Oktober 2022
SOUTHEASTERN EUROPE (BALKANS)
Croatia, Bosnia-Herzegovina, Montenegro, Albania, Kosovo, North Macedonia, Greece & Turkiye (3rd Visit)
(TURKIYE: Istanbul)
Bahagian 45: Istanbul 1
ISTANBUL (Suleymanpasa & Beyazit)
HARI KESEMBILAN (2)
Part 125: Meydan Restaurant @ Suleymanpasa
Sewaktu bas sampai di Suleymanpasa, kami berhenti untuk makan tengah hari di Meydan Restaurant. Restoran ini menghidangkan makanan tipikal Turki yang dihidang terus ke meja kami.
|
Meydan Restaurant di Sulaymanpasa |
|
Pemandangan di depan restoran |
|
Suasana di dalam restoran |
|
Pemandangan di dalam restoran |
|
Mengambil tempat untuk makan tengah hari |
|
Lukisan klasik Turki yang menghias dinding restoran |
|
Roti dan Sup |
|
Makanan sedang disajikan kepada kami |
|
Main Course |
|
Dessert |
|
Kaunter makanan |
|
Daging mentah yang belum dimasak |
|
Tukang Masak memberi pos yang istimewa |
|
Turkish Tea yang dihidang di akhir sajian |
|
Tangga naik ke ruang makan di tingkat atas |
|
Melihat daging yang dijual di restoran. Daging yang dibeli boleh dimasak terus di restoran ini. |
Selepas makan kita lihat-lihat pemandangan di luar restoran pulak sebelum naik ke bas semula.
|
Masjid di seberang jalan |
|
Jalan besar di depan Meydan Restaurant |
Part 126: Meneruskan Perjalanan
Perjalanan diteruskan lagi menuju ke Istanbul.
|
Restoran Kapalterbang |
|
Pandangan lebih dekat kapalterbang yang diubahsuai menjadi restoran |
|
Ladang pertanian yang telah dituai hasilnya |
Perjalanan kami kemudiannya menyusuri Laut Marmara. |
Banyak kawasan perindustrian yang dilihat semakin mendekati Istanbul |
|
Wind Farm |
|
Kincir angin |
|
Padang rumput |
|
Perumahan di kawasan bukit |
|
Tasik ini terletak di luar kota Istanbul |
|
Habitat burung di Lake Büyükçekmece |
|
Banyak sungguh burung yang berterbangan |
|
Tak tahu pokok apa yang ditanam di sini |
|
Depot syarikat logistik |
|
Bendera Turkiye |
|
Lake Büyükçekmece sebenarnya bersambung ke laut tetapi ada tambak dibina untuk memisahkannya dengan Laut Marmara |
|
Satu lagi pemandangan Lake Büyükçekmece |
|
Pemandangan mentari yang semakin terbenam di Lake Büyükçekmece |
|
Semakin mendekati Istanbul |
|
Perumahan moden di pinggir bandaraya Istanbul |
Part 127: Istanbul
Istanbul, aku datang sekali lagi! Alhamdulillah, selepas berkunjung ke sini empat bulan yang lalu, Allah izinkan Myself menjejak lagi di Istanbul buat kali ketiga. Kedatangan kali ini agak berbeza kerana Myself tak pernah melihat kawasan Istanbul di sebelah sini yang sedang kami lalui sekarang.
|
Tiba di Istanbul |
|
Pemandangan di pinggir Istanbul |
|
Kolej dan bangunan kediaman |
|
Pemandangan di sini sangat berbeza dengan Istanbul New City dan Istanbul Old City yang selalu dikunjungi pelancong |
|
Melihat pemandangan sebegini barulah kita sedar betapa besar sebenarnya kota Istanbul |
|
Traffic camera |
Kawasan yang sedang kami lalui ini adalah the livable part of Istanbul. Di sinilah kebanyakan penduduk Istanbul tinggal dan bekerja, bukan seperti di Taksim dan Sultanahmet yang dikunjungi sebelum ini yang merupakan kawasan tumpuan pelancong.
Kami juga melintasi Mall of Istanbul yang sangat besar. Namun demikian, ia bukanlah shopping mall yang terbesar di Istanbul. Ada shopping mall lain yang lebih besar lagi, ia bernama Istanbul Cevahir Shopping Mall.
|
Mall of Istanbul |
|
Menuju ke Sultanahmet yang terletak di Istanbul Old City |
Kemudian kita dapat melihat sebuah lagi shopping mall besar yang dinamakan Forum Istanbul. Maklumlah Istanbul adalah sebuah bandaraya yang besar dengan 15 juta orang penduduk. Manalah cukup dengan hanya sebuah dua shopping mall saja.
|
Forum Istanbul |
Mehmet juga menunjukkan kepada kami stesen bas utama Istanbul yang bernama Esenler Otogarı. Kata Mehmet, kalau nak naik bas ke mana-mana bahagian di Turkiye, ke sinilah kita patut pergi.
|
Stesen bas utama Istanbul yang bernama Esenler Otogarı |
Disebabkan traffic jam, bas terpaksa bergerak perlahan masuk ke Istanbul Old City. Salah sebuah landmark yang menarik perhatian kami ialah Pertevniyal Valide Sultan Mosque yang dibina oleh Pertevniyal Sultan, isteri kepada Sultan Mahmud II dan ibu kepada Sultan Abdülaziz. Ia adalah antara masjid yang terakhir dibina di zaman Empayar Ottoman. Pertevniyal Sultan meninggal dunia 13 tahun selepas masjid ini siap dibina dan dikebumikan di dalamnya.
|
Pertevniyal Valide Sultan Mosque |
|
Satu lagi pemandangan Pertevniyal Valide Sultan Mosque. Valide Sultan (Queen Mother) adalah gelaran kehormat yang diberi kepada ibu Sultan yang memerintah. |
|
Tramvay |
|
Atatürk Boulevard |
|
Hotel Hira |
|
Valens Aqueduct |
|
Banyak bendera dipasang sekitar Istanbul Old City ketika itu. Ada kempen pilihanraya agaknya. |
|
Satu lagi suasana di luar Beyazit Mosque |