Jun 2025
CENTRAL VIETNAM
Danang, Bana Hills, Hoi An & Hue
Bahagian 5: Bana Hills 3
BANA HILLS : GOLDEN BRIDGE & JARDIN D'AMOUR
HARI KEDUA (3)
Part 14: Golden Bridge @ Bana Hills
Selepas semua ahli Grup dah berkumpul, Yuni membawa kami untuk melawat ke Golden Bridge yang terkenal itu.
![]() |
Mengikut Yuni untuk melawat ke Golden Bridge |
Golden Bridge ini terletak di sebuah kawasan bukit yang rendah sedikit dari French Village. Kita perlu menaiki cable car untuk pergi ke sana. Stesen cable car ini terletak di dalam sebuah bangunan yang dinamakan Lunar Castle.
![]() |
Stesen Cable Car untuk ke Golden Bridge |
![]() |
Pemandangan di dalam Stesen Cable Car |
![]() |
Arah ke Golden Bridge |
Cable car yang kami naiki untuk ke Golden Bridge ini tidak sama dengan cable car yang kami naiki untuk naik ke Bana Hills pagi tadi.
![]() |
Cable car ke Golden Bridge |
![]() |
Pemandangan lebih dekat cable car ke Golden Bridge |
![]() |
Pemandangan dari dalam cable car |
![]() |
Pemandangan French Village dari dalam cable car |
![]() |
Au revoir, Lunar Castle! |
![]() |
Pemandangan dalam cable car sewaktu menuju ke Golden Bridge |
![]() |
Cable car di sebelah yang dalam perjalanan naik ke French Village |
![]() |
Dah nampak Stesen Golden Bridge di depan sana |
Tidak seperti perjalanan naik ke Bana Hills yang memakan masa 15 minit tadi, perjalanan dengan cable car dari French Village ke Golden Bridge cuma memakan masa 2 minit.
![]() |
Stesen Golden Bridge |
![]() |
Suasana di Stesen Golden Bridge |
![]() |
Cable car yang berulang alik dari French Village ke Golden Bridge |
![]() |
Berjalan keluar dari stesen cable car |
![]() |
Ruang menunggu di Stesen Golden Bridge |
Tidak keterlaluan kalau dikatakan Golden Bridge ini adalah tarikan yang paling popular di Bana Hills. Memang tak sah berkunjung ke Danang / Bana Hills kalau tak bergambar di sini.
![]() |
Golden Bridge |
Kami bertuah kerana cuaca agak baik walaupun mendung macam nak hujan sewaktu berada di Golden Bridge. Memang jelas kelihatan patung kedua-dua belah tangan yang memegang jambatan ini. Kata Yuni tak semua pengunjung bertuah macam kami kerana ada ketikanya, jambatan ini dan kedua-dua tangan yang memegangnya terlindung dengan kabus.
![]() |
Kami bertuah kerana pemandangan jambatan dan kedua-dua tangan yang memegangnya jelas kelihatan hari ini. |
![]() |
Pemandangan sebuah tangan yang memegang Golden Bridge dari Stesen Cable Car |
Jambatan ini memang tarikan popular dan berebut-rebut pengunjung nak bergambar dengannya. Jadi janganlah berharap nak bergambar bersendirian dengan patung tangan ini kerana pasti akan ada orang lain yang membuat photo bomb bersama.
![]() |
Beginilah ramainya pengunjung yang datang ke Golden Bridge |
![]() |
Dari sini jelas kelihatan kedua-dua tangan yang memegang jambatan |
![]() |
Satu lagi pemandangan kedua-dua tangan yang memegang Golden Bridge. Bangunan di sebelah kiri adalah Stesen Cable Car |
![]() |
Jari-jemari gergasi |
![]() |
Satu kesempatan untuk bergambar di sini |
![]() |
Husband berjalan di tepi jari gergasi |
![]() |
Satu kesempatan untuk Husband pula bergambar di sini |
![]() |
Another one for the album... |
Ada satu platform disediakan di penghujung jambatan di mana Golden Bridge dan kedua-dua tangan yang memegangnya jelas kelihatan. Spot ini menjadi rebutan sehingga pengunjung terpaksa beratur mengambil giliran bergambar di situ.
![]() |
Spot rebutan untuk bergambar di Golden Bridge |
![]() |
Panjang barisan yang nak bergambar di sini |
Di sinilah kelebihan kalau kita mempunyai Tour Guide yang bagus seperti Yuni. Tak perlu beratur panjang di sana untuk mengambil gambar, kata Yuni. Dia menunjukkan kepada kami satu spot lain di mana kita juga boleh bergambar dengan jambatan dan kedua-dua tangan tanpa perlu beratur.
![]() |
Yuni menunjukkan spot yang bagus untuk bergambar |
![]() |
Gambar yang diambil oleh Yuni untuk kami |
![]() |
Golden Bridge |
Part 15: Jardin d'Amour @ Bana Hills
Satu lagi tarikan yang terdapat dekat Golden Bridge adalah sebuah taman bunga yang dinamakan Jardin d'Amour (Garden of Love). Maka ke sanalah kita pergi selepas dah puas bergambar dengan Golden Bridge.
![]() |
Jalan menuju ke Jardin d'Amour |
![]() |
Bunga-bunga cantik di tepi jalan |
![]() |
Pintu gerbang ke Jardin d'Amour |
![]() |
Lalu di bawah pintu gerbang |
![]() |
Pemandangan di penghujung pintu gerbang |
![]() |
Cable car yang lalu di atas kepala |
Kita nikmati dulu suasana di sekitar kawasan hujung pintu gerbang ini sebelum melangkah ke Jardin d'Amour.
![]() |
Info counter yang bulat begini memang banyak dilihat di kota Paris |
![]() |
Pemandangan istana di French Village yang mula diseliputi kabus |
![]() |
Patung Sang Babi yang menggamit pengunjung datang ke gerai |
![]() |
Pintu masuk sebenar ke Jardin d'Amour |
Jardin d'Amour yang sebenar terletak jauh di bawah sebuah lembah. Memikirkan payah nak berjalan mendaki bukit semula kalau dah sampai ke bawah sana, Myself dan Husband membuat keputusan untuk menikmati pemandangan taman ini dari balkoni sebuah kafe yang berhampiran sahaja.
![]() |
Kita nikmati pemandangan Jardin d'Amour dari balkoni di depan sana saja... |
Kita nikmati bersama pemandangan Le Jardin d'Amour dari sini...
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Di belakang Jardin d'Amour juga terdapat sebuah temple yang bernama Linh Ung Pagoda. Yang ini pun kita skodeng dari jauh saja...
![]() |
Landasan funicular tetapi tak ada funicular yang lalu ketika ini |
![]() |
Berjalan meninggalkan cafe... |
Sebelum bergerak untuk kembali ke tempat berkumpul semula di Stesen Cable Car, kita singgah sebentar untuk menikmati ice cream...
![]() |
Singgah membeli ice cream di sini |
![]() |
Duduk dulu makan ice cream... |
![]() |
Ice cream |
![]() |
Pemandangan istana di French Village dari tempat makan ice cream. Nampak macam Istana Dracula pulak bila terlindung kabus begitu. |
![]() |
Melalui pintu gerbang untuk kembali ke Stesen Cable Car |
Selain tangan yang memegang Golden Bridge tadi, ada juga beberapa ukiran batu anggota-anggota badan yang lain di sini...
![]() |
Taman yang penuh dengan ukiran anggota badan yang lain |
![]() |
Bergambar dengan kepala batu |
![]() |
Hidung mancung |
![]() |
Patung Mendengar Dengan Telinga |
![]() |
Husband |
![]() |
Stesen Cable Car |
Disebabkan masih ada masa lagi ketika itu, Myself dan Husband berpusing di balkoni di tepi Stesen Cable Car untuk melihat Golden Bridge dari sana pulak.
![]() |
Pengunjung yang sedang beratur nak bergambar dengan Golden Bridge |
![]() |
Pemandangan Golden Bridge dari balkoni di tepi Stesen Cable Car |
![]() |
Pemandangan jalan tempat kami berposing dengan Golden Bridge tadi |
![]() |
Berebut nak mengambil gambar Golden Bridge |
![]() |
Posing lagi dengan Golden Bridge |
![]() |
Satu pose lagi dengan kedua-dua tangan |
Part 16: Meninggalkan Bana Hills
Selepas dah puas bergambar Myself dan Husband duduk menunggu sahaja di tempat berkumpul yang ditetapkan. Ada juga ahli Group yang bergambar sakan macam dah tak ingat nak balik. Maklum sajalah, budak-budak muda!
![]() |
Kembali ke tempat berkumpul |
![]() |
Mendengar Yuni memberi penerangan tentang perjalanan turun ke bawah |
![]() |
Berjalan menuju ke tempat cable car turun |
![]() |
Menunggu giliran masuk ke cable car |
![]() |
Dah selamat masuk ke dalam cable car |
Perjalanan dengan cable car turun ke bawah memakan masa 10 minit. Dengan tidak semena-mena hujan lebat turun sewaktu kami bergerak di dalam cable car. Menyembur juga sedikit tempias masuk ke dalam cable car ini kerana tingkap bahagian atasnya terbuka.
![]() |
Dalam perjalanan turun ke bawah |
![]() |
Bergambar kenangan di dalam cable car |
![]() |
Hujan dah mula turun ketika ini |
![]() |
Pemandangan menghala ke kota Danang |
![]() |
Pemandangan sungai yang mengalir di bawah sana |
![]() |
Hujan dah turun semakin lebat |
Kami selamat sampai ke bawah dalam suasana hujan lebat. Syukur Alhamdulillah kerana hujan turun sewaktu kami dah sampai balik ke bawah. Kalau hujan turun sewaktu kami masih di French Village atau di Golden Bridge tadi, pasti terencat keseronokan. Lebih haru lagi kalau angin bertiup kencang dan perkhidmatan cable car diberhentikan, tersadai pulak kita kat puncak Bana Hills tadi.
![]() |
Tiba di kaki Bana Hills |
![]() |
Tangga turun ke bawah dari Stesen Cable Car |
![]() |
Kedai cenderamata |
![]() |
Hujan turun semakin lebat |
![]() |
Berjalan menuju ke pintu masuk |
![]() |
Masih berjalan menuju ke pintu masuk |
![]() |
Tangga turun ke lobi pintu masuk utama |
![]() |
Bergambar di lobi pintu masuk utama |
Jauh juga sebenarnya kita kena berjalan dari stesen cable car bawah tadi sehingga ke pintu masuk utama ke Bana Hills. Sempatlah hujan reda dulu bila kita sampai ke sana. Hahaha!!
![]() |
Sampai ke pintu keluar yang sebenar. Syukurlah hujan dah berhenti ketika ini. |
![]() |
Pintu Gerbang |
![]() |
Posing-posing dulu buat kali terakhir sebelum naik bas kembali |
![]() |
Berjalan menuju ke bas |
Bersambung ke Bahagian 6...
CATATAN PERJALANAN CENTRAL VIETNAM (2025):
- Bahagian 01 - Hari 1 : Arrival (Kuala Lumpur - Danang)
- Bahagian 02 - Hari 1 : Danang (Danang City)
- Bahagian 03 - Hari 2 : Danang (Bana Hills 1 - Cable Car)
- Bahagian 04 - Hari 2 : Danang (Bana Hills 2 - French Village)
- Bahagian 05 - Hari 2 : Danang (Bana Hills 3 - Golden Bridge & Jardin d'Amour)
- Bahagian 06 - Hari 2 : Danang (Dragon Carp Statue & Dragon Bridge)
- Bahagian 07 - Hari 3 : Hoi An (Coconut Basket Boat)
- Bahagian 08 - Hari 3 : Hoi An (Hoi An Ancient City 1)
- Bahagian 09 - Hari 3 : Hoi An (Hoi An Ancient City 2)
- Bahagian 10 - Hari 3 : Danang (Han Market & Son-Tra Marina)
- Bahagian 11 - Hari 4 : Hue (Perjalanan ke Hue)
- Bahagian 12 - Hari 4 : Hue (Hue City & Imperial City of Hue)
- Bahagian 13 - Hari 4 : Hue (Thien Mu Pagoda & Perfume River Cruise)
- Bahagian 14 - Hari 4 : Hue-Danang (Lagoon Cafe & Danang Beach)
- Bahagian 15 - Hari 5 : Departure (Danang - Kuala Lumpur)
No comments:
New comments are not allowed.