Sunday, 23 June 2024

2024 ANDALUSIA BHG. 18 (Chefchaouen - Tangier)

Mei 2024

NORTHERN AFRICA & SOUTHERN EUROPE
Morocco, Spain & Portugal
[MOROCCO: Casablanca, Marrakech, Rabat, Fes, Chefchaouen & Tangier]

Bahagian 18: Morocco
CHEFCHAOUEN - TANGIER

HARI KELIMA (3)

Part 48: Kembali ke Chefchaouen Medina

Selepas melawat kubu Al Kasaba, kami kembali ke Medina. Disebabkan masih ada masa terluang sebelum waktu berkumpul kembali yang ditetapkan, kita berjalan-jalan sikit di Medina ini.

Kembali ke Medina
Suasana di Medina
Kalau di Lower Chefchaouen tadi kami melihat bangunan-bangunan yang hanya dicat biru pada satu atau dua permukaan dinding, bangunan-bangunan di Medina ini dicat hampir keseluruhannya dengan warna biru. Namun demikian, warna biru ini terdiri dari berbagai tone and shades yang menjadikan ia cantik dan menyejukkan mata yang memandang.

 Keseluruhan bangunan di Medina dicat dengan warna biru
 Pelbagai tona warna biru digunakan pada kesemua bangunan
 Berjalan-jalan di Medina
 Lagi suasana di Medina
 Bergambar kenangan di Medina
Suasana di sini yang bagaikan kisah dari Arabian Nights
 Bergambar di pintu kedai
Secara kebetulan, Myself dan Husband memang memakai pakaian biru bila datang ke Chefchaouen. Maka memang seronok bila kita yang berbaju biru bergambar dengan benda-benda biru di sini. Meraikan tema biru, begitu!

 Meraikan tema berwarna biru
 Berbaju biru dekat pintu biru
 Lorong berwarna biru
Makcik Morocco yang bertudung biru
Sebelum tiba di Chefchaouen tadi, kami ada diberitahu tentang jasa orang Tuareg yang membantu mempertahankan kota ini dari musuh. Oleh itu, kami memang excited bila berjumpa dengan seorang lelaki yang memakai serban Tuareg yang berwarna biru di sini.

 Lelaki Tuareg
 Orang Tuareg memang gemar memakai serban biru begini
Kita teruskan lagi perjalanan kita bersiar-siar di sekitar Medina...

Ehh, ada restoran Cina di sini!
 Bangunan hotel
 Kawasan ini yang dinamakan Plaza Kenitra adalah main square bagi kawasan yang dinamakan Rif Al-Andalus ini
Lagi suasana di Plaza Kenitra
Biru di atas biru
Berjalan di celah-celah kedai souvenir
 Sebahagian bangunan di sini adalah rumah-rumah kediaman
 Pintu-pintu biru
Pintu gerbang
Guni-guni cantik yang berisi barang jualan
Roti
 Jualan pakaian
Lorong berwarna biru
Disebabkan masa berkumpul semula telah hampir, kami membuat keputusan untuk berpatah balik ke Hotel Mirador.

Kembali ke pangkal jalan
Pintu biru antik
Tingkap cantik yang dihiasi tumbuhan
Tumbuhan anggur yang dibiarkan menjalar turut menambahkan keindahan Chefchaouen Medina
Tiba di pangkal jalan
Sewaktu kami tiba kembali di depan Al Kasaba, ada pulak pertunjukan tradisional sedang berlangsung. Walaupun ia adalah persembahan percuma, ahli kumpulan persembahan akan mencari kita yang mengambil gambar mereka selepas selesai persembahan untuk meminta tip. Bayar sajalah tip ini kerana itu memang cara mereka di sini.

Persembahan di depan Al Kasaba

Cuaca yang kering ketika itu menyebabkan Myself mula batuk-batuk. Kita ada membawa bekalan Strepsil dari Malaysia tetapi macam tak cukup pulak. Lega bila berjumpa dengan sebuah farmasi di Chefchaouen ini. Bolehlah kita singgah membeli bekalan tambahan Strepsil.

 Berjalan kembali ke Hotel Mirador
Kelihatan cacat juga keindahan bangunan-bangunan lama di sini dengan kehadiran wayar-wayar elektrik sebegini
Singgah di Farmasi untuk membeli Strepsil
Kami kembali berkumpul semula di depan Hotel Mirador seperti yang diarahkan. Bila semua orang dah berkumpul, kami dibawa ke stesen Petit Taxi di seberang hotel untuk turun kembali ke Lower Chefchaouen di mana bas sedang menunggu.

Stesen Petit Taxi di seberang Hotel Mirador
 Petit Taxi
Beratur menunggu giliran untuk naik Petit Taxi turun ke bawah
Suasana dekat perhentian Petit Taxi
 Peta Chefchaouen
 Tidur tergolek dekat perhentian Petit Taxi
Seekor lagi tergolek kat sana
Memang hebatlah dia ni.... Tidur atas makanan untuk memastikan ia tidak dicuri musuh.
  Naik Petit Taxi turun ke Lower Chefchaouen
 Pemandangan dari Petit Taxi
Menuju ke Lower Chefchaouen
Tiba di Lower Chefchaouen
Selepas semua orang selamat naik ke atas bas, kami bergerak meninggalkan Chefchaouen menuju ke persinggahan terakhir kami di Morocco ~ Tangier.

 Masjid di atas bukit
Tanah perkuburan
Bas membuat perhentian di sebuah masjid di pinggir bandar Chefchaouen untuk membolehkan kami menunaikan Solat Jamak Asar dan Zohor.

Berhenti di masjid di pinggir bandar Chefchaouen untuk Solat Asar / Zohor
Berjalan menuju ke masjid
 Menara Masjid
 Suasana di dalam masjid
Solat berjemaah Asar baru bermula ketika itu
Tempat pengajian di masjid
 Chandelier
 Solat Asar berjemaah
Pakcik yang memakai jubah tradisional Morocco yang bertutup kepala runcing

Part 49: Menuju ke Tangier

Jarak di antara Chefchaouen menuju ke Tangier adalah kira-kira 120 km dan perjalanan bas ke sana dijangka memakan masa 2 jam 30 minit.
 
Menuruni pergunungan menuju ke Tangier
 Jalan yang bengkang-bengkok menuruni kawasan pergunungan
Pergunungan Rif
 Kawasan pertanian di kaki gunung
Tanah pertanian yang subur di kaki gunung
Sungai Ras El Maa
 Satu lagi pemandangan Sungai Ras El Maa
Tak seperti kebanyakan negara Arab yang lain, Morocco mempunyai banyak sumber air
Persimpangan ke Tangier
Kepelbagaian rupabumi di Morocco menjadikan ia sebuah negara yang cantik dan menarik. Sejarah negaranya yang cukup rapat dengan sejarah Eropah menjadi satu faktor lain negara ini muncul sebagai sebuah pusat pelancongan dunia. 

Seperti yang diberitahu oleh Mohsein kepada kami, Morocco mempunyai lebih 145 empangan yang digunakan untuk menyimpan air minuman dan pengairan. Jika dalam perjalanan menuju ke Chefchaouen tadi kami melihat empangan Barrage Sidi Chahed, kami melihat pula empangan Barrage Chefchaouen sewaktu menuju ke Tangier. 
 
 Barrage Chefchaouen
Spillway di Barrage Chefcahouen
 Polis yang berkawal di tepi empangan
 Empangan Chefchaouen
Pemandangan indah Barrage Chefchaouen
Bas tidak berhenti di sini. Oleh yang demikian, kami hanya menikmati pemandangan indah empangan Barrage Chefchaouen dari dalam bas.

Pergunungan Rif adalah kawasan kediaman tradisi bangsa Berber di Morocco. Mereka juga dikenali sebagai bangsa Amazigh dan merupakan penduduk asal di utara Afrika sebelum kedatangan orang Arab. Bangsa Amzigh terdiri dari beratus-ratus suku dan pada masa dahulu mengamalkan cara hidup nomad. Mereka bukan sahaja memiliki bahasa tersendiri bahkan tulisan tersendiri yang kepada orang luar seperti kita kelihatan seperti tulisan Greek.

Orang Berber mengadaptasi budaya Arab selepas memeluk agama Islam. Hasilnya agak sukar untuk melihat perbezaan di antara orang Arab dengan orang Berber di Morocco sekarang. Walau bagaimanapun ini tidaklah bermakna orang Berber melupakan terus budaya mereka. Antara ciri budaya yang masih kekal sekarang termasuklah warna dan corak pada pakaian dan hasil kraftangan mereka.

Sungai Oued Majjo
Bangsa Berber terkenal sebagai bangsa yang kasar dan ganas. Malah perkataan Barbaric yang digunakan dalam Bahasa Inggeris sekarang sebenarnya merujuk kepada sikap orang Berber mengikut kaca mata mereka.

 Kawasan pergunungan yang pada asalnya dulu didiami oleh bangsa Berber
Melalui kawasan penduduk Berber
 Bandar Zinat
Satu lagi pemandangan di bandar Zinat
Zinat
Padang ragut
Lurah dan lembah
Keindahan bumi Morocco
Laluan menuju ke ladang
 Bandar kecil yang dilalui dalam perjalanan ke Tangier
Morocco memang mempunyai banyak empangan. Kami melalui sebuah lagi empangan yang dinamakan Ibnu Battuta Dam sebelum tiba di Tangier. Empangan ini membekalkan air untuk kegunaan kota Tangier.

Ibnu Battuta Dam
Pemandangan indah Ibnu Battuta Dam
Maha Besar Allah SWT yang menjadikan bumi kediaman kita. Memang Morocco merupakan sebuah negara yang indah. Namun disebabkan kedudukannya yang sangat jauh dari Malaysia di bumi Afrika, tidak ramai rakyat Malaysia yang berpeluang sampai ke sini. Bila dah jauh begitu, kosnya juga memang mahal kalau nak berziarah ke sini. Syukur Ya Allah, kerana Engkau Maha Memberi Rezeki kepada Myself dan Husband sehingga membolehkan kami sampai di sini.

 Masih pemandangan Empangan Ibnu Battuta
Meninggalkan Empangan Ibnu Battuta
Perjalanan diteruskan lagi menuju ke Tangier. Pemandangan indah bumi Morocco dipandang dengan sepuas hati kerana kami akan meninggalkan negara ini pada esok hari untuk menuju ke Spain.

 Pemandangan bandar Tetouan di kejauhan
Sebahagian bandar Tetouan turut kami lalui dalam perjalanan menuju ke Tangier. Nama bandar ini sering kami dengar dalam penerangan mengenai sejarah bandar Fes dan Chefchaouen.

Tetouan
 Pemandangan sebahagian bandar Tetouan
Tetouan sebenarnya terletak di pinggir laut tetapi kami tidak melalui jalan di tepi laut di sini
Sungai Wadi Martil yang membelah bandar Tetouan
Meninggalkan bandar Tetouan
Kami terus melalui kawasan pertanian lagi sehingga sampai ke pinggir bandar Tangier.

Semakin jauh meninggalkan Tetouan
 Lebuhraya
Polis yang mengawal trafik
 Kembali melalui kawasan pertanian
Tanah ladang
Indah dan damai
Jualan barangan tembikar di tepi jalan
Kincir angin
Pandangan kincir angin dengan lebih dekat
 Betapa indahnya bumi Morocco


 Bersambung ke Bahagian 19...


CATATAN PERJALANAN (MOROCCO, SPAIN & PORTUGAL 2024):

No comments: