Mei 2026
SOUTHERN AFRICA
South Africa, Zimbabwe, Zambia, Botswana & Mauritius
(ZIMBABWE : Victoria Falls)
Bahagian 21: Zimbabwe
VICTORIA FALLS [Victoria Falls : Zimbabwe Side]
HARI KEENAM (2)
Part 46: Victoria Falls (Zimbabwe Side)
Hari ini adalah sebenarnya hari terakhir kami berada di Zimbabwe. Pada sebelah petang nanti, kami dijadualkan terbang kembali ke Johannesburg di South Africa. Oleh yang demikian, selepas membuat program Walk With The Lion dan Walk With The Cheetah, kami dibawa kembali ke Kazambabezi Lodge untuk bersarapan.
 |
| Kasambabezi Lodge |
 |
| Posing lagi di Kasambabezi Lodge |
Ada program terakhir yang diatur untuk kami sebelum kembali ke South Africa, iaitu melawat Victoria Falls sekali lagi. Cuma kali ini, kita ini kita akan melihat Victoria Falls dari sebelah Zimbabwe pulak.
 |
| Perjalanan menuju ke Victoria Falls |
 |
| Melalui pekan Victoria Falls di Zimbabwe |
 |
| Satu lagi pemandangan di pekan Victoria Falls |
 |
| Stesen Keretapi Victoria Falls |
 |
| Keretapi antik di Victoria Falls |
Seperti juga di sebelah Zambia, nama tempatan bagi Victoria Falls adalah Mosi-oa-Tunya yang bermaksud Smoke That Thunders. Maklum sajalah kerana satu masa dahulu, Zambia dan Zimbabwe adalah sebuah negara yang sama. Malah di zaman kolonial British sekali pun, kedua-duanya diperintah di bawah kerajaan yang sama iaitu Rhodesia.
 |
| Welcome To Victoria Falls, Zimbabwe |
 |
| Mosi-oa-Tunya (Smoke That Thunders) |
 |
| Pintu masuk ke Victoria Falls di Zimbabwe |
 |
| Menunggu sebentar sambil Precious menguruskan tiket masuk kami |
 |
| Tiket sedang diberi kepada semua ahli kumpulan |
 |
| Tiket masuk kami |
 |
| Scan tiket untuk masuk ke dalam |
 |
| Pemandangan di sebelah dalam selepas scan tiket |
 |
| Peta Victoria Falls dari sebelah Zimbabwe |
Walaupun dikongsi bersama oleh Zambia dan Zimbabwe, sebahagian besar (75%) Victoria Falls terletak di negara Zimbabwe. Secara keseluruhan, pemandangan Victoria Falls terbahagi kepada 5 bahagian : Devil's Cataract, Main Falls, Horseshoe Falls, Rainbow Falls dan Eastern Cataract. Eastern Cataract terletak di sebelah Zambia tetapi pemandangannya dapat dilihat dari sebelah Zimbabwe. Ada 16 lookout points yang disediakan di sebelah Zimbabwe untuk menikmati pemandangan Victoria Falls.
 |
| Victoria Falls Footpath Guide |
Victoria Falls adalah sebuah UNESCO World Heritage Site. Oleh yang demikian, keseluruhan kawasan air terjun ini memang terjaga rapi. Ada laluan pejalan kaki yang disediakan untuk kemudahan pengunjung menikmati pemandangan air terjun ini.
 |
| Pemandangan di Victoria Falls National Park |
 |
| Mengikut Precious masuk ke dalam untuk menuju ke air terjun |
Selain diwartakan sebagai UNESCO World Heritage Site, Victoria Falls turut termasuk di dalam Kavango-Zambezi Trans-Frontier Conservation Area (KAZA TFCA) yang dikongsi bersama 5 negara: Angola, Botswana, Namibia, Zambia dan Zimbabwe.
 |
| Peta kawasan KAZA TFCA |
 |
| Maklumat mengenai KAZA TFCA |
Satu masa dahulu, kawasan Victoria Falls banyak dihuni oleh White Rhino. Malangnya haiwan ini kini semakin pupus kerana perburuan haram. Untuk mengenang perkara ini, ada tulang White Rhino yang disimpan dan dipamerkan di Victoria Falls.
 |
| Tulang White Rhino yang pamerkan di Victoria Falls |
 |
| White Rhino kini dah semakin pupus kesan dari aktiviti perburuan haram |
 |
| Mendengar Precious memberi penerangan tentang White Rhino yang pernah menghuni hutan di sekitar Victoria Falls |
DEVIL'S CATARACT
Disebabkan masa yang terhad kerana kami perlu mengejar flight untuk balik ke Johannesburg, kami tidak dapat melawat kesemua viewpoint yang ada. Precious cuma membawa kami melawat ke beberapa buah viewpoint yang paling menarik. Antara yang kami lawati ialah Viewpoint No.2.
 |
| Berjalan menuju ke Viewpoint No.2 |
Viewpoint No. 2 ini popular kerana ada sebuah platform yang dibina untuk melihat air terjun dari aras yang lebih rendah. Tetapi untuk sampai ke situ, kita perlu menuruni 38 anak tangga yang agak curam. Memikirkan kesukaran yang perlu dihadapi untuk naik semula nanti, kebanyakan dari kami termasuk Myself dan Husband hanya melihat dari bahagian atas sahaja.
 |
| Viewpoint No. 2 |
 |
| Pemandangan di Viewpoint No. 2 |
 |
| Arah ke anak tangga |
 |
| Tangga yang perlu dituruni untuk turun ke bawah |
 |
| Pemandangan dari anak tangga |
 |
| Pemandangan kemuncak air terjun dari Viewpoint No. 2 |
Tidak jauh dari Viewpoint No. 2, terdapat patung Dr. David Livingstone. Beliau adalah seorang mubaligh Kristian dan doktor perubatan yang berasal dari Scotland. Dia mengembara ke seluruh bahagian tengah dan selatan Afrika untuk mengembangkan ajaran Kristian, berniaga dan memodenkan masyarakat Afrika. Walaupun beliau berkulit putih, Livingstone sangat dihormati oleh masyarakat Afrika yang berkulit hitam kerana hasrat beliau yang paling utama ketika itu adalah menghapuskan perdagangan hamba abdi yang sangat berleluasa.
 |
| Berjalan menuju ke patung Dr. David Livingstone |
Dr. David Livingstone juga terkenal sebagai seorang pengembara. Dalam pengembaraannya, dia menemui banyak tempat yang tidak diketahui oleh orang Eropah ketika itu. Antara tempat yang telah beliau temui adalah Lake Ngami di Botswana. Sewaktu mengembara menyusuri Sungai Zambezi ke barat benua Afrika pada tahun 1856, Dr. David Livingstone telah menemui sebuah air terjun yang sangat hebat. Beliau menamakannya sebagai Victoria Falls sebagai penghormatan kepada Queen Victoria yang memerintah Britain pada ketika itu. Bandar di sebelah Zambia berdekatan air terjun ini pula dinamakan sebagai Livingstone sebagai penghormatan kepada beliau.
 |
| Patung Dr. David Livingstone yang merupakan orang Eropah yang pertama menemui Victoria Falls |
 |
| Pandangan patung Dr. David Livingstone dari hadapan |
Dr. Livingstone sangat cintakan Afrika dan enggan pulang ke Britain. Dia meninggal dunia di Zambia pada tahun 1871. Jantungnya ditanam di Afrika manakala jasadnya pula telah dihantar pulang ke Britain untuk disemadikan di Westminster Abbey di London.
 |
| Bergambar dengan Dr. David Livingstone |
Tidak jauh dari patung Dr. David Livingstone ini juga, ada sebuah lagi viewpoint di mana kita boleh melihat bahagian dari Victoria Falls yang dinamakan Devil's Cataract. Devil's Cataract adalah bahagian air terjun yang paling rendah di Victoria Falls. Dari viewpoint ini kita cuma dapat melihat Devil's Cataract dari sisi.
 |
| Pemandangan Devil's Cataract dari depan |
Seperti yang pernah Myself ceritakan sebelum ini, kami tiba di Victoria Falls pada High Season di mana air sungai dan air terjun cukup banyak mengalir ketika ini. Oleh itu, memang tak nampak dasar Victoria Falls ketika ini kerana percikan airnya sangat kuat sehingga mengabur pandangan. Inilah pandangan yang kami lihat pada masa ini...
 |
| Viewpoint No. 8 untuk melihat Main Falls |
 |
| Pemandangan pertama Main Falls di Victoria Falls |
Niagara Falls lebih kecil jika dibandingkan dengan Iguazu Falls dan Victoria Falls. Walaupun Iguazu Falls dianggap air terjun yang terbesar di dunia, ia sebenarnya terdiri dari 270 air terjun yang berasingan. Jika dikira dari segi air terjun tunggal yang tertinggi, terlebar dan paling banyak isipadu airnya, maka Main Falls di Victoria Falls ini adalah air terjun yang terbesar di dunia.
 |
| Main Falls di Victoria Falls |
 |
| Main Falls ini sering dianggap sebagai single sheet of waterfall yang terbesar di dunia |
 |
| Saiz Main Falls ini memang mengkagumkan |
 |
| Tengok waterfall dari jarak jauh begini pun kebasahan kita dibuatnya dengan percikan air yang kuat |
Sesuatu yang kami perhatikan ialah pelancong-pelancong luar yang datang sentiasa memakai baju hujan unuk mengelak dari kebasahan sewaktu berkunjung ke Victoria Falls. Namun begitu ramai pelancong-pelancong local yang tidak kisah kebasahan dengan percikan air terjun.
Kata Precious kepada kami, percikan air dari Victoria Falls dianggap 'divine water' oleh orang-orang tempatan. Oleh yang demikian, mereka akan sengaja membiarkan diri kebasahan dengan percikan air ini untuk mendapat keberkatan mengikut kepercayaan mereka.
 |
| Kehebatan pemandangan Main Falls di Victoria Falls |
 |
| Pandangan dekat air terjun di Main Falls |
 |
| Husband bergambar dengan Main Falls di Victoria Falls |
 |
| Pemandangan menghala ke Devil's Cataract dari Main Falls |
 |
| Pengunjung-pengunjung yang memakai baju hujan untuk berlindung dari kebasahan terkena percikan air terjun |
HORSESHOE FALLSHorseshoe Falls mendapat nama dari bentuknya yang seperti ladam kuda (horseshoe). Tidak seperti di Devil's Cataract dan Main Falls tadi, bentuk air terjunnya hampir tidak kelihatan kerana percikan air yang sangat kuat di sini.
 |
| Viewpoint No. 9 |
 |
| Horseshoe Falls |
 |
| Deruan air yang mengalir kencang di Horseshoe Falls |
 |
| Bentuk ladam kuda jelas kelihatan di sini |
Walaupun percikan air di Horseshoe Falls ini kuat, ia tidaklah sekuat seperti yang kami alami sewaktu melalui Knife Edge Bridge di Zambia hari itu. Percikan air di sini lebih kepada suasana seperti berjalan dalam hujan renyai. Kalau di Knife Edge Bridge dulu, percikan airnya besar-besar, macam berjalan di tengah-tengah hujan lebat!
 |
| Berjalan balik ke pintu masuk |
 |
| Jauh juga nak kena berjalan balik ke pintu masuk |
 |
| Kedai-kedai cenderamata dekat pintu masuk |
 |
| Antara barangan cenderamata yang dijual |
 |
| Thank you. We really enjoyed our stay in Victoria Falls! 😀 |
 |
| Meninggalkan Victoria Falls |
Bersambung ke Bahagian 22...
CATATAN PERJALANAN SOUTHERN AFRICA (2026):
No comments:
New comments are not allowed.