Showing posts with label SPAIN (2024) - Tarifa / Granada / Cordoba / Seville. Show all posts
Showing posts with label SPAIN (2024) - Tarifa / Granada / Cordoba / Seville. Show all posts

Saturday 29 June 2024

2024 ANDALUSIA BHG. 21 (Tangier - Tarifa)

Mei 2024

NORTHERN AFRICA & SOUTHERN EUROPE
Morocco, Spain & Portugal
[SPAIN: Tarifa, Granada, Cordoba & Seville]

Bahagian 21: Spain
MOROCCO - SPAIN (Tangier - Tarifa)

HARI KEENAM (2)

Part 56: Feri Ke Tarifa

Feri yang membawa kami dari Tangier ke Tarifa bernama Tarifa Jet. Pengalaman menaiki feri ini adalah sesuatu yang menyeronokkan kerana ia adalah kali pertama kami menaiki feri merentasi sempadan antarabangsa.

Feri Tarifa Jet
Masuk ke dalam feri
Kenderaan yang juga menaiki feri untuk menyeberang ke Spain
Feri Tarifa Jet terdiri dari 2 tingkat. Tingkat bawah dikhaskan untuk kenderaan manakala tingkat atas dikhaskan untuk penumpang. Bagasi yang besar walau bagaimanapun tidak boleh dibawa naik ke ruang penumpang. Ia perlu ditinggalkan di satu sudut di tingkat bawah berdekatan tangga naik ke ruang penumpang.

Bagasi besar tidak boleh dibawa naik ke ruang penumpang
Bagasi besar perlu ditinggalkan di sini
Tangga naik ke ruang penumpang
Jom kita naik ke atas...
Tangga naik ke atas
Pemandangan menghala ke tingkat bawah
Ruang penumpang dalam feri ini luas dan selesa. Tempat duduknya free seating, pilih saja tempat di mana kita rasa nak duduk.

Ruang penumpang dalam feri
Nak duduk di bawah sana pun boleh...
Satu lagi pemandangan ruang penumpang di dalam feri
Tepat pukul 10 pagi, feri Tarifa Jet berlepas meninggalkan pelabuhan Tangier menuju ke Tarifa. Perjalanan adalah merentas Selat Gibraltar yang selebar 14 km.

Pemandangan Gare Maritime dari atas feri
Bergerak meninggalkan pelabuhan Tangier
Goodbye, Tangier!
Goodbye, Morocco!
Pemandangan Tangier dari Laut Mediterranean
Au revoir!
Bye-bye!
Penumpang feri ini tidak begitu ramai pada hari tersebut. Ada banyak kerusi kosong di dalam feri. Penumpang juga bebas bergerak ke mana sahaja tetapi perlu berhati-hati. Walaupun feri ini besar, ia tetap teroleng-oleng dibadai ombak Selat Gibraltar. Ada ketikanya susah juga kita nak berdiri bila ombak besar membadai.

Gambar feri yang digunakan untuk menyeberang Selat Gibraltar
Ada banyak kerusi kosong di dalam feri ini
Posing kat dalam feri
Kenangan di dalam feri
Kemudahan yang terdapat di dalam feri
Tangga turun ke Lower Deck penumpang
Kerusi di Lower Deck ini disediakan meja untuk minum-minum kopi
Nak berdiri di deck luar sepanjang perjalanan pun boleh...
Feri ini juga mempunyai sebuah ruang terbuka di atas bumbung. Pemandangan Selat Gibraltar yang luas bagai tak bertepi sangat menarik dari sini.

Boleh naik tangga di hujung sana untuk naik ke ruang bumbung feri
Ruang bumbung feri
 Ada juga tempat duduk yang disediakan di sini
 Tak boleh nak memakai topi di sini kerana angin yang bertiup sangat kencang
Meninggalkan Morocco di belakang
Selat Gibraltar adalah laut yang menjadi saksi kejayaan panglima Islam Morocco yang bernama Tariq bin Ziyad mengembangkan Islam ke bumi Eropah. Sambil kita menikmati pemandangan Selat Gibraltar dalam perjalanan menuju ke Spain, kita imbau kembali sejarah tersebut untuk dijadikan pedoman dan pengajaran.

Selat Gibraltar
Kapal nelayan di Selat Gibraltar
Pemandangan benua Afrika dari Selat Gibraltar
Alhamdulillah Ya Allah atas kemurahan rezeki yang Engkau kurniakan kepada kami sehingga dapat menjejak kaki ke Morocco, negara Afrika yang kedua bagi kami selepas Egypt.
Penguasaan Islam ke atas bumi Sepanyol di Eropah bermula di zaman pemerintahan seorang Raja Visigoth kejam yang bernama King Rodrigo (King Roderick). Penduduk Visigoth dinamakan sebagai orang Gothic. Di bawah pemerintahan King Rodrigo, wanita merasa terancam kesucian mereka, petani dikenakan pajak tanah yang tinggi dan banyak lagi penindasan yang tidak berperi kemanusiaan. Raja dan pengikutnya bersuka-ria di dalam kemewahan sedangkan rakyat merintih dalam kesengsaraan. 

Sebahagian besar penduduk yang beragama Kristian dan Yahudi melarikan diri ke Afrika. Pada saat itu Afrika adalah sebuah tempat yang makmur dan mempunyai toleransi yang tinggi kerana berada di bawah naungan pemerintahan Islam. Salah seorang dari jutaan orang yang melarikan diri tersebut adalah Julian, Gabenor Ceuta yang mempunyai seorang puteri bernama Florinda. Julian memendam kesumat terhadap kezaliman King Rodrigo kerana Rodrigo telah menodai Florinda yang dihantar untuk belajar di Sepanyol. Oleh itu, Julian ingin menuntut balas di atas perbuatan tersebut.

Julian dan pengikutnya mengunjungi Gabenor Tangier di Afrika Utara, Musa bin Nusair yang berkhidmat di bawah Kerajaan Umayyah. Mereka memohon pada Musa bin Nusair, raja muda Islam di Afrika itu untuk memerdekakan negara mereka dari penindasan King Rodrigo yang zalim. Tambahan pula selama ini, kedua pihak menjalin perhubungan yang baik dan tidak pernah berselisihan.

Setelah mendapat persetujuan Khalifah, Musa bin Nusair membuat pengintipan ke pantai selatan Sepanyol. Pasukan peninjau seramai 400 tentera dikirim pada 710 Masehi di bawah pimpinan Tarif bin Malik. Julian menyediakan empat unit kapal bagi tujuan tersebut. Beberapa ketika kemudian, Tarif kembali dan memberi khabar bahawa apa yang diungkapkan Julian merupakan cerita yang terbukti benar.

Pada bulan Mei 711 Masehi, Tariq bin Ziyad yang merupakan seorang budak Berber (seorang hamba kepada Musa bin Nusair) dihantar untuk membantu Julian. Jeneral Tariq bin Ziyad memimpin sepasukan tentera berjumlah 12,000 orang yang terdiri dari orang-orang Berber. 

Orang Berber merupakan bangsa bukan Arab yang hidup nomad di kawasan utara Morocco. Saat Islam masuk ke wilayah mereka, orang Berber meninggalkan animisme dan memeluk agama yang didakwahkan oleh Nabi Muhammad SAW. Pasukan Muslim ini berangkat dari Ceuta dan menyeberangi selat di antara Afrika dan daratan Eropah, lalu tiba di Gibraltar. Gibraltar kemudian dijadikan markas dan tempat untuk menyusun strategi peperangan.

Sebaik sahaja kapal-kapal yang berisi pasukannya mendarat di Eropah, Tariq mengumpulkan mereka di atas sebuah bukit yang dinamakan Jabal Tariq. Bukit ini kini dikenali dengan nama Gibraltar. Di atas bukit itu, Tariq memerintahkan kapal-kapal yang telah menyeberangkan mereka dibakar. Tentu sahaja perintah tersebut membuatkan para perajuritnya kehairanan. Namun perintah Tariq tetap dijalankan tanpa persoalan. Api yang menyala marak membakar kesemua kapal yang tegap. Kepulan asap tersebar memenuhi ruang angkasa.

“Kenapa kamu lakukan ini?” tanya mereka. “Bagaimana kita kembali nanti?” tanya yang lain.

“Tiada jalan untuk melarikan diri. Laut di belakang kalian dan musuh di depan kalian. Demi Allah, tidak ada yang dapat kalian lakukan sekarang kecuali bersungguh-sungguh berperang dengan penuh keikhlasan dan kesabaran. Kita datang ke sini bukan untuk kembali. Kita hanya mempunyai pilihan: menakluk negeri ini dan menetap di sini, atau kita semua syahid,” kata Tariq bin Ziyad lantang kepada anggota pasukan tempurnya.

Perajurit-perajuritnya membantah mengatakan tindakannya tidak bijaksana. Bagaimana mereka ingin kembali ke negeri asal nanti dan merosakkan peralatan adalah bertentangan dengan hukum Islam. Mendengar itu semua, Tariq menghunus pedangnya lalu menyeru: "Setiap negeri kepunyaan Allah adalah kampung halaman kita.” Akhirnya, tidak ada jalan lain bagi pasukan Tariq kecuali bertempur dengan penuh kesungguhan, menakluk pasukan musuh ataupun mati syahid.

Kedatangan pasukan Tariq diketahui oleh Gabenor Edeco yang wilayahnya berdekatan dengan Gibraltar. Dia bergegas memaklumkan perkara ini kepada King Rodrigo.

Pasukan Tariq bergerak menghadapi pasukan Rodrigo. Bala tentara Muslim yang berjumlah 12,000 orang maju melawan tentara Gothic yang berkekuatan 100,000 tentera. Pasukan Kristian jauh lebih unggul, baik dari segi jumlah mahupun persenjataan. Namun semua itu tidak mengecutkan hati pasukan Muslim.

Dalam pertempuran selama seminggu berdekatan muara sungai Rio Barbate, pasukan Tariq berhasil menakluk pasukan musuh. Pertempuran berlangsung dari 11-19 Julai 711 M atau 20-28 Ramadhan 92 Hijrah. Pada pertempuran ini, Tariq dan pasukannya berhasil melumpuhkan pasukan Gothic, sehingga King Rodrigo tenggelam di dalam sungai. Kemenangan Tariq yang luar biasa ini menjatuhkan semangat orang-orang Sepanyol dan semenjak itu mereka tidak lagi berani menghadapi tentera Islam secara terbuka.

Tariq kemudiannya membahagi pasukannya kepada empat kelompok dan menyebarkan mereka ke Wilayah Cordoba, Malaga dan Granada. Mughith al-Rumi memimpin 700 orang pasukan berkuda menuju ke Cordoba, sedangkan Tariq sendiri bersama pasukan utamanya menuju ke Toledo, ibu kota Sepanyol. Kesemua kota tersebut menyerah tanpa pertempuran hebat. Kecepatan pergerakan dan kehebatan pasukan Tariq berhasil melumpuhkan orang-orang Gothic. Selesai menguasai Toledo, Tariq menghantar surat kepada Musa bin Nusair atas kejayaan menaluk Andalus. Lalu, Musa bin Nusair menyampaikan khabar kemenangan ini kepada Khalifah Walid di Damascus. 

Selepas kira-kira sejam perjalanan, kami mula menghampiri bumi negara Spain. Persisiran pantai Spain yang kami lihat sekarang dinamakan Costa de la Luz (Coast of Light). Ia dinamakan sedemikian kerana kawasan ini banyak menerima sinaran matahari sepanjang tahun. Pantai ini juga diberi gelaran Windsurfing Capital of Europe kerana ia sangat berangin. Tidak hairanlah kita dapat melihat banyak kincir angin yang dipasang di atas bukit sepanjang pantai ini.

Spain
Costa de la Luz (Coast of Light)
Angin kencang yang banyak bertiup di sini dimanfaatkan sebagai sumber renewable energy
Kincir angin
Rumah api
Pandangan pertama kota Tarifa
Sebelum masuk ke Pelabuhan Tarifa, feri kami melalui sebuah pulau kecil yang dinamakan Isla de Las Palomas (Pigeon Island). Titik paling selatan benua Eropah terletak di sini dan ditandakan dengan sebuah rumah api.

Sebahagian pemandangan kota Tarifa. Ia dilindungi oleh sebuah pulau kecil yang dinamakan Isla de Las Palomas (Pigeon Island)
Isla de Las Palomas (Pigeon Island)
Kota pertahanan lama yang dibina di Isla de Las Palomas
Kota ini dibina sewaktu Perang Dunia Pertama
Satu lagi pemandangan kota pertahanan lama
Memancing di bawah tembok kota
Rumah api di Isla de Las Palomas yang menandakan titik paling selatan di Semenanjung Iberia. Semenanjung Iberia adalah semenanjung di Eropah yang menempatkan negara Spain dan Portugal sekarang.
 Tarifa
Castillo Santa Catalina (Catalina Castle) di pintu masuk ke pelabuhan Tarifa
Castillo Santa Catalina (Catalina Castle) ini dibina sebagai menara pemerhatian pada tahun 1929
Pemecah ombak yang menghubungkan Isla de Las Palomas dengan bandar Tarifa
Bersiar-siar di atas pemecah ombak
Pantai yang bernama Playa Chica
 Playa Chica
Pantai ini banyak mengingatkan Myself kepada pantai yang kami lihat sewaktu melawat Dubrovnik di Croatia dahulu
 Berjemur di tepi pantai
Bot pelancong di pinggir pantai
 Sebuah lagi bot pelancong di pinggir pantai
Gua batu di pinggir pantai
Kami akhirnya tiba di pelabuhan Tarifa yang sebenarnya dinamakan sempena seorang komander tentera Islam, Tarif bin Maluk. Dia mendarat di sini pada kurun ke-8 Masehi sewaktu penaklukan tentera Islam ke atas Andalus.

Bot Harbour Pilot yang menghampiri feri kami
Harbour Pilot ini membantu mengemudi feri kami ke tempat perhentian sebenar di pelabuhan
Bandar Tarifa
Bangunan kota lama di sana dinamakan Castle of Tarifa
Kincir angin di belakang kota Tarifa
Memang besar kincir angin ini
Masuk ke kawasan pelabuhan
Pemandangan dari feri
Pemecah ombak
Pelabuhan Tarifa
Bot-bot yang berlabuh di pelabuhan Tarifa
Lagi pemandangan bot yang berlabuh di pelabuhan
Pintu masuk ke pelabuhan Tarifa
Patung Jesus Christ yang dibina di pintu masuk ke pelabuhan
Close-up patung Jesus Christ dari belakang
Lagi pemandangan pelabuhan Tarifa
Bangunan Terminal Feri
Pemandangan di pelabuhan
Kren pelabuhan
Rescue boat yang bersedia untuk sebarang kecemasan
Lagi pemandangan dari feri
Pemandangan menghala ke Castillo Santa Catalina yang kami lalui tadi
 Castillo Santa Catalina
Rumah api yang menandakan titik paling selatan benua Eropah
Waktu di Tarifa (Spain) adalah 6 jam lebih lewat berbanding Kuala Lumpur (Malaysia). Ia juga awal sejam berbanding waktu di Morocco.
Pemandangan sewaktu feri merapat ke tepi
Feri dah berhenti sekarang
Pemandangan dari dalam feri
Puerto de Tarifa (Port of Tarifa)

Part 57: Port of Tarifa

Kami tiba di Tarifa pada pukul 12.15 tengahari waktu tempatan. Waktu di Spain adalah sejam lebih awal berbanding Morocco.

Bersiap-sedia nak keluar dari feri
Pemandangan sewaktu nak turun tangga feri
Mengambil bagasi di tingkat bawah feri
Kereta sedang keluar dari feri
Berjalan keluar dari feri menuju ke bangunan Terminal
Bangunan Terminal di Port of Tarifa
Pemandangan sewaktu berjalan keluar dari feri
Feri yang membawa kami dari Tangier ke Tarifa
Pintu masuk ke bangunan Terminal
Pemeriksaan imigresen Spain cepat dan lancar. Di luar bangunan terminal, kami bertemu dengan Local Tour Guide kami yang merupakan seorang wanita Melayu dari Malaysia yang bernama Zarina. Zarina yang berkahwin dengan seorang lelaki Morocco telah menetap lebih 10 tahun di Spain.

Bertemu dengan Local Tour Guide kami yang bernama Zarina
Zarina
Selepas semua dah bersedia, Zarina membawa kami mendapatkan bas. Rasa down sekejap bila melihat bas yang disediakan di Spain ini tidak sebesar bas kami di Morocco dulu.

Kota yang dinamakan Castle of Tarifa di luar Terminal Port of Tarifa
Berjalan menuju ke tempat parking bas
Menarik bagasi menuju ke bas
Pemandangan dari tempat bas menunggu
Feri yang membawa kami dari Morocco ke Spain
Disebabkan bas kami agak kecil, memang bermasalah untuk memasukkan bagasi kami yang banyak itu ke dalam perut bas. Sebahagian bagasi terpaksa diletakkan di tempat duduk di bahagian belakang bas. Kami diberitahu bas yang lebih besar cuma dapat diberi esok. Jadi terpaksalah kita duduk bersempit-sempit sedikit di dalam bas untuk hari ini.

Menyusun bagasi untuk dimasukkan ke dalam perut bas
Pemandu bas kami yang bernama Teo sedang memikirkan bagaimana nak memuatkan bagasi di dalam bas. Bagasi yang tidak muat dimasukkan ke dalam perut bas akhirnya terpaksa diletakkan di tempat duduk paling belakang.


 Bersambung ke Bahagian 22...


CATATAN PERJALANAN (MOROCCO, SPAIN & PORTUGAL 2024):