Tuesday, 25 June 2024

2024 ANDALUSIA BHG. 19 (Tangier City)

Mei 2024

NORTHERN AFRICA & SOUTHERN EUROPE
Morocco, Spain & Portugal
[MOROCCO: Casablanca, Marrakech, Rabat, Fes, Chefchaouen & Tangier]

Bahagian 19: Morocco
TANGIER
(Tangier City)

HARI KELIMA (4)

Part 50: Tiba Di Tangier

Kami tiba di Tangier (disebut: Tanjah dalam Bahasa Arab) pada pukul 7.40 malam. Disebabkan kedudukannya yang terletak di pertemuan Laut Atlantik dan Laut Mediterranean, ia menjadi pelabuhan terpenting di Morocco. 

Tiba di Tangier
Suasana di Tangier
Bangunan Coliseum yang sedang dalam pembinaan di Tangier
 Pandangan lebih dekat bangunan Coliseum yang sedang dalam pembinaan
Di samping menjadi pelabuhan terbesar di Morocco, Tangier adalah juga pelabuhan yang kedua terbesar di benua Afrika, selepas Cape Town di Afrika Selatan. Kota ini juga berkembang dengan sangat pesat, malah ada pendapat yang mengatakan ia akan menggantikan Casablanca sebagai bandar terbesar di Morocco tidak lama lagi.

Mentari sedang mula terbenam sewaktu kami tiba di Tangier
Bangunan-bangunan moden yang cantik di Tangier
Pemandangan yang persis bagaikan sebuah bandar di Eropah
Tangier juga adalah sebuah kota yang berbukit
Penunjuk arah
 Seperti juga bandar-bandar lain di Morocco, Tangier mempunyai banyak bulatan di tengah bandar
Walaupun Tangier adalah persinggahan terakhir kami di Morocco, Myself dan Husband tetap excited kerana kami akan memulakan pengembaraan di negara baru esok. Kami akan menaiki feri meninggalkan Morocco di benua Afrika menuju ke Spain yang terletak di benua Eropah.

Semua ahli rombongan juga merasa excited kerana kami diberitahu dinner malam ini adalah di sebuah Chinese Restaurant. Maklum sajalah, bila dah terlalu banyak makan makanan Arab Morocco setiap hari, rindu juga nak makan makanan Asia.

Pizza Hut
Kedai-kedai di tepi pelabuhan
Restoran dinner kami ~ Anji Chinese Restaurant
Sewaktu melalui pelabuhan, Mohsein menunjukkan kepada kami tanah Spain yang kelihatan di seberang Laut Mediterranean. Tangier di Morocco dan Tarifa di Spain hanya dipisahkan oleh Selat Gibraltar yang selebar 14 km. Kerana itulah bumi Spain dapat dilihat dari pelabuhan Tangier.

Pelabuhan Tangier
Ramai pengunjung yang mengambil kesempatan bersiar-siar di tepi pelabuhan ketika itu
Taman awam di tepi pelabuhan
Banyak kapal yang sedang berlabuh
Tanah yang kelihatan di seberang sana adalah negara Spain
 Kawasan pelabuhan
Kami diberitahu ada 2 pelabuhan di Tangier yang digunakan oleh perkhidmatan feri ulang-alik di antara Morocco dan Spain: Tangier Med dan Tangier Ville. Pelabuhan Tangier Med menawarkan perkhidmatan ke Algeciras manakala pelabuhan Tangier Ville pula menawarkan perkhidmatan ke Tarifa.

Pelabuhan Tangier Med
Pelabuhan Tangier Med ini menyediakan perkhidmatan feri dari Tangier ke Algeciras di Spain
Restoran dinner kami malam ini terletak di kawasan pelabuhan Tangier Med.

Kawasan berhampiran restoran dinner kami di pelabuhan Tangier Med
Turun dari bas

Part 51: Chinese Dinner Di Tangier

Restoran dinner kami bernama Anji Chinese Restaurant. Walaupun ia menghidangkan masakan Cina, makanannya dijamin Halal.
 
Berjalan menuju ke restoran
 Anji Chinese Restuarant
Suasana di dalam restoran
Cashier counter dan tangga naik ke atas
Lukisan naga di dinding
Replika pokok limau
Patung God of Prosperity
 Naik ke tingkat atas menuju ke ruang makan
 Suasana di tingkat atas restoran
Meja bulat untuk kumpulan kami
Chinese Food
Paling seronok sebab ada nasi putih yang dihidangkan
Selain kumpulan kami, ada sekumpulan pelancong dari negara China turut makan di sini
Pemandangan keluar dari tingkap restoran
Turun ke bawah selepas selesai makan
Suasana malam di depan restoran
Pemandangan malam Pelabuhan Tangier Med
Menunggu bas tiba di depan restoran
Halal
 Hidangan makanan
 Masih menunggu bas tiba
Anji Chinese Restaurant
Bas dah tiba
 Bergambar kenangan bersama Mohsein

Part 52: Hotel Tanger Med

Bas membawa kami menuju ke hotel penginapan kami, Hotel Tanger Med yang terletak di pinggir bandar.

Suasana malam di kota Tangier
Bangunan Coliseum yang masih dalam pembinaan
Atas permintaan ramai, bas kami membuat persinggahan di sebuah mini market sebelum menuju ke hotel.

Singgah sebentar di Mini Market
Pintu masuk ke Mini Market
Suasana di dalam Mini Market
Serbuk minuman koko yang dibeli di Mini Market
Kami tiba di Hotel Tanger Med hampir pukul 10 malam. Rasa dah tak sabar nak masuk ke bilik selepas melalui perjalanan yang panjang sepanjang hari ini.

Hotel Tanger Med
Pancutan air di depan hotel
Bas berhenti di depan hotel
Menunggu proses pendaftaran bilik
Lobi di Hotel Tanger Med
Bilik penginapan hotel
Pemandangan dari sudut lain
Pemandangan menghala ke pintu masuk
Bilik Mandi


 Bersambung ke Bahagian 20...


CATATAN PERJALANAN (MOROCCO, SPAIN & PORTUGAL 2024):

No comments: