan pintu tepi ditutup, kami terpaksa keluar menerusi pintu utama. Di luar pintu utama ini ada sebuah jambatan untuk kenderaan dan di bawah jambatan ini ada sebuah lukisan mural yang cantik.

Pemandangan di luar pintu utama Hotel Inatel Oeiras
Mural di bawah jambatan ini menggambarkan peristiwa pada 25 April 1974 yang dinamakan sebagai Carnation Revolution. Portugal pernah mengalami pemerintahan diktator yang terpanjang di Eropah selama 48 tahun (1926 - 1974). Sepanjang tempoh tersebut, diktator yang paling lama memegang kuasa adalah António de Oliveira Salazar.

Rampasan kuasa aman yang dinamakan Carnation Revolution berjaya menggulingkan pemerintahan diktator ini pada 25 April 1974. Tarikh 25 April masih diraikan sebagai Freedom Day (Dia da Liberdade) setiap tahun.

Mural di bawah jambatan
Gambaran rakyat Portugal meraikan Freedom Day pada 25 April
Gerakan yang berjaya menggulingkan pemerintahan diktator di Portugal dinamakan sebagai Carnation Revolution
Bunga Carnation sebagai lambang kejayaan
Selepas melawat mural ini barulah kami turun ke Passeio Marítimo de Oeiras.

Tangga turun ke Passeio Marítimo de Oeiras
Pertemuan Sungai Targus dengan Laut Atlantik di Passeio Marítimo de Oeiras
Pemandangan pagi di Passeio Marítimo de Oeiras
Rumah api dan kapal layar
Rumah Api
Close-up
Menikmati pemandangan pagi di Passeio Marítimo de Oeiras
Mentari yang sedang terbit di Laut Atlantik
Kalau diperhatikan betul-betul, memang ada kesan tembok kota lama di Passeio Marítimo de Oeiras ini. Tembok ini macam terbenam di dasar laut sekarang. Lisbon pernah mengalami gempa bumi yang besar pada tahun 1755 dulu. Mungkin tembok kota ini runtuh dan jatuh ke dasar laut pada ketika itu.

Kesan kota lama di Passeio Marítimo de Oeiras
Kesan binaan kota ini sangat ketara di sesetengah tempat
Tembok yang mungkin terbelah sewaktu kejadian gempa bumi 1755 dulu
Melihat kesan kota lama
Berdiri di tapak kota lama
Kepingan tembok kota yang jatuh ke dalam laut
Pemandangan menghala ke Hotel Inatel Oeiras
Tong sampah moden di Passeio Marítimo de Oeiras
Demonstrasi cara penggunaan tong sampah
Disebabkan kedudukan Passeio Marítimo de Oeiras yang strategik di pertemuan Sungai Tagus dengan Laut Atlantik, ada sebuah lagi kota yang didirikan di sini. Ia dinamakan Forte de Santo Amaro yang dibina sewaktu Portuguese Restoration War (1640-68) atas arahan King Dom João IV. Kota ini masih berdiri di Passeio Marítimo de Oeiras sehingga sekarang.

Forte de Santo Amaro
Berjalan menuju ke Forte de Santo Amaro
 Berdiri di depan Forte de Santo Amaro
Tembok kota Forte de Santo Amaro
Pintu lama untuk masuk ke kota yang telah ditutup
Pemandangan dekat pintu yang telah ditutup
 Keterangan mengenai Forte de Santo Amaro
Watchtower di Forte de Santo Amaro
Dinding Forte de Santo Amaro yang penuh dengan pameran kesenian
Membawa anjing bersiar-siar
Pantai di depan sana adalah Santo Amaro Beach
Mentari yang dah naik semakin tinggi
Bila dekat waktu breakfast yang ditetapkan, Myself dan Husband berjalan kembali ke Hotel Inatel Oeiras.

Berjalan kembali ke hotel
Kapal layar dan kayak
Kayak di tengah lautan
Berjalan kembali ke Hotel Inatel Oeiras
Ombak yang memukul pantai
Di situ pun macam ada tembok kota yang tenggelam di sana
Sebahagian lagi serpihan tembok kota lama yang jatuh ke laut
Kembali ke Hotel Inatel Oeiras melalui pintu masuk utama
Pemandangan ke arah bangunan lobi dari pintu masuk utama ke Hotel Inatel Oeiras
Memandangkan bilik penginapan agak jauh dari bangunan restoran, kami dinasihatkan supaya membawa bagasi siap-siap ke bas sebelum masuk ke restoran untuk breakfast.

Membawa bagasi siap-siap ke bas sebelum breakfast
Bas parking di tepi lobi hotel
Lepas dah selamat memasukkan bagasi ke dalam perut bas, barulah Myself dan Husband bergerak ke restoran. Restoran hotel terletak di tepi laut tetapi ramai yang memilih makan di ruang dalam sahaja sebab panas sangat ketika itu kalau nak duduk di meja luar.

Suasana di dalam restoran yang terletak di tepi laut
Lagi suasana di dalam restoran
Breakfast spread
Cuma roti dan telur sahaja yang boleh dimakan
Pastri yang sedap
Sos Piri-Piri yang pedas (macam yang ada kat restoran Nando's itu) adalah sos tradisional Portugis. Ia dibawa ke Portugal dari tanah jajahannya di Angola, Afrika ~ sama cerita macam British membawa Kari balik ke England dari India sehingga menjadi makanan popular di UK.
Breakfast kami hari ini...
Satu sudut restoran yang menarik
Berjalan ke bangunan lobi untuk mendapatkan bas selepas selesai breakfast

Part 110: Menuju Ke Belém

Penginapan kami di Lisbon cuma satu malam. Jadi selepas breakfast, kami check-out dari hotel dan terus memulakan program lawatan di kota Lisbon. Selepas melawat Lisbon, kami akan kembali ke Spain dan menuju ke ibukotanya yang bernama Madrid untuk bermalam di sana pula.

Menuju ke kota Lisbon
Kami berdepan dengan traffic jam yang agak teruk sewaktu nak meninggalkan Oeiras menuju ke Lisbon. Seperti juga di Kuala Lumpur, ada polis trafik yang bertugas di serata tempat untuk membantu melicinkan perjalanan trafik.

Polis trafik yang mengawal lalu lintas
Poster pilihanraya di Portugal. Dahsyat cara mereka berkempen ~ boleh pangkah terus muka-muka lawan pada poster kempen.
Seperti juga di Morocco, ada banyak bulatan untuk penyuraian trafik di Portugal
Jubin sering digunakan sebagai penanda nama jalan dan tempat di Portugal
Ambulans
Arah ke Lisbon
Plaza Tol sewaktu meninggalkan Oeiras
Pemandangan di Plaza Tol
Destinasi kami pada pagi ini adalah sebuah daerah di kota Lisbon yang bernama Belém. Ia adalah sebuah kawasan yang kaya dengan sejarah dan senibina dari zaman kolonial Portugis. Tempat yang menjadi tumpuan kami ialah Tower of Belém.
 
Kawasan perumahan di Lisbon
Lagoas Park adalah salah sebuah business park di kota Lisbon
Pemandangan menarik menuju ke Belém
Satu lagi pemandangan menarik di Lisbon
Grafitti
Sungai Tagus
Ucapan Selamat Datang Ke Oeiras dalam Bahasa Portugis
Stesen keretapi berhampiran Tower of Belém
Keretapi
Pokok Jacaranda yang mekar berbunga


Bersambung ke Bahagian 39...


CATATAN PERJALANAN (MOROCCO, SPAIN & PORTUGAL 2024):

No comments: