Sunday, 7 July 2024

2024 ANDALUSIA BHG. 25 (Alhambra: Palace of the Lions)

Mei 2024

NORTHERN AFRICA & SOUTHERN EUROPE
Morocco, Spain & Portugal
[SPAIN: Tarifa, Granada, Cordoba & Seville]

Bahagian 25: Spain
GRANADA
(Alhambra - Nasrid Palace : Palace of the Lions)

HARI KEENAM (6)

Part 69: Palace of The Lions (Palacio de Los Leones) 
@ Nasrid Palace, Alhambra

Palace of the Lions (Palacio de Los Leones) yang dibina oleh Khalifah Mohammed V (1362 - 1391) adalah bahagian dari Nasrid Palace yang paling mengkagumkan. Seperti juga di Court of Myrtles di Comares Palace, Palace of the Lions dibina mengelilingi Court of the Lions.

Palace of the Lions

COURT OF THE LIONS
(PATIO DE LOS LEONES)

Court of the Lions dikelilingi oleh 124 batang tiang. Empat aliran air di Court of The Lions ini memberi gambaran syurga yang mengalir air di dalamnya. Selain itu ia turut dihiasi dengan pancutan air dari mulut patung 12 ekor singa.

Court of the Lions
Court of the Lions dikelilingi oleh 124 buah tiang
Suasana di Court of the Lions ini hening dan damai
 Patio de los Leones
Korridor di sekeliling Court of Lions
Ukiran yang menghiasi korridor
Perhiasan siling di korridor
Sistem saliran air ke dalam Court of the Lions
Aliran air ini memberikan gambaran syurga yang mengalir air di dalamnya
Walaupun terdapat ukiran singa pada pancutan air ini, ia dibina tidak menyerupai singa yang betul. Cuma bentuk seperti singa sahaja kerana Islam melarang ukiran benda yang bernyawa.
 
Patung 12 ekor singa di Court of the Lions
Pengunjung-pengunjung ke Court of the Lions
Patung singa di Court of the Lions cuma boleh didekati dari satu arah sahaja
12 ekor singa yang setiap satunya diukir berbeza antara satu sama lain.
Bergambar dengan singa
Court of the Lions dengan berlatar belakangkan Palace of the Lions
 Pemandangan singa dan istana
Palace of the Lions

 HALL OF ABENCERRAJES 
(SALA DE ABENCERRAJES)

Hall of Abencerrajes adalah Bilik Tidur Khalifah. Nama ruang ini dalam Bahasa Sepanyol Abencerrajes adalah sebenarnya Banu Sarraj dalam Bahasa Arab. Ini adalah kerana terdapat kisah mengenai Banu Sarraj yang berkaitan dengannya.

Pintu masuk ke Hall of Abencerrajes
Suasana di dalam Hall of Abencerrajes
Siling yang menghias ruang tidur Khalifah
 Satu lagi perhiasan siling di Hall of Abencerrajes
 Perhiasan di dinding
Bahan-bahan hiasan yang digunakan di Hall of Abencerrajes
 Mendengar penerangan dari Bilal
Hall of Abencerrajes terkenal dengan perhiasan siling berbentuk bintang dan honeycomb. Bila dipandang dari bawah, ia memberi gambaran seolah-olah kita sedang berdiri di dalam gua dengan ukiran-ukiran di sekelilingnya yang seakan stalactite.

Perhiasan siling yang terkenal di Hall of Abencerrajes
Binaannya memang mengkagumkan
Melihat keindahan siling Hall of Abencerrajes
Tulisan Arab di sekeliling hiasan siling ini berbunyi: "Tidak ada pertolongan selain pertolongan dari Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang”.
Hiasan yang bagaikan stalaktit di gua
Ada hiasan sebuah kolam pancutan air berbentuk segi 12 yang dipasang di tengah-tengah Hall of Abencerrajes. Air dari sini disalirkan ke pancutan air di Court of the Lions.

Kolam berbentuk segi 12 di Hall of Abencerrajes
Kolam pancutan air di Hall of Abencerrajes terkenal dengan lagenda pembunuhan keluarga Abencerrajes yang merupakan sebuah keluarga bangsawan di Granada ketika itu. Kemasyhuran keluarga Abencerrajes menimbulkan rasa cemburu keluarga bangsawan lain. Mereka menabur fitnah kononnya gundik favourite Khalifah mempunyai hubungan sulit dengan seorang ketua keluarga Abencerrajes.

Fitnah ini menimbulkan kemarahan Khalifah. Beliau menjemput seramai 36 orang keluarga Abencerrajes ke satu majlis makan di bilik ini lalu membunuh mereka. Setiap anggota keluarga Abencerrajes yang masuk dipancung dan kepala mereka dibuang ke dalam kolam bersegi 12 ini untuk memastikan mereka tidak dapat memberi amaran kepada anggota yang lain. Kesan merah pada lantai kolam pancutan air ini dikatakan berasal dari darah keluarga Abencerrajes yang dibunuh.

Kesan merah di dasar kolam dikatakan berasal dari keluarga Abencerrajes yang dibunuh oleh Khalifah Abu Hassan dahulu
Bilal bercerita tentang Hall of Abencerrajes
Perhiasan gerbang Hall of Abencerrajes
Perhiasan pada siling dan gerbang
 Jubin yang dipasang pada dinding dan lantai Hall of Abencerrajes
Kenangan di Hall of Abencerrajes
Pemandangan Court of the Lions dari depan Hall of Abencerrajes
Pelawat-pelawat ke Court of the Lions

HALL OF THE TWO SISTERS
(SALA DE LAS DOS HERMANAS)

Selepas melawat Hall of Abencerrajes, kita keluar kembali ke korridor di tepi Court of the Lions. Korridor dengan pemandangan menarik ini (dan juga korridor di tepi Court of the Myrtles di Comares Palace) dikhususkan untuk kegunaan Khalifah dan keluarganya pada masa dahulu. Rakyat biasa termasuk pekerja istana tidak dibenarkan menggunakan korridor ini. Mereka hanya boleh menggunakan passageway yang tersembunyi dari pandangan untuk ke mana-mana kawasan di istana.

Keluar dari Hall of Abencerrajes
Korridor di tepi Court of the Lions
Bergambar di luar Hall of Abencerrajes
Ukiran indah di Alhambra yang disinari cahaya mentari petang
Berjalan di korridor yang pada masa dahulu dikhaskan untuk kegunaan Khalifah dan keluarganya.
Pemandangan Court of the Lions dari tepi korridor
Menuju ke Hall of Two Sisters yang terletak di seberang sana
Bahagian Alhambra yang dikekalkan di sebalik kaca ini menunjukkan keadaan sebenar sebelum pemuliharaan oleh UNESCO
Hall of Two Sisters dinamakan sedemikian kerana lantai di pintu masuknya terbelah dua oleh sebuah saliran air dari sebuah kolam di tengah-tengah lantai. Belahan lantai yang berkembar inilah yang sebenarnya dirujuk sebagai Two Sisters.

Lantai yang terbelah dua di pintu masuk ke Hall of Two Sisters
Perhiasan di dinding Hall of Two Sisters
Tarikan sebenar kepada pengunjung ke Hall of Two Sisters adalah perhiasan silingnya yang dinamakan muqarnas dalam Bahasa Arab atau mocarabes dalam Bahasa Spanish.

Muqarnas
Muqarnas dibina dengan cara menampal-nampal kepingan plaster sehingga membentuk siling yang meruncing ke atas. Bentuk meruncing ke atas ini menggambarkan arah menuju ke syurga.

Muqarnas juga dikenali sebagai mocarrabes dalam Bahasa Spanish
 Perhiasan di sekeliling muqarnas yang mengkagumkan
Bentuk muqarnas yang meruncing ke atas menggambarkan arah menuju ke syurga
Seni bina Moor atau orang Arab di utara Afrika, dikekalkan sepenuhnya di Alhambra. Ia menjadikan Alhambra kaya dengan seni bina dan seni ukir halus yang tidak lapuk dek masa. Keindahan seni bina ini bukan saja menggamit hati para pelancong kini tetapi juga Raja-Raja Kristian sendiri sehingga mereka tidak sanggup membuang semua seni geometri yang cantik tersebut selepas berjaya menakluk kembali Tanah Andalus daripada pemerintahan keluarga Arab.

Bahagian siling lain yang dihias dengan ukiran kayu
Hiasan yang kelihatan sangat rumit untuk dibuat
Pandangan dari sudut lain
Ukiran tulisan khat pada dinding
Kerja-kerja pemuliharaan sedang dibuat
Memang kagum melihat keindahan muqarnas di sini
Ukiran dan perhiasan ini pasti mengambil masa yang sangat lama untuk disiapkan
Pemandangan menghala ke luar
Satu lagi siling yang indah di Hall of Two Sisters

HALL OF THE AJIMECES
(SALA DE LOS AJIMECES)

Hall of the Ajimeces terletak berdekatan dengan Hall of the Two Sisters. Bilik ini terkenal kerana ia adalah satu-satunya bilik di Alhambra yang mempunyai perhiasan siling yang dibuat dari stained glass.

Hall of the Ajimeces
Menjenguk siling di Hall of the Ajimeces
Stained Glass
Hall of the Ajimeces mendapat namanya dari dua balkoni kembar yang terdapat di sini. Ajimeces adalah perkataan dalam Bahasa Spanish yang bermaksud balkoni yang mempunyai perhiasan.
 
Ajimeces
Court of Lindaraja  (disebut: Court of Lindaraha) adalah taman cantik yang diperhatikan dari Hall of the Ajicemes. Ia juga dikenali sebagai Garden of Daraxa (Jardines de Daraxa). Perkataan Lindaraja berasal dari perkataan dalam Bahasa Arab 'Ayn Dar 'Aisha yang bermaksud Eye of the House of Aisha.

Court of Lindaraja
 Marble Fountain di tengah Court of Lindaraja ini asalnya ditempatkan di Court of the Golden Room (Patio del Cuarto Dorado) di Comares Palace
Dari sini juga kita boleh memerhati pemandangan bumbung Comares Bath (Baño de Comares) yang merupakan tempat Pemandian Diraja atau Hamam. Pemandian Diraja ini juga terus digunakan oleh Catholic Monarchs selepas mereka mengambilalih Alhambra dari Kerajaan Islam.

 Pemandangan bumbung Comares Bath (Baño de Comares)

EMPEROR'S ROOMS
(HABITACIONES DEL EMPERADOR)

Emperor's Room pada asalnya dibina sebagai tempat kediaman King Charles V dan isterinya pada tahun 1526-1532. Bilik ini jugalah yang menjadi kediaman diplomat Amerika ke Spain yang bernama Washington Irving pada masa dahulu. Di sinilah dia dikatakan telah menulis novel Tales of Alhambra yang menyebabkan Alhambra menjadi terkenal ke seluruh dunia.

Emperor's Room yang menjadi kediaman diplomat Amerika Washington Irving
Di bilik inilah Washington Irving menulis novel Tales of Alhambra yang menjadikan Alhambra terkenal di seluruh dunia
Plak peringatan untuk Washington Irving
Balkoni di luar Emperor's Room
Balkoni di luar Emperor's Room ini terkenal kerana dari sini kita dapat melihat pemandangan indah daerah Albaicin yang merupakan kota lama Granada.

 Balkoni di luar Emperor's Room
Pemandangan dari balkoni
Pemandangan daerah Albaicin di  Granada yang diperhatikan dari balkoni
 Sebahagian tembok kota lama Granada juga dapat dilihat dari sini
Gereja San Nicolas diperhatikan dari Alhambra
Suatu masa dahulu kawasan ini damai didiami bersama oleh orang Islam, Kristian dan Yahudi di bawah pemerintahan Kerajaan Islam Granada
Sebuah bangunan di daerah Albaicin
Gereja San Nicolas lagi
Bayangkan betapa bangga pemerintah Granada pada ketika dulu menyaksikan kedamaian Granada di bawah pemerintahannya.
 Bangunan lama Granada yang telah diubahsuai menjadi hotel
Banyak kelihatan rumah di Granada yang menerapkan rekabentuk Riad yang mempunyai inner courtyard untuk melindungi privacy penghuni
Dinding Istana Alhambra yang diperhatikan dari balkoni
Macam ada penggambaran filem sedang dibuat di sana
Bilal sedang memberi penerangan tentang kota lama Granada
Menikmati keindahan petang Granada
Courtyard kecil di bahagian dalam yang diperhatikan dari balkoni
Kami sebenarnya tiba lewat di Alhambra, kira-kira pada pukul 6.30 petang. Alhambra pula ditutup pada pukul 8 malam dalam bulan Mei seperti di ketika itu. Bila dah dekat-dekat pukul 8 malam, semua pengunjung diminta meninggalkan Nasrid Palace termasuklah kami. Bersyukur kerana Bilal dah selesai menunjukkan kepada kami semua tempat utama yang perlu dilawati ketika itu.

Oleh yang demikian, kami turun ke bawah dari balkoni di Emperor's Room menuju ke Court of Lindaraja yang kami lihat tadi.
 
Turun dari balkoni di Emperor's Room
Pemandangan menghala ke balkoni dari bawah
Balkoni di mana kami menikmati pemandangan kota Granada tadi
Fountain


 Bersambung ke Bahagian 26...


CATATAN PERJALANAN (MOROCCO, SPAIN & PORTUGAL 2024):

No comments: