NORTHERN AFRICA & SOUTHERN EUROPE
Morocco, Spain & Portugal
[MOROCCO: Casablanca, Marrakech, Rabat, Fes, Chefchaouen & Tangier]
Bahagian 4: Morocco
CASABLANCA & MARRAKECH
(Casablanca Corniche & Marrakech City)
HARI PERTAMA (4)
Part 10: Casablanca Corniche
Casablanca mempunyai kawasan persiaran di persisiran Laut Atlantik sepanjang 4 km yang dinamakan Corniche. Myself perhatikan kawasan-kawasan persiaran tepi pantai di negara-negara Arab memang disering dinamakan sebagai Corniche. Di Alexandria, Egypt dan di Abu Dhabi juga, persiaran persisiran tepi pantai mereka turut dinamakan sebagai 'Corniche'.
|
Jalan di pinggir Laut Atlantik |
|
Pemandangan menghala ke darat dari Corniche |
|
Antara hotel mewah yang dibina di pinggir Corniche |
Di Casablanca inilah Myself melihat Laut Atlantik dari dekat buat pertama kali. Laut Atlantik adalah laut yang kedua terbesar di dunia selepas Laut Pasifik. Ia memisahkan benua Eropah dan Afrika dengan benua Amerika Utara dan Amerika Selatan. Lautan yang luas terbentang ini memang mengerikan bagi Myself yang tak reti berenang. Kalau kita hanyut di sini, mungkin boleh sampai terus ke USA.
|
Lautan Atlantik |
|
Mentari sedang terbenam di Laut Atlantik |
|
Keindahan suasana mentari terbenam di Laut Atlantik |
|
Bangunan masjid di tepi Corniche |
|
Bersiar-siar di pinggir Laut Atlantik |
Corniche di Casablanca memang merupakan tempat penduduk tempatan beriadah terutama di hujung minggu dan juga pada waktu selepas pejabat hari-hari bekerja seperti ketika kami di sana. Di sepanjang Corniche ini terdapat bangunan-bangunan cafe, tempat-tempat permandian dan hotel-hotel mewah. Rumah-rumah kediaman mewah yang kelihatan sangat mahal turut dilihat di sepanjang Corniche.
|
Kolam permandian di tepi Corniche |
|
Mungkin disebabkan ombak di Laut Atlantik sangat kuat dan ganas, ada banyak kolam pemandian begini dibina di sepanjang Corniche untuk membolehkan orang awam berenang dengan lebih selamat. |
|
Bangunan hotel dan kolam pemandian |
|
Mengikut Mohsein bersiar-siar di tepi Corniche |
|
Rakyat tempatan dan pelancong yang datang bersiar-siar di pinggir Corniche |
|
Berposing di Corniche, Casablanca |
|
Bergambar kenangan bersama Mohsein |
|
Kenangan di Corniche |
|
Bendera Morocco |
|
Menikmati keindahan pemandangan dan angin yang bertiup di tepi Laut Atlantik |
|
Posing di Corniche |
|
Morocco masih mengalami musim bunga ketika ini
|
|
Mentari yang semakin terbenam |
|
Jalan-jalan di Corniche |
|
Kafe di tepi laut |
|
Close-up |
|
Duduk-duduk di Corniche |
Part 11: Menuju Ke Marrakech
Casablanca hanyalah destinasi persinggahan pada petang hari pertama kami di Morocco. Destinasi untuk bermalam pula adalah kota Marrakech yang terletak 243 km dari Casablanca. Maka selepas melawat Casablanca kira-kira pukul 7.45 malam, kami berlepas menuju ke Marrakech. Hari masih terang ketika itu kerana waktu matahari terbenam (Maghrib) di Casablanca adalah 8.11 malam.
|
Meninggalkan Corniche. Hari masih terang walaupun jam menunjukkan pukul 7.40 malam ketika ini. |
|
Perjalanan ke Marrakech |
Perjalanan dari Casablanca ke Marrakech memakan masa 3 jam. Disebabkan kepenatan, kami semua tertidur di dalam bas sepanjang perjalanan. Mohsein mengejutkan kami semua sewaktu bas tiba di Marrakech pada kira-kira pukul 12 malam.
|
Plaza Tol di Marrakech |
|
Suasana malam sewaktu tiba di Marrakech |
|
Kota Marrakech masih sibuk walau di tengah malam begini |
Marrakech adalah kota pelancongan utama di Morocco. Ia bukan sahaja dikunjungi oleh pelancong asing, bahkan juga pelancong tempatan Morocco sendiri. Kata Mohsein, kota ini terlebih sibuk sekarang kerana musim cuti sekolah di Morocco.
|
Satu lagi suasana di kota Marrakech yang masih hidup di tengah malam |
|
Ramai pelancong tempatan dan luar negara yang dilihat di Marrakech pada malam itu. |
Walaupun hari dah jauh malam, kami tetap dibawa makan malam di sebuah restoran di tengah kota Marrakech. Cuaca dingin sekitar 14'C menggamit kami sebaik turun dari bas.
|
Mengharung cuaca dingin di awal pagi untuk makan malam di Marrakech |
|
Kereta kuda yang membawa pelancong bersiar-siar di Marrakech |
|
Tiba di restoran |
Restaurant Palais Chahramane yang menjadi persinggahan kami pada malam itu adalah sebuah restoran yang menghidangkan masakan tradisional Morocco. Di sinilah kami diperkenalkan dengan masakan Tajin yang sangat popular di negara ini. Hiasan dalaman di Restoran Palais Chahramane juga memaparkan seni halus Morocco yang terkenal di seluruh dunia.
|
Restoran Palais Chahramane |
|
Tangga naik ke restoran |
|
Jubin perhiasan tradisional Morocco di lorong masuk ke ruang tetamu |
|
Moroccan Hospitality |
|
Suasana di dalam restoran |
|
Sajian Tajin untuk makan malam |
|
Menikmati dinner pertama di Morocco |
|
Teh Pudina yang sentiasa dihidangkan bersama makanan Morocco |
|
Bergerak meninggalkan restoran selepas habis makan malam |
|
Sempat bergambar dengan pemain muzik tradisional sebelum pergi |
|
Lorong keluar dari dewan makan |
|
Kita pun sempat singgah posing sekejap sebelum pergi |
|
Meninggalkan Restaurant Palais Chahramane |
|
Medina Mall di Marrakech |
|
Tidak seperti sewaktu ketibaan kami tadi, kota Marrakech dah mula sunyi sewaktu kami selesai makan malam. |
|
Naik bas kembali untuk menuju ke hotel penginapan |
Selepas makan sebelum menuju ke hotel untuk bermalam, Mohsein membawa kami membuat pertukaran matawang di sebuah Money Exchange yang masih beroperasi di awal pagi itu.
|
Bergerak menuju ke hotel penginapan |
|
Sebuah hotel mewah di Marrakech |
|
Money Exchange yang masih beroperasi di awal pagi di Marrakech |
Matawang Morocco yang dinamakan Moroccan Dirham sukar ditemui di Malaysia. Ringgit Malaysia dan juga Singapore Dollar yang dibawa oleh ahli rombongan kami yang berasal dari Singapura tidak diterima di Morocco. Malah ada anggota kumpulan kami yang baru pulang dari New Zealand juga tidak dapat menukar matawang New Zealand Dollar kepada Moroccan Dirham. Oleh yang demikian, sejak awal lagi kami telah dinasihatkan oleh Tour Leader kami En. Hatta untuk membawa matawang Euro untuk ditukar kepada Dirham sebaik tiba di Morocco. Kadar pertukaran matawang Moroccan Dirham (MAD) adalah Euro 1 = MYR 5 = MAD 10.
|
Matawang Moroccan Dirham (MAD) |
Selepas membuat pertukaran wang barulah kami betul-betul dibawa ke hotel. Hotel penginapan kami di Marrakech adalah Hotel Ibis yang terletak di pinggir bandar.
|
Perjalanan menuju ke hotel |
|
Gare de Marrakech (Stesen Keretapi Marrakech) yang dilalui dalam perjalanan menuju ke hotel |
|
Hotel Ibis Marrakech |
|
Mengeluarkan bagasi dari perut bas |
|
Pintu masuk ke lobi hotel |
|
Tour Leader (Encik Hatta) dan Tour Guide (Mohsein) membuat pendaftaran bilik |
|
Menunggu pendaftaran bilik |
Walaupun biliknya tidak begitu besar seperti juga di hotel-hotel Ibis lain yang tipikal di serata dunia, Hotel Ibis Marrakech ini sangat selesa menjadi penginapan kami selama 2 malam.
No comments:
New comments are not allowed.