Jun 2025
CENTRAL VIETNAM
Danang, Bana Hills, Hoi An & Hue
Bahagian 4: Bana Hills 2
BANA HILLS : FRENCH VILLAGE
HARI KEDUA (2)
Part 13: French Village @ Bana Hills
Setibanya di puncak Bana Hills, Yuni terus membawa kami menuju ke French Village. Mengikut sejarahnya, Bana Hills pada satu masa dahulu menjadi tempat kediaman pegawai-pegawai tentera Perancis yang menjajah Vietnam, sepertimana Penang Hill dan Cameron Highlands menjadi tempat kediaman penjajah British di Malaysia. French Village yang kita lihat sekarang dibangunkan bagi mengenang sejarah tersebut.
![]() |
Pintu masuk utama ke French Village |
![]() |
Di samping pelancong asing, pelancong tempatan Vietnam juga ramai berkunjung ke sini kerana sekarang adalah musim cuti persekolahan di Vietnam. |
![]() |
Secebis France di bumi Vietnam |
![]() |
Stesen Cable Car yang dinamakan Gare Morin |
![]() |
Replika Bunga Matahari di pintu masuk utama ke French Village yang dinamakan sebagai Forever Square |
![]() |
Mengikut Yuni yang menunjukkan beberapa point menarik di French Village |
Pemandangan dan suasana di French Village sangat menarik. Ia dipenuhi dengan istana dan bangunan-bangunan bagaikan di sebuah kota lama di France. Cuma cuaca di sini agak panas ketika itu. Tak pakai pun jaket yang kami standby bawa bersama ke sini. Setelah Yuni menunjukkan beberapa point yang menarik dan tempat untuk berkumpul semula nanti, kami diberikan masa bebas selama 2 jam 30 minit.
![]() |
Replika bangunan French yang menarik |
![]() |
Kebanyakan bangunan di sini terdiri dari kedai-kedai cenderamata dan restoran |
![]() |
Solar Castle yang menempatkan sebuah panggung wayang di dalamnya |
![]() |
Patung Labubu yang mengintai dari balkoni istana |
![]() |
Di dalam bangunan Arapang Restaurant ini juga terdapat Bharata Restaurant yang merupakan satu-satunya restoran Halal di Bana Hills. |
Di sana-sini di Bana Hills, ada berbagai persembahan percuma yang menarik yang dapat dilihat oleh pengunjung dari semasa ke semasa.
![]() |
Persembahan gendang dan akrobatik di depan Solar Castle |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Kata penari yang bergambar dengan Husband ini, dia dan kumpulannya berasal dari Argentina |
Disebabkan udaranya yang segar di kawasan pergunungan, ada banyak pokok bunga dan tumbuhan yang cantik di sini juga.
![]() |
Tumbuhan yang digayakan seperti kambing biri-biri |
![]() |
Bergambar dengan bunga-bunga cantik di Bana Hills |
![]() |
Istana kecil yang menempatkan kafe Highlands Coffee |
Bana Hills juga mempunyai banyak permainan untuk hiburan seisi keluarga. Tetapi bila dah sampai usia-usia begini, permainan-permainan begini tidak lagi mengujakan Myself dan Husband. Ada permainan yang terletak di open air dan ada juga di dalam bangunan.
![]() |
Permainan yang dinamakan Alpine Coaster |
![]() |
Berselirat sungguh pemandangan landasan Alpine Coaster ini |
![]() |
Sedang bermain Alpine Coaster |
![]() |
Roller coaster individual di Alpine Coaster |
![]() |
Woww!! |
Kita berjalan lagi ke kawasan di pinggir istana. Di sini terdapat sebuah taman yang dihiasi dengan patung dewa dan dewi dari mitos Greek dan Roman.
![]() |
Taman di pinggir istana |
![]() |
Bunga-bunga cantik |
![]() |
Château (French palace) merah di depan sana adalah sebenarnya salah sebuah dari 5 stesen cable car yang terdapat di Bana Hills |
![]() |
Ukiran patung seperti yang banyak dilihat di kota Paris |
![]() |
Dataran di bawah sana dinamakan sebagai Eclipse Plaza |
![]() |
Bergambar di French Garden |
![]() |
Patung Hercules |
![]() |
Patung Dewa Roman yang menghiasi French Garden |
![]() |
Setiap patung mempunyai nama masing-masing di bawahnya |
![]() |
Pergunungan hijau di sekeliling Bana Hills |
![]() |
Bergambar di French Village |
![]() |
Apollo |
![]() |
Thai Market |
![]() |
Kereta lama yang menjadi hiasan di French Village |
![]() |
Restoran Kavkaz Baku yang menyajikan makanan dari Russia |
![]() |
Gerai jualan di depan Restoran Kavkaz Baku |
![]() |
Gerai menjual Roti Vietnam |
![]() |
Pemandangan di sekitar French Village |
![]() |
Gerai menjual Doner Kebab tetapi Tidak Halal |
Kami berjalan kembali ke Forever Square untuk melawat ke seksyen yang lain pula di Bana Hills.
![]() |
Kembali ke Forever Square |
![]() |
Sepasang patung Atlas yang sedang memikul bangunan |
![]() |
Penanda arah |
![]() |
Amphiteatre yang dinamakan Noel Plaza |
![]() |
Ukiran patung tangan di penjuru Noel Plaza |
![]() |
Gerbang kota lama |
Perut mula terasa lapar bila menjelang tengahari. Sewaktu awal tadi Yuni ada memberitahu selain dari Restoran Bharata yang merupakan sebuah restoran Halal yang mahal dan menjual Indian Food, ada juga beberapa makanan sesuai Muslim yang boleh didapati di Restoran Lotteria. Lalu kami memutuskan untuk mencari Restoran Lotteria ini.
![]() |
Kembali ke Bunga Matahari di Forever Square |
![]() |
Semakin ramai pengunjung yang tiba |
![]() |
Outdoor cafe seperti yang selalu dilihat di Eropah sana |
![]() |
Bakeri Le Petrin |
![]() |
Suasana di dalam bakeri |
![]() |
Bergambar dengan Wine Cellar |
Di tengah-tengah French Village ini, ada didirikan sebuah bangunan seperti Notre Dame Cathedral yang sangat terkenal di kota Paris. Bangunan ini dinamakan Saint Denis Church.
![]() |
Saint Denis Church yang dibina dengan mengambil ilham dari Notre Dame Cathedral di kota Paris |
![]() |
Bila dipandang dari luar, bangunan ini benar-benar seperti sebuah rumah ibadat |
Dari luar, bangunan ini benar-benar kelihatan seperti sebuah gereja sehingga kami teragak-agak nak masuk ke dalam. Tetapi bak penerangan Yuni kepada kami pagi tadi, orang Vietnam rata-rata tidak mempunyai agama. Jadi bangunan ini didirikan hanya bagi tujuan hiburan di French Village. Ramai yang masuk ke gereja ini untuk berehat-berehat di kerusi di dalamnya sahaja.
Walaupun ia hanya sebuah replika, ia dibina dengan bersungguh-sungguh meniru segala ciri gereja tipikal yang terdapat di France. Segala-galanya ada di sini ~ bumbung yang tinggi meruncing, tingkap stained glass yang berwarna-warni dan juga salib dengan patung Jesus Christ yang diukir padanya.
![]() |
Pemandangan sewaktu menjenguk ke dalam Saint Denis Church dari luar pintu |
![]() |
Kagum melihat stained glass yang turut dipasang pada tingkap gereja |
![]() |
Adalah sikit-sikit feeling macam melawat ke Milan Cathedral di Italy dulu sewaktu masuk ke sini |
![]() |
Disebabkan cuaca yang agak panas di luar, ramai yang masuk ke bangunan gereja ini untuk duduk berehat sambil menyejukkan badan |
![]() |
Altar di depan gereja |
![]() |
Pemandangan menghala ke belakang gereja |
![]() |
Rose Window |
![]() |
Disebabkan rakyat Vietnam ramai yang tidak mempunyai agama, mungkin mereka tak faham pun melihat segala yang digambarkan di dalam gereja ini |
![]() |
Pandangan Saint Denis Church dari depan |
Keluar dari Saint Denis Church, kami terus berjalan mencari Restoran Lotteria. Dengan tak semena-mena termasuk pulak ke kawasan yang dinamakan Beer Plaza. Banyak sungguh gerai yang menjual beer di sini, terutama kerana Bana Hills sedang meraikan Beer Festival ketika itu. Malah sewaktu tiba di Stesen Cable Car tadi, semua pengunjung diberi kupon segelas beer percuma yang boleh ditukarkan di sini.
![]() |
Masuk ke kawasan Beer Plaza |
![]() |
Berbagai restoran ada di sini, tapi tak nampak pun Restoran Lotteria |
![]() |
Bangunan di sebelah kiri adalah Public Toilet |
![]() |
Kita jalan lagi ke depan... Suasana di sini lebih menyerupai bandar di Germany berbanding di France |
![]() |
Berjalan mencari Restoran Lotteria |
![]() |
Restoran Kungfu Viet Noodles |
![]() |
Tiba di Beer Plaza yang sebenar. Macam familiar je setting kat depan sana... |
Satu pemandangan menarik yang dapat dilihat di sini adalah pancutan air dengan patung-patung emas yang dinamakan Helios Waterfall. Ia dibina dengan mengambil ilham dari pancutan air sebenar di Istana Peterhof di St. Petersburg, Russia.
![]() |
Helios Waterfall |
![]() |
Patung-patung emas di Helios Waterfall |
![]() |
Berselfie di Helios Waterfall |
![]() |
Ukiran yang diilhamkan dari patung yang sebenarnya terdapat di Venice |
![]() |
Satu lagi pemandangan Helios Waterfall |
Suasana di Beer Plaza bagaikan suasana sambutan festival arak Oktoberfest yang terkenal di Germany. Malah sewaktu kami lalu di situ, ada persembahan tarian tradisional Jerman yang dinamakan Schuhplattler.
![]() |
Tarian tradisional Jerman di Beer Plaza |
![]() |
Suasana yang menggambarkan kemeriahan Oktoberfest |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Tarian Schuhplattler |
Kami tidak menonton persembahan Schuhplattler ini sehingga habis. Dengan bantuan arah yang diberi oleh seorang waitress di Beer Plaza, kami akhirnya bertemu dengan Restoran Lotteria yang dicari.
![]() |
Berjumpa akhirnya Restoran Lotteria |
![]() |
Restoran Lotteria |
Lotteria adalah sebenarnya sebuah restoran fast food yang menjual burger. Syukurlah burger yang dijual cuma beef, chicken dan shrimp burger. Tak ada burger babi yang dijual di sini. Kerana itulah Yuni mencadangkan supaya kami makan di sini tadi.
Walau bagaimanapun, disebabkan cuma shrimp burger sahaja yang Halal untuk dimakan, itu sajalah yang kami order untuk lunch bersama french fries. Ada juga beberapa pengunjung Muslim lain yang kami lihat makan di sini.
![]() |
Suasana di dalam Restoran Lotteria |
![]() |
Pelbagai burger yang dijual, tetapi yang Halal dimakan cuma Shrimp Burger |
![]() |
Set Lunch kami |
![]() |
Suasana di Restoran Lotteria |
Selepas lunch, bergegas kami bergerak menuju ke Prayer Room untuk menunaikan Solat Jamak Zohor dan Asar kerana waktu yang ditetapkan untuk kami berkumpul semula tinggal setengah jam saja lagi. Prayer Room ini terletak di bangunan Arapang Restaurant berdekatan dengan Solar Castle tadi. Ia telah ditunjukkan kepada kami oleh Yuni sewaktu mula tiba di Bana Hills pagi tadi.
![]() |
Kembali ke Solar Castle untuk mendapatkan Prayer Room |
![]() |
Prayer Room terletak di dalam bangunan Arapang Restaurant ini tadi |
![]() |
Simbol Prayer Room ditandakan dengan jelas di luar bangunan |
![]() |
Tangga turun ke bangunan Arapang Restaurant |
![]() |
Suasana di dalam bangunan Arapang Restaurant |
Prayer Room ini terletak di Aras 5 bangunan Arapang Restaurant. Ada bilik solat berasingan yang disediakan untuk lelaki dan perempuan. Namun begitu, tempat wuduk tidak disediakan. Kita perlu berwuduk di toilet berhampiran.
![]() |
Bilik Solat di Bana Hills |
![]() |
Bilik Solat yang berasingan disediakan untuk lelaki dan perempuan |
![]() |
Suasana di dalam Prayer Room |
Selesai bersolat, kita ambil kesempatan melihat apa yang ada di dalam bangunan Arapang Restaurant ini.
![]() |
Tangga turun ke bawah yang dibina bagaikan tangga di dalam bangunan istana lama |
![]() |
Pemandangan keluar dari Prayer Room |
![]() |
Lobi bangunan Arapang Restaurant |
![]() |
Perhiasan siling di Arapang Restaurant |
Selepas dah selesai bersolat, kami terus saja berjalan menuju kembali ke Forever Square di mana ahli-ahli Grup diminta berkumpul.
![]() |
Carnival Games |
![]() |
Bergambar di pintu istana |
![]() |
Kena lalu pintu gerbang dengan patung Atlas yang memikul bangunan ini untuk kembali ke Forever Square |
![]() |
Windmill |
![]() |
French Village |
Sampai di Forever Square, sempat pulak melihat satu pertandingan larian sempena Beer Festival yang sedang berlangsung. Memang terpaksa pun melihat pertandingan ini sebab semua laluan sedang ditutup bagi pertandingan tersebut.
![]() |
Master of Ceremony bagi pertandingan larian |
![]() |
Pertandingan larian sedang berlangsung |
![]() |
Peserta-peserta larian |
Selepas pertandingan ini selesai, barulah semua laluan dibuka semula dan Yuni membawa kami berjalan menuju ke sebuah lagi tarikan popular di Bana Hills ~ Golden Bridge.
![]() |
Sun Kraftbeer Festival 2025 |
![]() |
Berjalan menuju ke Golden Bridge |
Bersambung ke Bahagian 5...
CATATAN PERJALANAN CENTRAL VIETNAM (2025):
- Bahagian 01 - Hari 1 : Arrival (Kuala Lumpur - Danang)
- Bahagian 02 - Hari 1 : Danang (Danang City)
- Bahagian 03 - Hari 2 : Danang (Bana Hills 1 - Cable Car)
- Bahagian 04 - Hari 2 : Danang (Bana Hills 2 - French Village)
- Bahagian 05 - Hari 2 : Danang (Bana Hills 3 - Golden Bridge & Jardin d'Amour)
- Bahagian 06 - Hari 2 : Danang (Dragon Carp Statue & Dragon Bridge)
- Bahagian 07 - Hari 3 : Hoi An (Coconut Basket Boat)
- Bahagian 08 - Hari 3 : Hoi An (Hoi An Ancient City 1)
- Bahagian 09 - Hari 3 : Hoi An (Hoi An Ancient City 2)
- Bahagian 10 - Hari 3 : Danang (Han Market & Son Tra Marina)
- Bahagian 11 - Hari 4 : Hue (Perjalanan ke Hue)
- Bahagian 12 - Hari 4 : Hue (Thien Mu Pagoda & Perfume River Cruise)
- Bahagian 13 - Hari 4 : Hue-Danang (Lagoon Cafe & Danang Beach)
- Bahagian 14 - Hari 5 : Departure (Danang - Kuala Lumpur)
No comments:
New comments are not allowed.