NORTHERN AFRICA & SOUTHERN EUROPE
Morocco, Spain & Portugal
[SPAIN: Tarifa, Granada, Cordoba & Seville]
Bahagian 26: Spain
GRANADA
(Alhambra : Partal Gardens)
HARI KEENAM (7)
Part 70: Court of Lindaraja (Mirador de Lindaraja) @ Nasrid Palace, Alhambra
Lawatan kami ke Nasrid Palace di Alhambra yang terdiri dari Mexuar Palace, Comares Palace dan Palace of the Lions berakhir kini. Bilal membawa kami keluar dari Palace of the Lions menerusi sebuah taman courtyard yang dinamakan Court of Lindaraja (disebut: Court of Lindaraha).
Part 71: Partal Gardens (Jardines del Partal) @ AlhambraPartal Gardens adalah taman yang dibina di atas runtuhan Palace of Yusuf III (Palacio de Yusuf III). Hanya sebahagian sahaja kesan istana ini yang masih kekal berdiri sekarang.
|
Masuk ke Partal Gardens |
|
Pemandangan Nasrid Palace dari Partal Gardens |
Runtuhan dari Palace of Yusuf III ini kini menjadi bagaikan tembok dan laluan pejalan kaki di Partal Gardens. Mari kita lihat pemandangan ini....
|
Laluan ini dulu adalah sebahagian dari korridor di Palace of Yusuf III |
|
Pintu masuk ke Palace of Yusuf III pada masa dahulu |
Adalah dipercayai kawasan ini juga adalah kawasan perumahan kakitangan istana dulu.
|
Kesan runtuhan bangunan istana jelas kelihatan di sesetengah tempat |
|
Menara kecil di sana adalah bekas Mihrab masjid kecil yang pernah didirikan di sini dahulu untuk kegunaan peribadi Sultan |
|
Gereja Santa MarÃa de la Encarnación yang pada asalnya adalah Masjid Alhambra |
Partal Gardens yang sebenar adalah taman kepada Palace of Yusuf III. Walaupun kami sekadar cuma melaluinya dalam perjalanan untuk keluar dari Alhambra, keindahannya tetap memukau pandangan.
|
Jardines del Partal (Partal Gardens) |
|
Ladies Tower (Torre de las Damas) di Partal Gardens |
|
Duduk berehat sambil posing sekejap... |
Bukan sekadar pemandangan taman ini indah dengan bunga-bungaan dan tumbuhan hijau, bau-bauannya juga sangat menyegarkan perasaan, lebih-lebih lagi kerana Spain masih mengalami Musim Bunga sekarang.
|
Bauan semulajadi dari bunga dan tumbuhan di Partal Gardens juga sangat menyegarkan |
Partal Gardens adalah sebenarnya sebuah taman kecil di perkarangan Alhambra. Ada sebuah lagi taman yang jauh lebih besar yang merupakan taman rasmi istana yang tidak kami lawati. Taman tersebut diberi nama Generalife (disebut: Hey-na-ra-li-fey). Tiket berasingan juga diperlukan untuk melawat ke taman tersebut. Manalah tahu kalau berpeluang lagi melawat ke Alhambra di masa depan, mungkin kami akan melawat ke sana.
|
Kawasan lapang yang bertembok di depan Rauda Tower (Torre de la Rauda) ini adalah kawasan perkuburan Keluarga Diraja Granada dulu |
|
Kawasan perkuburan ini kini adalah sebuah kawasan lapang tanpa sebarang kesan dan batu nisan |
|
Kucing Alhambra |
Part 72: Keluar Dari Alhambra
Selepas menamatkan lawatan, Bilal memimpin kami kembali ke pintu masuk utama untuk keluar dari Alhambra. Walau bagaimanapun kami tidak dapat menggunakan laluan yang sama kami gunakan sewaktu masuk ke Nasrid Palace tadi kerana laluan tersebut telah ditutup untuk satu pertandingan Marathon yang akan berlangsung pada malam itu.
|
Berjalan keluar dari Partal Gardens |
|
Laluan keluar dari Partal Gardens adalah menerusi perkarangan Palace of Carlos V |
|
Palace of Carlos V ini boleh dilawati secara percuma tetapi kami tidak sempat masuk ke sana |
|
Salah sebuah pintu Palace of Carlos V |
|
Keluar dari Partal Gardens |
Laluan keluar yang ditetapkan adalah melalui perkarangan Palace of Carlos V.
|
Menyusuri Palace of Carlos V |
|
Pemandangan bumbung Palace of Carlos V |
|
Palace of Carlos V adalah istana yang dibina oleh Raja Kristian. Berbeza dengan istana yang dibina oleh Raja Islam yang kelihatan simple di luar tetapi hebat di dalam, istana yang dibina oleh Raja Kristian kelihatan hebat di luar tetapi simple di dalam. |
|
Sinaran mentari petang di sebalik Palace of Carlos V |
|
Penanda arah |
|
Bergambar di tepi Palace of Carlos V |
|
Close-up sikit |
|
Palace of Carlos V |
|
Bekas Masjid Alhambra yang kini berfungsi sebagai sebuah gereja |
|
Tembok lama Alhambra |
|
Laluan yang ditutup untuk persediaan pertandingan Marathon |
|
Menuju ke pintu keluar alternatif |
|
Pintu keluar |
Ada hikmah juga bila laluan sebenar untuk keluar utama dari Alhambra ditutup pada petang itu. Ia memberikan kami peluang melihat laluan alternatif yang boleh digunakan untuk menuju ke Pejabat Tiket Alhambra.
|
Laluan keluar alternatif |
|
Menyusuri luar tembok Alhambra menuju ke Pejabat Tiket |
|
Public fountain |
|
Sebuah bangunan di dalam kompleks Alhambra yang kini ditukar fungsi menjadi Hotel Aurla Washington Irving |
|
Tiba di Pejabat Tiket |
|
Husband berbual mesra dengan tuan anjing |
|
Penanda arah |
Bas kami menunggu jauh di luar kerana kenderaan besar tidak dibenarkan parking di kawasan Alhambra. Sambil menunggu bas tiba, kami diberi masa untuk menggunakan tandas dan juga melawat ke kedai souvenir yang berhampiran.
|
Kedai runcit |
|
Pintu ke bangunan tandas awam |
|
Meeting Point di Alhambra |
|
Suasana di Meeting Point |
|
Suasana petang di Meeting Point |
|
Petugas-petugas perubatan yang sedang bersedia untuk acara Marathon |
|
Berehet sebentar di Meeting Point |
Kedai souvenir rasmi Alhambra tereletak di sebelah pejabat tiket. Banyak juga souvenir menarik yang dijual di sini.
|
Kedai souvenir rasmi Alhambra di sebelah pejabat tiket |
|
Suasana di dalam kedai souvenir rasmi Alhambra |
|
Bergambar di cashier counter |
|
Buku Alhambra yang dibeli di kedai souvenir |
|
Posing kejap kat luar kedai souvenir |
|
Meninggalkan kedai souvenir |
|
Husband bergambar dengan Alhambra Tour Guide kami yang bernama Bilal |
|
Berjalan menuju ke tempat bus pick-up |
|
Drinking water fountain di tempat menunggu bas |
|
Menunggu bus pick-up |
|
Ramai yang menunggu bas bersama kami |
|
Bas dah tiba |
Part 73: Hotel Principe Felipe
Setelah bas tiba, kami terus dibawa ke hotel penginapan kami di Granada yang bernama Hotel Principe Felipe (disebut: Hotel Prin-si-pey Fe-li-pey). Pemandangan kota Granada sewaktu bas membawa kami turun dari Bukit Alhambra menuju ke kota Granada sangat memukau.
|
Pemandangan dari dalam bas sewaktu menuju ke kota Granada |
|
Menuruni Bukit Alhambra |
|
Pemandangan kota Granada dari dalam bas |
|
Kota Granada yang disirami cahaya mentari petang |
|
Menuju ke hotel penginapan |
Hotel Principe Felipe terletak di sebuah kawasan di pinggir bandar Granada yang bernama Albolote. Hotelnya kecil tetapi selesa untuk menjadi penginapan kami selama satu malam di Granada.
|
Albolote |
|
Tiba di Hotel Principe Felipe |
|
Suasana di depan hotel |
|
Lobi hotel |
|
Reception Counter |
|
Menunggu pendaftaran bilik di lobi |
|
Mini Bar |
Bila hotelnya kecil, bilik penginapannya pun kecil. Kena pulak kita adjust-adjust perabot dalam bilik untuk meletakkan bagasi dan juga menyediakan ruang solat yang selesa.
|
Suasana di dalam bilik penginapan |
Seperti juga sewaktu kita melawat ke Italy dan Switzerland dulu, dinner disediakan secara bungkus dan dihantar ke bilik. Maklum sajalah, Spain dianggap sebagai sebuah negara yang kaya di Eropah. Bila dah disebut sebagai negara kaya, macam-macam peraturan buruh kena dipatuhi, termasuklah waktu bekerja pemandu bas. Disebabkan pemandu bas kami dah bekerja mengikut waktu maksima hari ini, terpaksalah dinner disediakan secara bungkus dan dihantar ke bilik. Makanan yang disedikan malam ini adalah Chicken & Chips yang disediakan mengikut cara Morocco. Makan sajalah asalkan Halal!