Tuesday, 23 July 2024

2024 ANDALUSIA BHG. 33 (Plaza de Espana)

Mei 2024

NORTHERN AFRICA & SOUTHERN EUROPE
Morocco, Spain & Portugal
[SPAIN: Tarifa, Granada, Cordoba & Seville]

Bahagian 33: Spain
SEVILLE (Plaza de España)

HARI KELAPAN (1)

Part 92: Seville

Seperti biasa, perjalanan hari ini dimulakan dengan bersarapan di hotel. Disebabkan restoran hotel ini kecil dan sewaktu check-in semalam kami melihat ada juga penginap-penginap selain kumpulan kami di sini, Myself dan Husband membuat keputusan untuk turun breakfast awal pagi ini.

Korridor di depan bilik penginapan kami di Hotel B&B Écija
Suasana di restoran hotel
Satu lagi suasana di restoran hotel
Breakfast. Crosissant di hotel ini memang sangat sedap.
Pemandangan dari bilik hotel penginapan kami
Pintu masuk ke lobi lif Hotel B&B. Lobi Reception Hotel pula terletak di Aras 1.
Perjalanan dari Écija ke Seville sejauh 86 km memakan masa kira-kira sejam. Pemandangan sepanjang perjalanan masih dipenuhi kawasan-kawasan pertanian.

Pemandangan dari Écija menuju ke Seville
Kawasan-kawasan pertanian
Ladang gandum
Bukit-bukau
Macam ada kota pertahanan lama di tengah sana
Suhu di Seville nyaman sekitar 18'C pada pagi itu. Walau cuaca agak nyaman, light jacket masih diperlukan untuk menahan kedinginan. Kata Local Tour Guide Zarina kepada kami, ada pepatah Spanish yang berbunyi: Jangan sesekali membuka jaket sehingga sampai 40 Mei. Ertinya, jangan sesekali percaya cuaca akan menjadi panas dalam bulan Mei sehingga dah betul-betul masuk ke bulan Jun. Maklumlah, mana ada tarikh 40 Mei dalam kalendar, kan!

Bunga yang masih berkembang mekar di Seville
Lagi pemandangan bunga yang mekar di kota Seville
Patung Red Indian di Seville
Patung Red Indian ini adalah hadiah dari Kansas City di Missouri, USA yang merupakan Sister City kepada Seville
Seville (Spanish: Sevilla dan disebut sebagai Se-vi-ya) adalah ibukota Wilayah Andalucia di Spain. Ia adalah juga pusat kebudayaan dan kewangan Southern Spain. Dengan jumlah penduduk seramai 1.6 juta di kawasan metropolitannya, ia adalah kota yang keempat terbesar di seluruh Spain.

Pemandangan di Seville
Stesen minyak di tengah kota Seville
Pokok Jacaranda yang berbunga mekar di Seville
Seville
Seperti Cordoba yang kami lawat semalam, kota Seville juga dibina di pinggir Sungai Guadalquivir yang membahagi kota tersebut kepada 2 bahagian: Sevilla dan Triana. Seville turut terletak di titik akhir Sungai Guadalquivir yang boleh dimudiki kapal besar. Selain itu Seville turut menjadi kawasan permulaan penghasilan bijirin di Guadalquivir Valley.
 
Disebabkan kedudukannya yang strategik, Seville menjadi pusat perdagangan yang penting di zaman Rome, sewaktu pemerintahan Kerajaan Islam dan seterusnya mejadi pelabuhan penting dalam perdagangan dengan benua Amerika selepas penemuannya oleh Christopher Columbus. Malangnya, kemakmuran Seville mula merudum selepas monopolinya sebagai pusat perdagangan utama telah diatasi oleh Cádiz.

Calle Chavez Novales
Calle Chavez Novales
Kita lihat lagi pemandangan di kota Seville.

Avenida de la Buhaira
Avenida de la Buhaira
Avenida de la Buhaira
Melia Sevilla Convention Centre
Bas menurunkan kami di tepi sebuah taman yang bernama Jardines de la Buhaira. Tengok namanya pun kita dah tahu yang taman ini pada asalnya dibina oleh orang Islam.

Jardines de la Buhaira
 Bas menurunkan kami di sini
Pintu masuk ke Jardines de la Buhaira
Pemandangan ke dalam Jardines de la Buhaira
Destinasi kami yang pertama di Seville adalah Plaza de España yang terletak di seberang jalan dari Jardines de la Buhaira. Oleh itu, marilah kita berjalan kaki menuju ke sana... 

Pemandangan Plaza de España di seberang jalan dari tempat bas menurunkan kami
Berjalan kaki menuju ke Plaza de España
Bas Hop On Hop Off di kota Seville
Menyeberang jalan ke Plaza de España
Kereta yang berhenti untuk memberi laluan kepada pejalan kaki
Mengikut Zarina ke Plaza de España
Bangunan-bangunan kerajaan di Plaza de España
Salah sebuah pintu masuk ke Plaza de España
Pemandangan dari sebelah sini pulak...
Pintu ini bernama Puerta de Aragon
Puerta de Aragon (Gate of Aragon)
Posing-posing dulu sebelum masuk ke dalam

Part 92: Plaza de España

Dah puas posing kat luar, marilah kita masuk ke dalam Plaza de España menerusi Puerta de Aragon. 

Masuk ke dalam Plaza de España menerusi Puerta de Aragon
Pintu Puerta de Aragon
Dinding di pintu masuk ini dihiasi dengan jubin tradisional Seville yang dinamakan azulejos (disebut: azulehos). Jubin ini juga adalah warisan dari Kerajaan Islam yang pernah memerintah Seville pada satu masa dahulu.

Jubin tradisional Seville yang menghiasi dinding bangunan Plaza de España
Corak jubin yang cantik
Jubin ini menghiasi hampir keseluruhan bangunan
Lukisan bermotif Kristian di atas pintu
Naik tangga ke atas...
Tiba di tingkat atas
Korridor di Plaza de España
Sampai di tingkat atas barulah kita dapat melihat keindahan sebenar Plaza de España (disebut: Plaza deh Espa-nya). Ia sebenarnya dibina untuk Ibero-American Exposition 1929. Pameran ini disertai oleh negara-negara bekas jajahan Spain dari seluruh dunia, terutama dari Amerika Selatan, Portugal dan USA.

Plaza de España
Kompleks bangunan Plaza de España dibina berbentuk separuh bulatan sebagai simbol selamat datang (welcome). Ia secara simbolik mengalu-alukan kedatangan kesemua bekas tanah jajahannya kembali ke Spain.

Namun demikian, expo ini tidaklah berjaya seperti yang diharapkan. Ini mungkin disebabkan kemudahan pengangkutan ketika itu yang tidak sehebat sekarang. Lagi pula banyak tanah jajahan ini tidak lagi mahu mengiktiraf Sepanyol sebagai 'tuan' mereka.

Bangunan Plaza de España yang dibina berbentuk separuh bulatan. Ini pemandangan menghala ke sebelah kiri dari tempat kami berdiri.
Ini pula pemandangan menghala ke sebelah kanan
Pengunjung-pengunjung ke Plaza de España
Sebelum turun ke plaza di bawah sana, apa kata kita tinjau dulu suasana di dalam bangunan ini sendiri? Selepas tamat Expo Ibero-American 1929 ini, seluruh bangunan telah diubahsuai untuk dijadikan pejabat-pejabat kerajaan. Ia masih dipenuhi dengan pejabat-pejabat kerajaan serta beberapa buah muzium pada masa kini.

Military Museum
Museum of Military History
Bangunan ini kini dipenuhi dengan pejabat-pejabat kerajaan
Pejabat Gabenor Seville
Siling di balkoni
Balkoni di bangunan Plaza de España juga dihiasi dengan lambang wilayah-wilayah yang membentuk negara Spain.

Simbol Wilayah Badajoz
Simbol Wilayah Avila
Pemandangan dari balkoni Plaza de España
Selepas dah puas menikmati pemandangan dari balkoni Plaza de España, kita turun pula ke depan bangunan.

Jom turun ke bawah bangunan...
Husband bergambar di depan bangunan
Satu pemandangan istimewa yang dapat kita lihat di bawah bangunan Plaza de España ini ialah deretan 48 buah bangku batu yang dihias dengan jubin-jubin azulejo. Setiap bangku ini mewakili setiap wilayah yang berada di bawah negara Spain pada ketika itu.
 
Deretan 48 bangku yang mewakili setiap wilayah di Spain dalam Expo Ibero-American 1929.
Bangku wilayah ini disusun mengikut abjad bermula dari Alava sehingga ke Zaragoza.
Bangku wilayah ini disusun mengikut abjad bermula dari Alava sehingga ke Zaragoza. Pada setiap bangku, kita dapat melihat peta kedudukan dan lambang wilayah tersebut serta satu lukisan dari jubin yang menggambarkan satu peristiwa penting di dalam sejarahnya.

Bangku mewakili Wilayah Albacete. Lukisan pada bangku wilayah ini menggambarkan peristiwa di mana Archduke Charles dari Austria ditewaskan dalam Battle of Almansa sewaktu War of the Spanish Succession.
Peta kedudukan Albecete
Bangku Wilayah Alava yang menggambarkan penyerahan Alava kepada Raja Castile sewaktu pemerintahan Alfonso X.
Bangku wilayah Alicante yang menggambarkan penemu kota tersebut Hamilcar Barca sedang bersumpah untuk melawan Roman Empire.
Peta Alicante
Simbol Wilayah Seville
Pemandangan Plaza de España dari depan bangku-bangku wilayah
Secara keseluruhan, bangunan Plaza de España ini dibina dengan menggunakan gaya Mudejar yang menggabungkan ciri-ciri senibina Islam dan Kristian. Sebahagian besar bahan binaannya pula adalah menggunakan batu-bata.

Binaan gaya Mudejar di Plaza de España
Binaan menara di penghujung bangunan ini menggunakan senibina yang sering digunakan bila menara masjid ditukar menjadi menara loceng gereja
Pandangan senibina menara dengan lebih dekat
Gaya Mudejar yang digunakan pada keseluruhan bangunan
Selepas melihat bangku-bangku wilayah ini, kami bercadang nak melawat ke pancutan air yang terletak di hujung sana. Tapi sebelum itu, kita posing-posing dulu kat sini...

Sekejap lagi kita pergi ke pancutan air di sana...
Pancutan air di Plaza de España
Tak jemu-jemu kita nak menangkap gambar Plaza de España yang cantik ini.
Posing kejap...
Posing lagi...
Jom kita ke sana...
Plaza de España juga dikelilingi sebuah terusan buatan. Ia dibina untuk menggambarkan Sungai Guadalquivir yang mengalir menerusi Seville. Sungai Guadalquivir turut menjadi simbolik laluan lautan bagi Spain sewaktu menemui benua Amerika. Ada 4 jambatan dibina merentas terusan ini. Kesemua jambatan tersebut mewakili Four Old Kingdoms of Spain: León, Castilla, Aragón dan Navarra. 

Empat jambatan yang dibina merentas terusan ini menggambarkan Four Old Kingdoms of Spain: León, Castilla, Aragón dan Navarra. 
Terusan yang cantik di Plaza de España
Husband menangkap gambar terusan
Kita pulak posing kat tepi terusan
Terusan ini menggambarkan Sungai Guadalquivir yang mengalir membelah kota Seville
Penjual cenderamata di Plaza de España
Okey, jom kita naik atas jambatan menyeberang ke sebelah sana...

Salah sebuah jambatan di Plaza de España
Pemandangan di atas jambatan
Pemandangan terusan dari atas jambatan
Tangga turun dari jambatan
Husband berposing di penghujung jambatan
Pemandangan di penghujung jambatan
Kita lihat pula pemandangan Plaza de España dari penghujung jambatan sebelah sini. Tahukah anda Plaza de España ini pernah dipilih sebagai lokasi bagi beberapa filem Hollywood yang terkenal seperti Star Wars 2, Lawrence of Arabia dan The Dictator? Game of Thrones juga membuat lokasi penggambaran di Seville, tetapi bukan di Plaza de España. Ia sebaliknya dibuat di sebuah istana lama milik Catholic Monarchs yang bernama Alcazar di kota lama Seville.

Pemandangan dari dataran Plaza de España
Corak lantai yang cantik di dataran Plaza de España
Pemandangan menghala ke sebelah sana pula
Seluruh Plaza de España direka oleh seorang arkitek yang bernama Aníbal González Álvarez-Ossorio kecuali pancutan air di dataran ini. Disebabkan dia tidak bersetuju dengan cadangan untuk meletakkan pancutan air ini, City of Seville melantik seorang lagi arkitek yang bernama Vincente Traver untuk membinanya.

Pancutan air di Plaza de España
Husband bergambar di depan pancutan air
Pancutan air ini dibina oleh Vincente Traver kerana arkitek asal yang membina Plaza de España tidak bersetuju dengan pembinaannya.
Pemandangan bangunan Plaza de España di sebalik pancutan air
Stesen Kereta Kuda di seberang Plaza de España
Kereta kuda
Tempat berkumpul yang ditetapkan bagi kumpulan kami selepas melawat ke Plaza de España adalah di tepi Maria Luisa Park. Oleh yang demikian, bila waktu berkumpul telah hampir tiba, Myself dan Husband bergerak ke sana. 

 Pemandangan dari pintu masuk rasmi ke Plaza de España
Pemandangan ke arah Plaza de España
Ada bot yang boleh disewa untuk bersiar-siar di terusan Plaza de España di sini
Terusan yang menggambarkan Sungai Guadalquivir
Kenangan sebelum meninggalkan Plaza de España
 Another one for the album...
Part 93: Maria Luisa Park

Tempat berkumpul yang ditetapkan bagi kumpulan kami selepas meninggalkan Plaza de España adalah Maria Luisa Park yang terletak bersebelahan. Taman ini sangat luas sebenarnya tetapi kami hanya diminta menunggu di tepi gerai souvenir di sana. 
 
Maria Luisa Park
Berjalan ke Maria Luisa Park
Kereta kuda di Maria Luisa Park
Di Maria Luisa Park ini ada didirikan patung Aníbal González Álvarez-Ossorio, arkitek yang membina Plaza de España. Namun disebabkan dia tidak bersetuju dengan pembinaan pancutan air di sana, patungnya dibina berpaling ke arah yang bertentangan dengan pancutan air tersebut.
 
Patung Aníbal González Álvarez-Ossorio di Maria Luisa Park
Patung Aníbal dibina berpaling ke arah lain kerana dia tidak bersetuju dengan pembinaan pancutan air di Plaza de España
Bunga-bunga cantik di Maria Luisa Park
Pemandangan Plaza de España dari Maria Luisa Park
Dari Maria Luisa Park ini, kami akan berkereta kuda menuju ke Seville Historic Centre. Bayaran yang dikenakan adalah Euro 90 (RM 453) bagi setiap kereta kuda yang boleh dinaiki seramai 4 orang. Sambil menunggu ahli-ahli kumpulan yang lain tiba kita lihat-lihat souvenir yang dijual di sini.

Menunggu ahli kumpulan tiba
Kedai-kedai souvenir
Berbagai souvenir yang dijual
Patung penari Flamenco yang dinamakan La Flamenquita
Sambil-sambil itu sempat juga Husband melayan seekor kucing yang dibela oleh seorang penjaja makanan di sini. Kucing dipanggil Gato dalam Bahasa Spanish. Gato Spanish ini diberi nama Coby.
 
Husband melayan Gato
Gato Spanish ini bernama Coby
Sambil Husband melayan Coby, ada seekor anjing putih yang melihat dengan pemandangan geram.

Anjing putih yang asyik memandang Husband melayan Coby
Geram je dia tengok Husband melayan Coby
Kumpulan pelajar sekolah yang berbasikal di Maria Luisa Park
Berbasikal beramai-ramai di Maria Luisa Park


Bersambung ke Bahagian 34...


CATATAN PERJALANAN (MOROCCO, SPAIN & PORTUGAL 2024):

No comments: