Wednesday 19 June 2024

2024 ANDALUSIA BHG. 16 (Fes - Chefchaouen)

Mei 2024

NORTHERN AFRICA & SOUTHERN EUROPE
Morocco, Spain & Portugal
[MOROCCO: Casablanca, Marrakech, Rabat, Fes, Chefchaoeun & Tangier]

Bahagian 16: Morocco
FES - CHEFCHAOUEN

HARI KELIMA (1)

Part 42: Meninggalkan Fes

Pada pagi ini, kami memilih untuk bersarapan pagi di bilik sahaja di Hotel Sofia.

Breakfast dengan burger yang dibeli di Borj Fez Shopping Mall semalam
Husband memilih untuk breakfast dengan Ramen
Ramen
Pada pagi ini, kami akan meninggalkan Fes untuk menuju ke destinasi terakhir kami di bumi Morocco ~ Tangier. Namun demikian, dalam perjalanan menuju ke Tangier, kita akan membuat persinggahan di Chefchaouen yang terkenal dengan gelaran Blue City.

Goodbye, Fes! Maal Salamah (Arab) & Au Revoir (French)! Panjang umur kita jumpa lagi
Mengabadi kenangan sewaktu menunggu lif nak turun ke lobi di Hotel Sofia
Last minute shopping dari penjaja-penjaja jalanan di depan Hotel Sofia sebelum berlepas ke Tangier
Perjalanan kami ke Chefchaoeun bermula pada pukul 8.30 pagi. Kata Mohsein, perjalanan kami hari ini adalah merentas Pergunungan Rif yang mana sebahagian besarnya tidak menggunakan lebuhraya.

 Perjalanan meninggalkan Fes
Jalan keretapi
Arca
Sewaktu meninggalkan Fes, Mohsein menunjukkan kepada kami sebuah kawasan ladang yang luas milik King of Morocco.

Ladang milik King of Morocco
Kawasan ladang ini sangat luas
 Masih Ladang Diraja Morocco
Pelbagai tanaman ditanam di ladang milik Raja ini
Pokok Zaitun
Disebabkan cuaca yang kering di Morocco, Myself mula diserang batuk. Beriya kita menelan Vitamin C dan mengulum Stepsils untuk mengelakkan batuk dari menjadi semakin melarat. Face mask turut dipakai sepanjang masa untuk mengelak dari menyedut udara kering secara langsung.

 Memakai face mask di dalam bas untuk mengelak batuk dari menjadi-jadi
Seperti kata Mohsein, perjalanan hari ini tidak melalui lebuhraya. Pemandangan di sepanjang perjalanan pula adalah melalui kawasan-kawasan pertanian yang terbentang indah.

Pemandangan dari Fes menuju ke Chefchaouen sangat indah dan tidak menjemukan. Rupa buminya didominasi oleh ladang gandum yang mekar menguning. Ia diselang seli dengan pemandangan tanaman pokok zaitun.


Part 43: Barrage Sidi Chahed @ Meknes

Dalam perjalanan ke Kota Chefchaouen, kami singgah di Empangan Barrage Sidi Chahed untuk berfoto dan membeli souvenir. Sidi Chahed merupakan sebuah tasik buatan (dam) yang dibina pada tahun 1996 di utara Morocco. Ia terletak kira-kira 30 km dari Fes dan Meknes.

Singgah di Barrage Sidi Chahed
Banyak souvenir dijual di empangan ini
Lookout point di Barrage Sidi Chahed
Keterangan mengenai Empangan Sidi Chahed
Tasik buatan ini boleh membekalkan lebih dari 30 juta gallon (170 juta meter padu) keperluan air Kota Meknes dan keperluan pengairan pertanian. Kata Mohsein, di seluruh Morocco sekarang ada 145 empangan seperti ini.

Barrage Sidi Chahed (Empangan Sidi Chahed)
Empangan ini membekal air untuk kegunaan kota Meknes dan kawasan-kawasan pertanian di sekitar
Pemandangan kawasan pertanian dekat Empangan Sidi Chahed
Kawasan pertanian yang subur dengan pengairan dari Barrage Sidi Chahed

Part 43: Meknes Ke Ouezzane

Ada 4 banjaran pergunungan utama di Morocco: Rif, High Atlas, Middle Atlas dan Anti Atlas. Bandar Chefchaouen yang menjadi destinasi kami hari ini terletak di Pergunungan Rif. Pergunungan Rif sepanjang 290 km ini terletak berhampiran pantai Laut Mediterranean dan merentang dari Tangier di sebelah barat ke Algeria di timur.

Merentasi Pergunungan Rif
Bandar Nzala Beni Ammar
 Satu lagi pemandangan di Bandar Nzala Beni Ammar
 Kawasan pertanian
Disebabkan perjalanan ke Chefchaouen masih jauh, bas kami berhenti membuat toilet stop berhampiran sebuah bandar yang bernama Nzala Beni Ammar.

Toilet stop di Nzala Beni Ammar
 Ada sebuah hotel, kafe dan restoran di sini
Outdoor seating di kafe
Terperanjat juga bila kita diminta membayar 2 Dirham untuk menggunakan toilet di sini sedangkan di tempat lain di Morocco adalah percuma. Sedang kami berkira-kira nak membayar, Mohsein bergegas mendapatkan kami. Masuk saja dan biar dia yang bayar, katanya. Kos menggunakan toilet kat sini dah termasuk dalam pakej rupanya.

Arah ke toilet
 Satu lagi pemandangan di tempat perhentian
 Kembali ke bas untuk meneruskan perjalanan
Kembali menuju ke Chefchaouen
Perjalanan kami diteruskan lagi. Seluruh kawasan Rif Mountains yang kami lalui memang penuh dengan kawasan pertanian.

 Kawasan perkuburan di sebuah perkampungan
Pertanian adalah sektor ekonomi yang terbesar di Morocco dan memberikan peluang pekerjaan kepada kira-kira 40% tenaga kerja negara itu. Di bahagian barat laut Morocco yang banyak mendapat hujan, barli, gandum, dan bijirin lain boleh ditanam tanpa pengairan. Di pantai Atlantik di mana terdapat dataran yang luas, buah zaitun, buah sitrus dan anggur wain ditanam, yang sebahagian besarnya menggunakan air yang dibekalkan oleh telaga artesis.

Hasil pengeluaran pertanian Morocco terdiri dari buah oren, tomato, kentang, buah zaitun dan minyak zaitun. Produk pertanian berkualiti tinggi biasanya dieksport ke Eropah. Morocco menghasilkan produk makanan yang mencukupi untuk kegunaan domestik selain bijirin, gula, kopi dan teh. Lebih 40% daripada keperluan bijirin dan tepung Morocco diimport dari USA dan France.

 Buah oren
Ladang anggur
Jentera pertanian
 Meragut rumput di tepi tanaman lavender
Pemandangan tipikal di sebuah perkampungan pertanian di Morocco
Kambing biri-biri
Stesen Minyak
Perjalanan ke Chefchaouen masih jauh. Sambil melihat keindahan bumi Morocco, apa kata kita belajar secara ringkas tentang sejarah pendudukan Perancis di negara ini?

Sungai Ouargha
Sungai Ouargha menjadi saksi penting penaklukan Tentera Perancis ke atas Morocco pada satu masa dahulu
 Macam ada empangan di sebelah sana
Sepanjang abad ke-17 dan ke-18 Masehi, Morocco yang dikuasai orang Berber merupakan pusat kegiatan lanun di Laut Mediterranean mengikut kaca mata Eropah. Kuasa Eropah mula berminat untuk menguasai negara ini pada tahun 1840 disebabkan kelemahan pemimpinnya yang berpuak-puak dan bersuku-suku.
 
Pada masa yang sama, beberapa negara Eropah yang saling berminat untuk menguasai Morocco juga saling bertelingkah sesama mereka terutamanya Perancis dan Sepanyol. 
 
Akhirnya pada tahun 1904, Perancis dan Sepanyol membuat perjanjian sulit membahagikan Morocco mengikut wilayah masing-masing. Sebahagian besar Morocco dikuasai Perancis. Sebahagian kecil sahaja wilayah Morocco di sebelah barat daya yang bergurun Sahara dikuasai Sepanyol. Tidak hairanlah pengaruh Perancis seperti bahasa dan pemerintahan Morocco lebih kuat dikuasai Perancis berbanding Sepanyol walaupun Sepanyol adalah lebih dekat dari segi geografi.

Morocco berkembang lebih pesat daripada Eropah selepas perjanjian sulit tersebut, terutama dalam aspek kelengkapan perang. Hal ini menimbulkan rasa cemburu dan pertelingkahan antara negara-negara Eropah sehingga hampir mencetuskan Perang Eropah dalam tahun 1905. Negara German turut berminat untuk menguasai tanah yang kaya dengan galian di Morocco. 

Dalam Persidangan Algeciras di selatan Sepanyol pada tahun 1906, Sultan yang memerintah Morocco mengekalkan kawalannya ke atas Morocco dan Andalusia di Sepanyol dengan bantuan Perancis. Di sini Perancis mendapat kelebihan ke atas Morocco berbanding negara-negara Eropah yang lain.

Persidangan ini menjadi pencetus kepada Perang Dunia Pertama apabila Jerman dan Austria-Hungary membuat pakatan melawan Perancis, Britain dan Amerika Syarikat di pihak yang lain.

Dalam tahun 1912, Raja Morocco yang bernama King Maulai Abdul Hafid telah memberi kebenaran kepada Perancis untuk melindungi pemerintahannya. Semangat kebangsaan menentang penjajahan bangkit semasa Perang Dunia Kedua. Pada tahun 1953 King Muhamad V yang tidak menyukai Perancis telah disingkir dan diganti dengan bapa saudaranya. Walau bagaimanapun, kebangkitan rakyat menentang penjajahan Perancis membolehkan beliau menguasai semula Kesultanan Morocco pada tahun 1955. Perancis dan Sepanyol seterusnya mengiktiraf kemerdekaan Morocco pada 7 April 1956.

Selepas kematian King Muhamad V pada 26 Februari 1961, anaknya King Hassan II menjadi raja yang telah memperkenalkan pemerintahan demokrasi berpaksikan ‘Hassanian democracy’. Beliau membenarkan kebebasan politik dengan melantik Perdana Menteri dan menteri-menteri untuk menjalankan pentadbiran namun pada masa yang sama mengekalkan kuasa mutlak raja (sistem monarki). Raja berkuasa mutlak terhadap tanah dan hasil bumi di Morocco.

Setelah memerintah selama 38 tahun, King Hassan II telah mangkat dan digantikan oleh puteranya King Mohammed VI  pada bulan Ogos 1999. Sejak itu hingga sekarang King Mohammed VI telah memperkenalkan sistem politik yang lebih terbuka. Beliau telah membenarkan kebebasan bersuara dan menyokong pembaharuan ekonomi. Dia juga memberi hak dan kebebasan kepada wanita. Walaupun Islam menjadi agama rasmi, sistem sekular menjadi tunggak pemerintahannya. Dengan 20% penduduk Morocco yang hidup di dalam kemiskinan, pembaharuan dan pengembangan ekonomi menjadi matlamat utama pemerintahannya.


Part 44: Motel Rif, Ouezzane

Kami membuat persinggahan untuk makan tengahari di Motel Rif yang terletak berhampiran bandar Ouezzane.

Singgah di Motel Rif untuk makan tengahari
 Melihat kepada bilangan pelancong yang ramai di sini, ternyata Motel Rif adalah persinggahan popular dalam perjalanan menuju ke Chefchaouen.
Makan tengahari disediakan di restoran yang terletak di taman motel.

 Masuk ke taman motel untuk makan tengahari
Ruang makan terbuka digemari oleh pelancong-pelancong Barat
 Pelancong yang datang dari negara panas seperti Malaysia dan Singapore memilih untuk makan di tempat yang redup
Perkarangan Motel Rif
Outdoor Cafe di Motel Rif
Swimming Pool di Motel Rif
Pemandangan Swimming Pool dari sudut lain
Menikmati lunch di Motel Rif
Lunch di Motel Rif. Ada pilihan diberi untuk hidangan lunch: Ayam, Daging ataupun Seafood
Kucing berbulu putih dan bermata sebelah biru dan sebelah kuning ini datang menyapa sewaktu kami makan tengah hari.
Dessert. Ada pilihan diberi: Caramel ataupun Fruit
Kalau pilih dessert dalam bentuk fruit, ia datang dalam bentuk sebiji limau begini. Kupaslah sendiri kalau nak makan. Hahaha!
 Bergambar kenangan di Motel Rif sebelum berlepas ke Chefchaouen

Part 44: Ouezzane Ke Chefchaouen

Mengikut perancangan asal, kami akan Solat Jamak Zohor dan Asar dulu di Motel Rif sebelum meneruskan perjalanan ke Chefchaouen. Walau bagaimanapun disebabkan kami habis lunch terlalu awal sebelum masuk waktu Zohor, Tour Guide dan Tour Leader membuat keputusan untuk membawa kami terus bergerak menuju ke Chafchaouen.

Perjalanan menuju ke Chefchaouen
Pemandangan kehijauan yang menarik
 Meneruskan perjalanan...
Bandar kecil yang dilalui dalam perjalanan ke Chefchaouen
Kota Chefchaouen terletak kira-kira 600 meter di atas aras laut di kaki Gunung Ka'ala yang terletak di bahagian barat Rif Mountain Range di barat laut Morocco. Oleh kerana ia terletak di kawasan pergunungan, jalan ke sana memang bengkang-bengkok.

Padang rumput yang ditumbuhi dengan bunga-bunga liar
 Pemandangan yang cantik menuju ke Chefcahaouen
Tak banyak kawasan pertanian diperhatikan di kawasan tanah tinggi ini
Excited bila nampak bangunan biru di kejauhan tetapi ini bukan Chefchaouen
 Pemandangan Pergunungan Rif
Indah
Chefchaouen dah kelihatan dari kejauhan
Chefchaouen
 Chefchaouen
 Hotel Chaouen
 Bangunan berwarna biru


 Bersambung ke Bahagian 17...


CATATAN PERJALANAN (MOROCCO, SPAIN & PORTUGAL 2024):

No comments: