Showing posts with label MAURITIUS (2026) - Transit. Show all posts
Showing posts with label MAURITIUS (2026) - Transit. Show all posts

Saturday, 23 May 2026

2026 SOUTHERN AFRICA BHG. 01 (KL - Mauritius)

Mei 2026

SOUTHERN AFRICA
South Africa, Zimbabwe, Zambia, Botswana & Mauritius
(MAURITIUS : Transit)

Bahagian 1: Departure
KUALA LUMPUR -->> MAURITIUS

Part 1: Dream Destination ~ South Africa

Perancangan untuk berkunjung ke South Africa dah lama menjadi impian Myself dan Husband. Alhamdulillah, perjalanan impian ini akhirnya menjadi kenyataan pada bulan Mei 2026.
 
Dream Destination : South Africa
Bukan mudah sebenarnya bagi Myself dan Husband mencari pakej percutian yang sesuai ke South Africa. Ada beberapa travel agent Muslim di Malaysia yang mengiklankan pakej percutian ke South Africa tetapi mungkin disebabkan negara ini bukan destinasi percutian popular di kalangan rakyat Malaysia yang beragama Islam di samping kosnya yang mahal, jarang-jarang pakej yang diiklankan dapat diteruskan kerana kurang sambutan. Disebabkan faktor kos juga, kebanyakan pakej percutian Muslim hanya membawa kita melawat negara South Africa semata-mata. Tidak banyak yang turut menawarkan lawatan bersekali ke negara-negara Afrika lain yang berdekatan sedangkan Myself dan Husband berharap untuk turut dapat mengunjungi beberapa negara Afrika lain di dalam satu perjalanan. Maklumlah, bukan mudah bagi kami untuk mendapat kesempatan tiba di bahagian dunia di sebelah sana ini.

Disebabkan faktor-faktor ini, kami akhirnya memutuskan untuk menyertai pakej percutian non-Muslim ke South Africa. Bila mengikut pakej non-Muslim sebegini, satu perkara yang agak membimbangkan ialah makanan Halal. Disebabkan kami mempunyai pengalaman mengikut satu pakej percutian non-Muslim ke Jepun pada tahun 2014 dulu, kami agak yakin perkara ini boleh direalisasikan. Tetapi inilah part yang agak tricky. Kebanyakan syarikat pelancongan non-Muslim akan mencadangkan supaya kita mengambil pakej makanan vegetarian sahaja sepanjang lawatan. Rasa memang tak laratlah kami kalau asyik nak memakan makanan vegetarian selama 10 hari. 😅

Sewaktu berkunjung ke MATTA Travel Fair pada bulan September 2025 di MITEC Kuala Lumpur, Myself dan Husband memang mensasarkan pakej percutian ke South Africa. Memang mengecewakan kerana tak ada pakej percutian Muslim ke South Africa yang ready untuk kami sertai. Sewaktu melintasi booth syarikat Malaysian Harmony Tour & Travel (MHTT), kami terpandang iklan besar pakej percutian ke South Africa yang tertera di situ. Jadi kami saja-sajalah masuk bertanya.

Kami bertuah kerana dilayan oleh seorang staff MHTT yang sangat mahir mengenai South Africa. Dia yang bernama Amanda juga telah beberapa kali menjadi Tour Leader ke negara tersebut. Jadi setiap pertanyaan kami dijawab dengan mudah dan yakin oleh Amanda. Kata Amanda, di kalangan Tour Leader sendiri juga, tidak ramai yang bersedia berkhidmat untuk membawa kumpulan ke South Africa. Tetapi bagi Amanda, dia memang suka jika ditugaskan ke sana kerana South Africa sangat istimewa kepadanya. Banyak pengalaman menarik beliau sendiri di South Africa yang diceritakannya kepada kami.

Bila bertanya tentang makanan yang disediakan dalam pakej percutian MHTT di South Africa, Amanda memberitahu syarikatnya memang bersedia nak cater permintaan special meal. Dia juga pernah mempunyai peserta yang strictly vegetarian sebelum ini. Berdasarkan pengalamannya, Amanda mencadangkan supaya kami mengambil kombinasi makanan seafood & vegetarian. Tidaklah boring nanti bila asyik terpaksa memakan makanan vegetarian. Special meal kami akhirnya direkod sebagai: Vegetarian & Seafood Meal. Eggs OK. No Pork and Alcohol. Kena tulis Eggs OK kerana telur selalunya tidak dimakan oleh orang vegetarian. No Pork pula perlu direkod walaupun dah minta makanan vegetarian dan seafood only untuk mengelakkan makanan yang ada lemak babi (lard) di dalamnya. Seronok Amanda bila kami memberitahu yang kami boleh memakan telur, sebab ada menu istimewa Ostrich Egg dalam pakej percutian ke South Africa ini. Dia juga concern sebab ada lawatan ke sebuah vineyard di dalam itinerari. "Yang itu tak apa, kami boleh tengok-tengok saja," kata kami kepada Amanda.

Pakej pelancongan ke South Africa yang ditawarkan oleh Malaysian Harmony Travel & Tours (MHTT).
Pakej percutian South Africa yang ditawarkan oleh MHTT juga istimewa kerana ia meliputi 4 buah negara: South Africa, Botswana, Zimbabwe dan Zambia. Selain melawat tempat-tempat menarik di South Africa, kita juga dibawa melawat ke Chobe National Park di Botswana dan Victoria Falls yang dikongsi bersama oleh 2 buah negara di Afrika: Zimbabwe dan Zambia. Kebanyakan syarikat pelancongan lain hanya membawa peserta mereka melihat Victoria Falls dari Zimbabwe. MHTT sebaliknya turut membawa peserta melihat air terjun tunggal (single curtain waterfall) yang terbesar di dunia ini dari sebelah Zambia.
 
Pada mulanya penerbangan ke South Africa dirancang menggunakan penerbangan Emirates dengan transit di Dubai. Tetapi kita merancang dan Allah SWT yang Maha Menentukan. Bermula pada 28 Februari 2026, seluruh Middle East menjadi huru-hara bila tentera Amerika Syarikat dan Israel bergabung menyerang Iran. Serangan balas drone dan peluru berpandu dari Iran yang disasarkan ke pelbagai kepentingan Amerika di seluruh Middle East menyebabkan banyak penerbangan Emirates, Qatar Airways, Gulf Air dan Etihad terganggu. Penerbangan pulang Adik yang bekerja di Qatar dan isterinya untuk kembali ke Kuala Lumpur bercuti Hari Raya juga turut dibatal dan ditukar beberapa kali. Namun syukur Alhamdulillah kerana dia dan isterinya dapat juga pulang bercuti Hari Raya di Malaysia dan kembali semula ke Doha dengan selamat.

Atas faktor keselamatan MHTT menukar penerbangan kami ke South Africa menggunakan Air Mauritius. Seronok juga kerana selain laluan penerbangannya yang lebih selamat, kami juga mendapat penginapan hotel percuma yang ditaja oleh Air Mauritius sewaktu transit di Mauritius dalam perjalanan pergi dan kembali dari South Africa. Di samping itu, ada lawatan sehari percuma di Mauritius yang diatur sewaktu dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur. Alhamdulillah, ada hikmah tersembunyi rupanya bagi Myself dan Husband di sebalik perang yang melanda Timur Tengah ini. Waka, Waka! This time for Africa! 😊
 
HARI PERTAMA

Part 2: Terbang ke Mauritius

Penerbangan Air Mauritius kami dijadualkan berlepas dari Kuala Lumpur ke pulau Mauritius di Afrika pada pukul 12.50 tengahari. Oleh yang demikian semua ahli rombongan diminta berkumpul di Kaunter M, KLIA1 pada pukul 9.50 pagi. Di sinilah kami bertemu buat pertama kali dengan Tour Guide awesome kami yang bernama Eddy. Eddy sangat profesional dan berpengalaman dalam melaksanakan tugas sebagai Tour Leader. Dia juga sangat fasih berbahasa Melayu dan dah lebih 10 kali membawa group melancong ke Afrika. Kebanyakan ahli group kami juga adalah repeat customer Eddy yang dah berkali-kali melancong bersama Eddy.

 Berkumpul di KLIA1
Seluruh ahli rombongan kami berjumlah 23 orang termasuk Tour Guide dan kebanyakannya berketurunan Cina serta berasal dari Kuala Lumpur, Johor dan Sarawak. Selain kami berdua, ada sepasang couple Muslim lain yang turut menyertai Group Tour ini. Pasangan ini adalah mix couple yang suaminya berbangsa Melayu manakala isterinya berbangsa Cina. Walaupun hanya kami berdua yang pure Melayu, semua ahli rombongan sangat mesra dan kami tidak langsung merasa terasing atau terpinggir sepanjang trip ke Afrika ini. Untuk kemudahan penceritaan, Myself gelarkan rakan-rakan serombongan kami ini sebagai Pengyou yang bermaksud Kawan dalam Bahasa Mandarin. 😄

Tour Guide awesome kami yang bernama Eddy
Tempat berkumpul yang ditetapkan adalah di Kaunter M
Beratur menunggu giliran nak check-in
Posing dulu sementara menunggu giliran nak check-in
Maklumat penerbangan kami Air Mauritius MK 647
Check-in di kaunter Air Mauritius
Boarding gate penerbangan kami adalah menerusi Pintu C4 yang memerlukan kami menaiki aerotrain ke sana. Excited sungguh bila melihat pesawat Air Mauritius kami yang dah bersedia menunggu nak membawa kami ke benua Afrika.

Pemandangan dari aerotrain sewaktu menuju ke Pintu C4 di Bangunan Satellite KLIA1
Air Mauritius yang dah sedia menanti nak membawa kami ke benua Afrika
Check dulu takut-takut ada pertukaran boarding gate
Krew penerbangan Air Mauritius kami
Hujan turun dengan lebat sewaktu kami menunggu panggilan masuk ke dalam pesawat. Risau juga di dalam hati bila melihat hujan lebat turun begini kerana jika cuaca tidak baik, hampir pasti akan banyak turbulence yang dialami di dalam penerbangan. Dahlah sebahagian besar laluan penerbangan ini akan merentas Lautan Hindi yang maha besar itu. Syukur Alhamdulillah kerana hujan lebat ini berhenti sewaktu kami dipanggil masuk ke dalam pesawat.

Hujan lebat di KLIA
Boarding pass dari KL ke Mauritius
Berjalan masuk ke dalam pesawat
Suasana di dalam pesawat
Pemandangan dari tempat duduk kami
Pemandangan dari tingkap pesawat
Penerbangan kami Air Mauritius MK 647 berlepas dari KLIA pada pukul 1.00 tengahari. Pesawat yang digunakan adalah pesawat wide body Airbus 330-900.

Air Mauritius
Peta penerbangan keseluruhan dari Kuala Lumpur ke Mauritius
Berlepas dari Kuala Lumpur menghala ke Lautan Hindi
Selamat berlepas ke udara
Terbang menghala ke Barat Daya
Menghala ke Selat Melaka
Tiba di Port Dickson
Awan tebal berhampiran Port Dickson
Port Dickson
Merentas Selat Melaka
Menuju ke Pulau Sumatera
Maklumat penerbangan sehingga sekarang
Sebaik penerbangan telah stabil di udara, krew Air Mauritius mengedarkan souvenir pack kepada semua penumpang. Macam biasalah, kandungannya terdiri dari stokin, penutup mata dan ear plug untuk kegunaan sepanjang penerbangan sekiranya perlu.

Krew Air Mauritius mengedarkan souvenir pack kepada penumpang
Souvenir pack dari Air Mauritius
Kandungan souvenir pack
Terbang merentas Pulau Sumatera
Awan tebal di Pulau Sumatera
Terbang melepasi Pulau Sumatera
Bila melihat kepada bentuk dan kedudukannya, Myself rasa jelas kemungkinan yang pulau-pulau di barat Pulau Sumatera ini terserpih dari pulau besar dalam kejadian gempa bumi berjuta-juta tahun dahulu.
Mula terbang di Lautan Hindi
Hidangan makanan tengahari disajikan kepada penumpang sewaktu kami terbang di Lautan Hindi selepas merentas Pulau Sumatera di Indonesia. Kami meminta Muslim Meal dalam penerbangan ini tetapi disebabkan semua sajian yang dibekalkan dari Kuala Lumpur adalah Halal, tak adalah special meal yang diberi kepada kami.

Sajian penerbangan sedang diberi kepada penumpang
Sajian penerbangan yang diberi kepada kami
Hidangan Rice and Chicken dari Air Mauritius
Sebahagian besar penerbangan dari Kuala Lumpur ke Mauritius (boleh dikatakan lebih 90%) adalah merentas Lautan Hindi yang merupakan lautan ketiga terbesar di dunia selepas Lautan Pasifik dan Atlantik. Memang seram ketika itu bila Myself memikirkan yang kita sedang terbang di lautan yang luas tanpa daratan. Di lautan ini jugalah pesawat Malaysia Airlines MH370 dikatakan hilang dan tidak berjaya dikesan sehingga sekarang.
 
Kita juga memikirkan pasti banyak turbulence bila terbang di atas lautan luas sebegini. Namun sangkaan ini meleset sungguh kerana penerbangan kami pergi dan kembali dari Mauritius boleh dikatakan sangat tenang. Cuma sedikit-sedikit sahaja turbulence yang dialami. Myself rasa ini mungkin disebabkan angin yang bertiup di lautan luas ini tidak terhalang dengan mana-mana pergunungan tinggi seperti yang sering terjadi di daratan. Tiupan angin yang terpantul dari pergunungan inilah yang menyebabkan aliran angin bergelora bila bertemu dengan aliran angin yang sedang bertiup menuju ke arah pergunungan. Tetapi ini hanyalah sekadar teori Myself sendiri sahaja.

Terbang di tengah Lautan Hindi
Beginilah besarnya Lautan Hindi yang perlu ditempuh untuk sampai ke Mauritius
Penerbangan dari Kuala Lumpur ke Mauritius memakan masa 6 jam 15 minit. Mauritius terletak di dalam zon waktu yang sama dengan Dubai dan Doha di mana waktu di sana adalah 4 jam lebih lewat dari Kuala Lumpur.

Lampu pesawat dimalapkan selepas sajian penerbangan
Lampu yang berwarna-warni
Sajian penerbangan kedua diberi kepada penumpang kira-kira sejam sebelum kami tiba di Mauritius. Sajian yang diberi cuma chicken sandwich untuk minum petang. 

Sajian penerbangan kedua sebelum tiba di Mauritius.
Sandwich untuk hidangan minum petang
Menikmati sajian penerbangan yang dihidangkan
Tropical Juice & Tea
Tercari-cari juga di mana letaknya pangkalan tentera rahsia British dan Amerika yang bernama Diego Garcia itu. Hihihi!
Excited bila kapten pesawat membuat pengumuman yang kami akan mendarat di Mauritius sebentar lagi. Panjang leher kita menjenguk ke bawah nak melihat pemandangan Mauritius. Maklumlah, kita memang tak ada idea mana rupa Mauritius yang sebenarnya.
 
Pemandangan Lautan Hindi dari udara
Dah hampir tiba ke Mauritius
Pulau Mauritius dah muncul kat depan sana
Terumbu karang yang cantik di sekeliling Mauritius
Pemandangan Mauritius dari udara
Pulau Mauritius
Mauritius sangat terkenal dengan keindahan pantainya
Gunung bekas kawah gunung berapi
Keindahan bumi Mauritius
La Ferme Reservoir
Pemandangan ibukota Mauritius yang bernama Port Louis dari udara
Pemandangan menghala ke Lautan Hindi
Mauritius adalah sebuah pulau yang terbentuk dari aktiviti gunung berapi berjuta-juta tahun dahulu. Namun demikian, ia tidak lagi mempunyai sebarang gunung berapi aktif kini. Puncak-puncak gunung yang bercerangak di sekitar pulau ini jelas menunjukkan kesan-kesan kawah gunung berapi yang musnah dalam letusan.

Gunung-gunung di Mauritius jelas menggambarkan bentuk kawah gunung berapi
Dua tasik di sana adalah Midlands Dam dan Eau Bleu Reservoir
Midlands Reservoir
Laluan penerbangan menuju ke airport Mauritius
Kawasan pertanian yang dilihat dari udara
Mauritius juga mempunyai kawasan pertanian yang luas. Jenuh Myself dan Husband meneka apa tanaman yang ditanam. Dari jauh kelihatan petak-petak macam sawah padi tetapi rupa pokok padi yang ditanam macam pelik. Rupa-rupanya kawasan pertanian yang luas ini adalah tanaman tebu untuk dijadikan gula. Hahaha!!
 
Kawasan pertanian tebu yang luas di Mauritius
Bandar Curepipe di tengah-tengah pulau Mauritius
Kawasan pertanian tebu seluas mata memandang
Kami tiba di Mauritius pada pukul 3.40 petang waktu tempatan (7.40 malam waktu di Malaysia). Airport di Mauritius bernama Sir Seewoosagur Ramgoolam International Airport. Macam nama orang India, kan? Memang benar kerana sebahagian besar penduduk Mauritius (55%) adalah berketurunan India yang dibawa oleh British ke pulau ini sebagai buruh kontrak pada masa dahulu. Tidak seperti kebanyakan negara lain di Afrika, Mauritius tidak mempunyai sebarang penduduk pribumi.

Pemandangan sewaktu pesawat membuat penerbangan turun
Selamat mendarat di Mauritius
Sir Seewoosagur Ramgoolam International Airport di Mauritius
Berjalan keluar dari pesawat

Part 3: Transit di Mauritius

Persinggahan kami di Mauritius adalah persinggahan transit selama 16 jam sebelum menuju ke Johannesburg di South Africa. Ada option diberi kepada kami sewaktu check-in di Kuala Lumpur sama ada check-in bagasi direct ke Johannesburg atau mengeluarkan bagasi sewaktu transit di Mauritius. Atas nasihat dari pihak MHTT, kami memilih untuk mengeluarkan bagasi di Mauritius. Lebih mudah berbuat begitu kerana kami akan bermalam di Mauritius sewaktu transit.
 
Pesawat Air Mauritius yang membawa kami ke sini dari Kuala Lumpur
Berjalan menuju ke pemeriksaan passport
Tangga naik ke tempat pemeriksaan passport
Pemeriksaan passport di airport Mauritius juga sangat lancar. Rakyat Malaysia tidak memerlukan visa untuk masuk ke Mauritius. Namun demikian, ada Arrival Card elektronik yang perlu diisi dan ia telah disediakan oleh pihak MHTT untuk kami semua.
 
Tangga turun ke tempat pengambilan bagasi
Dah nampak tempat pengambilan bagasi
Welcome To Mauritius
Menunggu bagasi tiba
Semua bagasi dah selamat tiba
Sebagai penumpang transit, kami mendapat penginapan dan makan malam percuma yang diberi oleh Air Mauritius. Penginapan adalah di hotel 4 bintang Holiday Inn Mon Tresor yang terletak hanya 10 minit dari airport. Kami dibawa ke sana dengan van yang disediakan oleh pihak hotel. Memandangkan kami agak ramai dan membawa bagasi yang besar-besar, van terpaksa membuat 3 trip untuk membawa kami ke hotel.
 
Van Holiday Inn Mon Tresor yang telah sedia menanti nak membawa kami ke hotel
Pemandangan di dalam van yang membawa kami ke hotel
Holiday Inn Mon Tresor Mauritius
Van tiba di hotel
Checking-in
Seperti yang Myself ceritakan tadi, kami juga mendapat dinner percuma yang diberi oleh Air Mauritius. Dinner disediakan di hotel ini sendiri. Yang paling best, makanan yang disediakan adalah Halal. Ini dimaklumkan sendiri oleh Manager Hotel yang menyambut ketibaan kami tadi. Walau bagaimanapun, Manager memberitahu kami akan tetap ada bacon yang dihidangkan sewaktu breakfast spread esok. Perkara ini tidak dapat dielakkan kerana Holiday Inn adalah jenama antarabangsa dan mereka tetap perlu memenuhi permintaan dari pelanggan-pelanggan mereka. Namun begitu, jangan risau kerana semua hidangan beef dan chicken dijamin Halal, kata Manager kepada kami berdua.

Restoran di Hotel Holiday Inn Mon Tresor Mauritius
Dinner disediakan secara buffet
Pilihan dinner kami
Bilik hotel yang disediakan juga besar dan selesa. Memandangkan penerbangan sambungan kami dari Mauritius ke Johannesburg akan berlepas pada pukul 8.50 pagi esok, Eddy memberitahu wake-up call akan dibuat pada pukul 5.15 pagi kerana kami perlu bergerak ke airport pada pukul 6.30 pagi. Ini bukanlah masalah bagi kami berdua kerana kita perlu bangun lebih awal lagi memandangkan waktu Solat Subuh di Mauritius memang masuk pada pukul 5.15 pagi dan waktu Syuruk pula adalah pada pukul 6.29 pagi.

Bilik penginapan kami di Hotel Holiday Inn Mon Tresor, Mauritius
Katil yang sangat menggamit setelah melalui perjalanan yang panjang dari Kuala Lumpur
Ucapan Selamat Datang dari Holiday Inn Mon Tresor
Beginilah nama Myself ditulis hampir di sepanjang perjalanan kami. 😅
Ingatkan habis sudah layanan mesra Holiday Inn Mon Tresor kepada kami malam itu. Rupa-rupanya setelah kita masuk ke bilik, pintu bilik diketuk dan ada staff di luar yang menghulurkan Muffin sebagai ucapan selamat datang pula!

Muffin yang diberi sebagai ucapan Selamat Datang dari Hotel Holiday Inn Mon Tresor, Mauritius


Bersambung Ke Bahagian 2...
 

CATATAN PERJALANAN SOUTHERN AFRICA (2026):
  • Bhg. 01 (Hari 1) - Arrival (Kuala Lumpur -->> Mauritius : Transit)
  • Bhg. 02 (Hari 2) - Mauritius -->> South Africa (Johannesburg)
  • Bhg. 03 (Hari 2) - South Africa (Johannesburg - Pilanesberg National Park)
  • Bhg. 04 (Hari 2) - South Africa (Pilanesberg National Park : Evening Game Drive & Boma Dinner)
  • Bhg. 05 (Hari 3) - South Africa (Pilanesberg National Park : Morning Game Drive & Bakubung Lodge)
  • Bhg. 06 (Hari 4) - South Africa (Johannesburg - Pretoria : Pretoria City)
  • Bhg. 07 (Hari 4) - South Africa (Pretoria : Voortrekker Monument)
  • Bhg. 08 (Hari 4) - South Africa (Johannesburg : Carnivore Lunch)
  • Bhg. 09 (Hari 4) - South Africa (Johannesburg : Lesedi Cultural Village)
  • Bhg. 10 (Hari 5) - Zimbabwe (Baines Restaurant) & Zambia (Victoria Falls : Zambia Side)
  • Bhg. 11 (Hari 6) - Zimbabwe (Kasambabezi Lodge) & Botswana (Kasane)
  • Bhg. 12 (Hari 6) - Botswana (Chobe National Park)
  • Bhg. 13 (Hari 6) - Zimbabwe (Flight of Angels & Zambezi Sunset Cruise)
  • Bhg. 14 (Hari 7) - Zimbabwe (Walk With The Cheetah & Walk With The Lion)
  • Bhg. 15 (Hari 7) - Zimbabwe (Victoria Falls : Zimbabwe Side)
  • Bhg. 16 (Hari 7) - Zimbabwe (Victoria Falls Airport) -->> South Africa (Johannesburg : Sun City)
  • Bhg. 17 (Hari 8) - South Africa (Johannesburg : Palace of the Lost City & Lion Park)
  • Bhg. 18 (Hari 8) - South Africa (Johannesburg : Lanseria Airport -->> Cape Town)
  • Bhg. 19 (Hari 9) - South Africa (Cape Town : Table Mountain)
  • Bhg. 20 (Hari 9) - South Africa (Cape Town : Bo-Kaap, The Greek Fisherman & Kirstenbosch National Botanical Gardens)
  • Bhg. 21 (Hari 9) - South Africa (Cape Town : Victoria & Alfred Waterfront)
  • Bhg. 22 (Hari 10) - South Africa (Cape Peninsula : Chapman's Peak Marine Drive & Hout Bay)
  • Bhg. 23 (Hari 10) - South Africa (Cape Peninsula : Fish Hoek & Boulders Beach Penguin Sanctuary)
  • Bhg. 24 (Hari 10) - South Africa (Cape Peninsula : Cape of Good Hope & Cape Point)
  • Bhg. 25 (Hari 11) - South Africa (Cape Town : Ostrich Ranch)
  • Bhg. 26 (Hari 11) - South Africa (Cape Winelands : Stellenbosch & Neethlinghof Estate)
  • Bhg. 27 (Hari 11) - South Africa (Cape Town : Jewel of Africa & Mama's Kitchen) -->>  Mauritius
  • Bhg. 28 (Hari 12) - Mauritius (Curepipe : Dormant Volcano & Grand Bassin Lake)
  • Bhg. 29 (Hari 12) - Mauritius (Chamarel : Black River Gorges, Alexandra Falls & Seven Coloured Earth)
  • Bhg. 30 (Hari 12) - Departure (Mauritius -->> Kuala Lumpur)