Jun 2025
CENTRAL VIETNAM
Danang, Bana Hills, Hoi An & Hue
Bahagian 3: Bana Hills 1
BANA HILLS : CABLE CAR
HARI KEDUA (1)
Part 10: Sarapan Pagi Di Restoran Kampung Melayu
Disebabkan restoran di Alyssa Hotel tidak dapat menyediakan makanan Halal, rombongan kami dibawa bersarapan di Restoran Kampung Melayu setiap hari.
 |
Pemandangan pagi dari tingkap bilik penginapan kami di Alyssa Hotel |
 |
Pemandangan pagi dari lobi Alyssa Hotel |
 |
Pemandangan Alyssa Hotel di pagi hari |
 |
Turun tangga untuk standby menunggu bas di depan hotel |
 |
Restoran Alyssa Hotel yang terletak di tingkat paling bawah |
 |
Restoran di Alyssa Hotel ini walau bagaimanapun tidak dapat menyediakan makanan Halal bagi rombongan kami |
 |
Spa di depan Hotel Alyssa |
 |
T-Market di seberang Hotel Alyssa |
 |
Setiap pagi pasti akan ada penjaja yang datang berjualan di depan Hotel Alyssa begini |
 |
Cara unik memakai topi keledar di Vietnam |
 |
Barangan cenderamata untuk jualan |
 |
Banyak kereta di Vietnam yang kami lihat parking dengan kepungan begini. Kepungan ini mempunyai kunci untuk mengelak kenderaan dari dicuri. |
Kami diminta berkumpul di lobi hotel pada pukul 6.45 pagi setiap pagi. Bas akan datang membawa kami ke restoran pada pukul 7 pagi.
 |
Suasana awal pagi di kota Danang |
 |
Danang pada umumnya adalah sebuah kota yang sangat bersih |
 |
Suasana di Danang juga tenang dan tidak kelihatan peminta sedekah seperti di bandar-bandar lain di Vietnam |
 |
Satu lagi suasana kedamaian di kota Danang |
 |
Senamrobik di awal pagi |
Setiap malam sebelum menamatkan sesi lawatan, kami diberi pilihan 3 atau 4 jenis makanan untuk sarapan pada pagi esoknya. Pilihan sarapan yang ditawarkan terdiri dari Nasi Lemak, Nasi Goreng Ayam, Roti Vietnam dengan Kari Ayam, Bistik Vietnam dan Vietnam Pho (Vietnam Beef Noodle). Makanan yang dipesan akan siap disediakan oleh pihak restoran bila kami tiba. Semua sarapannya secara umum enak dan tidak mengecewakan.
 |
Sarapan disediakan di Restoran Kampung Melayu pada setiap pagi |
 |
Jom kita masuk ke dalam... |
 |
Selamat Datang Ke Restoran Kampung Melayu |
 |
Kumpulan kami sedang bersarapan |
 |
Pilihan breakfast kami pagi ini: Vietnam Pho (Vietnam Beef Noodle) untuk Husband dan Roti Vietnam dengan Kari Ayam untuk Myself |
 |
Daging di dalam Vietnam Pho yang sedap ini sangat lembut |
 |
Roti Vietnam yang sedap ini juga rangup di luar dan lembut di dalam |
 |
Yuni bercerita tentang negara Vietnam dan kota Danang |
Vietnam yang kini mempunyai 100 juta penduduk mempunyai 63 provinsi yang diperintah secara komunis. Ibu negara Vietnam adalah Hanoi yang terletak di bahagian utara manakala bandaraya yang terbesar di negara ini adalah Ho Chi Minh (sebutan sebenarnya: Ho Chi Menh). Danang adalah bandaraya yang kelima terbesar di negara Vietnam dan terletak di Central Vietnam. Jarak kedua-dua kota Ho Chi Minh (di South Vietnam) dan Hanoi (di North Vietnam) dengan Danang adalah setiap satunya kira-kira 1 jam 30 minit dengan penerbangan.
Disebabkan pemerintahan komunis, ramai rakyat Vietnam tidak mempunyai pegangan agama. Hari kebesaran keagamaan tidak diraikan di Vietnam. Selain hari-hari yang berkaitan dengan peristiwa negara, cuti umum di Vietnam hanyalah pada Hari Tahun Baru Vietnam yang diraikan hampir sama masanya dengan Tahun Baru Cina. Perayaan keagamaan seperti Krismas adalah hari bekerja di negara Vietnam.
 |
Melalui Dragon Bridge untuk menyeberang Sungai Han |
 |
Pemandangan dari Dragon Bridge |
 |
Han River Bridge |
Danang adalah kota yang dianggap paling bersih dan makmur di Vietnam. Seperti yang diberitahu oleh Yuni, memang kita tidak dapat melihat pengemis di bandar ini. Ini adalah kerana Danang Municipal Government mempunyai program pembasmian kemiskinan yang sangat berkesan. Sesiapa yang ditangkap menjadi pengemis di Danang akan diberi apartment tempat tinggal secara percuma oleh kerajaan tempatan Danang. Mereka hanya perlu membayar bil utiliti seperti air dan elektrik yang digunakan. Bukan setakat itu, malah mereka turut akan diberi pekerjaan. Kejayaan pemerintah tempatan ini juga menjadikan kota Danang bebas dari pencemaran seperti yang dihadapi oleh kota Hanoi dan Ho Chi Minh.
 |
Hampir semua jalan raya utama di Danang mempunyai lorong khusus bagi kegunaan motorsikal |
 |
Bendera Vietnam |
Sewaktu kami di Danang juga, kami dapat melihat bendera Vietnam dikibarkan di serata tempat. Menurut Yuni, semua bangunan di Vietnam termasuk rumah kediaman diwajibkan untuk mengibarkan bendera Vietnam pada hari-hari penting negara. Bendera yang dipasang di seluruh Danang ketika ini misalnya adalah meraikan penggabungan Da Nang Municipal Government dengan Quang Nam Provincial Government.
 |
Pemandangan selepas meninggalkan kota Danang |
 |
Pergunungan hijau sewaktu menghampiri Bana Hills |
 |
Cable car yang membawa pengunjung naik ke Bana Hills |
 |
Resort mewah di kaki Bana Hills |
Part 12: Tiba Di Bana Hills
Seperti yang diceritakan tadi, perjalanan dengan bas dari Danang ke Bana Hills mengambil masa kira-kira 40 minit. Yuni meminta kami bersedia kerana pada ketika itu ada ramai pengunjung yang datang ke sini, lebih-lebih lagi dengan musim cuti persekolahan di Vietnam sekarang.
 |
Tiba di Bana Hills |
 |
Suasana di kaki Bana Hills |
 |
Gerai souvenir di kaki Bana Hills |
 |
Seperti yang diberitahu oleh Yuni, memang ada ramai pengunjung di Bana Hills ketika itu |
 |
Gerbang di pintu masuk utama ke Bana Hills |
 |
Stesen Cable Car terletak di dalam bangunan di depan sana |
Part 13: Cable Car @ Bana Hills
Yuni memimpin kami berjalan menuju ke Stesen Cable Car. Dia menasihatkan kami supaya sentiasa berjalan bersama dan tidak terpisah dari kumpulan kerana ada 5 line cable car di sini untuk naik ke atas. Haru nanti kalau terpisah dari kumpulan dan ternaik pulak cable car di line yang lain.
 |
Perlu melalui jambatan di depan sana untuk masuk ke stesen cable car |
Seperti melawat ke Disneyland, sebenarnya ada pemeriksaan beg pengunjung di pintu masuk untuk memastikan tak ada makanan dari luar yang dibawa masuk. Tetapi disebabkan ketika itu ada terlalu ramai pengunjung, pemeriksaan beg tidak berlaku dan sebahagian ahli Grup kami yang membawa makanan bungkus dapat melalui pintu masuk dengan selamat. Myself dan Husband tidak membawa makanan bungkus kerana kami memang bercadang nak memakan apa saja makanan Halal yang ada di atas sana walaupun diberitahu harganya mahal. Maklumlah, kami dah punya pengalaman memakan sepinggan nasi yang berharga RM 123 di Mount Titlis di Switzerland. Hehehee!!
 |
Kedai menjual pakaian dan kraf tradisional Vietnam |
 |
Kena berjalan masuk ke dalam gua ini pulak... |
 |
Pemandangan di dalam gua |
 |
Lorong menuju ke stesen cable car yang sebenar |
 |
Kolam Ikan dengan tempayan tradisional Vietnam |
 |
Berjalan lagi ke depan... |
 |
Kedai souvenir di kiri-kanan |
 |
Pelbagai souvenir yang dijual |
 |
Landskap yang menarik di sekeliling kolam ikan |
 |
Satu lagi pemandangan kolam ikan yang cantik |
Akhirnya, barulah kita sampai ke stesen cable car yang sebenar. Kagum melihat kesemua 5 line cable car yang disediakan untuk naik ke atas ada di sini. Tetapi disebabkan jarak mereka yang jauh antara satu sama lain, tak dapat kita nak capture kesemua 5 line ini dalam satu gambar sahaja di dalam kamera.
 |
Tiba di Stesen Cable Car yang sebenar |
 |
Pemandangan sewaktu beratur nak naik ke dalam cable car |
 |
Pemandangan dari jauh cable car naik ke Bana Hills. Kalau perhati betul-betul, kita dapat melihat 2 line cable car di sebelah kiri dan 2 lagi di sebelah kanan. |
 |
Close-up pemandangan cable car. Ada 2 line yang dapat dilihat di sini. |
 |
Puncak Bana Hills tak kelihatan dari sini |
 |
Cable Car |
Setibanya di sini, Yuni mengedarkan tiket cable car kepada semua ahli kumpulan. Tiket ini perlu disimpan dengan selamat kerana ia akan diperlukan semula sewaktu turun dari Bana Hills nanti.
 |
Tiba di tempat nak naik cable car |
 |
Tiket cable car |
Kebetulan ada ramai pulak pelancong yang datang dari negara India ketika itu. Tension kita melihat mereka cuba menyelit-nyelit untuk memotong barisan sewaktu menunggu giliran nak naik cable car. Haishh!! Disebabkan suasana yang sesak juga, Yuni mengingatkan kami supaya sentiasa meletakkan beg di hadapan. "Ada pepatah orang Vietnam yang menyebut, kalau beg di depan itu rezeki milik kita, tetapi jika beg di belakang itu rezeki milik orang," kata Yuni.
 |
Beratur nak naik cable car |
 |
Penumpang diminta beratur berdua dalam barisan dan setiap cable car mempunyai kapasiti membawa 10 orang penumpang. |
 |
Dah hampir tiba giliran kita nak naik cable car. |
 |
Bersedia untuk naik cable car seterusnya dan bukan yang ini kerana cable car yang terbuka ini adalah untuk kegunaan maintenance. |
 |
Selamat masuk ke dalam cable car |
 |
Up, up and away! |
Bana Hills terletak pada ketinggian 1,487 meter dari aras laut dan perjalanan ke sana dengan cable car memakan masa kira-kira 15 minit. Tidak seperti melawat ke Genting Highlands di Malaysia, tiada laluan kenderaan disediakan untuk naik ke puncak gunung. Penggunaan cable car adalah satu-satunya cara untuk naik ke puncak Bana Hills. Kalau cuaca buruk dan perkhidmatan cable car diberhentikan, memang tersadailah kita kat atas sana!
 |
Posing berdua dalam cable car |
 |
Perjalanan cable car yang tersentak-sentak sewaktu melalui tiang juga menggayatkan bagi Myself |
 |
Pemandangan menghala ke kota Danang dan Laut China Selatan |
 |
Satu lagi pemandangan menghala ke Danang dan Laut China Selatan |
 |
Puncak Bana Hills dah mula kelihatan |
 |
French castle di Bana Hills |
Lega bila akhirnya kita tiba di puncak Bana Hill dengan selamat...
 |
Tiba di puncak Bana Hills |
 |
Turun dari cable car |
 |
Bana Hills |
 |
Escalator untuk keluar dari Stesen Cable Car |
 |
Pemandangan menghala ke kota Danang dari puncak Bana Hills |
 |
Mengikut Yuni keluar dari Stesen Cable Car |
Bersambung ke Bahagian 4...
CATATAN PERJALANAN CENTRAL VIETNAM (2025):
No comments:
New comments are not allowed.