NORTHERN AFRICA & SOUTHERN EUROPE
Morocco, Spain & Portugal
[SPAIN: Tarifa, Granada, Cordoba & Seville]
Bahagian 28: Spain
CORDOBA
HARI KETUJUH (2)
Part 79: Perjalanan Ke Cordoba
Perjalanan dari Granada menuju ke Cordoba adalah sejauh 200 km dan perjalanan dijangka memakan masa 2 jam.
|
Meninggalkan Granada |
|
Menuju ke Cordoba |
Jika selama ini kita cuma bercerita tentang sejarah kejatuhan Granada dari sudut pandang orang Islam, apa kata dalam perjalanan menuju ke Cordoba ini kita bercerita pula tentang sejarah tersebut dari sudut pandang Kristian pula? Peristiwa penaklukan Kristian ke atas Kerajaan Islam Al-Andalus ini dinamakan sebagai Reconquista (Reconquest). Perang ini juga menyebabkan konflik dan ketegangan di antara umat Kristian dan Muslim yang mempengaruhi sejarah Sepanyol dan Eropah berabad-abad lamanya.
Raja Kristian yang bertanggungjawab menjatuhkan pemerintahan Islam di bumi Sepanyol adalah King Ferdinand II of Aragon dan Queen Isabella I of Castile & Leon.
|
King Ferdinand II & Queen Isabella I |
Isabella I merupakan Ratu Castile & Leon yang hidup pada pertengahan kurun ke-15 sehingga ke awal kurun ke-16. Pemerintahannya dicirikan menerusi beberapa buah peristiwa, termasuklah penyempurnaan Reconquista, pelaksanaan Spanish Inquisition dan penerokaan Christopher Columbus pada tahun 1492.
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Isabella I dilahirkan pada tahun 1451 Masehi. Bapanya ialah John of Castile manakala ibunya pula bernama Isabella of Portugal. Ketika bapanya meninggal dunia pada tahun 1454, saudara tiri Isabella yang bernama Henry IV ditabalkan sebagai raja baru Castile. Henry mencalonkan puterinya Joanna sebagai pewaris beliau. Namun, beliau didesak oleh golongan bangsawan agar menggugurkan pencalonan ini dan melantik adik Isabella yang bernama Alfonso sebagai calon pewaris.
Walau bagaimanapun, putera muda itu meninggal dunia pada tahun 1468 akibat diracun atau diserang wabak. Sebelum meninggal dunia, Alfonso sempat menamakan Isabella sebagai pewarisnya, dan para bangsawan yang menentang Henry menggesa agar mahkota diserahkan kepada Isabella. Desakan yang diberikan oleh bangsawan ke atas Henry akhirnya mendorong beliau untuk menamakan Isabella sebagai pewaris takhta.
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Pada tahun 1469, Isabella berkahwin dengan Ferdinand yang kelak menjadi King of Aragon. Perkahwinan ini kemudiannya membawa kepada penyatuan Sepanyol secara fizikal dan spiritual. Pusat pemerintahan Ferdinand dan Isabella adalah di Barcelona. Namun lantaran perkahwinan ini berlangsung tanpa mendapat restu raja, pencalonan Isabella sebagai pewaris takhta Castile digugurkan oleh Henry dan Joanna sekali lagi dinamakan sebagai pengganti Henry.
Pada tahun 1474, Henry meninggal dunia dan perang saudara di antara Isabella dan Joanna berlangsung. Isabella memenangi pergelutan ini pada tahun 1479 dan diperakui sebagai Ratu Castile yang baru.
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Pemerintahan Henry menjadi bukti betapa kekuasaan yang dimiliki oleh kelas bangsawan merupakan ancaman yang besar buat pemerintah. Justeru, langkah pertama yang diambil oleh Ferdinand dan Isabella bagi menjamin takhta adalah dengan memulakan reformasi yang bertujuan meningkatkan kuasa monarki dan mengurangkan kuasa golongan bangsawan.
Selain membendung pengaruh kelas bangsawan, pasangan pemerintah ini juga melihat kepatuhan kepada agama Kristian sebagai satu lagi jalan untuk memperkukuhkan kedudukan mereka. Namun pada waktu itu, Sepanyol bukan hanya menaungi agama Kristian, tetapi turut mempunyai komuniti Yahudi dan Muslim yang signifikan.
Ferdinand dan Isabella memandang rakyat bukan Kristian sebagai ancaman terhadap kerajaan mereka. Oleh itu, kedua-duanya berusaha untuk membendung keadaan tersebut. Setelah berkuasa, mereka memaksa semua rakyat untuk memeluk agama Kristian. Untuk mengelak dari dikenakan hukuman, ramai penganut Islam dan Yahudi yang berpura-pura memeluk agama Kristian.
Pada tahun 1480, Spanish Inquisition dilaksanakan. Ia menumpukan golongan Yahudi dan Muslim yang telah memeluk agama Kristian, namun masih mengamalkan kepercayaan lama secara rahsia. Mereka dipaksa untuk mengaku telah sesat dan sebagai hukumannya, disiksa. Dengan menghapuskan individu-individu sebegini, Spanish Inquisition berusaha untuk ‘mensucikan’ agama Kristian dari sebarang elemen penderhakaan.
|
|
|
|
|
|
|
|
Selain musuh-musuh dalam kerajaan, Ferdinand dan Isabella juga menangani ancaman dari luar. Reconquista yang sudah pun berlangsung sejak kurun ke-8 Masehi di kalangan ramai Raja Sepanyol untuk mengembalikan kekuasaan Kristian di tanah air mereka akhirnya diselesaikan pada era pemerintahan Ferdinand dan Isabella. Menjelang kurun ke-15, satu-satunya Kerajaan Muslim yang masih tinggal di Iberia adalah Granada yang terletak di bahagian selatan Sepanyol. Namun pada tahun 1492, Granada turut tumbang ke tangan tentera Ferdinand dan Isabella.
Pada tahun itu juga, Alhambra Decree yang turut dikenali sebagai Edict of Expulsion (Titah Pengusiran) dikeluarkan oleh pasangan pemerintah ini. Dekri ini memberikan kesan yang signifikan terhadap populasi Islam dan Yahudi di Granada. Mereka diberikan pilihan sama ada memeluk agama Kristian ataupun diusir dari Granada.
|
|
|
|
|
|
Satu lagi peristiwa penting yang berlaku pada tahun 1492 adalah penerokaan pertama Christopher Columbus ke Dunia Baru (benua Amerika). Penjelajah dari Genoa, Italy itu berjaya memujuk Ferdinand dan Isabella untuk membiayai pengembaraannya ke benua Amerika. Penerokaan ini dibiayai menggunakan harta rampasan dari Kerajaan Islam di Sepanyol. Ia seterusnya membawa kepada penguasaan Spanish di Amerika Selatan.
Usaha-usaha yang dilakukan oleh Ferdinand dan Isabella untuk membersihkan agama Kristian di tanah kekuasaan mereka di Sepanyol diperakui oleh Pope Alexander VI di Vatican. Lantas Vatican mengurniakan kepada mereka gelaran Catholic Monarchs. Queen Isabella disifatkan sebagai seorang yang tidak ragu-ragu untuk melancarkan peperangan atau memperjuangkan kepercayaannya, tanpa mengira sama ada tindakannya itu akan dilihat sebagai baik ataupun buruk.
Isabella meninggal dunia pada 26 November 1504. Jasadnya disemadikan di Royal Chapel yang kini menjadi sebahagian dari Granada Cathedral. Puterinya yang bernama Joanna ditabalkan sebagai ratu yang baru, sementara Ferdinand pula berperanan sebagai pemangku pemerintah sehingga meninggal dunia 12 tahun kemudian. Pembawaan keagamaan Joanna dikatakan lebih keras berbanding kedua orang tuanya.
|
Sungai Guadalquivir |
Part 80: Cordoba
Cordoba (juga dikenali sebagai Cordova) terletak di tebing sebelah kanan Sungai Guadalquivir di selatan Spain. Ia adalah ibukota Dinasti Umayyad yang memerintah Al-Andalus sehingga ke tahun 1031. Di bawah pemerintahan Umayyad, Cordoba berkembang menjadi pusat pengajian ilmu yang tersohor di dunia. Seperti Kerajaan Islam yang lain di Andalus, Cordoba turut jatuh ke tangan Kristian pada tahun 1236.
|
Tiba di Cordoba |
|
El Arcangel Shopping Mall |
|
Penunjuk arah |
|
Pemandangan pertama pusat bandar lama Cordoba |
|
Sebahagian tembok kota lama Cordoba yang masih tinggal |
|
Bas menurunkan kami di sini |
Setibanya di Cordoba, kami terus dibawa makan tengah hari di pusat bandar lamanya. Bas tidak dapat berhenti betul-betul di depan restoran, jadi kami terpaksa berjalan kaki sedikit ke sana. Myself memang suka kalau bas berhenti sedikit jauh begini sebab ia memberikan kita peluang melihat suasana bandar.
|
Berjalan menuju ke restoran |
|
Persimpangan |
|
Gereja Ermita de los Santos Mártires (Hermitage of the Holy Martyrs) |
|
Bangunan lama yang menarik di Cordoba |
|
Parque Ruth y José (Ruth and José Park) |
|
Merentas Taman Ruth y José menuju ke restoran |
|
Berjalan menuju ke restoran |
Lunch kami hari ini disediakan di sebuah restoran Turki yang bernama Kebab El Rio. Hidangan yang disaji adalah Nasi dan Kebab. Berselera juga kita makan tengah hari ini sebab makanannya sedap.
|
Lunch yang menyelerakan |
Tujuan utama persinggahan kami di Cordoba adalah untuk melawat Mezquita-Catedral de Cordoba yang terkenal itu. Disebabkan tiket lawatan kami adalah pukul 4.30 petang dan ketika itu masih awal lagi, Zarina membawa kami ke lorong berhampiran Mezquita-Catedral ini untuk membeli souvenir.
|
Berjalan menuju ke Mezquita-Catedral de Cordoba |
|
Pokok Jacaranda yang sedang berbunga |
|
Menuju ke Mezquita-Catedral de Cordoba |
Cordoba adalah sebuah tempat tumpuan pelancong yang utama di Spain. Maka ia turut menjadi tumpuan penyeluk saku. Sepanjang masa di sini, Zarina mengingatkan kami supaya berhati-hati menjaga barangan peribadi. Penyeluk saku di sini bekerja berkumpulan. Pesan Zarina, berhati-hati kalau ada seseorang yang kelihatan macam pelancong seperti kita menghampiri dengan ramah. Mereka akan bertanya dari mana kita datang dan seterusnya berbual mesra untuk menarik perhatian kita sambil rakan-rakannya yang lain menjalankan aktiviti mencopet.
Tidak lama selepas Zarina bercerita, Myself memang disapa oleh seorang lelaki yang sekali imbas macam pelancong dari Australia. Dia bertanya, "Hi! Where are you from?" Sedang kita teragak-agak nak menjawab, Husband terus menarik kita pergi. Fuhh, nasib baik tak terkena!
|
Paseo de la Ribera |
|
Di sinilah Myself disapa oleh lelaki yang kononnya macam pelancong dari Australia |
|
Outdoor cafe yang dihiasi dengan wine barrels |
|
Husband bergambar dengan wine barrel |
|
Outdoor Cafe |
|
Suasana di outdoor cafe |
Tempat tumpuan kami pada petang ini adalah Cordoba Historic Centre yang telah diisytiharkan oleh UNESCO sebagai World Heritage Site pada tahun 1984.
Kami melalui sebuah kawasan yang dinamakan Plaza del Potro di mana terdapat sebuah tugu yang didirikan sebagai penghormatan kepada Archangel Rafael yang dinobatkan sebagai malaikat pelindung bagi Cordoba. Rafael adalah sebenarnya nama Malaikat Israfil dalam agama Kristian. Namun sudah pasti cara kepercayaan Islam dengan kepercayaan Kristian terhadap Malaikat Israfil ini sangat berbeza.
|
Tugu Archangel Rafael |
|
Keterangan mengenai Tugu Archangel Rafael |
|
Kedai souvenir di Plaza del Potro |
|
Fountain kuda di seberang sana Plaza del Potro |
|
Pandangan lebih dekat fountain kuda di seberang sana Plaza del Potro |
|
Potro bermaksud Kuda Jantan dalam Bahasa Spanish |
Sambil bersiar-siar di Cordoba Historic Centre, kita imbau sejarah Cordoba di zaman silam. Kerajaan Bani Umayyah merupakan khilafah Islam kedua selepas kewafatan Nabi Muhammad SAW dan merupakan khilafah pertama yang menggunakan sistem pewarisan takhta. Kedua-dua tokoh yang berjasa membawa sinar Islam ke bumi Spain, Tariq bin Zaid dan Musa bin Nusair berkhidmat untuk Kerajaan Bani Umayyah. Walau bagaimanapun, Kerajaan Bani Umayyah telah digulingkan Kerajaan Abbasiyah pada tahun 750 Masehi. Ahli keluarga Bani Umayyah yang terselamat telah melarikan diri ke Cordoba dan menubuhkan sebuah kerajaan baru di sana.
Abdul Rahman Ad-Dakhil, keturunan Bani Umayyah yang terselamat, diangkat menjadi ketua kerajaan Andalusia (Khalifah Andalus) yang berpusat di Cordoba. Mereka tidak mahu berada di bawah Kekhalifahan Abbasiyah kerana Bani Abbasiyyah telah banyak membunuh keluarga mereka.
Islam sudah berkembang sewaktu Abdul Rahman Ad-Dakhil menjadi penerus Dinasti Umayyah yang berpindah ke Sepanyol. Dia menjadikan Cordoba sebagai ibukota pemerintahan dinastinya di Benua Eropah. Dalam membangun kota ini, Abdul Rahman Ad-Dakhil mengundang dan mendatangkan ahli fiqh, alim ulama, ahli falsafah dan ahli syair untuk bertandang dan mengembangkan ilmu mereka di Cordoba. Akhirnya kota ini menjadi pusat perkembangan ilmu pengetahuan, seni dan kesusasteraan yang terkenal di seluruh benua Eropah.
|
Berjalan-jalan di Cordoba Historic Centre. Kawasan ini adalah kawasan larangan untuk kenderaan dan hanya boleh dimasuki oleh pejalan kaki sahaja. |
|
Sambil berjalan, kita mengimbau kejayaan Cordoba sebagai pusat perkembangan ilmu pengetahuan, seni dan kesusasteraan di seluruh benua Eropah pada masa dahulu di zaman pemerintahan Islam. |
Puncak kejayaan dan masa keemasan Cordoba mula berlangsung pada era pemerintahan Khalifah Abdul Rahman An-Nasir dan puteranya Al-Hakam. Ketika itu Cordoba telah mencapai kekayaan dan kemewahan yang belum pernah dicapai sebelumnya.
Pada era itu Cordoba mampu berdiri sebaris dengan Baghdad yang menjadi ibukota pemerintahan Dinasti Abbasiyah. Tidak cuma itu, Cordoba juga setaraf dengan Constantinople - ibukota Kerajaan Byzantium, serta Kaherah yang merupakan ibukota Kerajaan Fathimiyah.
|
Fountain di tengah Cordoba Historic Centre |
|
Agua No Potable bermaksud air ini tidak selamat untuk diminum |
Kota Cordoba yang terletak di Wilayah Andalusia, sebelah Barat Sepanyol ini menjadi terkenal sebagai pusat ilmu pengetahuan. Di kota ini berdiri perpustakaan besar dengan jumlah kunjungan mencapai 400,000 orang. Padahal pada waktu yang sama, perpustakaan-perpustakaan besar di Eropah yang lain hanya mempunyai jumlah kunjungan yang jarang mencapai angka seribu.
Oleh demikian, tidak salah lagi jika Cordoba disebut sebagai “The greatest centre of learning” di Eropah. Saat kota-kota lain di Eropah berada pada Masa Kegelapan (Dark Age), Cordoba muncul bagai bunga yang berkembang harum di Eropah.
|
Kereta kuda yang boleh disewa untuk bersiar-siar di Cordoba |
|
Pemandangan kereta kuda dari belakang |
Pada masa kekuasaan Abdul Rahman III, berdiri Universiti Cordoba yang termasyhur dan menjadi kebanggaan umat Islam. Berbodong-bondong mahasiswa dari berbagai wilayah, termasuk mahasiswa Kristian dari Eropah, menimba ilmu di situ.
Dari universiti inilah, Barat menyerap ilmu pengetahuan. Salah seorang mahasiswa Kristian yang menuntut di situ adalah Gerbert d'Aurillac (945-1003 M) yang kemudian menjadi Pope Sylvester II di Vatican. Selepas mempelajari matematik di Sepanyol, dia kemudian mendirikan sekolah arithmatik dan geometri kepada para muridnya.
|
Pasu-pasu bunga yang diletakkan pada balkoni dan dinding bangunan adalah pemandangan yang biasa dilihat di Wilayah Andalusia di Spain. |
|
Disebabkan Andalusia adalah kawasan yang paling panas di Sepanyol, pemerintah pada masa dahulu telah mengeluarkan arahan supaya bunga-bunga ditanam di sekitar kawasan untuk menyejukkan suasana. |
|
Amalan meletakkan pasu bunga pada balkoni dan dinding rumah ini masih diteruskan sehingga sekarang. |
Pengembangan ilmu pengetahuan yang pesat di Cordoba pada era kejayaan Islam telah melahirkan sejumlah ilmuwan dan ulama yang mashyur. Cordoba merupakan pusat intelektual di Eropah dengan perguruan-perguruan yang amat terkenal di bidang kedoktoran, matematik, falsafah, kesusasteraan dan juga muzik. Sumbangan para intelektual dan ulama yang lahir dari Cordoba sangat diakui dan memberi pengaruh kepada peradaban manusia.
Antara ilmuwan yang lahir pada masa keemasan Islam di Cordoba termasuklah Ibnu Rusydi (Averroes), salah seorang ilmuwan Muslim yang berpengaruh di abad ke-12 dan beberapa abad setelahnya. Beliau menterjemah dan memberi komen hasil kerja Aristotle selama hampir tiga dekad. Ibnu Rusydi juga tidak meninggalkan sebarang harta benda melainkan ilmu dan tulisan dalam pelbagai bidang seperti falsafah, perubatan, ilmu kalam, falak, fiqh, muzik, kaji bintang, tatabahasa dan nahu.
|
Jalan yang bernama Calle del Corregidor Luis de la Cerda |
|
Hammam Al Andalus |
|
Pusat pemandian awam yang dinamakan Hammam adalah satu warisan Arab yang ditinggalkan di Andalusia |
Cordoba turut melahirkan seorang ulama mujtahid yaitu Ibnu Hazm yang menulis Kitan Al-Muhalla. Mujtahid bermaksud golongan yang mempunyai keupayaan untuk berijtihad iaitu mampu melaksanakan kajian terhadap hukum-hukum syarak yang bersifat amali menerusi dalil-dalil yang terperinci. Ada juga seorang mufasir (pakar tafsir Al Quran) Al-Qurthubi yang menulis Kitab Tafsir Al-Qurthubi. Kemudian ada juga pakar kesihatan Az-Zahrawi (Albucasis) yang memperkenalkan peralatan dan teknik pembedahan. Az-Zahrawi menulis buku perubatan bergambar yang menjadi rujukan pakar kedoktoran Eropah. Selain mereka, masih terdapat ramai lagi cendekiawan ilmu pengetahuan pada masa tersebut.
Itulah Cordoba yang masa kejayaannya banyak menginspirasi penulis Barat yang banyak digambarkan oleh para ahli sejarah maupun politik, sebagai perintis pembawa kemajuan Barat di masa sekarang.
|
Kedai menjual Karipap di Cordoba |
|
Karipap ini dikenali sebagai Empanada di Spain dan negara-negara Latin Amerika |
|
Pelbagai jenis Empanada yang dijual |
|
Kumpulan kami yang begitu excited berjumpa Karipap di Cordoba. Tapi tak boleh nak makan sebab intinya Tidak Halal. Hahaha! |
Apabila pemimpin-pemimpin City of Lyon, Nevar dan Barcelona memerlukan pakar bedah, jurutera, arkitek bangunan, pembuat pakaian atau pemuzik, mereka menuju ke Cordoba City. Inilah kesaksian orang Barat terhadap Kota Cordoba pada abad ke-4 Hijrah (abad ke-10 Masehi). Cordoba memang menjadi saksi bisu kepada pencapaian tamadun Islam dan kemuliaan Islam pada masa itu.
|
Terus berjalan di Cordoba yang bersejarah |
|
Bangunan-bangunan di sini memang tebal ciri Arabnya |
|
Ini pula adalah kedai yang menjual Paella Halal tetapi kami tidak berkesempatan nak mencuba |
|
Menu Paella yang dijual |
Kami akhirnya tiba di Mezquita-Catedral de Cordoba yang menjadi tujuan lawatan kami hari ini. Tetapi disebabkan masih belum sampai masa untuk kami masuk melawat, kita singgah dulu di kedai souvenir yang berhampiran untuk menunggu.
|
Tiba di Mezquita-Catedral de Cordoba |
|
Masuk dulu ke kedai souvenir berhampiran |
|
Macam-macam souvenir ada |
|
Lantern yang pelbagai rupa |
|
Cantik-cantik souvenir yang dijual |
|
Barangan tembikar |
|
Fridge magnet yang menunjukkan pakaian tradisional yang dipakai oleh penganut Katholik di gereja sewaktu perayaan Semana Santa (Holy Week) di Spain |
|
Senibina dalaman Mezquita-Catedral yang menjadi simbol kota Cordoba |
|
Tulisan Arab masih dihargai sebagai sebahagian warisan Cordoba |
|
Mengintai bangunan Mezquita-Catedral de Cordoba dari depan kedai souvenir. |
Bersambung ke Bahagian 29...
CATATAN PERJALANAN (MOROCCO, SPAIN & PORTUGAL 2024):
No comments:
New comments are not allowed.