Friday, 17 July 2026

2026 SOUTHERN AFRICA BHG. 24 (Lion Park)

Mei 2026

SOUTHERN AFRICA
South Africa, Zimbabwe, Zambia, Botswana & Mauritius
(SOUTH AFRICA : Johannesburg, Sun City, Cape Town, Cape Peninsula & Cape Winelands)

Bahagian 24: South Africa
JOHANNESBURG [Lion Park]

HARI KETUJUH (2)

Part 52: Lunch @ Lion Park

Lion Park yang kami lawati terletak di sebuah kawasan yang bernama Lanseria berdekatan Johannesburg. Kata Eddy, itinerary Lion Park ini memang ada dalam setiap program lawatan ke Johannesburg. Ini adalah kerana bukan semua orang yang pergi membuat Game Drive bernasib baik seperti kami dapat melihat Singa. Dengan demikian, lawatan ke Lion Park boleh mengubati kekecewaan bagi mereka yang tidak bertemu dengan singa di dalam Game Drive. Bagi kami pula, disebabkan ia dah ada di dalam itinerari, kita tetap dibawa ke sini.
 
Lion & Safari Park
Entrance ke Lion & Safari Park
Balai pengawal di pintu masuk
Tayar bas kena disembur dulu dengan bahan kimia sebelum masuk. Mungkin untuk menjaga kesihatan binatang di dalam taman ini.
Menuju ke tempat parking bas
Bas parking di sini
Pemandangan ke arah pintu masuk dari tempat parking bas
Kami tiba di Lion Park sekitar waktu makan tengahari. Oleh itu, sebaik tiba di sini, kami terus dibawa menuju ke restoran.

Pintu masuk ke Lion Park adalah menerusi pondok ini
Jom kita masuk ke dalam...
Pemandangan di dalam pondok pintu masuk
Selepas itu ada pula boardwalk yang perlu kita lalui untuk masuk ke kawasan taman yang sebenarnya.

Boardwalk yang perlu dilalui
Dah tiba di taman
Suasana di dalam taman
Lion Park mempunyai beberapa buah restoran di dalamnya. Hidangan lunch kami disediakan di sebuah restoran yang bernama Bull 'N' Buck Grill.

Berjalan menuju ke restoran
Laluan menuju ke restoran
Pemandangan sewaktu menghampiri restoran
Burung Merak yang menyambut ketibaan kami di restoran
Bull 'N' Buck Grill
Pintu masuk ke restoran
Makanan di restoran ini disediakan secara buffet. Semua makanan di sini Halal, kata Evie kepada kami. Rupa-rupanya pemilik Lion Park ini adalah seorang Muslim. Malah Evie memberitahu ada sebuah surau turut disediakan di taman ini jika kami nak menggunakannya. Alhamdulillah, memang kami tak sangka!
 
Suasana di dalam restoran Bull 'N' Buck Grill
Meja yang disediakan untuk kumpulan kami
Semua makanan disediakan adalah Halal kerana pemilik taman ini adalah seorang Muslim
Steak Daging
Ayam
Walaupun seronok dengan makanan Halal yang disediakan, Myself dan Husband tidak berlama-lama di restoran kerana kami nak mengejar peluang untuk menunaikan Solat Jamak Zohor dan Asar di surau. Maklumlah, susah kami nak mendapat peluang untuk bersolat dengan selesa dalam surau sepanjang trip ini. Pada sebahagian besar trip, kami terpaksa menunaikan solat dalam kenderaan sewaktu bas sedang bergerak.

Waktu Solat Zohor ketika itu masuk pada pukul 12 tengahari dan Asar pada pukul 3.10 petang. Maghrib pula masuk sekitar pukul 5.30 petang manakala Isyak masuk pada pukul 6.50 petang. Solat Subuh di sebelah pagi pula masuk sekitar pukul 5.20 pagi dan Syuruk pada pukul 6.30 pagi. Kami pula dijadual akan memulakan Animal Tour di Lion Park ini pada pukul 1.30 petang. Memang dah tak banyak masa yang tinggal selepas makan tengahari ini!

Berjalan nak menuju ke surau
Taman permainan kanak-kanak
Banyak permainan kanak-kanak yang disediakan
Jumpa pulak dengan zirafah sewaktu berjalan nak mencari surau.
Posing dulu dengan zirafah
Bangunan surau di Lion Park
Pintu masuk ke Surau Lelaki
Suasana di dalam surau
Tempat wuduk
Surau wanita terletak di sebelah sana
Arah ke Surau Wanita
Pintu masuk ke Surau Wanita
Suasana di dalam Surau Wanita. Telekung pun ada disediakan di sini.
Tempat wuduk wanita
Lega sungguh rasanya bila dapat bersolat dengan selesa. Kemudian kami kembali menuju ke tempat berkumpul yang telah ditetapkan untuk memulakan Animal Tour di Lion Park.

Berjalan menuju ke tempat berkumpul yang ditetapkan
Lalu semula di depan Bull 'N' Buck Grill
Wetlands adalah juga sebuah lagi restoran yang terdapat di sini
Nampak kawan-kawan tengah memberi zirafah makan
Bila kita nampak kawan-kawan tengah memberi zirafah makan, kita pun joinlah sekali. Makanan zirafah ini boleh dibeli dengan harga ZAR 5 (MYR 2) kalau tak silap. Dah dasar kedekut, kami tak beli pun makanan untuk zirafah. Tetapi tetap tak melepaskan peluang tumpang bergambar dengan zirafah sewaktu orang lain yang memberi makanan. 😂

Jom kita join mereka...
Sang Zirafah meminta makanan
Kita tumpang bergambar sewaktu orang lain memberi makanan. 😂
Pemandangan ke dalam kandang zirafah
Kandang zirafah ini sangat besar, sampai ke kawasan surau di mana kami bersolat tadi
Merak jalanan
Jenuh mengacah Sang Merak untuk mengembangkan ekor, tetap dia tak mahu 😄
Kucing African yang comel

Part 53: Animal Tour @ Lion Park

Dekat-dekat pukul 1.30 petang, kami masuk ke ruang menunggu di Animal Tour Departure. Kereta safari yang nak membawa kami pun dah bersedia menunggu di sana.

Kenderaan safari yang dah sedia menunggu
Animal Tour Departure
Tempat menunggu di Animal Tour Departure
Kenderaan safari yang disediakan di sini berbeza sikit dengan kenderaan sewaktu kami membuat Game Drive dulu. Kenderaan Game Drive dulu terbuka tetapi kenderaan di sini dipasang keseluruhan dengan jaring bagi tujuan keselamatan. Mungkin sebab kita akan pergi dekat-dekat sangat dengan Singa di sini.

Kenderaan safari kami
Pemandangan kereta safari dari hadapan
Beginilah rupa kita di dalam kenderaan safari dari luar
Ruang pemandu dalam kereta safari
Suasana di dalam kereta safari. Ada lubang besar disediakan di sebelah atas kereta safari ini untuk kemudahan penumpang mengambil gambar.
Pengyou yang masih belum nak masuk ke dalam kereta safari
Ranger kami dalam Animal Tour ini bernama Matilda. Ada safety briefing yang diberi oleh Matilda sebelum kami mula bergerak.

Matilda sedang memberi safety briefing
Mula bergerak membuat Animal Tour
Bila semua dah sedia, kita mulakan Animal Tour. Tarikan utama di sini dah pastilah singa. Singa-singa ini ditempatkan di dalam kandang-kandang yang besar. Dalam setiap kandang cuma ada 3-4 ekor singa sahaja. Kenderaan pula kena bergilir-gilir masuk ke dalam sebab cuma satu kenderaan sahaja yang boleh berada di dalam setiap kandang pada satu-satu masa.

Pemandangan menuju ke kandang singa
Suasana di dalam kenderaan Animal Tour
Satu lagi suasana di dalam kenderaan
Tiba di kandang yang pertama
 Saiz setiap kandang singa ini sangat besar. Bukan seperti di dalam zoo, ada hutan kecil dibiarkan di dalam setiap kandang untuk keselesaan singa yang tinggal di situ. Oleh yang demikian, kenderaan kami akan dipandu di sekitar kawasan kandang untuk mencari di mana singa-singa ini berada ~ pengalamannya lebih kurang macam kita mencari singa di Pilanesberg National Park jugalah, kecuali pada skala yang lebih kecil

Memandu sekeliling mencari singa
Walaupun kami dah jumpa dengan singa sewaktu membuat Game Drive, masing-masing tetap teruja bila berjumpa dengan singa di sini. "Simba!!" jerit kami beramai-ramai. Maklumlah bahana dari kartun Lion King, setiap singa jantan dinamakan Simba. 😄

Simba!
Simba yang kami temui ini sebenarnya bernama George dan ia adalah antara singa yang paling popular di taman ini. Jangan tak tahu, George ada 9 juta follower di Instagram! 😂 Dalam bahasa puak Swahili di Afrika, Simba bermaksud Singa. Puak Swahili ini tinggal di Kenya, Tanzania dan Mozambique di timur benua Afrika. Macam-macam bunyi kami buat nak memanggil George supaya datang dekat dengan kereta kami, mengiau macam kucing pun ada. Tetapi George berperangai macam superstar, tetap tak nak melayan! 😂
 
Simba yang bernama George
Simba tinggal di kandang ini bersama 3 ekor singa betina. Kata Matilda, hanya seekor singa jantan sahaja yang boleh ditempatkan di dalam setiap kandang. Kalau tidak, singa-singa jantan ini akan bergaduh dan berbunuh-bunuhan sesama mereka merebut kuasa.

Perangai seperti ini bukan sahaja ada pada singa. Myself dan Husband juga pernah diberitahu perkara yang sama sewaktu melawat Koala Sanctuary di Australia. Hanya seekor beruang Koala jantan yang boleh diletakkan di dalam sesebuah kandang kerana mereka juga gemar bergaduh dan berbunuh-bunuhan sesama mereka kalau diletakkan bersekali.

Singa betina yang menemani George
Seekor lagi sedang berehat di sana
Mengantuk keletihan.
Gundik-gundik George
Lazimnya, singa liar di hutan boleh hidup sehingga 10-14 tahun. Singa betina selalunya boleh hidup lebih lama lagi sehingga mencapai 16 tahun. Singa jantan pula jarang dapat hidup melebihi 12 tahun kerana mereka menjalani kehidupan yang lebih merbahaya. Singa jantan sering hidup bersendirian dan bergaduh merebut kuasa bila berjumpa singa lain. Singa peliharaan seperti di Lion Park ini pula boleh hidup lebih lama lagi sehingga 20-30 tahun.

George datang melawat gundik
Duduk berehat bersama gundik
Rambut pada muka singa yang bernama mane bukanlah perhiasan semata-mata. Ia sebenarnya berfungsi untuk melindungi leher singa dalam pergaduhan merebut kawasan dengan singa lain. Mane juga boleh menunjukkan usia dan sifat kejantanan singa untuk memikat singa betina. Warna mane yang lebih gelap menunjukkan ia memiliki lebih banyak sifat kejantanan.

Rambut pada muka singa jantan yang dinamakan mane
Matilda memberi penerangan tentang singa kepada kami
Kami kemudiannya dibawa ke kandang yang bersebelahan untuk melihat singa albino yang berwarna lebih cerah dari kebanyakan singa biasa. Singa-singa ini bukanlah cacat, cuma warna mereka sahaja yang berbeza. Di sini ada beberapa ekor singa jantan dan singa betina yang diletakkan bersekali. Lupa nak tanya kepada Matilda kenapa ada 2 ekor singa jantan yang boleh diletakkan bersekali di sini.
 
Bergerak menuju ke kandang sebelah
Singa Albino di kandang sebelah
Warna singa ini lebih cerah berbanding singa biasa
Tidur di bawah teduhan pokok
Mesti tengah bermimpi indah sampai tidur tergolek begini. 😂
Singa sering keluar memburu di waktu malam. Keupayaan memburu di waktu malam ini memberikan kelebihan kepada singa untuk membunuh mangsa mereka. Selain di waktu malam, singa juga sering keluar memburi di waktu hujan lebat. Bunyi hujan dan angin yang menderu membantu menyembunyikan kedatangan singa kepada mereka. Oleh itu, mangsa lebih mudah ditewaskan dalam keadaan sedemikian.

Banyak singa yang kami temui sedang tidur di tengahari begini. Ini adalah kerana mereka adalah haiwan yang lebih aktif di waktu malam. Perburuan memang memerlukan tenaga yang banyak. Oleh itu, memang singa akan menghabiskan masa tidur di sepanjang waktu siang. Kajian menunjukkan singa tidur sehingga 21 jam dalam sehari.

Singa yang menghabiskan waktu siang dengan tidur sepanjang hari
Cuma seekor ini sahaja yang berjaga...
... Itu pun mukanya macam dah tak larat nak membuka mata.
Close-up muka singa yang mengantuk
Secara purata, berat seekor singa jantan dewasa adalah sekitar 190 kg manakala berat seekor singa betina dewasa pula adalah sekitar 126 kg. Namun demikian, mereka hanya big cat yang kedua terbesar di dunia. Big cat yang terbesar di dunia sebaliknya adalah Siberian Tiger.

Purata berat seekor singa jantan adalah 190 kg
Berat purata seekor singa betina adalah 126 kg
Kerja memburu makanan selalunya menjadi tugas singa betina manakala singa jantan pula berfungsi lebih untuk melindungi keluarga dan tempat kediaman mereka. Singa betina juga akan memburu secara berkumpulan. Ada yang akan menyerang mangsa dari tengah dan tepi. Singa juga jarang meminum air kerana mereka mendapat bekalan minuman dari mangsa dan juga tumbuh-tumbuhan.

Oleh kerana singa sering keluar memburu di waktu malam, mata mereka juga sangat cerah di waktu tersebut. Mata singa adalah 6-7 kali lebih sensitif kepada cahaya berbanding mata manusia. Walaupun tidak selaju Cheetah, singa mampu memecut sehingga 81 km/jam sewaktu berlari.

Singa-singa di Lion Park ini banyak yang kelihatan macam dah tua
Close-up muka singa sewaktu sedang tidur
Kami kemudian masuk ke sebuah kandang lagi. Di sini ada beberapa ekor singa jantan yang kelihatan macam dah tua. Tetapi janganlah kita ingat singa yang dah tua begini dah kuat lagi. Tenaga mereka masih kuat kalau dibanding dengan manusia pada usia mereka.
 
Singa-singa tua di kandang yang sebelah lagi
Nampak macam dah tak larat sangat nak berjalan
Melihat pelawat-pelawat yang datang
Just wanting to say "Hello!" 😊
Selain singa yang bersifat carnivore, ada juga haiwan-haiwan herbivore yang dipelihara di Lion Park ini. Of course mereka ditempatkan di kandang yang berasing dari singa. Haiwan yang kami lihat di sini termasuklah zirafah, warthog, springbok, gnu dan zebra.
 
Memang seronok melihat zirafah yang bergerak bebas di Afrika
Mengintai tetamu yang datang
Di sebelah sana pun ada juga zirafah
Zirafah yang ditemani rakan-rakan
Warthog
Oryx
Springbok, Warthog & Oryx
Zirafah yang ditemani Ostrich. Nampak pendek je Ostrich bila berdiri di sebelah zirafah. Padahal ketinggian Ostrich setara dengan ketinggian manusia.
Jom tengok binatang yang di depan sana pulak...
Zebra
Cantik Zebra ni
Zebra juga mudah dilihat di tepi-tepi jalan di Afrika
Springbok dan Oryx yang berehat di tengah padang rumput
Wildebeest yang juga dikenali sebagai Gnu
Close-up muka Wildebeest
Zirafah yang ditemani Warthog
Ostrich yang menyorok muka dalam lubang. Kita akan berkenalan lebih dekat dengan Ostrich sewaktu di Cape Town nanti.
Springbok yang merupakan haiwan kebangsaan South Africa
Springbok
Pengalaman seterusnya adalah melihat Lion Feeding di Lion Park ini. Singa liar di hutan makan cuma sekali setiap 2 minggu. Begitulah cara Allah memelihara keseimbangan alam. Bayangkan kalau mereka perlu makan 3 kali sehari macam manusia. Pasti tak akan ada haiwan lain yang melata di muka bumi ini. Singa di Lion Park ini pula diberi makan 3 hari sekali. Untuk melihat Lion Feeding ini, kami dibawa masuk ke kandang di mana singa akan diberi makan hari ini...

Hari ini adalah giliran untuk singa di dalam kandang ini diberi makan...
Pickup yang membawa makanan dah tiba...
Menurut penerangan yang diberi oleh Matilda kepada kami, makanan yang diberi kepada singa ini kebanyakannya terdiri dari bangkai ternakan yang didermakan kepada Lion Park oleh ladang-ladang ternakan yang berhampiran. Bangkai ternakan ini kemudiannya dipotong dalam ketulan sekitar 10 kg untuk diberi kepada singa-singa.

Singa-singa di sini macam dah kenal dengan lori pickup yang membawa makanan. Bila mereka nampak lori ini (mungkin juga sebab dah terbau makanan yang dibawa), terus mereka berkejar nak mendapatkan lori ini.

Emak Singa berkejar nak makan...
Bapak Singa pun berkejar nak makan
Kami pun nak makan juga...
Makanan akan dicampak oleh petugas dari belakang lori kepada singa-singa yang berkejar. Ganas juga rupa singa-singa yang kelaparan ini mengejar makanan. Lepas dah mendapat habuan masing-masing, mereka akan mencari secluded corner yang tersendiri untuk menjamah daging yang diberi.

Selepas melihat Lion Feeding, kami bergerak pula melihat haiwan-haiwan carnivore lain yang ada di sini. Haiwan pertama yang ditunjukkan adalah African Wild Dogs.

African Wild Dog
African Wild Dog ini juga dikenali sebagai Painted Wolf disebabkan corak yang terdapat pada badan mereka. Seperti kebanyakan haiwan pemangsa lain, African Wild Dog juga boleh berlari laju sehingga 60-70 km/jam.

African Wild Dog juga dikenali sebagai Painted Wolf
Telinga yang besar membolehkan mereka mendengar bunyi pada jarak yang jauh
Telinga haiwan ini yang besar juga membolehkan mereka mendengar bunyi yang jauh. Wild Dog ini sentiasa bergerak mencari makan. Mereka hanya berhenti rehat sewaktu musim sejuk dan ketika ini jugalah mereka akan mengawan untuk membiak. Anjing betina akan melahirkan anak mereka menggunakan sarang-sarang bawah tanah yang ditinggalkan oleh warthog dan landak.

Pandangan dekat African Wild Dog
African Wild Dog sukar untuk dijinakkan kerana mereka hidup bersama dalam kumpulan yang besar
Matilda memberi penerangan tentang African Wild Dog
Beginilah akrabnya Wild Dog yang hidup secara berkumpulan
Haiwan terakhir yang ditunjukkan kepada kami pula ialah Cheetah. Teringat kat Cheetah yang menjadi bestie kita di Zimbabwe dulu. 😂

Cheetah
Hampir tak nampak bila Cheetah menyorok di bawah pokok begini.
Teringat kat Cheetah yang menjadi bestie kita kat Zimbabwe dulu
Alolo... comelnya muka dia
Seekor lagi yang tengah tidur di bawah pokok
Nyenyak tidur di atas rumput
Seekor lagi yang sedang berehat di bawah pokok
Kita nyanyi sikit: Lullaby baby on the treetop... Ooops, silap!
Sepatutnya: Lullaby Cheetah under the tree... 😁
 Selepas melihat Cheetah maka tamatlah Animal Tour kami di Lion Park. Selepas ini, kami akan menaiki kapalterbang pulak untuk menuju ke Cape Town...

Husband bergambar kenangan dengan Matilda sebelum meninggalkan Lion Park


 Bersambung ke Bahagian 25...


CATATAN PERJALANAN SOUTHERN AFRICA (2026):

No comments: