Mei 2024
NORTHERN AFRICA & SOUTHERN EUROPE
Morocco, Spain & Portugal
[SPAIN: Tarifa, Granada, Cordoba & Seville]
Bahagian 22: Spain
TARIFA - ALGECIRAS - GRANADA
HARI KEENAM (3)
Part 58: Tarifa
Hola, Espana! (disebut: Ola Espan-ya! yang bermaksud Hello, Spain! Huruf 'h' dalam Bahasa Spanish tidak mempunyai sebarang bunyi). Tarifa adalah kota yang terletak paling selatan di benua Eropah dan dikelilingi oleh 2 lautan: Atlantik dan Mediterranean. Ia mula terbentuk dengan berdirinya sebuah kota yang dibina oleh Khalifah Abdul Rahman III pada kurun ke-10.
|
Tarifa |
|
Tembok kota lama yang didirikan oleh Khalifah Abdul Rahman III |
|
Kota lama ini kini dikenali sebagai Castle of Tarifa |
Castle of Tarifa dibina pada tahun 960 Masehi oleh Khalifah Córdoba yang bernama Abdul Rahman III. Bila istana ini dirampas oleh King of Castile yang bernama Sancho IV pada tahun 1292, ia diserahkan untuk dijaga oleh Lord of Niebla & Nebrija yang bernama Alonso Pérez de Guzmán. Sewaktu dikepung oleh tentera adik kepada Sancho IV yang bernama Infante Don Juan, Guzmán dengan bantuan orang Marinid, tetap mempertahankan kota tersebut sekalipun nyawa anaknya sendiri menjadi taruhan. Tindakan Guzmán menyebabkan dia diberi gelaran El Bueno (The Good).
|
Castle of Tarifa |
|
Castle of Tarifa yang dibina oleh Khalifah Córdoba ini menjadi rebutan di antara orang Islam dan Kristian di Spain pada masa dahulu. |
Selepas penaklukan Kristian, Tarifa berfungsi sebagai sebuah kota sempadan yang pada mulanya dengan Kingdom of Granada. Selepas kerajaan Nazari di Granada tewas, Tarifa menjadi kota pertahanan serangan orang Berber dari Morocco pula. Pada kurun ke-18 Masehi seterusnya, Tarifa menjadi pangkalan tentera British untuk menakluk Gibraltar.
Laluan sepanjang 400 km dari Tarifa dan bercabang menerusi wilayah Málaga and Cádiz dikenali sebagai Ruta de los Almorávides y Almohades (Route of the Almoravids and Almohades). Almoravid dan Almohad adalah dua dinasti dari benua Afrika yang meninggalkan banyak tinggalan senibina hebat di Al-Andalus (Kerajaan Islam Spain). Jalan yang bercabang menerusi wilayah Málaga and Cádiz ini bercantum kembali di Ronda (Málaga).
|
Papan tanda permulaan Ruta de los Almorávides y Almohades (Route of the Almoravids and Almohades) di Tarifa |
|
Banyak tinggalan sejarah Islam dapat ditemui di sepanjang Route of the Almoravids and Almohades ini yang menganjur dari Tarifa sehingga ke Ronda. |
|
Peta Route of the Almoravids and Almohades |
|
Senibina Spanish dengan pengaruh Moorish di Tarifa |
|
Disebabkan keakraban sejarah Tarifa dengan Morocco pada masa dahulu, suasana di sini masih seakan-akan sama dengan di Morocco |
Suasana di bandar Tarifa yang dibina oleh Khalifah Abdul Rahman III dengan lorong-lorongnya yang sempit dan berliku masih dapat dilihat sehingga sekarang.
|
Peta pelancongan Spain |
Spain adalah sebuah negara demokrasi yang ditadbir oleh seorang Perdana Menteri. Namun demikian seperti juga di Malaysia, ia masih mempunyai seorang Raja. Raja yang memerintah Spain sekarang adalah King Felipe VI. Spain adalah juga satu-satunya negara Eropah yang mempunyai sempadan dengan benua Afrika kerana dua jajahan takluknya yang bernama Ceuta dan Melilla terletak di tanah besar Morocco.
Seperti kebanyakan negara Eropah lain, Spain juga terdiri dari beberapa negara kecil pada masa dahulu. Ia mula bersatu apabila King Ferdinand II of Aragon berkahwin dengan Queen Isabella I of Castille pada kurun ke-15 Masehi dan menyatukan kedua-dua negara mereka di bawah satu pemerintahan. Spanish adalah bahasa rasmi Spain yang dipertutur oleh 72% penduduknya. Bahasa-bahasa lain yang turut mendapat pengiktirafan sebagai bahasa rasmi di Spain adalah Catalan, Basque, Galician dan Aranese. Spanish juga menjadi bahasa pertuturan kedua terbesar di dunia selepas Bahasa Mandarin. Ia menjadi bahasa ibunda bagi 440 juta penduduk di seluruh dunia.
|
Pergunungan Sierra Nevada di selatan Spain |
|
Jambatan lama yang masih digunakan sebagai laluan landasan keretapi |
Spain adalah juga negara yang bersejarah. Dengan 49 tapak yang diwartakan, ia adalah antara negara yang memiliki bilangan UNESCO World Heritage Site yang terbanyak di dunia selepas Italy, China dan Germany. Walaupun agama Kristian banyak memainkan peranan dalam membentuk budaya Spanish, pengaruh agama telah semakin longgar di negara ini. Kajian yang dilaksanakan pada tahun 2012 mendapati hanya 13% sahaja rakyat Spain yang masih bersembahyang di gereja pada setiap hari Ahad. Namun demikian 70% penduduknya masih mengaku menganut agama Kristian Roman Katholik.
|
Pemandangan Laut Mediterranean dalam perjalanan menuju ke Algeciras |
|
Tanah di sebelah sana Lautan Mediterranean adalah Morocco yang terletak di benua Afrika |
Algeciras terletak 23 km dari Tarifa dan perjalanan ke sana memakan masa hanya kira-kira 25 minit.
|
Pemandangan Algeciras dari kejauhan |
|
Pinggir kota Algeciras |
Part 60: Lunch Di Algeciras
Algeciras adalah bandar terbesar di Bay of Gibraltar. Disebabkan fahaman kebangsaan yang kuat, orang Spanish memanggil Bay of Gibraltar sebagai Bahia de Algeciras (Bay of Algeciras) sepertimana orang Iran merujuk Teluk Arab di Lautan Hindi sebagai Teluk Parsi.
|
Tiba di Algeciras |
|
Algeciras |
Sejak dulu lagi, Algeciras adalah kota penghubung di antara benua Eropah dengan Afrika. Sehingga kini, kota ini adalah juga pelabuhan perkhidmatan feri dari Tangier di Morocco selain dari kota Tarifa. Namun demikian, perjalanan dari Tangier ke Algeciras memakan masa lebih lama (2 jam) berbanding perjalanan feri dari Tangier ke Tarifa (1 jam).
Sambung sedikit lagi tentang sejarah Algeciras... Algeciras menjadi pelabuhan penting bagi Kerajaan Muslim Al-Andalus selama 6 abad. Dalam tempoh tersebut, ia berkali-kali menjadi sasaran tentera Kristian yang ingin merampas penguasaannya. Seluruh kota dimusnahkan oleh Khalifah Granada yang bernama Muhammad V apabila ia hampir tidak dapat lagi dipertahankan. Algeciras akhirnya jatuh ke tangan tentera Kristian pada tahun 1344 di bawah pimpinan King Alfonso XI yang juga dikenali sebagai The Righteous.
|
Meninggalkan Algeciras |
Part 61: Algeciras Ke Granada
Perjalanan dari Algeciras menuju ke Granada adalah sejauh 258 km dengan memakan masa 3 jam. Tidak seperti di Morocco di mana kami boleh membuat persinggahan untuk menunaikan solat, kami dinasihatkan untuk bersolat di dalam bas sahaja sepanjang perjalanan di Spain. Maklum sahajalah kerana Spain adalah sebuah negara Kristian, jadi kemudahan untuk orang Islam bersolat dalam perjalanan tidak disediakan.
Tidak seperti di Italy dulu di mana perjalanan antara destinasi tidak terlalu jauh, perjalanan antara destinasi di Spain pula sangat jauh. Jadi kita memang perlu sentiasa bersedia dengan kemungkinan tidak sempat sampai balik ke hotel untuk Solat Jamak walaupun kami mengembara dalam Musim Spring di mana waktu Maghrib masuk pada jam sekitar 9.20 malam, hampir setengah jam lebih lewat berbanding di Morocco.
|
Pemandangan dari Algeciras menuju ke Granada |
|
Pemandangan di lebuhraya |
|
Kawasan Los Barrios |
Perjalanan kami di Spain adalah perjalanan menjejak sejarah kegemilangan Kerajaan Islam Al-Andalus yang pernah bertapak di negara ini pada masa dahulu. Kerajaan Al-Andalus pada mulanya berpusat di Cordoba sebelum berpindah ke Seville dan akhirnya ke Granada. Untuk lebih memahami kesemua tempat yang akan kita lawati nanti, kita imbau kembali sejarah Kerajaan Al-Andalus ini...
Kemenangan tentera Islam di bawah Tariq bin Ziyad menguasai Gibraltar telah membuka ruang untuk pasukan Islam terus menguasai bumi Andalus. Tariq meneruskan penguasaan beliau ke Cordoba dan Toledo. Kemenangan demi kemenangan dicapai oleh tentera Islam dalam usaha melebarkan kerajaan Islam di bumi Eropah termasuk di bandar Zaragoza, Leon, Málaga, Seville dan beberapa buah bandar lain.
|
Málaga |
|
Pemandangan di Málaga |
|
Málaga adalah antara kota terawal yang dikuasai oleh tentera Islam di Sepanyol dahulu |
|
Pergunungan berhampiran Málaga |
|
Bas Hispalis yang sama seperti bas yang kami gunakan sewaktu di Spain |
|
Lebuhraya menuju ke Granada |
Sejak penguasaan oleh Tariq bin Ziyad, Islam mula tersebar luas ke seluruh Andalusia dan bermulalah penguasaan Bani Umayyah di Andalus. Khalifah Bani Umayyah berpusat di Damascus, Syria. Namun begitu mereka telah mewakilkan beberapa orang Gabenor untuk mentadbir Al-Andalus. Seramai 20 orang Gabenor telah mentadbir Al-Andalus bermula dari tahun 718-756M. Gabenor yang pertama ialah Abdul Aziz bin Musa bin Nusayr dan yang terakhir ialah Yusuf bin Abdul Rahman Al-Fihri.
Selepas kemasukan Islam melalui Gibraltar, Sepanyol beransur-ansur muncul menjadi sebuah negeri yang makmur. Pasukan Islam tidak sahaja berhenti di Sepanyol, malah terus meluaskan empayar ke negeri sekitar seperti Perancis. Kota Carcassone, Nîmes, Bordeaux, Lyon, Poitou, Tours dan sebagainya jatuh ke tangan umat Islam. Walaupun pasukan Islam sangat kuat dan memiliki kekuasaan yang luas, mereka masih tetap memberikan toleransi kepada suku kaum Goth dan Navarro di daerah sebelah Barat yang juga merupakan kawasan pergunungan.
|
Banyak terowong yang dilalui dalam perjalanan ke Granada |
|
Suasana di dalam terowong |
|
Cahaya di penghujung terowong |
|
Kawasan pergunungan |
|
Pemandangan di bumi Andalusia |
|
Plaza Tol di Benahavis |
|
Pandangan dekat Plaza Tol |
|
Kadar tol yang dikenakan ialah Euro 3.60 (RM 18) |
Islam menerangi bumi Spain dan disebabkan sikap penguasa Islam yang begitu baik dan rendah hati, ramai orang Sepanyol dengan tulus ikhlas memeluk agama Islam. Mereka bukan hanya beragama Islam, malah bersungguh-sungguh mempraktikkan kehidupan secara Islam. Mereka tidak hanya membaca Al-Quran, malah bertingkah laku berdasarkan Al-Quran. Keadaan tenteram seperti itu berlangsung hampir 6 abad lamanya.
Penguasa dan pemimpin Islam pada masa itu sangat berwibawa dan digeruni. Khalifah Abdul Rahman Al-Dakhil misalnya, adalah orang yang mendirikan Khilafah Bani Umayyah di Andalus. Ketika dijemput pemimpin Kristian yang dibantunya dalam memerangi musuh mereka, beliau dipelawa minum arak tetapi beliau menolak secara berdiplomasi dengan berkata: "Aku memerlukan tambahan untuk otakku dan bukan untuk mengurangkannya".
|
Puncak gunung di tepi lebuhraya |
|
Marbella, Spain |
|
Jambatan di lebuhraya |
|
Las Lagunas de Mijas |
|
Las Lagunas de Mijas |
|
Las Lagunas de Mijas |
|
Laut Mediterranean |
|
Benalmádena |
|
Lagi pemandangan kota Benalmádena |
|
Stadium yang kelihatan di sana adalah Plaza de Toros yang merupakan sebuah gelanggang Laga Lembu (Bull Fighting) |
Selama Islam berada di Al-Andalus berabad-abad lamanya itu, mereka tetap dikelilingi orang kafir Spanish yang sentiasa mencuba untuk menghapuskan Islam di negara tersebut, namun selalu gagal. Percubaan demi percubaan dibuat tetapi tidak mendatangkan hasil. Mereka kemudian menghantar perisik untuk mengkaji kelemahan umat Islam di Spain. Akhirnya perisik itu menemui cara untuk menakluk Islam di Spain, iaitu dengan melemahkan iman umat Islam pada serangan pemikiran dan budaya.
Orang-orang kafir secara senyap menghantar arak dan rokok secara percuma ke wilayah Sepanyol. Muzik diperdengarkan untuk memujuk kaum mudanya agar lebih suka menyanyi dan menari daripada membaca Al-Quran. Mereka juga mengirim sejumlah ulama palsu yang kerjanya meniupkan perpecahan di kalangan umat Islam di Spain. Akhirnya usaha mereka membuahkan hasil apabila satu persatu daerah di Spain jatuh ke tangan mereka.
|
Ekk, lembu! |
|
Terasa kita sedang berada di Spain bila melihat patung lembu begini |
|
Cuaca di luar sana memang nampak panas |
|
Rolling hills |
Seperti juga di negara-negara Eropah yang lain, ada peraturan yang mewajibkan pemandu bas berhenti rehat setiap dua jam perjalanan. Kata Local Tour Guide kami Zarina, bagi setiap 2 jam perjalanan mereka wajib berhenti rehat 15 minit. Tetapi kalau perjalanan terpaksa diteruskan sehingga 3 jam, perhentian wajib pula adalah selama 40 minit. Pemandu walau bagaimanapun bertanggungjawab untuk memastikan mereka tidak memandu lebih 3 jam pada sebarang masa.
Disebabkan perkara ini juga, bas kami berhenti rehat dekat sebuah stesen minyak di kawasan Leja. Kami juga mengambil kesempatan untuk menggunakan tandas di sini. Seperti di Italy dulu, penggunaan tandas awam di Spain secara umumnya adalah percuma. Cuma di Western Europe dulu saja (France, Germany, Belgium, Netherlands dan Switzerland) kita perlu membayar kalau nak menggunakan tandas.