Friday, 5 July 2024

2024 ANDALUSIA BHG. 24 (Alhambra : Nasrid Palace)

Mei 2024

NORTHERN AFRICA & SOUTHERN EUROPE
Morocco, Spain & Portugal
[SPAIN: Tarifa, Granada, Cordoba & Seville]

Bahagian 24: Spain
GRANADA
(Alhambra - Nasrid Palace: Mexuar Palace & Comares Palace)

HARI KEENAM (5)

Part 66: Nasrid Palace (Palacio de Nazaries) @ Alhambra

Selepas berjalan mengelilingi sebahagian kawasan Alhambra yang luas ini, kita tiba di istana kediaman Dinasti Nasrid di zaman dulu yang kini dikenali sebagai Nasrid Palace (Palacio de Nazaries). Nama Nasrid yang digunakan oleh Dinasti ini adalah sebenarnya berasal dari nama Al-Ansar, kaum di Madinah yang menyambut baik kedatangan Nabi Muhammad SAW sewaktu baginda berhijrah dari kota Makkah ke Madinah dahulu.

PATIO MACHUCA

Laman di pintu masuk ke Nasrid Palace ini dinamakan sebagai Patio Machuca sempena nama arkitek yang merekabentuk laman ini.

Nasrid Palace (Palacio de Nazaries)
Tidak seperti kebanyakan istana di Eropah yang kelihatan megah dari luar, Nasrid Palace hanya kelihatan sebagai bangunan yang sederhana dari luar
Seperti di kebanyakan tempat lain di Southern Spain, banyak pokok oren ditanam sebagai hiasan di Alhambra
Laman di depan pintu masuk ke Nasrid Palace ini dinamakan sebagai Patio Machuca.
Pokok Oren di Patio Machuca
Buah oren
Kolam di Patio Machuca
Pemandangan Palace of Carlos V dari Patio Machuca
Tingkap istana
 Pemandangan Patio Machuca
Meow Alhambra
Pemandangan menghala ke Alcazaba
Berjalan masuk ke dalam istana

Part 67 : Mexuar Palace (Palacio del Mexuar) 
@ Nasrid Palace, Alhambra 

Nasrid Palace (Istana Nasrid) yang sebenar terdiri dari 3 buah istana yang bersambung antara satu sama lain dan terdiri dari Mexuar Palace, Comares Palace dan Palace of the Lions. 

Gambaran Nasrid Palace di Alhambra yang terdiri dari 3 bahagian: Mexuar Palace, Comares Palace dan Palace of the Lions

MEXUAR HALL 
(SALA DEL MEXUAR)

Lawatan kami ke Nasrid Palace bermula di Mexuar Hall (Sala del Mexuar) di Mexuar Palace. Perkataan Mexuar adalah berasal dari perkataan Arab 'Maswar' yang bermaksud Sura atau Majlis Mesyuarat.

Mexuar Palace yang dibina di zaman pemerintahan Ismail I (1314-1325) adalah antara bahagian yang tertua di Alhambra. Ia walau bagaimananapun telah diubahsuai menjadi chapel setelah diambilalih oleh Raja-Raja Kristian (Catholic Monarchs).

Hiasan plaster di pintu masuk ke dalam Mexuar Hall
Pemandangan Mexuar Hall
Tiang yang dibina di zaman Nasrid
Tiang dengan ciri senibina Nasrid
Bilal memberi penerangan tentang senibina Nasrid di Alhambra
Tingkat tambahan yang dibina di tengah-tengah Mexuar Hall oleh Catholic Monarchs untuk menukar fungsi bilik menjadi sebuah chapel.
 Pemandangan menghala ke luar
Room With A View
Kesan hiasan peninggalan Christian Monarchs di Alhambra
Bagi meraikan kejayaan mereka menakluk kembali Spain dari Kerajaan Islam, Catholic Monarchs yang beragama Kristian Roman Katholik telah menambah hiasan jubin Pillars of Hercules yang merupakan nama lama kepada Selat Gibraltar. Slogan Plus Ultra (Further Beyond) yang turut diletakkan kepada Pillars of Hercules ini merupakan slogan kemaraan mereka untuk menakluk tanah-tanah asing atas nama Spanish Empire.

Bilal memberi penerangan mengenai Pillars of Hercules yang dipasang oleh Catholic Monarchs untuk meraikan kemenangan mereka menakluk Alhambra
Pillars of Hercules dengan slogan Plus Ultra yang diletakkan pada lukisan tiang
Mendengar Bilal memberi penerangan tentang Pillars of Hercules
Penerangan ringkas mengenai bahan-bahan binaan yang terdapat di Mexuar Hall
Khalifah-Khalifah Islam yang terawal menakluk Spain mempunyai keimanan dan ketakwaan yang tinggi. Kerana itulah segala usaha mereka dipermudahkan oleh Allah SWT. Ketakwaan dan kerendahan hati mereka dapat dilihat pada tulisan-tulisan Arab yang tertera pada dinding Alhambra yang sentiasa mengingatkan sesiapa sahaja tentang kekuasaan Allah SWT. 

Menurut kisahnya apabila seorang Khalifah dilantik menjadi Ketua Negara, pengikutnya menobatkan Khalifah tersebut dengan panggilan Al-Ghalib (Pemenang), tetapi dibantah oleh Khalifah dengan mengatakan "Wallah, la ghalib illa Allah (bermaksud: Sebaliknya, kemenangan adalah milik Allah)". Lalu sejak itu, ia menjadi slogan Raja-Raja Nasrid dan banyaklah tulisan ayat ini diukir pada permukaan dinding Alhambra untuk menunjukkan yang mereka memang hebat tetapi segala kehebatan itu datangnya daripada Allah jua.

Tulisan Arab yang masih kekal dan utuh menghiasi dinding Alhambra
Perkataan Arab yang tertera adalah La Ghalib Illa Allah yang bermaksud Tiada Kemenangan Selain Dari Allah.
Tulisan Arab yang menggambarkan kebesaran Allah SWT. Antara yang dapat Myself baca adalah Al Mulk (Raja) dan Al Qadir (Yang Gagah)
(Tiada kemenangan selain dari Allah) : ÙˆÙ„ا غالب إلا الله yang ditulis di sepanjang dinding Sala de Mexuar
Siling berhias di Mexuar Hall diperbuat dari plaster sejak dari zaman Kristian. Hiasan kayu yang kelihatan sekarang juga dibina oleh Catholic Monarchs untuk menggantikan kubah yang pernah dipasang pada masa dahulu.

Kubah yang pernah dipasang di Mexuar Hall telah diganti dengan siling kayu oleh Catholic Monarchs
Walau banyak perubahan yang dibuat oleh Catholic Monarchs, mereka tidak mampu untuk menghapuskan nama-nama Allah yang menjadi perhiasan di sekitar Mexuar Hall.

ORATORY

Sebahagian Mexuar Hall yang dinamakan Oratory pernah berfungsi sebagai masjid di zaman Islam. Bahagian ini tidak boleh dimasuki pengunjung dan hanya boleh dilihat dari luar. Ada mihrab yang masih berada di Oratory. Pemandangan dari tingkap Oratory yang menghadap ke bandar Granada juga sangat indah.

Ruang Oratory yang tidak boleh dimasuki pengunjung
Mengintai ke dalam ruang Oratory
Jubin yang dipasang oleh Raja-Raja Kristian pada dinding di luar Oratory
Simbol Pillar of Hercules yang menjadi lambang kejayaan penaklukan tentera Kristian turut diselitkan di celah perhiasan jubin.
Mihrab masjid masih dapat dilihat di sebelah kanan
Pemandangan menghala ke tingkap masjid
Gabungan kehalusan ukiran perhiasan dan pemandangan indah kota Granada dari tingkap Oratory
Meninggalkan Sala de Mexuar

Part 68 : Comares Palace (Palacio de Comares) 
@ Nasrid Palace, Alhambra
 
Comares Palace (Palacio de Comares) adalah ruang kediaman rasmi Khalifah dan terdiri dari beberapa buah bilik yang dibina mengelilingi Court of Myrtles (Patio de los Arrayanes).

COURTYARD OF THE GOLDEN ROOM
(PATIO DEL CUARTO DORADO)

Mexuar Palace dan Comares Palace dihubungkan oleh sebuah ruang terbuka yang dinamakan Courtyard of the Golden Room (Patio del Cuarto Dorado). 

Courtyard of the Golden Room (Patio del Cuarto Dorado)
Pemandangan Comares Façade di Courtyard of the Golden Room
Comares Façade yang berwarna emas dibina oleh Khalifah Muhammad V untuk meraikan kemenangan menawan Algeciras pada tahun 1369. Façade ini mempunyai 2 buah pintu. Pintu di sebelah kanan adalah laluan ke tempat kediaman peribadi Khalifah manakala pintu di sebelah kiri pula menuju ke pejabat-pejabat Khalifah.

Terdapat 2 buah pintu di Comares Façade. Pintu di sebelah kanan menuju ke tempat kediaman Khalifah manakala pintu di sebelah kiri menuju ke pejabat-pejabat Khalifah. Pintu gerbang di sebelah kiri pula menyambungkan Mexuar Palace dengan Comares Palace.
Pintu gerbang yang menghubungkan Mexuar Palace dengan Comares Palace ini tidak dibuka kepada pengunjung.
Disebabkan ruang ini berfungsi sebagai tempat kediaman peribadi Khalifah, tingkap di tingkat atas Comares Façade dipasang dengan jeriji-jeriji kayu untuk menjaga privacy khususnya kaum wanita yang tinggal di situ.

Tingkap di tingkat atas Comares Façade yang dipasang dengan jeriji kayu (latticeworks)
 Pandangan jeriji kayu dengan lebih dekat
Mendengar penerangan Bilal tentang Comares Façade
Kolam pancutan air di Courtyard of the Golden Room 
Pemandangan kolam pancutan air dengan lebih dekat

GOLDEN ROOM 
(CUARTO DORADO)

Golden Room (Cuarto Dorado) dibina bertentangan dengan Comares Façade. Ia berfungsi sebagai ruang menunggu tetamu Khalifah.

Golden Room (Cuarto Dorado)
Pintu masuk ke Golden Room
Tulisan khat pada plaster : ولا غالب إلا الله  (Tiada kemenangan selain dari Allah) turut menghiasi pintu masuk ke Golden Room.
Suasana di dalam Golden Room
Tulisan khat yang menghiasi dinding Golden Room
Siling di Golden Room
 Golden Room sebenarnya dinamakan sedemikian kerana silingnya dihiasi dengan daun-daun emas.
Bilal memberi penerangan tentang tulisan khat yang menghiasi Golden Room
Pandangan lebih dekat tulisan khat
Lambang rasmi Kerajaan Nasrid di Granada
Tulisan khat pada jubin perhiasan dinding
Menikmati keindahan kehalusan ukiran perhiasan di Golden Room
Indah dan halus ukirannya
Satu lagi pandangan ukiran pada plaster dengan lebih dekat
Keluar dari Golden Room
Selepas melawat Golden Room, Bilal membawa kami masuk ke sebuah pintu di Comares Façade untuk menuju ke Court of Myrtles.

Pintu di sebelah kiri menuju ke Court of Myrtles
Beratur nak masuk ke pintu yang menuju ke Court of Myrtles
Berhenti sekejap kat depan pintu untuk mengambil gambar
Kita pun nak ambil gambar juga...
Bilik yang menyambungkan Courtyard of the Golden Room dengan Court of Myrtles juga mempunyai hiasan dinding dan siling yang cantik
Perhiasan pada siling
Pintu menuju ke Court of Myrtles

COURT OF MYRTLES 
(PATIO DE LOS ARRAYANES)

Court of Myrtles adalah salah sebuah pemandangan yang paling terkenal di Alhambra. Ia adalah sebuah kolam yang dikelilingi tumbuhan Myrtle. 

Pemandangan pertama Court of Myrtles
Bangunan di seberang pintu masuk ke Court of Myrtles
Pemandangan yang menghala ke Comares Tower
Comares Tower
Penghujung Court of Myrtles yang menghala ke Comares Tower
Tak nampak pemandangan kolam di tengah dari sini kerana dihalang oleh tumbuhan Myrtle
Bilal membawa kami melihat pemandangan kolam di Court of Myrtles dari hadapan Comares Tower.

Pemandangan kolam Court of Myrtles dari hadapan Comares Tower
Kolam di Court of Myrtles ini juga mempamerkan satu kehebatan senibina Alhambra. Ada kolam bulat kecil yang dibina di kedua-dua penghujung kolam utama bertujuan untuk melambatkan aliran kemasukan air ke kolam utama. Hasilnya air di kolam utama Court of Myrtles sentiasa tenang tanpa riak. Air kolam ini juga membalikkan pemandangan bangunan di seberang kolam ke dalamnya. Ukuran kolam juga dibuat tepat-tepat supaya bayang dalam kolam membalikkan sepenuhnya bangunan di hadapan sehingga ke tempat di mana kita berdiri di tepi kolam utama Court of Myrtles.

Kolam bulat ini berfungsi untuk memperlahankan aliran air yang masuk ke kolam utama Court of Myrtles ini
Kepanjangan kolam juga diukur sewaktu pembinaan supaya kolam ini membalikkan sepenuhnya bayangan bangunan di seberangnya.
Close-up pemandangan bangunan di seberang kolam
Kolam ini dikur sewaktu pembinaannya supaya pemandangan bayang bumbung bangunan di seberang yang dibalikkan betul-betul sampai ke tepi kolam di sini.

BOAT ROOM 
(SALA DE LA BARCA)

Kami kemudiannya dibawa melawat ke sebuah bilik di penghujung kolam Court of Myrtles ini yang dinamakan sebagai Boat Room (Sala de la Barca). Ada kisah menarik mengapa ruang ini dinamakan sebagai Boat Room. Pada asalnya bilik ini dinamakan sebagai Bilik Barakah sempena tulisan-tulisan Arab berkait keberkatan yang menghiasi seluruh dindingnya. Namun demikian, orang Spanish silap faham dan menyangka perkataan Barakah adalah Barca yang dalam Bahasa Spanish bermaksud Boat. Kerana itulah bilik ini kemudiannya dinamakan sebagai Boat Room.

Pintu masuk ke Boat Room
Suasana di dalam Boat Room
Senibina Arab yang dinamakan muqarnas
Pemandangan muqarnas dengan lebih dekat
 Perhiasan di dalam muqarnas

THRONE ROOM 
(SALON DE COMARES)

Throne Room (Salon De Comares) yang terletak di belakang Boat Room dibina oleh Khalifah Yusuf I (1333-1354). Ia adalah bilik terbesar di Alhambra. Siling bilik ini dibina dari 8,000 kepingan kayu cedar.

Laluan ke Throne Room dari Boat Room
Muqarnas
Throne Room (Salon de Comares)
Di sinilah dikatakan Raja-Raja Islam dan Raja-Raja Katholik dikatakan duduk bersemayam pada masa dahulu
Siling di Throne Room yang dibina dari 8,000 kepingan kayu cedar
Penggunaan stained glass turut menambahkan keindahan bilik ini.
Kedua-dua Boat Room dan Throne Room ini terletak di dalam Comares Tower di Comares Palace. Ada lagenda yang mengatakan di bilik inilah Kerajaan Islam Granada membuat keputusan untuk menyerah kalah kepada Catholic Monarchs. Lagenda juga mengatakan di bilik ini jugalah pelayar Spanish terkenal Christopher Columbus berjaya meyakinkan Catholic Monarchs untuk membiayai ekspedisi pelayarannya ke Benua Amerika menggunakan laluan Barat.

Di bilik inilah Kerajaan Islam Granada dikatakan membuat keputusan untuk menyerah kalah kepada Catholic Monarchs. Di sini juga Christopher Columbus berjaya mendapat pembiayaan dari Catholic Monarchs untuk membuat ekspedisi pelayaran ke India menerusi laluan Barat.
Sebahagian bilik ini sedang ditutup untuk pembaikan.
Lantai di Throne Room
Corak di lantai ini masih kelihatan cantik dan menarik
Agama Islam melarang ukiran dan lukisan benda-benda bernyawa. Oleh itu, perhiasan di Alhambra dibuat menggunakan motif-motif geometri.
Tingkap yang cantik di Throne Room
Close-up
Menikmati sejarah dan keindahan Throne Room
Memang jelas yang walaupun Raja Kristian berjaya mengalahkan Raja Islam di Andalus, mereka tidak mampu untuk menghapuskan nama-nama Allah yang banyak tertera di serata tempat di Alhambra
Keindahan ukiran yang masih terserlah
Mendengar Bilal memberi penerangan
Kilauan cahaya di Throne Room
Pemandangan sewaktu keluar dari Throne Room
Keluar dari Throne Room, kami kembali ke Court of Myrtle. Kali ini Bilal membawa kami ke penghujung kolam sebelah lagi untuk melihat pemandangan bayang Comares Tower pula. Seperti pemandangan bayangan bangunan di seberang tadi, pemandangan bayang Comares Tower pula cukup-cukup memenuhi kolam. Memang pandai dan amazing imaginasi arkitek yang mereka kolam ini pada masa dahulu.

Pemandangan sewaktu keluar dari Throne Room
Bilal mengajak kami berjalan ke penghujung sebelah sana
Berjalan mengikut Bilal ke penghujung seberang sana
Sambil berjalan kita ambil-ambil gambar
Bangunan di sekeliling Court of Myrtle ini adalah bilik-bilik kediaman keluarga Sultan dahulu
Tiba di seberang sini
Pemandangan Comares Tower dari seberang kolam
Cuba tengok bayang Comares Tower di dalam kolam...
Bayangan Comares Tower yang sepenuh kolam
Pemandangan penuh bayang Comares Tower yang dibalikkan di dalam air kolam
Kena berdiri di belakang kolam bulat ini kalau nak melihat pemandangan yang paling cantik dalam kolam
Kolam ini berfungsi untuk memperlahankan aliran air yang mengalir masuk ke dalam kolam besar untuk mengelakkan riak air
Air kolam yang tenang menimbulkan pemandangan bayang yang cantik
Tiang di korridor Court of Myrtle
Ukiran hiasan pada tiang
Tumbuhan Myrtle
Tumbuhan Myrtle dan Tiang Alhambra
Pintu masuk ke Kediaman Diraja di masa dahulu
Bumbung Alhambra
Sangat jelas yang ukiran perhiasan pada pintu yang dipenuhi dengan Kalimah Allah ini telah cuba ditutup dengan plaster oleh Raja Kristian tetapi over time, plaster tersebut telah tertanggal sedangkan Kalimah Allah tetap kekal utuh.
Tombol pintu
Kesan ukiran yang cuba diplaster juga ada di sini
Dari Comares Palce, kami dibawa menuju ke komponen Istana Nasrid yang ketiga yang dinamakan Palace of the Lions.

Menuju ke Palace of the Lions
Mengintai ke perkarangan Palace of the Lions


 Bersambung ke Bahagian 25...


CATATAN PERJALANAN (MOROCCO, SPAIN & PORTUGAL 2024):