Monday, 30 January 2023

2022 BALKANS BHG. 46 (Serifiye Cistern & Grand Bazaar)

Oktober 2022

SOUTHEASTERN EUROPE (BALKANS)
Croatia, Bosnia-Herzegovina, Montenegro, Albania, Kosovo, North Macedonia, Greece & Turkiye (3rd Visit)
(TURKIYE: Istanbul)

Bahagian 46: Istanbul 2
ISTANBUL (Serefiye Cistern & Grand Bazaar)

HARI KESEMBILAN (3)

Part 130: Serefiye Cistern

Sejak waktu di Malaysia, Husband teringin nak melawat ke Serefiye Cistern di Istanbul, lebih-lebih lagi selepas dia melihat gambar yang Myself ambil sewaktu datang ke Turkiye dengan Siti dulu. Oleh yang demikian, kami bercadang untuk berkunjung ke Serefiye Cistern sewaktu ahli group yang lain pergi shopping di Grand Bazaar.

Berjalan kembali ke Grand Bazaar selepas bersolat di Beyazit Mosque
Pintu No.7 Grand Bazaar
Myself dan Husband turut disertai oleh Abang dan Kakak Ipar sewaktu kami pergi ke Serefiye Cistern. Untuk menjimatkan masa, kami menaiki Tramvay dari Stesen Beyazit-Kapalıçarşı ke Stesen Çemberlitaş. Maklumlah Myself masih ada Istanbulkart yang boleh digunakan untuk menaiki Tramvay ini. Yang best pasal Istanbulkart ini ialah satu kad boleh dikongsi beramai-ramai selagi ada baki yang mencukupi di dalamnya.
  
Istanbulkart yang dibeli untuk naik Tramvay dalam trip yang terdahulu
Stesen Tramvay Beyazit-Kapalıçarşı
Perjalanan ke Stesen Çemberlitaş yang cuma next station dari Stesen Beyazit-Kapalıçarşı
Tiba di Stesen Çemberlitaş
Masjid Gazi Atik Ali Paşa berhampiran Stesen Çemberlitaş
Arah ke Serefiye Cistern
Berjalan menuju ke Serefiye Cistern
Tiba di Serefiye Cistern
Bangunan Serefiye Cistern
Pintu masuk ke Serefiye Cistern
Setiap jam bermula 9 pagi - 5.30 petang ada pertunjukan Light Show di Serefiye Cistern. Tiket yang dikenakan adalah TRL 430 (RM 102) untuk menonton 2 persembahan yang diadakan berturutan. Tiket juga boleh dibeli berasingan kalau nak menonton cuma satu persembahan.

Jadual persembahan Light Show di Serefiye Cistern
Kami membeli tiket untuk menonton kedua-dua persembahan. Selepas membeli tiket kami terus masuk ke dalam cistern. 

Tangga turun ke dalam cistern
Serefiye Cistern yang juga dikenali sebagai Theodosius Cistern adalah sebuah takungan air yang dibina di zaman Byzantine. Sumber airnya dibekalkan dari Valens Aqueduct yang masih dapat dilihat di Istanbul Old City. Takungan air ini membekalkan air untuk kegunaan beberapa bangunan seperti Nymphaeum, Baths of Zeuxippus dan Great Palace of Constantinople. Ketiga-tiga bangunan ini telah runtuh dan tak lagi dapat dilihat sekarang.

Serefiye Cistern
Dengan keluasan 45 meter x 25 meter, binaan cistern ini disokong oleh 32 tiang marmar dengan ketinggian 9 meter.

Tiang-tiang marmar yang menyokong binaan Serefiye Cistern
Pandangan lebih dekat tiang Serefiye Cistern yang mempunyai ketinggian 9 meter
Pandangan siling Serefiye Cistern
Bandingkan ketinggian tiang dengan pelawat-pelawat yang datang berkunjung
Tak lama kemudian bermulalah persembahan light show yang pertama. Ia dinamakan A Civilisation of Water : Istanbul.

Abang dan Kakak Ipar tak menunggu sampai show yang kedua kerana mereka nak bershopping di Grand Bazaar. Jadi Myself bagilah tiket Istanbulkart kepada mereka untuk naik Tramvay balik ke Grand Bazaar. Myself dan Husband terus menunggu sampai show yang kedua. Selepas habis show nanti kami akan berjalan kaki saja balik ke Grand Bazaar yang sebenarnya masih dalam walking distance dari Serefiye Cistern ini.

Menunggu show kedua bermula
Projector untuk light show yang diletak berhampiran siling Serefiye Cistern
Kita tengok pulak gambar-gambar yang kami capture dari show yang kedua yang dinamakan Journey From Past To Present : Serefiye Cistern... Inilah juganya show yang Myself tengok bersama dengan Siti dulu.

Myself sebenarnya ada bercerita dengan detail tentang light show ini sewaktu dalam entry lawatan ke Serefiye Cistern bersama Siti dulu. Kalau berminat nak tahu, boleh baca di sini.

Berjalan menuju ke tangga keluar di depan sana selepas light show tamat

Part 131: Kembali Ke Grand Bazaar

Selepas Light Show tamat, Myself dan Husband berjalan meninggalkan Serefiye Cistern kembali ke Grand Bazaar. Malangnya kami tersilap mengambil simpang menyebabkan kami terpaksa berpeluh-peluh berjalan mendaki bukit yang curam sebelum sampai kembali ke Grand Bazaar.

Berjalan menuju ke Grand Bazaar
Pintu No.1 Grand Bazaar
Dari Pintu No.1, kami berjalan terus lurus ke depan sehingga sampai ke Pintu No.7
Suasana di dalam Grand Bazaar
Kami tak beli apa-apa pun di Grand Bazaar. Sekadar berjalan sambil menikmati suasana.
Kedai emas
Berjalan menuju ke Pintu No.7
Tempat berkumpul yang ditetapkan adalah di luar Pintu No.7 Grand Bazaar. Disebabkan jalan yang sangat sesak ketika itu, bas tak dapat nak mengambil kami di sana. Oleh yang demikian Mehmet membawa kami menaiki Tramvay menuju ke Stesen Aksaray di mana bas sedang menunggu untuk membawa kami ke hotel.

Berjalan ke Stesen Beyazit untuk menaiki Tramvay ke Stesen Aksaray
Kebetulan juga ketika itu adalah waktu Rush Hour selepas habis kerja. Maka semua penduduk Istanbul berpusu-pusu hendak pulang ke rumah. Merasalah juga kami pengalaman berhimpit-himpit dan bersesak-sesak dalam Tramvay dengan penduduk tempatan sehingga sampai ke Stesen Aksaray.

Kesesakan di Stesen Beyazit sewaktu menunggu Tramvay ke Stesen Aksaray
Pertevniyal Valide Sultan Mosque yang juga dikenali sebagai Aksaray Valide Mosque
Pemandangan berhampiran Stesen Aksaray
Menunggu nak menyeberang jalan yang sesak dengan kenderaan
Bas menunggu di depan sana
Selepas semua dah selamat naik ke bas kembali, kami dibawa menuju ke hotel penginapan kami, Park Inn by Radisson yang terletak di luar pusat kota Istanbul.

Pemandangan lewat petang di Istanbul Old City
Meninggalkan Istanbul Old City

Part 132: Park Inn By Radisson

Perjalanan diteruskan menuju ke hotel penginapan. Sebahagian perjalanan kami adalah menyusuri runtuhan tembok kota lama Istanbul.

Meninggalkan Istanbul Old City
Tembok kota lama Istanbul (Walls of Constantinople) pada mulanya dibina oleh Constantine the Great. Ia dibina mengelilingi kota untuk perlindungan dari serangan darat dan laut. Bila kota Constantinople berkembang, selapis tembok lagi yang dinamakan Theodosian Wall turut dibina. Tembok kota ini sangat berjasa dalam mempertahankan Constantinople dari serangan pelbagai pihak sehinggalah ia akhirnya jatuh ditawan oleh tentera Ottoman selepas dikepung selama 2 bulan pada tahun 1423.

Tembok kota pertahanan ini terus dijaga oleh Kerajaan Ottoman selepas mereka mengambilalih Constantinople dari Kerajaan Byzantine. Namun sebahagiannya terpaksa diruntuhkan untuk memberi ruang kepada pembangunan kota. Sebahagian kota yang tinggal kini dipulihara menerusi projek yang dimulakan pada tahun 1980-an.

Hotel penginapan kami yang bernama Park Inn By Radisson terletak berhampiran Ataturk Airport yang merupakan lapangan terbang utama Istanbul pada masa dahulu. Lapangan terbang ini kini digunakan sebagai lapangan terbang kargo setelah lapangan terbang baru yang dinamakan Istanbul Airport dibuka pada tahun 2019.

Pemandangan lewat petang di Istanbul
Mentari terbenam di kota Istanbul
Tembok pertahanan kota lama Istanbul
Tembok lama yang sedang dipulihara
Satu lagi pemandangan mentari yang sedang terbenam di Istanbul
Mencari rezeki di tengah kesesakan jalan
Kesesakan jalan di Istanbul
Bangunan-bangunan moden
Selepas mengharungi traffic jam, kami akhirnya tiba di Park Inn Hotel by Radisson pada pukul 6.30 petang. Hotel ini terletak di sebuah kawasan moden di pinggir Istanbul. 

Park Inn By Radisson Ataturk Airport
Membawa bagasi masuk ke hotel
Anadolu Ziyafet Restaurant di Park Inn by Radisson
Pintu masuk ke hotel
Bar
Menunggu Tour Leader kami, En. Yazid menguruskan bilik penginapan
Posing dulu di lobi sebelum masuk ke bilik
Selepas mendapat kunci, kami masuk ke bilik. Sesuai dengan architecture di luar, hiasan dalaman hotel ini juga berkonsep moden.

Bilik penginapan kami
Hiasan dalaman di bilik penginapan yang berkonsep moden
Toilet
Bath Tub
Coffee making facilities
Pemandangan dari bilik kami
Satu lagi pemandangan dari bilik kami

Part 133: Konak Restaurant

Dinner kami pada malam itu disediakan di sebuah restoran yang terletak tidak jauh dari Park Inn by Radisson.

Menunggu ahli group berkumpul untuk pergi dinner
Hotel Ibis yang terletak tidak jauh dari hotel penginapan kami
Restoran dinner kami bernama Konak Restaurant. Hidangan istimewa di sini ialah Iskender Kebab yang dikatakan sebagai makanan yang sangat istimewa di Turkiye. Pada mata orang Malaysia macam kita, makanan Turkiye macam tak ada kepelbagaian sebab rupanya memang lebih kurang sama. Tapi kalau bercakap dengan Orang Turki, pasti mereka akan memberitahu kita dengan bangga tentang kepelbagaian makanan mereka. Yalah, mereka tak pernah tengok makanan kita di Malaysia yang berbagai rupa dan rasa seperti Mee Sup, Nasi Goreng dan Roti Canai. Kalau mereka pernah tengok makanan kita, pasti mereka setuju yang makanan Turki memang boring.

Konak Restaurant
Pintu masuk ke Konak Restaurant
Suasana di dalam Konak Restaurant
Menunggu makanan dihidangkan
Roti yang wajib ada dalam setiap hidangan
Sup
Cicah roti dengan sup
Makanan sedang dihidangkan
Kebap panjang inilah sebenarnya yang dinamakan Iskender Kebap
Berjalan balik ke hotel selepas dinner
Pemandangan di depan hotel
Park Inn by Radisson


Bersambung ke Bahagian 47...


CATATAN PERJALANAN BALKANS (2022):