Mei 2024
NORTHERN AFRICA & SOUTHERN EUROPE
Morocco, Spain & Portugal
[PORTUGAL: Lisbon]
Bahagian 41: Portugal
LISBON
(Baixa : Rua Augusta & Praça do Comércio)
HARI KESEMBILAN (3)
Part 117: Baixa
Dari Rossio Square, Zarina membawa kami menuju ke Praça do Comércio yang terletak di tepi Sungai Tagus. Perjalanan ke sana adalah melalui sebatang pedestrian street yang dinamakan Rua Augusta yang terletak di daerah Baixa.
Baixa adalah sebuah kawasan perdagangan yang dibina di kaki bukit berhampiran Sungai Tagus. Ia adalah antara kawasan yang terjejas teruk dalam kejadian Great Lisbon Earthquake 1755. Namun demikian, ia telah dibangunkan semula selepas kejadian gempa bumi tersebut.
|
Perjalanan menuju ke Rua Augusta |
|
Permulaan Rua Augusta |
Satu pemandangan menarik yang dapat dilihat dari Rua Augusta adalah sebuah kota bernama St. George's Castle (Castelo de São Jorge) yang dibina di atas sebuah bukit yang tinggi. Kota ini pada asalnya dibina oleh Tentera Islam yang menguasai Kerajaan Al-Andalus yang turut meliputi seluruh negara Portugal pada kurun ke-11 Masehi. Setelah diambilalih oleh Tentera Kristian, King Afonso Henriques telah menambah beberapa ciri binaan kepadanya. Kota ini kemudiannya dinamakan sebagai St. George's Castle oleh King João I sebagai meraikan perjanjian Anglo-Portuguese Alliance yang ditandatangani dengan England pada tahun 1371. St. George adalah patron saint bagi England.
|
St. George's Castle |
|
Kota ini pada asalnya dibina oleh Tentera Islam Al-Andalus yang pernah memerintah negara Portugal pada satu masa dahulu |
|
Nama St. George yang diberi kepada kota ini adalah penghormatan kepada patron saint of England sempena Anglo-Portuguese Alliance yang ditandatangani pada tahun 1371. |
Rua Augusta adalah sebatang jalan yang menarik kerana ia dipenuhi dengan kedai-kedai antarabangsa dan tradisional. Segala-galanya ada di sini ~ butik berjenama, kedai cenderamata dan juga restoran-restoran yang menjual makanan tradisional Portugis dan antarabangsa.
|
Rua Augusta |
|
Satu lagi suasana di Rua Augusta |
|
Kedai-kedai mewah dan tradisional yang membarisi Rua Augusta |
|
Balkoni yang menarik pada bangunan-bangunan di Rua Augusta |
Pengalaman jika sekadar berjalan di Rua Augusta juga menarik kerana ia juga dihiasi dengan pavement bercorak seperti di kebanyakan tempat lain di Lisbon. Pavement bercorak ini dinamakan calçada (disebut: kalsada).
Corak asal calçada diinspirasi dari warisan maritim Portugal. Budaya calçada ini dibawa oleh orang Portugis ke serata tanah jajahan mereka. Kerana itulah selain dari di Portugal, kita juga boleh melihat calçada di Brazil, Macau dan Timor Leste. Demi memelihara kesenian calçada ini, Kerajaan Portugal telah mendirikan sebuah sekolah untuk mengajar pembinaan dan penyelenggaraannya yang dinamakan Escola dos Calceteiros.
|
Pavement bercorak di Rua Augusta |
|
Pavement bercorak ini dinamakan calçada |
|
Kedai souvenir di Rua Augusta |
Ramai orang menyangka Afternoon Tea adalah budaya orang Inggeris. Tidak ramai yang tahu bahawa budaya ini sebenarnya berasal dari Portugal. Pada tahun 1662, seorang puteri Portugis yang bernama Catarina de Bragança telah berkahwin dengan King of England yang bernama Charles II. Sewaktu beliau berpindah ke England untuk tinggal bersama suaminya, Catarina telah membawa daun teh bersama. Walaupun Catarina adalah satu-satunya Puteri Portugis yang berkahwin dengan Raja England, dia berjasa memperkenalkan budaya Afternoon Tea ini di negara barunya. Kerana itulah jika kita berjalan di sekitar Lisbon, kita akan bertemu dengan banyak outdoor cafe di serata tempat termasuklah di Rua Augusta ini.
|
Outdoor Cafe di Rua Augusta yang berkait dengan budaya Afternoon Tea. |
|
Calçada dan outdoor cafe di Rua Augusta |
|
Elevador Santa Justa |
Lisbon dibina di atas 7 buah bukit. Untuk kemudahan penduduk Lisbon berulang-alik dari Baixa ke Carmo Convent yang terletak di atas bukit, sebuah lif gergasi yang dinamakan Elevador Santa Justa telah dibina pada tahun 1902. Lif ini terletak di sebuah lorong kecil dari Rua Agusta.
|
Lorong menuju ke Elevador Santa Justa di Rua Augusta |
Rekabentuk lif ini mengingatkan kita kepada Eiffel Tower di Paris. Ini bukanlah menghairankan kerana ia dibina oleh Raoul de Mesnier du Ponsard yang merupakan anak murid kepada pereka Eiffel Tower, Alexandre Gustave Eiffel. Pada masa sekarang, Elevador Santa Justa berfungsi dengan menggunakan tenaga elektrik. Sewaktu pembinaannya dahulu, ia berfungsi menggunakan kuasa stim.
|
Ada observatory untuk melihat pemandangan Lisbon di puncak struktur lif ini. |
|
Hiasan pada struktur Elevador Santa Justa |
|
Kemuncak Elevador Santa Justa |
|
Ramai orang sedang beratur menunggu giliran untuk menggunakan lif ini di sana. |
Myself dan Husband turut meninjau kedai-kedai makanan laut berdekatan dengan lorong menuju ke Elevador Santa Justa. Disebabkan Portugal dikelilingi laut, ikan adalah makanan kegemaran penduduk Portugis. Namun begitu sesuatu yang agak pelik ialah makanan ikan yang paling popular adalah Ikan Cod Kering yang dinamakan Bacalhau (disebut macam Bataliau). Ini adalah kerana Ikan Cod bukanlah ikan yang boleh didapati di lautan sekitar Portugal. Ia perlu diimport dari lautan sejuk di Norway, Iceland dan Canada.
Mengikut sejarahnya, pada zaman Age of Exploration di kurun ke-15 dahulu, pelaut-pelaut Portugis memerlukan makanan yang tahan lama sewaktu mereka merentas Laut Atlantik. Mereka menemukan Ikan Kod di lautan Newfoundland di Canada. Bila Ikan Kod dikeringkan dan digaram menjadi Bacalhau, ia mampu bertahan lama sehingga mereka kembali ke Portugal. Kerana itulah Bacalhau menjadi makanan popular di kalangan Orang Portugis.
|
Kedai makanan laut di Rua Augusta. Ada banyak kedai makanan laut sebegini di sepanjang Rua Augusta |
|
Pelbagai hasil laut yang dijual |
|
Ikan |
|
Lobster |
|
Ketam dan Lobster |
|
Mengambil gambar kedai makanan laut |
Walaupun ada banyak makanan laut di Portugal, tidak begitu selamat untuk memakannya bagi Orang Islam kerana makanan Portugis sering dimasak dengan wain. Ini bukanlah menghairankan kerana Portugal adalah salah sebuah negara pengeluar wain utama di dunia. Malah Portugal sangat terkenal sebagai negara asal sejenis wain yang dinamakan sebagai Port Wine.
|
Bacalhau yang kami temui di Rossio Square, tetapi sengaja letak gambarnya di sini kerana kita sedang bercerita tentang seafood di Portugal. |
Sejenis makanan laut yang menarik perhatian Myself adalah sejenis karang yang dinamakan Goose Barnacles atau Percebes (disebut: Per-se-besh) dalam Bahasa Portugis. Goose Barnacles ini sering melekat kuat kepada batu di tepi laut dan usaha untuk mengikisnya dari batuan tersebut bukanlah sesuatu yang mudah. Disebabkan fakta ini, ia dianggap sebagai makanan mewah di Portugal. Apa yang menarik perhatian Myself tentang Goose Barnacles ini adalah rupanya yang seperti kuku binatang berkaki empat.
|
Goose Barnacles |
Bangunan-bangunan cantik di Baixa dibina mengikut gaya Pombaline sempena gelaran orang yang merekabentuk gaya tersebut, Marquis of Pombal. Marquis of Pombal bukan sekadar merekabentuk bangunan, malah dia turut dipertanggungjawab untuk menyusun semula pembangunan di seluruh Baixa selepas gempa bumi besar.
|
Praça do Comércio juga adalah tempat pembunuhan King Carlos I pada 1 Februari 1908. Dia telah digantikan oleh anaknya Crown Prince Luis Felipe yang hanya menjadi raja selama 20 minit sebelum turut meninggal dunia. |
|
Pandangan dekat patung King José I |
|
Perhiasan kepala yang dipakai pada patung King José I |
Disebabkan cuaca yang sangat panas terik ketika itu, Myself dan Husband cuma melihat patung King José I dari kejauhan saja ~ dari di bawah Rua Augusta Arch. Kalau pergi dekat-dekat dengan patung tersebut, inilah pemandangan yang akan kita lihat...
|
Pemandangan King José I dari depan (Gambar dari Internet) |
|
Cais Das Colunas (Quay of the Columns) di depan patung King José I adalah tempat pendaratan kapal VIP yang melawat ke Lisbon pada masa dahulu (Gambar dari Internet) |
|
|
Bersambung ke Bahagian 42...
CATATAN PERJALANAN (MOROCCO, SPAIN & PORTUGAL 2024):
No comments:
New comments are not allowed.