Monday, 20 July 2026

2026 SOUTHERN AFRICA BHG. 25 (Johannesburg - Cape Town)

Mei 2026

SOUTHERN AFRICA
South Africa, Zimbabwe, Zambia, Botswana & Mauritius
(SOUTH AFRICA : Johannesburg, Sun City, Cape Town, Cape Peninsula & Cape Winelands)

Bahagian 25: South Africa
JOHANNESBURG [Lanseria Airport] -->> CAPE TOWN

HARI KETUJUH (3)

Part 54: Lanseria International Airport

Dah tiba masa untuk kami meninggalkan Johannesburg untuk melawat ke Cape Town. Oleh itu, kami dibawa ke Lanseria International Airport kerana penerbangan kami ke Cape Town akan berlepas dari situ.

Perjalanan menuju ke Lanseria International Airport
Pemandangan Lanseria Airport dari kejauhan
Bangunan terminal Lanseria Airport
Tempat letak kereta di Lanseria Airport
Lanseria International Airport adalah airport kedua bagi Johannesburg selepas O.R. Tambo International Airport. Ia banyak digunakan bagi penerbangan regional, corporate dan private charter. Kalau O.R. Tambo Airport menggunakan kod JNB, Lanseria Airport pula menggunakan kod HLA.

Welcome To Lanseria International Airport
Terminal private charter di Lanseria International Airport
Pemandangan keseluruhan Lanseria International Airport
Bangunan terminal penumpang di Lanseria Airport
Bas kami berhenti di sini
Bagasi yang telah dikeluarkan dari bas
Pemandangan dari tempat bas menurunkan kami
Penerbangan kami ke Cape Town adalah menggunakan penerbangan tambang murah Fly Safair. Oleh yang demikian, sebaik masuk ke dalam terminal, kami terus menuju ke kaunter Fly Safair untuk check-in.
 
Kaunter Fly Safair
Beratur untuk check-in di kaunter Fly Safair
Lanseria International Airport tidak besar, tetapi cukup lengkap dengan berbagai kemudahan. Di sini jugalah kami berpisah dengan Tour Guide kami Evie yang cukup baik dan mesra melayani kami selama 5 hari di Johannesburg. Thank you very much, Evie. Berkaca-kaca juga mata Evie sewaktu berpisah dengan kami. Maklum sajalah kerana walaupun cuma 5 hari bersama, kami dah cukup mesra bagaikan dah kenal lama.

Suasana di Lanseria International Airport
Arah ke Boarding Gate
Disebabkan ada banyak masa terluang selepas check-in, Myself dan Husband membuat keputusan untuk minum-minum dulu di kafetaria airport yang terletak di tingkat atas. Kami memilih untuk minum di Kafe Kauai yang mempunyai Sijil Perakuan Halal dari Islamic Council of South Africa.

Suasana di tingkat atas Lanseria Airport.  Ada beberapa buah kafe di sini.
Kauai Cafe di Lanseria Airport
Kauai Cafe
Staff di Kauai Cafe yang sangat baik dan peramah
Sijil Perakuan Halal di Kauai Cafe dari Islamic Council of South Africa
Vida e Caffe di sebelah Kauai Cafe
Vida e Caffe
Minum petang di Kauai Cafe
Afternoon Tea di Kauai Cafe
Disebabkan kami tak sempat nak makan banyak di Lion Park tadi, lapar pulak sewaktu menunggu flight ke Cape Town petang ini. Jadi, kita pun order Quesadilla Wrap dengan Hot Chocolate untuk minum petang. Kos minum petang termasuk tax adalah ZAR 224 (RM 56).

Sambil minum petang, mari kita bercerita tentang matawang South Africa yang bernama Rand. Ia sering ditulis sebagai ZAR di mana ZA bermaksud Zuid Afrika (South Africa) dalam bahasa Afrikaaner. Afrikaaner adalah bahasa Belanda version Afrika yang dipakai oleh penduduk South Africa yang berketurunan Belanda. Matawang ini agak sukar diperolehi di kebanyakan Money Changer di Malaysia, tetapi surprisingly ia mudah didapati di KLIA1. Nilainya adalah MYR 1 = ZAR 4. Muka hadapan matawang ZAR dihiasi dengan potret Presiden Nelson Mandela manakala muka berlakangnya pula dihiasi dengan haiwan-haiwan Big Five.
  
Muka hadapan matawang South African Rand yang dihias dengan muka Presiden Nelson Mandela
Muka belakang matawang South African Rand yang dihias dengan gambar-gambar haiwan Big Five.
Ada Viewing Deck di situ tetapi kami tak pergi ke sana
Pesawat kami Fly Safair FA 303 dijadual berlepas pada pukul 4.45 petang. Dekat-dekat waktu yang ditetapkan, kami berjalan menuju ke Boarding Gate.
 
Banyak pesawat Fly Safair menggunakan Lanseria Airport untuk terbang ke pelbagai destinasi di South Africa
Bergerak turun ke bawah untuk menuju ke Boarding Gate
Tangga turun ke Boarding Area
Terperanjat melihat ada iklan Islamic Banking di South Africa
Berjalan mencari Boarding Gate
Boarding Gate kami terletak di sana
Boarding Pass dari Lanseria (Johannesburg) menuju ke Cape Town
Pesawat yang nak membawa kami ke Cape Town dah bersedia di luar sana
Panggilan masuk ke dalam pesawat

Part 55: Terbang Ke Cape Town
 
Pesawat kami Fly Safair FA 303 dijadual berlepas ke Cape Town pada pukul 4.45 petang. Seawal pukul 4.35 petang, kami semua dipanggil masuk ke dalam pesawat.

Berjalan masuk ke dalam pesawat Fly Safair
Pemandangan dari tingkap tempat duduk kami
Pesawat Fly Safair FA 303 yang digunakan untuk membawa kami ke Cape Town adalah sebuah pesawat narrow body Boeing B737-800. Penerbangan dari Lanseria Johannesburg menuju ke Cape Town memakan masa 2 jam 15 minit.

Pemandangan di dalam pesawat Fly Safair
Uniform peramugari Fly Safair yang sangat ceria [Gambar dari internet]
Mula bergerak menuju ke Cape Town
Bergerak menuju ke runway
Menunggu nak berlepas ke Cape Town
Mentari sedang terbenam sewaktu kami terbang meninggalkan Johannesburg. Tidak lama kemudian hari mula menjadi gelap kerana ketika ini waktu matahari terbenam di South Africa adalah pada pukul 5.45 petang.
 
Selamat berlepas ke udara
Berlepas dari Lanseria Airport, Johannesburg [Flightradar24]
Terbang meninggalkan Johannesburg
Terbang menuju ke Cape Town
Peta penerbangan dari Johannesburg menuju ke Cape Town [Flightradar24]
Seperti Air Asia, ada makanan yang dijual di dalam penerbangan Fly Safair dan yang paling best, ada makanannya yang dijamin Halal. Kami walau bagaimanapun tidak membeli apa-apa makanan sebab dah kenyang minum petang di Kauai Cafe di Lanseria Airport tadi.

Buku menu dalam Fly Safair
Makanan dan minuman yang dijual dalam Fly Safair
Sandwich di dalam Fly Safair dijamin Halal
Masih dalam penerbangan menuju ke Cape Town
Sungai Jagspruit
Mentari yang semakin terbenam
Mega merah di ufuk barat
Menghampiri Cape Town
Memang excited bila Cape Town muncul dalam pandangan. Selama ini kita cuma membaca dan melihat gambar-gambar Cape Town di dalam buku dan TV. Memang terharu bila akhirnya Allah takdirkan Myself dan Husband dapat sampai ke sini. Inilah antara tempat yang selama ini memang kami rasakan macam terlalu jauh dan susah sangat-sangat nak pergi.
 
Pemandangan pertama kota Cape Town dari udara
Selama ini kita cuma melihat gambar Cape Town di buku dan TV sebagai kota yang cantik
Bandar Cape Town memang cantik walau di malam begini
Kalau di waktu siang, pasti pemandangan laut di sekitar Cape Town ini juga sangat cantik
Cape Town
Membuat penerbangan turun di Cape Town International Airport
Tiba di Cape Town International Airport
Seperti yang dijadualkan, pesawat kami selamat mendarat di Cape Town International Airport (CPT) pada pukul 7 malam.
 
Selamat mendarat di Cape Town International Airport
Cape Town International Airport

Part 56: Cape Town International Airport

Cape Town International Airport adalah airport yang kedua tersibuk di South Africa selepas O.R. Tambo International Airport di Johannesburg. Pada tahun 2025, ia adalah airport yang ke-6 tersibuk di Afrika selepas Cairo (Egypt), O.R. Tambo (Johannesburg, South Africa), Bole (Addis Ababa, Ethiopia), Mohammad V (Casablanca, Morocco) dan Hurghada (Egypt).

Berjalan keluar dari pesawat
Berjalan masuk ke bangunan terminal
Tiada pemeriksaan passport yang perlu dilalui di Cape Town International Airport kerana penerbangan dari Johannesburg adalah penerbangan domestik.

Berjalan ke arah Domestic Arrivals
Turun escalator ke Baggage Reclaim
Maklumat carousel untuk Baggage Reclaim
Baggage Reclaim
Sesuatu yang kami perhatikan di Cape Town ialah ada lebih ramai orang kulit putih di sini berbanding sewaktu di Johannesburg
Eddy terus memimpin kami keluar dari airport untuk bertemu dengan Local Tour Guide kami di Cape Town yang bernama Jeremy.
 
Berjalan keluar dari airport selepas mengambil bagasi
Suasana di Cape Town International Airport
Oleh kerana ada agenda untuk shopping sewaktu di Cape Town, kami berhenti sebentar di Money Changer di  Cape Town Airport kerana ada ahli-ahli group yang nak menukar duit Rand.

Suasana di Cape Town Airport sementara menunggu beberapa ahli kumpulan yang nak menukar duit Rand
Lelaki kulit putih ini adalah Local Tour Guide kami di Cape Town yang bernama Jeremy
Berjalan ke tempat bas di luar bangunan terminal
Menunggu bas tiba
Bas kami dah tiba
Pemandangan dari dalam bas sewaktu bergerak meninggalkan Cape Town International Airport

Part 57: Cape Town
 
Dari Cape Town International Airport, kami terus dibawa menuju ke pusat bandar Cape Town untuk makan malam.

Jeremy
Perjalanan menuju ke pusat bandar
Pemandangan pelabuhan Cape Town pada malam hari
Cape Town
Pinggiran laut di Cape Town tetapi tak nampak pemandangan lautnya sebab gelap.
Satu lagi pemandangan pinggir laut Cape Taown
Dinner kami pada malam ini disediakan di sebuah Chinese Restaurant yang bernama Taoyuan. Ada sebuah meja khas disediakan untuk kami yang Muslim di restoran ini kerana menu kami berbeza dari mereka yang lain.

Berjalan menuju ke restoran
Restoran Taoyuan Asian Cuisine di Cape Town
Suasana di depan Taoyuan Restaurant
Mengambil tempat untuk makan malam di restoran
Ada meja khas yang disediakan untuk kami yang Muslim
Suasana di dalam Restoran Taoyuan
Hidangan dinner kami di Restoran Taoyuan ini memang sedap. Tak tahu apa hidangan yang disediakan untuk Pengyou, tetapi bagi kami yang Muslim, hidangan yang disediakan adalah seafood dan sayur-sayuran. Antara hidangan istimewa malam ini adalah Abalone.

Hidangan makan malam kami
Abalone
Hidangan ikan yang sedap
Sewaktu di restoran ini juga kami diperkenalkan dengan Patty, food coordinator yang mengatur makanan Halal untuk kami di Cape Town. Thank you, Patty kerana membolehkan kami turut menikmati hidangan Halal yang enak di Cape Town bersama rakan-rakan yang lain. 😄

Bergambar bersama Patty yang mengatur makanan Halal untuk kami di Cape Town

Part 58: Pepperclub Hotel @ Cape Town

Selepas selesai dinner barulah kami dibawa ke hotel penginapan kami yang bernama Pepperclub Hotel. Hotel ini adalah sebuah hotel bertaraf 4 bintang yang terletak di tengah pusat bandar Cape Town. 
 
Bas parking di depan Pepperclub Hotel
Pemandangan di depan Pepperclub Hotel
Satu lagi pemandangan di depan Pepperclub Hotel
Pepperclub Hotel
Pintu masuk ke Pepperclub Hotel
Rotating Door
Walaupun hotel ini berada di pusat bandar, kami dinasihatkan supaya tidak keluar dari hotel di sebelah malam kerana seperti di Johannesburg dan Pretoria, kadar jenayah di Cape Town juga sangat tinggi. Ini bukanlah satu masalah bagi Myself dan Husband kerana walau di mana juga kami berada sewaktu di oversea, memang kami tidak pernah keluar dari hotel pada waktu malam. 

 Bagasi kami yang dikumpul di depan Concierge
Welcome Drink
Eddy menyerahkan kunci bilik kepada kami
Sangat memeranjatkan kerana kami semua diberi bilik suite di Pepperclub Hotel. Setiap bilik mempunyai ruang tamu, kitchenette dan ruang tidur. Memang seronok kerana kami akan menginap di sini selama 3 malam. Bilik kami juga special kerana mempunyai balcony yang sangat luas, macam boleh sangat kalau nak membuat barbecue di situ. 😂

Ruang tamu dan kitchenette di dalam suite kami
Katil terletak di ruang yang berasingan
Ruang tidur dan kabinet yang dilengkapi dengan kemudahan ironing
Kabinet dalam ruang tidur
Satu lagi pemandangan ruang tamu dan kitchenette
Coffee & Tea Making Facilities
Tea & coffee yang diberi pun banyak
Biscotti yang sedap
Bilik mandi yang luas dan selesa
Bilik kami juga menghadap ke kawasan Bo Kaap (Malay Quarter) di Cape Town, tetapi jauh juga kalau nak berjalan kaki ke situ. Satu pemandangan istimewa yang lain dari bilik kami ialah pergunungan Lion's Head yang dapat dilihat dengan jelas.
 
 Balkoni di bilik kami yang sangat luas
Pemandangan malam Lion's Head yang dapat dilihat dengan jelas dari bilik kami
Pemandangan sebahagian lagi Cape Town dari bilik kami
Coklat percuma yang diberi setiap malam kepada kami


 Bersambung ke Bahagian 26...


CATATAN PERJALANAN SOUTHERN AFRICA (2026):

No comments: