Saturday, 1 June 2024

2024 ANDALUSIA BHG. 07 (Tuk Tuk Tour)

Mei 2024

NORTHERN AFRICA & SOUTHERN EUROPE
Morocco, Spain & Portugal
[MOROCCO: Casablanca, Marrakech, Rabat, Fes, Chefchaouen & Tangier]

Bahagian 7: Morocco
MARRAKECH (Tuk Tuk Tour)

HARI KEDUA (3)

Part 17: Tuk Tuk Tour

Selain kereta kuda, sebuah kenderaan lain yang sering digunakan oleh pelancong di kota Marrakech adalah Tuk Tuk. Myself memang tak sangka Tuk Tuk yang selama ini cuma kami temui di Asia ada juga di Morocco rupanya. Memang kenderaan universal rupanya Tuk Tuk ini.

Tuk Tuk
Di tepi Jemaa El Fna juga ada banyak Tuk Tuk yang menanti. Disebabkan kami dah tak ada apa lagi nak dibuat di sini dan masih ada sejam masa yang terluang, Myself dan Husband membuat keputusan menggunakan Tuk Tuk untuk mengelilingi Marrakech.
 
Disebabkan kami dah banyak melihat suasana di Marrakech Old City, pemandu Tuk Tuk mencadangkan kami mengelilingi Marrakech New City. Kami bersetuju dengan cadangannya. Bayaran yang dikenakan pula adalah Dirham 120 (RM 60) untuk sewaan sebuah Tuk Tuk tersebut.

Memulakan Tuk Tuk Tour
Meninggalkan Jemaa El-Fna
Menuju ke Marrakech New City
Tempat pertama yang ditujukkan kepada kami dalam Tuk Tuk Tour ini adalah Koutoubia Mosque yang kami kunjungi pagi tadi. Cuma istimewanya dalam Tuk Tuk Tour ini, kami dibawa ke sana menerusi tamannya yang dinamakan Parque Kutubia  (disebut: Park Kutubia). Tak tahu pun tadi yang kat tepi Koutoubia Mosque ini ada taman sebenarnya.

Menuju ke Koutoubia Mosque
Parque Kutubia di tepi Koutoubia Mosque
Kerusi rehat di tepi taman
Pagar di tepi taman
Mengintai ke dalam taman dari luar pagar
Terperanjat kami bila pemandu Tuk Tuk memandu Tuk Tuk terus ke dalam taman. Orang-orang dalam taman pun macam tak kisah Tuk Tuk lalu kat situ. Mungkin Tuk Tuk memang dibenarkan masuk ke dalam taman.

Plak di pintu masuk ke Parque Kutubia
Terperanjat bila pemandu kami membawa Tuk Tuk masuk ke dalam taman!
Parque Kutubia adalah sebuah taman bercirikan tradisional Morocco. Di tengah-tengahnya, betul-betul selari dengan Masjid Koutoubia ada sebuah kolam dengan pancutan air di kedua-dua hujungnya.

Pancutan air dan kolam yang dibina selari dengan Masjid Koutoubia
Tuk Tuk berpusing di tepi kolam menuju ke arah masjid
Penghujung kolam berdekatan pancutan air
Kolam air yang panjang menghala ke bangunan masjid
 Memang tak sangka yang Tuk Tuk kami akan lalu di sini
Di penghujung kolam panjang berdekatan dengan bangunan masjid, ada sebuah lagi pancutan air
 Pemandangan dekat pancutan air menghala ke bangunan Masjid Koutoubia
Pancutan air berdekatan dengan bangunan masjid
Pemandu Tuk Tuk terus membawa kami ke bangunan Masjid Koutoubia.

Pemandangan dari Tuk Tuk menuju ke Masjid Koutoubia
Pemandangan bangunan Masjid Koutoubia dari tepi
Tapak bangunan masjid lama yang dirobohkan disebabkan arah kiblat yang salah
Menara Masjid Koutoubia
Tangga turun ke Tapak Masjid Lama
Husband bergambar kenangan dengan pemandu Tuk Tuk di depan Masjid Koutoubia
Selepas membuat persinggahan sebentar di Masjid Koutoubia, kami kembali semula ke jalan besar juga dengan merentas Parque Kutubia tadi.

Parque Kutubia
Lagi pemandangan Parque Kutubia
Mengelilingi pancutan air sekali lagi
Penjual minuman di Parque Kutubia
Menyusuri kolam panjang sekali lagi untuk menuju ke pintu keluar dari taman
 Pancutan air dekat pintu keluar
Plak peringatan dekat pintu masuk ke taman
Meninggalkan Koutoubia Mosque dan Parque Kutubia, kami dibawa melawat ke Marrakech New City. Bangunan-bangunan di sini baru dan moden, tetapi masih berwarna merah dan tidak tinggi kerana bangunan-bangunan di Marrakech tidak dibenarkan dibina lebih tinggi dari Menara Masjid Koutoubia. Jika bangunan dicat dengan warna lain sekalipun, elemen cat berwarna merah mesti masih ada pada bangunan tersebut.

La Mamounia yang merupakan sebuah hotel mewah di Marrakech
Butik Louis Vuitton
Marrakech New City
 Bangunan-bangunan kediaman mewah di Marrakech New City
Sebuah hotel di Marrakech New City
Kereta kuda di Marrakech New City
Resort mewah Es Saadi di Marrakech yang juga mempunyai sebuah kasino di dalamnya.
Hotel Sofitel Marrakech Palais Imperial and Spa
Ada banyak hotel mewah yang kami perhatikan di sekitar Marrakech New City. Di samping hotel-hotel mewah, banyak juga diperhatikan restoran-restoran mewah.

Restoran mewah Bazzart Lounge
Kafe Extrablatt
Arkech Restaurant & Sky Bar
Bangunan yang menggabungkan elemen moden dan tradisional di Marrakech
Restoran Bendoo
Restoran Omazonia
Patung di depan Restoran Omazonia
Kami terus dibawa melalui beberapa buah mercu tanda lain di Marrakech New City. Kawasan ini turut dikenali sebagai Gueliz.

Hotel Akabar
Pusat Konvensyen Al Majliss
Mural potret seorang pedagang tradisional
Gare de Marrakech (Stesen Keretapi Marrakech)
Royal Theatre
Tuk Tuk Tour turut membawa kami melalui sebuah pusat membeli-belah yang dinamakan Menara Mall. Memandangkan waktu berkumpul semula juga telah hampir ketika itu, kami meminta pemandu Tuk Tuk membawa kami kembali ke Jemaa El-Fna.

Menara Mall
Kereta kuda yang menunggu pelanggan di depan Menara Mall
Nampak macam ada pusat kereta kuda untuk disewa juga di sini
Unta
Anak unta yang sedang bermanja dengan ibunya
Kembali ke Marrakech Old City
Pancutan air di depan tembok kota lama
 Hampir tiba di Jemaa El-Fna
Taman berhampiran Jemaa El-Fna
Pemandangan Masjid Koutoubia di seberang pintu masuk ke Jemaa El-Fna
Bangunan lama dan sebahagian tembok kota lama Marrakech
Pandangan lebih dekat bangunan lama
Semakin ramai pengunjung yang datang melawat ke Jemaa El-Fna
Perhentian kereta kuda berhampiran Jemaa El-Fna
Tiba kembali ke Jemaa El-Fna
Pemandu Tuk Tuk membawa kami kembali ke tempat asal di mana kami memulakan tour tadi. Memang satu pengalaman yang menyeronokkan menaiki Tuk Tuk mengelilingi kota Marrakech. Disebabkan kami seronok dan berpuas hati dengan service yang diberi, kita bagilah tip yang banyak juga kepada pemandu Tuk Tuk tadi. Seronok pemandu Tuk Tuk itu menerima tip sebegitu dari kami. Terus ditangkapnya kepala Husband dan diciumnya dahi Husband. Arabic betul! Hahaha! Kami walau bagaimanapun lupa nak bertanya nama pemandu Tuk Tuk ini.

Pemandu Tuk Tuk mengucapkan terima kasih kepada Husband
Tempat berkumpul semula yang ditetapkan bagi kami adalah di Restoran Tajin Darna di mana kami lunch tadi. Sambil berjalan kembali ke sana, kita lihat-lihat lagi suasana di sekitar Jemaa El-Fna.

Nampak tak Ular Tedung kat situ?
Gerai untuk melukis inai (henna) pada tangan
Kedai berhampiran Restoran Tajin Darna
Bendera Morocco
 Pemandangan Masjid Koutoubia dari dalam bas
 Bergerak kembali ke Hotel Ibis Marrakech


 Bersambung ke Bahagian 8...


CATATAN PERJALANAN (MOROCCO, SPAIN & PORTUGAL 2024):

No comments: