Tuesday 20 August 2024

2024 ANDALUSIA BHG. 47 (Madrid of Austrias)

Mei 2024

NORTHERN AFRICA & SOUTHERN EUROPE
Morocco, Spain & Portugal
[SPAIN: Madrid]

Bahagian 47: Spain
MADRID
(Madrid of Austrias: Plaza de Isabel II, Calle del Arenal, Puerta del Sol & Plaza Mayor)

HARI KESEPULUH (4)

Part 134: Plaza de Isabel II

Kami seterusnya dibawa melawat ke bahagian Historic Centre of Madrid yang dikenali sebagai Madrid of Austrias (El Madrid de los Austrias). Ia dinamakan sedemikian kerana ia dibina di zaman pemerintahan Dinasti Habsburg (1516–1700) dari Austria. Uiiishh, memang tak sangka Dinasti Habsburg yang kita pelajari sewaktu melawat ke Eastern Europe dulu itu berkuasa sampai ke Spain!

Bendera Spain
Tempat pertama yang kami lawati di Madrid of Austrias ini adalah Plaza Isabel II yang juga dikenali sebagai Plaza de Ópera. Jangan confuse Queen Isabel II yang dinamakan pada plaza ini dengan Queen Isabella yang melancarkan gerakan Reconquista yang mengusir orang Islam dan Yahudi dari Spain dulu sebab mereka bukan orang yang sama. Queen Isabel II yang dinamakan pada plaza ini adalah satu-satunya wanita yang menaiki takhta sebagai raja selepas penyatuan seluruh Spain (Unified Spain). 

Cafeteria terbuka di Plaza Isabel II.
Kedai-kedai di Plaza Isabel II
Basikal untuk disewa
Pemandangan menuju ke Plaza Isabel II
Plaza Isabel II yang dihiasi dengan patung Queen Isabel II
Pandangan patung Queen Isabel II dari hadapan dengan berlatar belakangkan Madrid Opera House
Pandangan dekat patung Queen Isabel II
Madrid Opera House
Pintu masuk ke Stesen Metro Opera di Plaza Isabel II

Part 135: Calle del Arenal

Calle del Arenal (disebut: Kai-yay del Arenal) adalah sebuah pedestrian street yang mengunjur dari Plaza Isabel II sehingga ke Plaza del Sol di Madrid. Jalan yang dipenuhi dengan kedai, restoran dan hotel-hotel kecil ini sangat popular dengan pelancong.

Calle del Arenal
Simbol bandaraya Madrid
Sebuah kedai souvenir yang terdapat di Calle del Arenal
From Madrid With Love
Nama Arena yang digunakan pada jalan ini bermaksud pasir. Ini adalah kerana pada zaman pemerintahan Muslim di Madrid dulu, kawasan ini dipenuhi dengan beting-beting pasir dari anak sungai yang mengalir di sini. Ia adalah juga kawasan penduduk Kristian yang kaya pada masa itu.

Suasana di Calle del Arenal
Patung-patung yang menghiasi bangunan di Calle del Arenal
 Pelawat-pelawat ke Calle del Arenal
Persimpangan Calle del Arenal dengan Calle de Los Donados
Gambaran beting-beting pasir yang memenuhi Calle del Arenal pada masa dahulu
Satu lagi suasana di Calle del Arenal
Jamón bermaksud Daging Kaki Babi
Tapas adalah makanan ringan popular di Spain yang terdiri dari roti bersama kepingan-kepingan kecil daging, makanan laut dan juga sayur-sayuran.
Husband berjalan di Calle del Arenal
Church of San Ginés
Di Calle del Arenal ini juga kita akan bertemu dengan sebuah gereja lama yang dinamakan Church of San Ginés. Ia dibina untuk menghormati St. Genesius of Arles, the patron saint of notaries and secretaries. Menurut ceritanya St. Genesius of Arles bekerja sebagai seorang kerani undang-undang semasa hayatnya. Pada tahun 303 Masehi, beliau telah membantah sewaktu dipaksa membaca keputusan undang-undang mengenai pengusiran orang Kristian lalu melarikan diri. Namun demikian, St. Genesius berjaya ditangkap dan dihukum bunuh.

Sebuah lagi kedai souvenir di Calle del Arenal
Sebuah lagi suasana di Calle del Arenal
Kedai Cannabis di sebelah kafe Starbucks
Real Madrid Official Store
Berjalan-jalan di Calle del Arenal
Menuju ke Puerta del Sol
Tiba di Puerta del Sol

Part 136: Puerta del Sol

Puerta del Sol bermaksud Gate of the Sun. Pada kurun ke-16 Masehi, kota Madrid dikunjungi oleh ramai rakyat Spanish yang miskin dan kelaparan. Mereka masuk ke kota melalui kawasan ini. Untuk menghalang kemasukan mereka, sebuah tembok telah dibina dengan lukisan matahari dilukis pada pintunya. Kerana itulah nama Puerta del Sol diberi kepada kawasan ini.

Pintu masuk ke Stesen Metro di Puerta del Sol
Polis yang berkawal di Puerta del Sol
Puerta del Sol
Puerta del Sol adalah tempat tumpuan pelancong dan penduduk tempatan di Madrid. Di sini juga ada ramai street artists yang mengambil kesempatan membuat persembahan untuk mengutip derma. Seperti juga di mana-mana tempat tumpuan pelancong yang lain di Spain, kita dinasihatkan supaya berhati-hati kerana kawasan ini adalah tumpuan bagi penyeluk saku.

Di sebalik itu semua, Puerta del Sol memang sebuah kawasan yang happening. Ada pepatah orang Madrid yang berkata, "If the Earth revolves around the sun, Madrid revolves around Sol!"

Suasana di Puerta del Sol
Bangunan Real Casa de Correos (Royal House of the Post Office) yang kini menempatkan pejabat Presidency of the Region of Madrid.
Patung Mariblanca di Puerta del Sol
Pandangan lebih dekat patung Mariblanca
Patung King Carlos III di Puerta del Sol
Perkataan Tio Pepe yang tertulis di atas bangunan di sana adalah jenama arak tempatan yang terkenal di Spain. Ia bermaksud Uncle Pepe.
Madrid, Madrid, Madrid...
Bangunan Real Casa de Correos adalah bangunan yang terkenal di Puerta del Sol. Di depan bangunan ini ada sebuah penanda yang dinamakan sebagai Kilometer Cero di mana jarak ke seluruh Spain diukur bermula dari sini. Jam pada bangunan Real Casa de Correos juga dianggap sebagai penanda waktu rasmi bagi seluruh Spain.

Bangunan Real Casa de Correos di Puerta del Sol
Patung King Carlos II di depan bangunan Real Casa de Correos
Satu lagi pandangan patung King Carlos II 
Pandangan dari depan patung King Carlos III
Satu acara tradisi di Puerta del Sol di Madrid ini pada setiap tahun ialah sambutan tahun baru. Menjadi kelaziman bagi penduduk-penduduk Madrid untuk berkumpul di Puerta del Sol menjelang awal pagi tahun baru sambil membawa 12 biji anggur. Anggur ini akan dimakan setiap biji pada setiap dentingan jam Real Casa de Correos yang menandakan pukul 12 malam.

Husband bergambar di Puerta del Sol
Kita pun nak bergambar juga di Puerta del Sol
Pengunjung yang semakin ramai ke Puerta del Sol
Padat !!
Di penjuru Puerta del Sol ini juga ada patung seekor beruang sedang memanjat sebatang pokok strawberry. Patung yang dinamakan Oso y Madroño (disebut: Oso E Madro-nyo) ini adalah simbol bagi kota Madrid.
 
Patung Oso y Madroño yang menjadi lambang kota Madrid
Satu yang kami miss sewaktu berada di Puerta di Sol ini ialah penanda Zero Kilometer yang berada di depan bangunan Real Casa de Correos. Penanda Zero Kilometer ini yang dinamakan Cero Kilometer dalam Bahasa Spanish menandakan titik rujukan bagi pengukuran jarak ke seluruh Spain. Kita gunakan sajalah gambar yang dijumpa di internet untuk menunjukkan Cero Kilometer ini.

Titik Cero Kilometer di depan Real Casa de Correos yang digunakan sebagai titik rujukan pengiraan jarak ke seluruh Spain.

Part 137: Plaza Mayor

Memandangkan Myself dan Husband tidak sibuk-sibuk nak shopping macam orang lain sewaktu berada di sini, Zarina mencadangkan supaya kami melawat ke Plaza Mayor yang berhampiran. Dengan panduan arah yang diberi oleh Zarina, kami berdua berjalan menuju ke sana.

Berjalan menuju ke Plaza Mayor
Adoii, curam juga bukit yang perlu didaki nak ke Plaza Mayor ini.
Persimpangan
Papan tanda nama jalan turut dihiasi dengan lukisan sejarah jalan tersebut
Kedai pakaian Flamenco
Kami akan menonton pertunjukan tarian Flamenco ini pada malam nanti
Pada mulanya kami tersilap arah sehingga sampai ke Plaza de Santa Cruz. Kawasan ini juga dikenali sebagai Lavapies yang bermaksud foot-washing. Ia dinamakan sedemikian kerana satu masa dahulu, kawasan ini dihuni oleh penduduk Yahudi yang menggunakan fountain di sini bagi tujuan pembersihan keagamaan.

Plaza de Santa Cruz
Sebuah bangunan yang mendominasi Plaza de Santa Cruz adalah Palacio de Santa Cruz (Santa Cruz Palace) yang digunakan sebagai kediaman raja dari Dinasti Habsburg dahulu. Ia kini digunakan sebagai pejabat kerajaan Ministry of Foreign Affairs.

Palacio de Santa Cruz yang kini digunakan sebagai pejabat Kementerian Luar Negara Spain
Palacio de Santa Cruz
Pemandangan di sekitar Plaza de Santa Cruz
Palacio de Santa Cruz ini juga mempunyai sejarah hitam kerana di sinilah 'pesalah-pesalah' Muslim dan Yahudi dikumpulkan untuk menerima hukuman sewaktu Spanish Inquisition di bawah King Felipe IV. 

Lavapies Fountain di Plaza de Santa Cruz
Pandangan lebih dekat Lavapies Fountain di Plaza de Santa Cruz
Menyusuri bangunan di tepi Plaza de Santa Cruz untuk menuju ke Plaza Mayor
Dengan bantuan arah yang ditunjukkan oleh seorang penduduk tempatan, kami akhirnya tiba di Plaza Mayor. Pada zaman dahulu, ia adalah sebuah pasar yang penting di luar tembok kota Madrid. Pada tahun 1560, King Felipe II menitahkan supaya arkitek yang membina istananya yang bernama Escorial mengubah pasar ini menjadi sebuah dataran seperti yang dilihat sekarang.

Plaza Mayor
Selepas diubah menjadi sebuah dataran, fungsi Plaza Mayor turut bertukar dari sebuah pasar perniagaan manjadi sebuah tempat perhimpunan. Di sinilah pelbagai pesta, pertabalan diraja dan pelaksanaan hukuman diadakan. Dataran yang mampu memuatkan 50,000 pengunjung ini masih digunakan sebagai venue perayaan awam sehingga ke hari ini.

Dataran Plaza Mayor ketika ini kelihatan sedang dipersiapkan untuk sebuah konsert persembahan
Suasana di Plaza Mayor
Pizza Hut di tepi Plaza Mayor
Pemandangan bangunan di sekitar Plaza Mayor
Bangunan di sekeliling Plaza Mayor dipasang dengan balkoni. Malah terdapat 237 buah balkoni yang dipasang pada bangunan sekitar Plaza Mayor. Balkoni ini dipasang oleh Dinasti Habsburg untuk dijual dan disewa kepada sesiapa yang berkehendak kerana ia memberikan pandangan yang menarik bagi pesta dan peristiwa yang sedang berlangsung di Plaza Mayor. Malah turut dikatakan pelaksanaan hukuman di bawah Spanish Inquisition yang dinamakan Autos de  turut disaksikan dari balkoni ini.

Balkoni pada bangunan di sekeliling Plaza Mayor
Bangunan di sekeliling Plaza Mayor
Mengambil gambar bangunan di sekeliling Plaza Mayor
Salah sebuah bangunan yang menarik di Plaza Mayor adalah Casa de la Panaderia (House of the Bakery). Ia dinamakan sedemikian kerana pada masa dahulu ada sebuah bakeri yang dikhususkan untuk penduduk miskin di sini. Bangunan ini kini menempatkan Madrid Central Tourism Office.

Casa de la Panaderia (House of the Bakery) di Plaza Mayor
Patung King Felipe III di Plaza Mayor
Pandangan lebih dekat patung King Felipe III
King Felipe III


Bersambung ke Bahagian 48...


CATATAN PERJALANAN (MOROCCO, SPAIN & PORTUGAL 2024):

No comments: