Mei 2024
NORTHERN AFRICA & SOUTHERN EUROPE
Morocco, Spain & Portugal
[SPAIN: Tarifa, Granada, Cordoba & Seville]
Bahagian 32: Spain
CORDOBA - SEVILLE
(Roman Bridge)
HARI KETUJUH (6)
Part 89: Roman Bridge
Perjalanan kami selepas melawat Mezquita-Catedral de Cordoba adalah menuju ke Seville untuk bermalam.
|
Fountain di Orange Trees Courtyard, Mezquita-Catedral de Cordoba |
|
Berjalan meninggalkan Mezquita-Catedral de Cordoba |
Kata Local Tour Guide kami yang bernama Zarina, bas kami menunggu di seberang Sungai Guadalquivir. Oleh yang demikian, kami dibawa menyeberang sungai ini menerusi Roman Bridge.
Sebelum tiba di jambatan di penghujung bangunan Mezquita-Catedral yang sangat besar itu, kita akan bertemu dengan sebuah tiang tinggi yang dinamakan sebagai Triumph of Saint Raphael (Triunfo de San Rafael). Ia dibina pada tahun 1765 sebagai penghormatan kepada Archangel Raphael yang dianggap sebagai Protector of Cordoba.
|
Bridge Gate (Puerta del Puente) |
|
Pandangan lebih dekat Bridge Gate |
|
Kedai-kedai cenderamata berdekatan Bridge Gate |
|
Bridge Gate ini juga adalah sebuah persinggahan bas Hop On Hop Off Cordoba |
|
Laluan masuk ke Roman Bridge di belakang Bridge Gate |
Cordoba pada mulanya dibina hanya di satu belah tebing Sungai Guadalquivir. Walau bagaimanapun setelah kota ini semakin membesar, penempatan penduduk melimpah sehingga ke seberang sungai. Oleh yang demikian, terdapat keperluan untuk membina sebuah jambatan untuk menghubungkan bandar di kedua-dua belah tebing Sungai Guadalquivir.
Sewaktu Cordoba ditadbir oleh Empayar Rome, sebuah jambatan terus dibina. Memandangkan jambatan asal ini dibina oleh Orang Rome pada kurun pertama Masehi, ia terus dikenali sebagai Roman Bridge sehingga sekarang.
|
Permulaan Roman Bridge di sebelah kota Cordoba |
|
Jambatan ini telah menerima anugerah Europa Nostra Award 2014 dari European Union sebagai sebuah Cultural Heritage |
Selama 20 abad, Roman Bridge adalah satu-satunya jambatan yang dibina di Cordoba untuk menyeberang Sungai Guadalquivir. Nama Sungai Guadalquivir sebenarnya berasal dari nama Arab Al-Wadi Al-Kabir yang bermaksud The Big River. Ia adalah sungai yang kedua terpanjang di Spain dan satu-satunya sungai yang boleh dimasuki kapal di negara ini.
Pada zaman Roman, Sungai Guadalquivir boleh dimasuki kapal bermula dari Gulf of Cadiz sehingga ke Cordoba sendiri. Namun demikian, disebabkan sungai ini telah semakin cetek, kapal hanya boleh berlayar menerusi Sungai Guadalquivir bermula dari Gulf of Cadiz sehingga ke Seville sahaja sekarang.
|
Sungai Guadalquivir |
|
Nama Sungai Guadalquivir adalah berasal dari perkataan Arab Al-Wadi Al-Kabir yang bermaksud Big River |
|
Selama 20 abad, Roman Bridge ini adalah satu-satunya jambatan yang dibina di Cordoba untuk menyeberang Sungai Guadalquivir |
Satu pemandangan yang boleh dilihat di tebing Sungai Guadalquivir ialah kincir air lama yang dinamakan Albolafia Water Mill (Molino de la Albolafia). Ia dibina oleh Khalifah Abdul Rahman II untuk memindahkan air sungai ke aqueduct yang membekalkan air ke Istana Khalifah. Kincir air ini walau bagaimanapun telah diberhentikan penggunaannya oleh Queen Isabel I yang tidak suka kepada bunyi bising yang dihasilkannya.
|
Albolafia Water Mill |
|
Pandangan dekat Albolafia Water Mill [Gambar dari internet]. Penggunaannya telah diberhentikan oleh Queen Isabel I yang terganggu dengan bunyi bising yang dihasilkannya. |
Kita berjalan sambil menikmati pemandangan Sungai Gudalquivir dan City of Cordoba dari atas Roman Bridge...
|
Suasana di atas Roman Bridge |
|
Menara di hujung sana adalah Calahorra Tower |
|
Bergambar atas Roman Bridge |
|
Husband bergambar atas Roman Bridge dengan berlatar belakangkan kota Cordoba |
|
Membawa anjing bersiar-siar di atas Roman Bridge |
|
Sungai Guadalquivir |
|
Pandangan Albolafia Water Mill yang penggunaannya telah diberhentikan oleh Queen Isabel I yang terganggu dengan bunyi bising yang dihasilkannya. |
|
Berjalan di atas Roman Bridge |
Di tengah-tengah Roman Bridge, ada sebuah patung Archangel Raphael yang dibina pada kurun ke-17. Menurut ceritanya sewaku wabak Black Plague melanda Cordoba pada tahun 1649, penduduk Cordoba berdoa kepada Archangel Raphael kerana dia dikatakan mempunyai kuasa untuk menyembuhkan penyakit. Selepas berdoa, ramai pesakit yang sembuh di samping jumlah kematian yang menurun. Oleh yang demikian, penduduk Cordoba mendirikan patung sebagai tanda terima kasih kepada Archangel Raphael di merata-rata tempat termasuklah di atas jambatan ini.
|
Patung Archangel Raphael di tengah-tengah Roman Bridge |
Seperti patung St John of Nepomuk yang pernah kami lihat di Charles Bridge di Prague dulu, patung Archangel Raphael ini juga sangat dihormati oleh orang Katholik. Orang Katholik berdoa sambil menyalakan lilin. Oleh yang demikian ada Votive Altar yang diletakkan di depan patung ini untuk menyalakan lilin.
|
Ada Votive Altar untuk menyalakan lilin diletakkan di depan patung ini |
|
Pemandangan patung Archangel Raphael dan Votive Altar dari depan |
Jika diperhatikan betul-betul, patung Archangel Raphael ini dibina memegang ikan di sebelah tangannya sebagai simbol kuasa menyembuh dan melindungi. Ia merujuk kepada kisah di dalam Bible di mana Raphael telah menyembuhkan seorang lelaki tua dari penyakit buta dengan menyuruh anak lelaki itu menyapu mata ayahnya dengan insang seekor ikan.
|
Patung Archangel Raphael yang dibina dengan memegang seekor ikan pada tangannya. |
|
Votive Altar di depan patung Archangel Raphael |
Kita terus berjalan lagi sehingga ke penghujung sebelah sana jambatan di mana berdiri sebuah binaan yang dinamakan Calahorra Tower.
|
Pemandangan sewaktu tertoleh ke belakang |
|
Terpaksalah berhenti untuk mengambil gambar walau ada banyak tulisan graffiti di sini |
|
Pemandangan indah Roman Bridge dan bandar Cordoba |
|
Pemandangan dari sini pulak... |
|
Kesemua Roman Bridge, Bridge Gate, Calahorra Tower dan Mezquita-Catedral de Cordoba ini telah menerima pengiktirafan sebagai UNESCO World Heritage pada tahun 1984. |
|
Pandangan terakhir Mezquita-Catedral de Cordoba buat kali terakhir sebelum kami meninggalkan Cordoba |
Part 90: Perjalanan Ke Seville
Kota Cordoba kami tinggalkan dengan penuh keinsafan. Ternyata Allah Maha Berkuasa dan tidak menjadikan sesuatu tanpa sebab. Kerajaan yang hebat dan kuat selama 800 tahun boleh runtuh dengan sekelip mata bila Umat Islam tidak lagi menghiraukan perintah Allah. Di awal penubuhannya sewaktu Umat Islam mengikut ajaran Islam yang sebenar, Cordoba bukan sekadar kuat malah menjadi pusat kegemilangan segala-galanya. Namun manusia bersifat pelupa dan mudah dikuasai nafsu. Bila mereka lupa dan dikuasai nafsu, mereka mula berpecah-belah sehingga menjadi lemah dan akhirnya ditewaskan dengan mudah oleh musuh-musuh mereka.
|
Dalam bas menuju ke Seville |
Destinasi kami yang seterusnya adalah Seville yang terletak 145 km dari Cordoba dengan perjalanan dijangka memakan masa 1 jam 30 minit. Seperti Cordoba, Seville juga adalah juga sebuah Kerajaan Islam di Al Andalus pada masa dahulu.
|
Pemandangan sewaktu meninggalkan Cordoba |
|
Meninggalkan Cordoba |
|
Perjalanan menuju ke Seville |
|
Jalan keretapi |
Tahukah anda apakah sebenarnya yang dikatakan Al Andalus? Dalam perjalanan ke Seville ini, mari kita selusuri tentang sejarah Al Andalus di Eropah. Al Andalus sebenarnya merujuk kepada kawasan geografi di Spain, Gibraltar, Portugal dan Southern France yang pernah diperintah oleh Kerajaan Islam.
|
Pemandangan di bumi Al Andalus |
|
Menuju ke lebuhraya |
|
Keindahan petang di Southern Spain |
|
Spanish Countryside |
|
Bunga-bunga liar masih berkembang mekar di tepi jalan |
Kerajaan Islam yang pertama sekali muncul di Spain adalah Cordoba pada tahun 755 Masehi. Ia menguasai hampir seluruh Semenanjung Iberia. Apakah yang dikatakan Semenanjung Iberia? Semenanjung Iberia adalah semenanjung di penghujung Eropah di mana letaknya negara Spain dan Portugal sekarang. Kawasan yang dikuasai Kerajaan Cordoba inilah yang dinamakan Al Andalus. Namun demikian, selepas 100 tahun, perebutan kuasa mula berlaku sehingga akhirnya Kerajaan Cordoba berpecah menjadi 23 negara berasingan yang dinamakan taifa.
|
Peta Emiriah Cordoba pada tahun 1000 Masehi sebelum ia berpecah |
|
Peta Emiriah Cordoba yang telah berpecah menjadi 23 taifa pada tahun 1031 |
Taifa-taifa ini sering bercakaran sesama mereka. Bila dah bergaduh, mereka berusaha untuk mendapatkan sokongan dan bantuan luar. Akhirnya, taifa Badajoz, Zaragoza dan juga Sevilla terpaksa membayar ufti kepada Raja Kristian King Alfonso VI of Leon & Castile untuk mendapatkan perlindungan. Pada penghujung kurun ke-13 Masehi, kesemua taifa ini jatuh ke tangan Kristian selain dari Granada. Setelah bertahan sekian lama Granada juga turut menjadi taifa terakhir yang dikuasai Kristian pada tahun 1492.
Sewaktu Kerajaan Islam Al-Andalus berpecah, Kerajaan-Kerajaan Kristian di Spain Utara seperti Leon, Castile, Navarra, Aragon dan Catalenes semakin bersatu kerana mereka mempunyai satu matlamat yang sama ~ ingin menguasai kembali bumi Sepanyol dari Kerajaan Islam. Oleh itu, mereka sentiasa mengintai peluang untuk menakluk dan mengalahkan Kerajaan-Kerajaan Islam Al-Andalus. Kekuasaan Kristian menjadi semakin mantap bila dua buah Kerajaan ini (Castile dan Aragon) bersatu melalui perkahwinan pemerintah mereka King Ferdinand II dari Aragon dan Queen Isabella I dari Castile. Seperti yang Myself pernah ceritakan dahulu, King Ferdinand dan Queen Isabella adalah Catholic Monarchs yang melengkapkan gerakan Reconquista (Reconquest) yang akhirnya menumpaskan Kerajaan Islam Al-Andalus.
|
Beli Orange Juice di sini sebab teruja melihat banyak Pokok Oren di sepanjang perjalanan |
|
Meneruskan perjalanan ke Seville |
Part 91: Hotel B&B Seville
Hotel penginapan kami malam ini adalah sebuah hotel 3 bintang yang bernama B&B Hotel. Ia terletak di sebuah kawasan di pinggir Seville yang bernama Écija (disebut: Ey-si-ha).
|
Écija |
|
B&B Hotel di Écija |
|
Hotel B&B Écija bersambung dengan pasaraya Carrefour di sebelahnya |
Bangunan Hotel B&B Écija bersambung dengan sebuah pasaraya Carrefour di sebelahnya. Pasaraya Carrefour ini disebut sebagai Kari-foor dalam Bahasa Spanish. Namun begitu kami tak dapat nak melawat ke pasaraya tersebut sebab ia ditutup pada Hari Ahad seperti ketika kami di sana.
|
Centro Comercial di Écija |
Hotel B&B di Écija ini benar-benar mengingatkan Myself kepada Jet Hotel yang pernah menjadi penginapan kami di Zurich, Switzerland dulu. Seperti juga di Hotel Jet dulu, kami terpaksa naik lif yang kecil untuk naik ke lobinya yang terletak di tingkat atas.
|
Bas berhenti menurunkan kami di sini |
Lobi hotel ini berkongsi ruang dengan restorannya.
|
Kaunter reception yang berkongsi ruang dengan restoran hotel |
|
Reception Counter yang comel |
|
Urusan check-in dan check-out juga boleh dibuat menggunakan mesin yang disediakan di lobi hotel.
|
Bersambung ke Bahagian 33...
CATATAN PERJALANAN (MOROCCO, SPAIN & PORTUGAL 2024):
No comments:
New comments are not allowed.