Monday, 15 July 2024

2024 ANDALUSIA BHG. 29 (Mezquita-Catedral : Courtyard)

Mei 2024

NORTHERN AFRICA & SOUTHERN EUROPE
Morocco, Spain & Portugal
[SPAIN: Tarifa, Granada, Cordoba & Seville]

Bahagian 29: Spain
CORDOBA
(Mezquita-Catedral de Cordoba: Orange Trees Courtyard)

HARI KETUJUH (3)

Part 81: Mezquita-Catedral de Cordoba

Mezquita-Catedral de Cordoba adalah mercu tanda utama bandar Cordoba. Pernah dikenali sebagai Masjid Agung Cordoba, ia adalah masjid Islam di Cordoba, Sepanyol yang diubah menjadi cathedral Kristian pada abad ke-13.

Mengikut legenda penduduk tempatan, tapak masjid ini pada asalnya merupakan sebuah kuil yang didedikasikan kepada dewa orang Rom Janus (dewa Rom yang bermuka dua). Kuil tersebut dibina oleh orang Rom sekitar abad kedua SM selepas mereka membuka kota Cordoba. 800 tahun selepas itu, Cordoba menjadi jajahan takluk kerajaan Visigoth di bawah raja mereka, Leovigilido. Kuil tersebut dirobohkan dan digantikan pula dengan sebuah basilica Kristian.

Mezquita-Catedral de Cordoba
Beginilah besarnya binaan masjid ini ~ sehingga ke penghujung sana
Papan keterangan mengenai projek restorasi bangunan masjid yang sedang berjalan
Sayup kelihatan ketinggian bangunan masjid ini
Dua abad selepas itu, Sepanyol jatuh ke tangan angkatan perang Bani Umayyah pimpinan Tariq bin Ziyad selepas kerajaan Visigoth berjaya ditewaskan. Susulan itu, Sepanyol menjadi jajahan takluk Bani Umayyah dan milik umat Islam selama lebih 700 tahun di bawah nama Andalusia. Cordoba dijadikan sebagai pusat pemerintahan Bani Umayyah di Andalusia sekaligus menjadi pusat perkembangan ilmu pada Zaman Keemasan Islam.

Semasa angkatan perang Bani Umayyah tiba di Cordoba, mereka tercari-cari tempat untuk mendirikan solat. Sebagai tanda toleransi dan melihat mereka lebih baik daripada pihak Visigoth, penduduk Kristian Cordoba membenarkan sebahagian kawasan gereja mereka digunakan sebagai masjid.

Perkongsian ini diteruskan sehingga 785 Masihi sebelum kawasan gereja tersebut dibeli oleh pengasas kerajaan Bani Umayyah Andalusia, Abdul Rahman al-Dakhil atau Abdul Rahman I. Sebagai tukaran kepada persetujuan membeli tanah gereja berkenaan, baginda bersetuju membenarkan komuniti Kristian Cordoba membina semula gereja-gereja lama termasuk yang didedikasikan kepada saints seperti Faustus dan Marcellus. Setelah itu, barulah proses pembinaan Masjid Agung Cordoba dapat dilaksanakan.

Bergambar di penjuru masjid
Husband bergambar dengan tangga naik ke masjid
Bangunan masjid ini terletak betul-betul di tengah bandar lama Cordoba. Dapat dibayangkan bagaimana makmurnya ia pada masa dahulu dengan dikunjungi Umat Islam Cordoba yang ingin bersolat di dalamnya. Pemandangan bangunan masjid ini juga pasti mengingatkan kita kepada Masjid Nabawi di Madinah kerana senibina masjid inilah yang sebenarnya disalin dan diterap semula kepada bangunan masjid suci tersebut.

Masjid ini pasti mengingatkan kita kepada Masjid Nabawi di Madinah
Senibina masjid inilah yang disalin dan diadaptasi kepada bangunan Masjid Nabawi di Madinah
Bayangkanlah keindahan masjid ini di Zaman Kegemilangan Islam di Cordoba dulu
Masjid ini dulu mempunyai 19 buah pintu masuk. Namun kesemuanya telah ditutup dan dipasangkan dengan dinding. Malah pintu-pintu utama yang masih tinggal juga kini dinamakan dengan nama-nama Kristian.

Gate of the Ancient Conception (Puerta de la Concepcion Antigua)
Hampir kesemua 19 pintu masuk ke masjid ini telah ditutup dan dipasangkan dengan dinding batu
Pembangunan masjid berlangsung selama lebih dari dua abad. Fasa terakhir pembangunan berlaku pada akhir abad ke-10. Pada ketika itu, kerajaan Islam berada di dalam posisi yang paling kuat. Untuk memperkuat kekuatan bangsa Moor di wilayah-wilayah Kristian Sepanyol, Al-Mansur ~ perajurit yang ditakuti ~ memulakan serangan ke utara Sepanyol.

Saat mereka memasuki kota Santiago de Compostela di Wilayah Galicia, Al-Mansur memikirkan cara untuk membuat musuh-musuhnya marah. Pertama, dia menunggang kuda menuju langsung ke katedral kota dan membiarkan kudanya meminum air dari bekas holy water. Selanjutnya, A-Mansur mengambil loceng bangunan tersebut dan membawanya ke Cordoba untuk dileburkan dan dijadikan lampu masjid kota Cordoba. 

Pada tahun 1236, Cordoba ditawan kembali oleh orang-orang Kristian. Raja Ferdinand III segera memerintahkan supaya lampu masjid dibawa kembali ke Santiago de Compostela untuk diubah kembali menjadi loceng. Selanjutnya, raja-raja Kristian yang berikutnya mengubah dan menambahkan beberapa feature ke masjid tersebut tanpa menghancurkannya. Hasilnya, Masjid Cordoba berubah menjadi Masjid-Katedral Cordoba.

Pintu yang kini dinamakan Puerta de San Ildefonso
Keindahan kesenian Islam pada bangunan ini masih sangat terserlah
Kagum kita melihat kehalusan seni ukiran plaster pada pintu ini
Door of the Holy Spirit (Puerta del Espíritu Santo)
Husband bergambar di depan Puerta del Espíritu Santo
Kita pun nak bergambar juga...
Pintu ini juga telah ditutup dan tidak boleh dimasuki
Pintu masuk ke Mezquita-Catedral ini ada di depan sana

Part 82: Orange Trees Courtyard

Salah sebuah pintu masuk pelawat ke Mezquita-Catedral de Cordoba kini adalah melalui sebuah pintu yang dinamakan sebagai Door of Saint Catherine (Puerta de Santa Catalina). Pintu ini dibina sebagai sebahagian dari pembinaan katedral di dalamnya oleh arkitek Hernan Ruiz II. Pintu ini membawa kita ke Orange Trees Courtyard (Patio de los Naranjos) di perkarangan Mezquita-Catedral de Cordoba.

Door of Saint Catherine (Puerta de Santa Catalina)
Pintu ini menuju ke Orange Trees Courtyard
Kolam air di sebelah Pintu Saint Catherine
Jelas sekali yang kolam ini dibina untuk kemudahan Umat Islam berwuduk sebelum masuk ke masjid pada masa dahulu
Pemandangan kolam dengan lebih dekat
Lukisan Kristian di atas Pintu Saint Catherine
Pandangan lukisan dengan lebih dekat
Entry (Entrada)
Waktu melawat ke Mezquita-Catedral de Cordoba
Pemandangan ke arah Orange Trees Courtyard dari Pintu Saint Catherine
Bell Tower (Torre de Alminar)
Orange Trees Courtyard di Mezquita-Catedral de Cordoba dianggap sebagai living garden yang tertua di Eropah memandangkan ia dibina oleh Abdul Rahman I bersama-sama dengan bangunan asal masjid pada tahun 784M. Taman ini pada asalnya ditanam dengan pokok delima, cemara (cypress) dan pokok palma. Kesemua tanaman ini telah diganti dengan 98 pokok buah oren yang ditanam berbaris-baris pada penghujung kurun ke-18 Masehi.

Orange Trees Courtyard
Pokok Oren yang ditanam berbaris-baris di Orange Trees Courtyard
Sistem saliran untuk pokok oren
Ada 98 batang Pokok Oren yang ditanam di sini
Pancutan air kecil di tengah Orange Trees Courtyard
Disebabkan cuaca sangat panas hari ini, ramai yang menumpang berteduh di bawah pokok oren.
Menara Masjid yang telah ditukar menjadi Menara Loceng Gereja
Masjid Agung Cordoba mula dibina sekitar 169 Hijrah (785-786 Masihi) dan siap setahun selepas itu. Pembinaan masjid ini dianggap penting oleh Abdul Rahman I kerana ia dianggap permulaan baru buat Bani Umayyah di Andalusia selepas pemerintahan mereka di Timur Tengah ditamatkan oleh Bani Abbasiyah. Selain itu, pembinaan Masjid Agung Cordoba menjadikan ia sebagai mercu tanda baru kota berkenaan.

Walaupun baginda mangkat pada 788 Masehi, usaha menambahbaik dan memperindah masjid tersebut diteruskan oleh para pemerintah Bani Umayyah selama dua abad berikutnya. Antara ciri-ciri yang ditambah ialah sebuah laman dalam, dusun oren, laluan pejalan kaki bertutup, menara dan pancuran-pancuran air.

Laluan pejalan kaki di sekeliling Orange Trees Courtyard
Bergambar dulu di sini. Kayu-kayu ukiran lama yang pernah digunakan dalam pembinaan masjid dahulu dipamerkan di laluan pejalan kaki ini.
Di laluan pejalan kaki ini juga kita dapat melihat model perarakan perayaan Holy Week (Spanish: Semana Santa). Perayaan ini masih diadakan setiap tahun di Andalusia untuk meraikan kebangkitan Jesus Christ selepas disalib.

Model perayaan Holy Week (Semana Santa) yang diraikan di Cordoba
Sesuatu yang menarik dalam perayaan ini ialah penganut-penganut Katholik yang menyertai perarakan Holy Week ini akan mengenakan jubah panjang beserta tutup kepala runcing yang turut menutupi seluruh muka.

Pakaian jubah dengan tutup kepala runcing yang dipakai dalam perarakan Holy Week
Patung Jesus Christ yang diarak dalam perarakan Holy Week
Pakaian ini sebenarnya mempunyai perkaitan dengan sejarah Spanish Inquisition yang pernah Myself ceritakan sebelum ini. Sepanjang tempoh Spanish Inquisition, penduduk Andalusia yang beragama Islam dan Yahudi yang berpura-pura memeluk agama Kristian akan ditangkap dan disiksa oleh tentera King Ferdinand dan Queen Isabella. Mereka dipaksa untuk menyertai perarakan Holy Week sebagai cara untuk 'bertaubat' dan kembali ke ajaran Kristian Roman Katholik yang sebenar. Mereka juga dipaksa untuk memakai jubah bertutup kepala runcing ini sebagai satu lambang penghinaan.

Pakaian ini masih dipakai oleh penganut Roman Katholik di Spain dalam perarakan Holy Week sekarang. Namun kini pemakaian pakaian ini adalah simbol kepada orang yang ingin bertaubat dari dosa dan bukan penghinaan kepada orang lain.

Suasana perayaan Holy Week (Semana Santa) yang diraikan setiap tahun di Spain sekarang. [Gambar dari internet]
Sebagai orang Islam, memang sedih melihat perarakan sebegini masuk ke dalam masjid, tempat di mana kita yang sepatutnya beribadah di sana
Salah sebuah binaan yang menarik perhatian di Mezquita-Catedral ini ialah menara locengnya yang terletak di Orange Tree Courtyard. Menara ini dinamakan Minaret Tower (Torre del Alminar). Pada asalnya ia adalah menara masjid tempat Bilal melaungkan azan. Bila masjid ini dikuasai oleh orang Kristian, binaan tambahan dibuat di atasnya untuk meletakkan loceng gereja. Menara asal ini walau bagaimanapun telah runtuh dalam kejadian Great Lisbon Earthquake 1755 yang kesannya turut dirasai di Cordoba dan telah dibina semula.

Menara loceng Mezquita-Catedral de Cordoba
Menara ini kini dikenali sebagai Minaret Tower (Torre del Alminar)
Pintu di sebelah menara ini dinamakan Door of Forgiveness (Puerta del Perdón) yang merupakan sebuah lagi pintu masuk untuk pelawat ke Mezquita-Catedral
Minaret Tower (Torre del Alminar)
Binaan tambahan telah dibina atas menara masjid yang asal untuk menempatkan loceng gereja
Orange Trees Courtyard pada asalnya dibina sebagai ruang untuk Umat Islam yang datang ke masjid bersantai dan berwuduk. Kolam air wuduk masih dapat dilihat di tengah-tengah Courtyard. Ia walau bagaimanapun kini telah dinamakan sebagai Fountain of Santa Maria.

Kolam Wuduk di tengah-tengah Orange Trees Courtyard
Kolam Wuduk ini kini dinamakan sebagai Fountain of Santa Maria
Berdekatan dengan Kolam Wuduk ini adalah pintu yang dinamakan Door of the Palms yang merupakan pintu masuk rasmi ke Mezquita-Catedral. Ia pada asalnya dibina pada tahun 958M oleh Abdul Rahman II.

Bila Masjid ditukar menjadi Gereja, Door of the Palms ini dinamakan sebagai Arch of the Blessings kerana di depan pintu inilah Bendera Diraja (Royal Banner) diberi berkat (blessing) oleh Paderi dalam upacara pertabalan Raja Kristian.

Door of the Palms (Puerta de las Palmas)
Pokok Palma yang ditanam berhampiran Door of the Palms
Door of the Palms yang terletak bertentangan dengan Minaret Tower adalah pintu masuk rasmi ke bangunan Mezquita-Catedral
Door of the Palms juga dinamakan Arch of the Blessings kerana di sinilah upacara keberkatan Royal Banner dibuat sewaktu pertabalan Raja Kristian.
Pemandangan lebih dekat Door of the Palms
Ukiran patung di atas Door of the Palms
Pemandangan menghala ke pintu masuk pelawat ke dalam bangunan Mezquita-Catedral
Pemandangan menghala ke Door of Saint Catherine dari depan Door of the Palms.
Pemandangan menghala ke Minaret Tower di seberang Door of the Palms
Perarakan keagamaan Kristian seperti Semana Santa akan masuk ke Mezquita-Catedral ini menerusi Door of Forgiveness di depan sana
Bergambar di Orange Trees Courtyard menghala ke Door of Saint Catherine
Bergambar menghala ke Door of the Palms dan pintu masuk pelawat ke dalam bangunan Mezquita-Catedral pulak.
Dekat-dekat pukul 4.30 petang, kami bertemu dengan Local Guide bernama Antonio yang akan membawa kami masuk melawat ke dalam Mezquita-Catedral. Tempat pertemuan yang ditetapkan adalah di hadapan sebuah restoran di luar Door of Forgiveness. Seperti lawatan ke Alhambra dulu, kami juga diberikan alat audio untuk mendengar penerangan yang akan diberi oleh Antonio sepanjang lawatan.

Antonio sedang mengedarkan peralatan audio
Selepas semua dah bersedia, Antonio membawa kami masuk ke Orange Trees Courtyard. Aduhh, ramai sungguh orang yang sedang beratur menunggu giliran untuk masuk ke dalam bangunan Mezquita-Catedral ini!

Beratur menunggu giliran untuk masuk ke Mezquita-Catedral
Sambil menunggu giliran dalam barisan, Antonio memberi penerangan tentang sejarah Mezquita-Catedral
Antonio memberi penerangan tentang Door of the Palms

 
 Bersambung ke Bahagian 30...


CATATAN PERJALANAN (MOROCCO, SPAIN & PORTUGAL 2024):

No comments: