Mei 2024
NORTHERN AFRICA & SOUTHERN EUROPE
Morocco, Spain & Portugal
[SPAIN: Tarifa, Granada, Cordoba & Seville]
Bahagian 23: Spain
GRANADA
(Alhambra : Medina & Royal Street of Alhambra)
HARI KEENAM (4)
Part 62: Alhambra
Tidak sah melawat Granada jika tidak berkunjung ke Alhambra. Maka setibanya di Granada, kami terus dibawa ke Alhambra.
Tempat bas menurunkan kami di Alhambra |
Encik Hatta memberi taklimat tentang lawatan ke Alhambra |
Laluan menuju ke pintu masuk Alhambra |
Kerusi rehat di depan pintu masuk ke Alhambra |
Berjalan ke pintu masuk Alhambra |
La Alhambra |
Posing dulu depan pintu masuk ke Alhambra |
Husband pun nak posing juga kat sini |
SEJARAH ALHAMBRA
Alhambra adalah sebuah kompleks istana dan kubu pertahanan di Granada. Ia dinamakan Al-Qal'a Al-Hamra yang bermaksud Red Fort dalam Bahasa Arab. Binaan asalnya adalah bahagian kubunya yang dinamakan Alcazaba yang dibina oleh pengasas Dinasti Nasrid, Khalifah Muhammad I pada tahun 1238. Ia terus diperbesar dan dibina oleh pemerintah-pemerintah seterusnya yang turut termasuk Khalifah Yusuf I dan Khalifah Muhammad V.
Pada tahun 1942, King Ferdinand II of Aragon dan Queen Isabella I of Castille menakluk Granada dan menyatukan seluruh Spain di bawah panji pemerintahan Katholik yang seterusnya menamatkan pemerintahan Islam yang telah bertapak sejak berkurun lamanya. Cucu mereka Charles V yang memerintah Spain sebagai King Charles I memerintahkan perobohan sebahagian Alhambra untuk pembinaan istana Renaissance bagi dirinya yang dinamakan Charles V Palace.
Pada tahun 1812, sebahagian lagi Alhambra dimusnahkan oleh Tentera Napoleon dari Perancis dalam Peninsular War. Pembaikan dan pemuliharaan Alhambra seterusnya dimulakan pada kurun ke-19. Dah faham serba sedikit tentang sejarahnya, marilah kita melawat ke Alhambra...
Ada seorang Guide petugas Alhanbra yang akan membawa kami melawat ke dalam. Beliau adalah seorang lelaki dari Lebanon yang bernama Bilal dan merupakan seorang penuntut dalam bidang sejarah di Spain. Bilal telah pun menunggu di pintu masuk sewaktu kami tiba.
Pintu masuk sebenar ke Alhambra |
Model Alhambra |
Keterangan tentang model Alhambra yang ditulis dalam Bahasa Spanish |
Bertemu Alhambra Guide kami yang bernama Bilal |
Kami diberi sebuah alat audio sebelum masuk ke dalam Alhambra. Dengan adanya alat ini, kita boleh berjalan dengan pace sendiri sambil mendengar penerangan yang diberi oleh Bilal.
Bilal dan Encik Hatta menguruskan pengagihan peralatan audio untuk ahli kumpulan kami. |
Peralatan audio bersama earphone yang diberi |
Dah ready nak masuk ke dalam |
Pastikan passport dibawa bersama untuk masuk ke dalam Alhambra kerana kita perlu menunjukkan passport berserta dengan tiket masuk. Nama kita juga ada tertulis pada tiket masuk ke Alhambra.
Passport diperlukan bersama tiket untuk masuk melawat Alhambra |
Pemeriksaan passport dan tiket untuk masuk ke Alhambra |
Berkumpul sebentar untuk memastikan semua ahli kumpulan dah masuk ke dalam |
Alhambra secara umumnya terdiri dari 4 bahagian seperti yang Myself tandakan pada peta di bawah: Medina (A), istana kediaman yang dinamakan Nasrid Palace (B), kubu pertahanan Alcazaba (C) dan taman istana yang dinamakan Generalife (D). Kumpulan kami hanya dibawa melawat ke 2 kawasan sahaja: Partal Gardens & Medina (A) dan Nasrid Palace (B).
Peta Alhambra |
Istana Alhambra dibina menggunakan bahan-bahan binaan yang biasa: plaster, kayu dan batu tetapi hasil binaannya sangat mengkagumkan lebih-lebih lagi kerana ia dibina dengan gambaran syurga di dunia. Sepanjang sejarahnya juga, ia hampir dirobohkan oleh Raja-Raja Katholik yang mengambilalih tampuk pemerintahan Kerajaan Spain dari orang Islam dan juga pernah hampir diletupkan oleh tentera Napoleon. Namun dengan pemuliharaan dan pembaikan, Alhambra terus bertahan sehingga sekarang.
Papan keterangan tentang bahan-bahan yang digunakan dalam pembinaan Istana Alhambra. |
Keterangan mengenai plaster yang digunakan dalam pembinaan Alhambra |
Part 63: Medina @ Alhambra
Tempat pertama yang ditunjukkan kepada kami di dalam Alhambra adalah Medina. Untuk sampai ke sana, kita dibawa melalui sebuah laluan yang tenang dan damai yang dibarisi dengan pokok-pokok hijau.
Laluan menuju ke Medina |
Laluan ini dibarisi pokok-pokok hijau yang cantik |
Cuaca yang baik pada petang itu menambahkan keindahan taman |
Sewaktu berjalan masuk menuju ke Medina, kami terserempak dengan sekumpulan pelancong Malaysia yang sedang berjalan keluar. Bergaya sekali semua ahli kumpulan ini melancong ke Alhambra dengan memakai Baju Raya. Maklumlah, ketika itu masih bulan Syawal dan mereka mengambil kesempatan meraikan Hari Raya di Alhambra. Hahaha!
Terserempak dengan kumpulan lain dari Malaysia yang memakai Pakaian Raya di Alhambra. |
Suasana di taman Alhambra |
Berehat di taman Alhambra |
Tembok kota Alhambra |
Husband berbual bersama Bilal |
Alhambra dibina di atas sebuah bukit yang tandus. Oleh yang demikian, salah sebuah keajaiban Alhambra adalah sistem pengairannya yang membawa air dari Sungai Darro untuk kegunaan minuman dan tanaman. Bagi tujuan ini, ada sebuah aqueduct dibina dan dinamakan Royal Aqueduct (Acequia Real). Water Tower (Torre del Agua) dibina untuk menjaga sumber air ini.
Water Tower yang dibina untuk menjaga Aqueduct |
Satu lagi pemandangan Water Tower |
Penutup sewer moden di Alhambra |
Arah ke Alcazaba dan Nasrid Palace (Palacio Nazaries) |
Tiba di Medina |
Suatu ketika dulu, sudut Alhambra di sini dipenuhi kedai, bengkel-bengkel, tempat mandian awam (public baths), masjid dan rumah-rumah kediaman. Kawasan ini dinamakan Medina dan didiami bangsawan dan orang-orang kebanyakan yang berkhidmat untuk Alhambra.
Medina |
Runtuhan-runtuhan Medina |
Sebahagian besar Medina kini hanya tinggal runtuhan. Bangunan-bangunan asal telah diroboh dan dibina bangunan baru di atasnya oleh Raja-Raja Kristian yang mengambilalih. Pada tahun 1808-1812, Alhambra ditawan oleh tentera Napoleon. Sebahagian bangunan ini telah diletupkan oleh tentera Napoleon sewaktu mereka menyerah kalah.
Medina satu ketika dulu adalah nadi kepada Alhambra kerana di sinilah kediaman para petugasnya |
Kebanyakan bangunan di Medina telah dimusnahkan oleh tentera Napoleon dari Perancis dalam Peninsular War |
Medina ditinggalkan dan terbiar selepas dimusnahkan oleh tentera Napoleon sehinggalah ke tahun 1930-an apabila projek pemuliharaan Alhambra dimulakan. Selepas aktifak era-Nasrid ditemui di kawasan ini oleh ahli-ahli arkeologi, penggalian semula terus dibuat pada tahun 1957, 1990 dan 1991. Apa yang kita lihat kini adalah peninggalan kerja-kerja penggalian dan pemuliharaan yang dilaksanakan.
Sebahagian lagi runtuhan Medina |
Menuju ke Convent of San Francisco |
CONVENT OF SAN FRANCISCO
(PARADOR DE SAN FRANCISCO)
Convent of San Francisco (Parador de San Francisco) adalah sebuah bangunan istana lama yang dibina pada kurun ke-14 Masehi. Ia telah ditukar menjadi sebuah biara Franciscan (Franciscan Monastery) oleh Queen Isabella sebagai memenuhi janjinya untuk membina sebuah rumah ibadat (shrine) sebagai penghormatan kepada St. Francis of Assisi. Ia kemudian berfungsi sebagai pusat latihan bagi bakal-bakal Raja Kristian.
Bangunan ini kini telah hilang fungsi keagamaannya. Ia telah diubahsuai dan dijadikan sebuah hotel mewah oleh Kerajaan Spain dan kini dikenali sebagai Hotel Parador de Granada.
Convent of San Francisco (Parador de San Francisco) pada asalnya dibuka oleh Queen Isabella sebagai sebuah rumah ibadat St. Francis of Assisi |
Convent of San Francisco kini berfungsi sebagai hotel mewah Parador de Granada |
Pemandangan Convent of San Francisco dari Royal Street of Alhambra (Calle Real) |
Taman di Alhambra dihiasi dengan pokok-pokok hijau rimbun yang dipangkas mengikut bentuk-bentuk yang tertentu. Pokok-pokok rimbun inilah antara ciri yang menjadikan Alhambra terkenal. Bukan sekadar pokok hiasan, pokok-pokok ini jugalah yang menjadi dinding, bumbung, tingkap dan pagar di taman Alhambra. Ada juga binaan gazebo yang dibuat semata-mata dari pohon rimbun ini.
Taman di Alhambra |
Sebelum dimusnahkan, ada sebuah bangunan yang dinamakan Abencerrajes' Palace (Palacio de Los Abencerrajes) berdiri di sini. Ia turut dikenali sebagai Accounting Palace (Palacio de la Contaduria) kerana digunakan oleh Senior Accountant of the Royal Council pada tahun 1501 di bawah Raja-Raja Kristian.
Runtuhan Abencerrajes Palace berdekatan Convent of San Francisco |
Sebahagian runtuhan |
Runtuhan Abencerrajes' Palace (Palacio de Los Abencerrajes) yang turut dikenali sebagai Accounting Palace (Palacio de la Contaduria) |
Part 64: Royal Street of Alhambra
(Calle Real de la Alhambra)
Laluan ke Royal Street of Alhambra (Calle Real de La Alhambra) |
Ada pemeriksaan tiket sekali lagi untuk masuk ke Royal Street |
Pintu masuk ke Convent of San Francisco yang kini berfungsi sebagai Hotel Parador de Granada |
Jalan utama di Alhambra dinamakan Royal Street of Alhambra. Dalam Bahasa Spanish ia dinamakan Calle Real de la Alhambra yang disebut: Kai-yay Riyal kerana huruf 'll' (double L) dalam Bahasa Spanish disebut sebagai huruf 'y'. Sebahagian jalan ini masih wujud dengan bangunan-bangunan yang dibina sewaktu era penaklukan Kristian yang dinamakan Reconquista.
Royal Street |
Suasana di permulaan Royal Street |
Tempat rehat di Royal Street |
Hotel America di Royal Street |
Pintu masuk ke Hotel America |
Bangunan yang menempatkan Hotel America ini dibina oleh Raja-Raja Katholik selepas menewaskan Kerajaan Islam Granada |
Taman di Hotel America |
Gerai-gerai souvenir di Royal Street |
Calle Real de la Alhambra |
Penghujung Royal Street |
Ada banyak pemandangan yang menyedihkan sewaktu kami melawat ke Spain ~ iaitu melihat bangunan-bangunan masjid yang ditukar menjadi gereja selepas peristiwa Reconquista oleh Ferdinand II of Aragon dan Isabella I of Castille yang digelar sebagai Catholic Monarchs. Pemandangan sedih pertama ini telah kami lihat di Alhambra ~ melihat bekas bangunan Masjid Alhambra yang ditukar menjadi gereja Church of Santa MarÃa de la Encarnación (Iglesia de Santa MarÃa de la Encarnación).
Church of Santa MarÃa de la Encarnación (Iglesia de Santa MarÃa de la Encarnación) |
Gereja Santa MarÃa de la Encarnación ini pada asalnya adalah Masjid Alhambra |
Menara masjid yang ditukar menjadi menara loceng gereja |
Ciri bangunan masjid masih ketara kelihatan pada bangunan ini |
Pemandangan bekas Masjid Alhambra dari sudut lain |
Gereja ini kelihatan macam tidak lagi digunakan sekarang |
PALACE OF CARLOS V
(PALACIO CARLOS QUINTO / PALACIO CARLOS V)
Satu bangunan unik yang terdapat di penghujung Royal Street of Alhambra ini adalah Palace of Carlos V (Palacio Carlos Quinto atau Palacio Carlos V) yang dibina oleh King Carlos V untuk meraikan kemenangan Tentera Kristian menewaskan Tentera Islam. Bangunan berciri Renaissance ini mula dibina pada tahun 1527 tetapi tidak pernah benar-benar siap sehingga sekarang. Carlos V adalah cucu kepada King Ferdinand dan Queen Isabella, Catholic Monarchs yang telah menawan Tanah Andalus dari Kerajaan Islam.
Tangga di tepi Palace of Carlos V |
Pintu masuk ke Palace of Carlos V |
Pemandangan ke tingkat atas Palace of Carlos V |
Ukiran perhiasan pintu masuk ke bangunan |
Kami tak masuk ke dalam bangunan Palace of Carlos V, tetapi dari maklumat yang diperolehi ia adalah sebuah bangunan yang unik kerana walaupun berbentuk segiempat di luar, ia mempunyai sebuah courtyard 2 tingkat berbentuk bulat di dalamnya yang dikelilingi 32 tiang. Myself gunakan gambar dari internet untuk menunjukkan suasana ini.
Pemandangan di dalam Palace of Carlos V [Gambar: Internet] |
Elemen simetri yang digunakan pada courtyard di dalam Palace of Carlos V ini memang mengkagumkan [Gambar: Internet] |
Kebanyakan bangunan di Alhambra yang dibina orang Moorish yang beragama Islam sering kelihatan simple di luar tetapi hebat di dalam. Bangunan-bangunan Kristian pula sering dibina hebat di luar tetapi agak simple di dalam. Palace of Carlos V yang dibina oleh orang Kristian sangat jelas menggambarkan ciri ini.
Husband berjalan di tepi Palace of Carlos V |
Laluan di tepi Palace of Carlos V |
Menuju ke Nasrid Palace |
Taman berhampiran Palace of Carlos V |
Pokok-pokok rendang yang menghias taman |
Tenang dan damai |
Nasrid Palace (Palacio de Nazaries) |
Istana kediaman Dinasti Nasrid dinamakan Nasrid Palace (Palacio de Nazaries). Laluan masuk perkarangan istana ini adalah menerusi gerbang yang dinamakan Gate of Vine (Puerta del Vino).
Gate of Vine (Puerta del Vino) |
Pintu ini menuju ke perkarangan Istana Nasrid (Palacio de Nazaries) |
Tingkap di atas Gate of Vine |
Latticeworks dipasang pada tingkap hampir seluruh Alhambra untuk menjaga privacy penghuninya di samping membolehkan mereka melihat suasana di luar. |
Cobblestones di depan Gate of Vine |
Gerbang Gate of Vine |
Siling pintu gerbang |
Gate of Vine |
Part 65: Alcazaba @ Alhambra
Perkarangan Istana Nasrid dinamakan Plaza of the Cisterns (Plaza de Los Ajibes). Ia dibina bersebelahan kota pertahanan yang dinamakan Alcazaba. Plaza ini dinamakan sedemikian kerana Raja-Raja Katholik yang mengambilalih Alhambra membina paip air minuman (cisterns) di sana.
Broken Tower (Torre Quebrada - kiri) dan The Keep (Torre Homenaja - kanan) adalah menara-menara asal Alcazaba |
Tembok pertahanan lama Alcazaba |
Plaza of the Cisterns (Plaza de los Ajibes) |
Tembok asal di Plaza of the Cisterns |
Checkpoint untuk masuk ke Alcazaba |
Pemeriksaan tiket masuk ke Alcazaba |
Sebelum dibawa masuk ke bangunan Istana Nasrid yang sebenar, kami dibawa oleh Bilal membuat lawatan ringkas di Alcazaba. Di tengah-tengah penghujung Alcazaba terdapat sebuah watchtower yang dinamakan Torre de la Vela. Di sinilah salib dan bendera Reconquista dinaikkan pada bulan Januari 1492 menandakan pengambilalihan kuasa oleh Raja-Raja Kristian. Pada masa dahulu, menara ini juga berfungsi untuk mengawal sistem pengairan lembah subur Granada yang dinamakan The Vega. Loceng akan dibunyikan dari menara ini untuk menandakan waktu pembukaan dan penutupan pintu air bagi tujuan pengairan.
Sebahagian dari Alcazaba |
Laluan pejalan kaki di Alcazaba |
Torre de la Vela (Watchtower) di mana salib dan bendera Reconquista dinaikkan selepas Alhambra ditawan oleh Tentera Kristian |
Runtuhan di tengah Alcazaba yang kelihatan seperti sebuah maze dinamakan Arms Square. Di sinilah kediaman tentera dan petugas-petugas istana pada masa dahulu.
Torre de la Vela dan Arms Square |
Runtuhan di Arms Square adalah bekas kediaman pengawal dan petugas istana |
Dinding pertahanan Alcazaba |
Berjalan di Alcazaba sambil mendengar penerangan yang diberikan oleh Bilal |
Menikmati pemandangan Alcazaba di remang petang |
Torre de la Vela yang dibina menghadap ke kota Granada |
Pemandangan lebih dekat Torre de la Vela |
Pemandangan menghala ke Istana Nasrid (Palacio de Nazaries) dari Alcazaba |
Pokok limau yang ditanam berhampiran pintu masuk ke Nasrid Palace |
Buah limau |
Jom kita ke istana... |
Pemandangan Palacio Carlos V dari tepi tembok Alcazaba |
Bersambung ke Bahagian 24...
CATATAN PERJALANAN (MOROCCO, SPAIN & PORTUGAL 2024):
- Bhg. 01 : Hari 01 - Perjalanan Ke Morocco : Kuala Lumpur International Airport
- Bhg. 02 : Hari 01 - Perjalanan Ke Morocco : Kuala Lumpur - Dubai - Casablanca
- Bhg. 03 : Hari 01 - Morocco : Casablanca [ Casablanca City & Hassan II Mosque ]
- Bhg. 04 : Hari 01 - Morocco : Casablanca [ Corniche ] & Marrakech
- Bhg. 05 : Hari 02 - Morocco : Marrakech [ Hotel Ibis Marrakech & Planete Des Epices ]
- Bhg. 06 : Hari 02 - Morocco : Marrakech [ Koutoubia Mosque & Jemaa El-Fna @ Day ]
- Bhg. 07 : Hari 02 - Morocco : Marrakech [ Tuk Tuk Tour ]
- Bhg. 08 : Hari 02 - Morocco : Marrakech [ Jemaa El-Fna @ Night & Restaurant Palais Chahramane ]
- Bhg. 09 : Hari 03 - Morocco : Marrakech - Rabat [ Rabat City ]
- Bhg. 10 : Hari 03 - Morocco : Rabat [ Marina Bou Regreg & Kasbah Oudaya ]
- Bhg. 11 : Hari 03 - Morocco : Rabat [ Hassan Tower & Mausoleum Mohammed V ]
- Bhg. 12 : Hari 03 - Morocco : Rabat - Fes
- Bhg. 13 : Hari 04 - Morocco : Fes [ Fes City & Chouara Tannery ]
- Bhg. 14 : Hari 04 - Morocco : Fes [ Borj Sud & Fes Medina ]
- Bhg. 15 : Hari 04 - Morocco : Fes [ Funduq al-Tetwaniyyin, Mosque of Al-Karaouine, Royal Palace & Borj Fez Shopping Mall ]
- Bhg. 16 : Hari 05 - Morocco : Fes - Chefchaouen
- Bhg. 17 : Hari 05 - Morocco : Chefchaouen
- Bhg, 18 : Hari 05 - Morocco : Chefchaouen - Tangier
- Bhg. 19 : Hari 06 - Morocco : Tangier [ Tangier City ]
- Bhg. 20 : Hari 06 - Morocco : Tangier [ Gare Maritime ]
- Bhg. 21 : Hari 06 - Morocco : [ Tangier ] - Spain : [ Tarifa ]
- Bhg, 22 : Hari 06 - Spain : Tarifa - Algeciras - Granada
- Bhg. 23 : Hari 06 - Spain : Granada [ Alhambra : Medina & Royal Street of Alhambra ]
- Bhg. 24 : Hari 06 - Spain : Granada [ Alhambra : Mexuar Palace & Comares Palace ]
- Bhg. 25 : Hari 06 - Spain : Granada [ Alhambra : Palace of the Lions ]
- Bhg. 26 : Hari 06 - Spain : Granada [ Alhambra : Partal Gardens ]
- Bhg. 27 : Hari 07 - Spain : Granada [ Albaicin ]
- Bhg. 28 : Hari 07 - Spain : Cordoba [ Cordoba City ]
- Bhg. 29 : Hari 07 - Spain : Cordoba [ Mezquita - Catedral de Cordoba : Courtyard ]
- Bhg. 30 : Hari 07 - Spain : Cordoba [ Mezquita - Catedral de Cordoba : Mezquita ]
- Bhg. 31 : Hari 07 - Spain : Cordoba [ Mezquita - Catedral de Cordoba : Catedral ]
- Bhg. 32 : Hari 07 - Spain : Cordoba [ Roman Bridge ] & Perjalanan Ke Seville
- Bhg. 33 : Hari 08 - Spain : Seville [ Plaza Espana ]
- Bhg. 34 : Hari 08 - Spain : Seville [ Casco Antiguo ]
- Bhg. 35 : Hari 08 - Spain : Seville [ Seville City ]
- Bhg. 36 : Hari 08 - Portugal : Portugal
- Bhg. 37 : Hari 08 - Portugal : Lisbon [ Lisbon City ]
- Bhg. 38 : Hari 08 - Portugal : Lisbon [ Oeiras ]
- Bhg. 39 : Hari 09 - Portugal : Lisbon [ Belem : Tower of Belem, Monument To Discoveries & Monastery of Jeronimos ]
- Bhg. 40 : Hari 09 - Portugal : Lisbon [ Baixa : Restauradores Square & Rossi Square ]
- Bhg. 41 : Hari 09 - Portugal : Lisbon [ Baixa : Rua Augusta & Praca do Comercio ]
- Bhg. 42 : Hari 09 - Portugal - Spain : Lisbon - Badajoz [ Vasco da Gama Bridge ]
- Bhg. 43 : Hari 09 - Spain : Badajoz - Merida - Madrid
- Bhg. 44 : Hari 10 - Spain : Madrid [ Las Rozas Village ]
- Bhg. 45 : Hari 10 - Spain : Madrid [ Centro Cultural Islamico ]
- Bhg. 46 : Hari 10 - Spain : Madrid [ Madrid Historic Centre : Palacio Real & Plaza de Oriente ]
- Bhg. 47 : Hari 10 - Spain : Madrid [ Madrid of Austrias : Calle del Arenal, Puerta del Sol & Plaza Mayor ]
- Bhg. 48 : Hari 10 - Spain : Madrid [ Gran Via & Flamenco Show ]
- Bhg. 49 : Hari 11 - Spain : Madrid [ Stadium Bernabeu & Barajas Airport ]
- Bhg. 50 : Hari 11 - Going Home : Madrid - Dubai - Kuala Lumpur