Tuesday 9 July 2024

2024 ANDALUSIA BHG. 26 (Alhambra : Partal Gardens)

Mei 2024

NORTHERN AFRICA & SOUTHERN EUROPE
Morocco, Spain & Portugal
[SPAIN: Tarifa, Granada, Cordoba & Seville]

Bahagian 26: Spain
GRANADA
(Alhambra : Partal Gardens)

HARI KEENAM (7)

Part 70: Court of Lindaraja (Mirador de Lindaraja) @ Nasrid Palace, Alhambra

Lawatan kami ke Nasrid Palace di Alhambra yang terdiri dari Mexuar Palace, Comares Palace dan Palace of the Lions berakhir kini. Bilal membawa kami keluar dari Palace of the Lions menerusi sebuah taman courtyard yang dinamakan Court of Lindaraja (disebut: Court of Lindaraha).

Korridor menuju ke Court of Lindaraja
Court of Lindaraja
Hedges yang tersusun rapi di Court of Lindaraja
Pokok Buah Oren yang ditanam di Court of Lindaraja
Walkway di sekeliling Court of Lindaraja
Pemandangan indah di Court of Lindaraja
Meninggalkan Court of Lindaraja
Pintu keluar dari Nasrid Palace
Nasrid Palace yang ditinggalkan di belakang
Menuju ke pintu keluar Nasrid Palace
Perkarangan Nasrid Palace
Pintu keluar dari perkarangan Nasrid Palace
Pemandangan Partal Gardens di hadapan

Part 71: Partal Gardens (Jardines del Partal) @ Alhambra

Partal Gardens adalah taman yang dibina di atas runtuhan Palace of Yusuf III (Palacio de Yusuf III). Hanya sebahagian sahaja kesan istana ini yang masih kekal berdiri sekarang.

Masuk ke Partal Gardens
Pemandangan Nasrid Palace dari Partal Gardens
Runtuhan dari Palace of Yusuf III ini kini menjadi bagaikan tembok dan laluan pejalan kaki di Partal Gardens. Mari kita lihat pemandangan ini....

Laluan ini dulu adalah sebahagian dari korridor di Palace of Yusuf III
Pintu masuk ke Palace of Yusuf III pada masa dahulu
Adalah dipercayai kawasan ini juga adalah kawasan perumahan kakitangan istana dulu.

Kesan runtuhan bangunan istana jelas kelihatan di sesetengah tempat
Menara kecil di sana adalah bekas Mihrab masjid kecil yang pernah didirikan di sini dahulu untuk kegunaan peribadi Sultan
Gereja Santa María de la Encarnación yang pada asalnya adalah Masjid Alhambra
Partal Gardens yang sebenar adalah taman kepada Palace of Yusuf III. Walaupun kami sekadar cuma melaluinya dalam perjalanan untuk keluar dari Alhambra, keindahannya tetap memukau pandangan.

Jardines del Partal (Partal Gardens)
Ladies Tower (Torre de las Damas) di Partal Gardens
Duduk berehat sambil posing sekejap...
Bukan sekadar pemandangan taman ini indah dengan bunga-bungaan dan tumbuhan hijau, bau-bauannya juga sangat menyegarkan perasaan, lebih-lebih lagi kerana Spain masih mengalami Musim Bunga sekarang.

Bauan semulajadi dari bunga dan tumbuhan di Partal Gardens juga sangat menyegarkan
Partal Gardens adalah sebenarnya sebuah taman kecil di perkarangan Alhambra. Ada sebuah lagi taman yang jauh lebih besar yang merupakan taman rasmi istana yang tidak kami lawati. Taman tersebut diberi nama Generalife (disebut: Hey-na-ra-li-fey). Tiket berasingan juga diperlukan untuk melawat ke taman tersebut. Manalah tahu kalau berpeluang lagi melawat ke Alhambra di masa depan, mungkin kami akan melawat ke sana.

Kawasan lapang yang bertembok di depan Rauda Tower (Torre de la Rauda) ini adalah kawasan perkuburan Keluarga Diraja Granada dulu
Kawasan perkuburan ini kini adalah sebuah kawasan lapang tanpa sebarang kesan dan batu nisan
Kucing Alhambra

Part 72: Keluar Dari Alhambra

Selepas menamatkan lawatan, Bilal memimpin kami kembali ke pintu masuk utama untuk keluar dari Alhambra. Walau bagaimanapun kami tidak dapat menggunakan laluan yang sama kami gunakan sewaktu masuk ke Nasrid Palace tadi kerana laluan tersebut telah ditutup untuk satu pertandingan Marathon yang akan berlangsung pada malam itu.

 Berjalan keluar dari Partal Gardens
Laluan keluar dari Partal Gardens adalah menerusi perkarangan Palace of Carlos V
 Palace of Carlos V ini boleh dilawati secara percuma tetapi kami tidak sempat masuk ke sana
Salah sebuah pintu Palace of Carlos V
 Keluar dari Partal Gardens
Laluan keluar yang ditetapkan adalah melalui perkarangan Palace of Carlos V.

Menyusuri Palace of Carlos V
Pemandangan bumbung Palace of Carlos V
Palace of Carlos V adalah istana yang dibina oleh Raja Kristian. Berbeza dengan istana yang dibina oleh Raja Islam yang kelihatan simple di luar tetapi hebat di dalam, istana yang dibina oleh Raja Kristian kelihatan hebat di luar tetapi simple di dalam.
Sinaran mentari petang di sebalik Palace of Carlos V
Penanda arah
Bergambar di tepi Palace of Carlos V
Close-up sikit
Palace of Carlos V
Bekas Masjid Alhambra yang kini berfungsi sebagai sebuah gereja
Tembok lama Alhambra
Laluan yang ditutup untuk persediaan pertandingan Marathon
Menuju ke pintu keluar alternatif
Pintu keluar
Ada hikmah juga bila laluan sebenar untuk keluar utama dari Alhambra ditutup pada petang itu. Ia memberikan kami peluang melihat laluan alternatif yang boleh digunakan untuk menuju ke Pejabat Tiket Alhambra.

Laluan keluar alternatif
Menyusuri luar tembok Alhambra menuju ke Pejabat Tiket
Public fountain
Sebuah bangunan di dalam kompleks Alhambra yang kini ditukar fungsi menjadi Hotel Aurla Washington Irving
Tiba di Pejabat Tiket
Husband berbual mesra dengan tuan anjing
Penanda arah
Bas kami menunggu jauh di luar kerana kenderaan besar tidak dibenarkan parking di kawasan Alhambra. Sambil menunggu bas tiba, kami diberi masa untuk menggunakan tandas dan juga melawat ke kedai souvenir yang berhampiran.

Kedai runcit
 Pintu ke bangunan tandas awam
Meeting Point di Alhambra
Suasana di Meeting Point
Suasana petang di Meeting Point
Petugas-petugas perubatan yang sedang bersedia untuk acara Marathon
Berehet sebentar di Meeting Point
Kedai souvenir rasmi Alhambra tereletak di sebelah pejabat tiket. Banyak juga souvenir menarik yang dijual di sini.

Kedai souvenir rasmi Alhambra di sebelah pejabat tiket
Suasana di dalam kedai souvenir rasmi Alhambra
Bergambar di cashier counter
Buku Alhambra yang dibeli di kedai souvenir
Posing kejap kat luar kedai souvenir
Meninggalkan kedai souvenir
Husband bergambar dengan Alhambra Tour Guide kami yang bernama Bilal
Berjalan menuju ke tempat bus pick-up
Drinking water fountain di tempat menunggu bas
Menunggu bus pick-up
Ramai yang menunggu bas bersama kami
Bas dah tiba

Part 73: Hotel Principe Felipe

Setelah bas tiba, kami terus dibawa ke hotel penginapan kami di Granada yang bernama Hotel Principe Felipe (disebut: Hotel Prin-si-pey Fe-li-pey). Pemandangan kota Granada sewaktu bas membawa kami turun dari Bukit Alhambra menuju ke kota Granada sangat memukau.

Pemandangan dari dalam bas sewaktu menuju ke kota Granada
Menuruni Bukit Alhambra
Pemandangan kota Granada dari dalam bas
 Kota Granada yang disirami cahaya mentari petang
Menuju ke hotel penginapan
Hotel Principe Felipe terletak di sebuah kawasan di pinggir bandar Granada yang bernama Albolote. Hotelnya kecil tetapi selesa untuk menjadi penginapan kami selama satu malam di Granada.

Albolote
Tiba di Hotel Principe Felipe
Suasana di depan hotel
Lobi hotel
Reception Counter
 Menunggu pendaftaran bilik di lobi
Mini Bar
Bila hotelnya kecil, bilik penginapannya pun kecil. Kena pulak kita adjust-adjust perabot dalam bilik untuk meletakkan bagasi dan juga menyediakan ruang solat yang selesa.

Suasana di dalam bilik penginapan
Seperti juga sewaktu kita melawat ke Italy dan Switzerland dulu, dinner disediakan secara bungkus dan dihantar ke bilik. Maklum sajalah, Spain dianggap sebagai sebuah negara yang kaya di Eropah. Bila dah disebut sebagai negara kaya, macam-macam peraturan buruh kena dipatuhi, termasuklah waktu bekerja pemandu bas. Disebabkan pemandu bas kami dah bekerja mengikut waktu maksima hari ini, terpaksalah dinner disediakan secara bungkus dan dihantar ke bilik. Makanan yang disedikan malam ini adalah Chicken & Chips yang disediakan mengikut cara Morocco. Makan sajalah asalkan Halal!

Dinner


 Bersambung ke Bahagian 27...


CATATAN PERJALANAN (MOROCCO, SPAIN & PORTUGAL 2024):

No comments: