Tuesday, 8 July 2025

2025 CENTRAL VIETNAM BHG. 02 (Danang City)

Jun 2025

CENTRAL VIETNAM
Danang, Bana Hills, Hoi An & Hue

Bahagian 2: Danang
DANANG CITY

HARI PERTAMA (2)

Part 5: Alyssa Hotel

Disebabkan cuaca hujan lebat pada ketika itu, kami cuma dibawa terus ke hotel penginapan untuk berehat. Hotel penginapan kami adalah sebuah hotel 3 bintang di tengah kota Danang yang bernama Alyssa Hotel.

Alyssa Hotel, Danang
Sesuatu yang agak menyiksakan sewaktu menginap di hotel ini adalah kita perlu mendaki tangga yang tinggi untuk masuk ke lobi. Namun ciri ini bukanlah unik kepada Hotel Alyssa semata-mata. Kami perhatikan semua hotel di sekitar juga mempunyai tangga begini untuk masuk ke lobi masing-masing. Kami kemudian diberitahu ini adalah disebabkan kawasan Central Vietnam seperti di kota Danang akan mengalami banjir besar selama 3 bulan di hujung setiap tahun. Kerana itulah lobi hotelnya dibina tinggi dengan tangga yang sebegitu tinggi untuk masuk ke dalamnya. Tapi kalau dah bina tangga tinggi begitu, patutnya pasanglah juga railing di tepi untuk kemudahan penginap turun dan naik. Aduihh!!

Tangga tinggi di depan lobi Alyssa Hotel
Yuni membantu kami untuk check-in ke Alyssa Hotel
Pemandangan keluar dari tingkap kaca di lobi Alyssa Hotel
Hotel Alyssa adalah sebuah hotel lama tetapi bersih dan selesa untuk penginapan selama 4 malam.
 
Pemandangan di bilik hotel kami
Pemandangan bilik penginapan kami dari sebelah sini pulak
Tandas yang moden dan selesa tetapi lantainya agak licin
Kita lihat pula pemandangan keluar tingkap dari bilik penginapan kami.

Convenience store T-Market yang beroperasi 24 jam di depan Hotel Alyssa
Pemandangan menghala ke kota Danang
Tertanya juga ~ adakah bangunan di puncak gunung di sana sebahagian dari Bana Hills?
Sekarang kita bercerita pula tentang matawang Vietnam yang dinamakan Vietnamese Dong (VND). Disebabkan Vietnam telah menjadi destinasi percutian popular di kalangan warga Malaysia, duit Dong ini mudah diperolehi di negara kita. Kadar pertukaran ketika itu adalah RM 1 = VND 6,200.

Muka hadapan matawang Vietnam dihiasi dengan potret Ho Chi Minh yang merupakan pejuang kemerdekaan dan Presiden Republik Vietnam yang pertama.
Muka belakang matawang Vietnam
Sewaktu kami berkunjung ke Vietnam pada tahun 2011, penggunaan matawang Dong tidak popular. Semua urusan jual beli dibuat menggunakan US Dollar. Namun begitu, suasana ini telah berubah. Semua urusan jual beli di Vietnam sekarang adalah menggunakan Vietnamese Dong sepenuhnya.

Part 6: Jalan-Jalan Ke Danang Beach

Memandangkan hujan telah berhenti dan kami mempunyai banyak masa terluang pada petang itu selepas menunaikan Solat Jamak Zohor dan Asar, Myself dan Husband membuat keputusan untuk berjalan menuju ke Pantai Danang. Pantai ini terletak kira-kira 500 meter di penghujung jalan di hadapan Alyssa Hotel.

Berjalan menuju ke arah Pantai Danang dari Alyssa Hotel
Monaco Hotel berhampiran Alyssa Hotel yang juga mempunyai tangga yang tinggi untuk masuk ke lobi.
Finland Preschool di seberang jalan
Cabaran sewaktu berjalan menuju ke pantai ini adalah kami terpaksa menyeberang beberapa batang jalan yang sibuk, terutama dengan motorsikal. Sewaktu dalam perjalanan dari Airport menuju ke Restoran Karim tadi, Yuni ada mengajar kami cara untuk melintas jalan di Danang. Kena angkat tangan tinggi-tinggi untuk meminta laluan dari kenderaan yang lalu-lalang terutama dari motorsikal. Lepas itu kena lalu dengan muka yang confident. Kalau tak confident, memang selamanyalah akan dibuli oleh penunggang motorsikal. Ilmu itulah yang kami amalkan sehingga selamat sampai ke Pantai Danang.

Banyak persimpangan begini yang perlu dilalui untuk sampai ke Pantai Danang
Motorsikal adalah kenderaan yang paling banyak digunakan di jalan raya di seluruh Vietnam
Persimpangan jalan yang sibuk menuju ke Pantai Danang
Dalam penerangannya kepada kami sewaktu ketibaan tadi juga, Yuni ada memberitahu yang pelancong di Danang paling ramai datang dari Korea Selatan. Kerana itulah kami perhatikan signboard pada kedai dan iklan di Danang banyak ditulis dalam Bahasa Korea di samping Bahasa Vietnam dan Inggeris.

Banyak kedai di Danang yang mensasarkan pelancong dari Korea Selatan
Meja rendah di gerai tepi jalan begini juga adalah pemandangan tipikal di seluruh Vietnam
Restoran Korean di Danang
Pintu masuk ke Restoran Korean
Bangunan peninggalan penjajah Perancis yang telah diubahsuai menjadi bakery.
Sebuah lagi Restoran Korean yang ditemui dalam perjalanan
Macam dah nampak suasana pantai di seberang sana
Restoran di persimpangan jalan
Orchidees Ocean Hotel
Orchidees Ocean Hotel juga mempunyai tangga untuk masuk ke lobi tetapi tidaklah setinggi hotel-hotel yang lain.
Bertemu ramai pengunjung yang pulang dari pantai sekarang...
Gerai buah-buahan
Gerai-gerai di pinggir jalan
Pandangan dekat beberapa gerai di pinggir jalan

Part 7: Danang Beach

Akhirnya kami sampai di Danang Beach. Jalan di sepanjang pantai ini yang dinamakan Võ Nguyên Giáp dibarisi dengan hotel-hotel mewah. Inilah juga jalan paling sibuk yang perlu kami lintasi untuk sampai ke pantai. Mujurlah ramai juga orang tempatan yang nak melintas jalan ini bersama kami. Bolehlah kita tumpang berlindung di sebalik mereka ~ taktik human shield begitu ~ seperti yang pernah kami buat di Cairo, Egypt dulu. Hehehehhh!!

Hotel-hotel mewah yang membarisi Jalan Võ Nguyên Giáp di sepanjang Pantai Danang
Kelab-kelab hiburan banyak dilihat di sepanjang Danang Beach
Pemandangan hotel-hotel mewah di sepanjang Jalan Võ Nguyên Giáp dari sebelah pantai
Taman awam di tepi pantai yang digunakan oleh pengunjung untuk beriadah
Berjalan menyusuri taman untuk menuju ke kawasan pantai
Kelihatan seperti ada pentas yang sedang disiapkan untuk suatu program hiburan
Pemandangan suasana di pantai
Peringatan untuk pengunjung
Pantai Danang sangat cantik dan dipenuhi ramai pengunjung pada petang itu. Sebelum tiba di sini, memang Myself tak tahu yang Danang mempunyai pantai cantik sebegitu. Kita lihat gambar-gambar suasana di pantai yang sempat kami rakamkan pada petang itu...

Pantai Danang yang panjang dan berpasir halus
Pemandangan hotel-hotel mewah yang membarisi pantai
Bermain paragliding di Pantai Danang
Ramai pengunjung yang datang ketika itu adalah rakyat Vietnam tempatan
Pemandangan ke arah gunung di kejauhan
Bendera amaran di Pantai Danang
Menikmati suasana indah di tepi pantai
Satu lagi pemandangan suasana indah di Pantai Danang
Seronok melihat orang yang bermain paragliding di sini
Mentari dah semakin terbenam ketika itu
Pemain paragliding yang sedang mendarat di dalam air
Semua pemain paragliding akan ditemani oleh instructor yang terbang bersama
Basket Boat yang berbentuk bulat di Pantai Danang
Pandangan Basket Boat dengan lebih dekat
Ada Pagoda dan patung Dewi Gwanyin di seberang sana
Basket Boat dan pemain paragliding di tengah laut
Pemain Paragliding yang sedang terbang tinggi di udara
Posing dulu di Pantai Danang...
Bekas sampah yang dibuat berbentuk penguin ternganga
Menikmati suasana di Pantai Danang
Cahaya mentari yang semakin menghilang
Gambar Husband berjalan di tepi pantai
Kenangan di taman di tepi pantai
Lampu-lampu bangunan yang dinyalakan bila malam menjelang menambah keindahan di Pantai Danang

Part 8: Berjalan Pulang ke Alyssa Hotel

Disebabkan kedudukannya yang jauh ke utara, Vietnam adalah satu-satunya negara di Asia Tenggara yang mempunyai 4 musim. Namun begitu, suasana 4 musim ini paling ketara di kawasan North Vietnam berhampiran Hanoi. Danang juga mengalami 4 musim tetapi perbezaan musim di sini tidaklah begitu ketara.

Danang sedang mengalami Musim Panas sewaktu kami di sana. Mentari memancar terik pada waktu siang dengan diselangi hujan lebat yang turun sekejap-sekejap. Waktu Solat Subuh masuk sekitar pukul 3.47 pagi dan syuruk pada pukul 5.18 pagi. Waktu Maghrib pula masuk di Danang pada pukul 6.23 petang.

Berjalan pulang ke Hotel Alyssa
Pemandangan malam di Jalan Võ Nguyên Giáp
Untuk keselamatan, Myself dan Husband menumpang berlindung di sebalik penduduk tempatan sewaktu hendak melintas jalan yang super busy di Danang ini.
Kami berjalan pulang ke hotel menggunakan jalan yang sama sewaktu ke Pantai Danang tadi. Namun begitu, setelah malam menjelang begini ada juga pemandangan lain yang kami temui.
 
Restoran menjual seafood
Seafood segar untuk jualan
Memilih seafood untuk hidangan
Zebra Crossing sebegini di Danang kurang membantu kerana kenderaan jarang sangat nak berhenti memberi laluan untuk pejalan kaki.
Kedai Pink Mango dan Massage Parlour
Massage Parlour ini turut menawarkan Nude Bathing Service. Hahaha!!
Mat Salleh yang begitu selamba berjalan tak memakai baju di Danang
Sebuah bangunan antik yang diubahsuai menjadi restoran

Part 9: Dinner Di Restoran Kampung Melayu

Kami diminta berkumpul di lobi hotel pada pukul 7.30 malam untuk dinner.

Berkumpul di lobi untuk keluar makan malam
Kesian makcik-makcik yang terpaksa dipimpin tangan sewaktu turun tangga di depan lobi hotel.
Suasana malam di kota Danang
Pemandangan suasana malam di kota Danang
Makan malam kami disediakan di sebuah restoran yang bernama Kampung Melayu. Pemilik restoran ini adalah seorang lelaki rakyat Vietnam yang berketurunan Champa.

Restoran Kampung Melayu di Danang
Restoran ini sangat popular dengan pelancong Muslim dari Malaysia. Setiap kali kami makan di sini pasti akan bertemu dengan beberapa tour group Muslim lain dari Malaysia.
 
Pintu masuk ke Restoran Kampung Melayu
Hidangan yang disediakan di Restoran Kampung Melayu memang kena dengan selera orang Malaysia
Setiap kali makan di sini, kami pasti akan bersua dengan tour group Muslim lain dari Malaysia yang juga makan di sini.


Bersambung ke Bahagian 3...


CATATAN PERJALANAN CENTRAL VIETNAM (2025):
  • Bahagian 01 - Hari 1 :  Arrival (Kuala Lumpur - Danang)
  • Bahagian 02 - Hari 1 : Danang (Danang City)
  • Bahagian 03 - Hari 2 : Danang (Bana Hills 1 - Cable Car)
  • Bahagian 04 - Hari 2 : Danang (Bana Hills 2 - French Village)
  • Bahagian 05 - Hari 2 : Danang (Bana Hills 3 - Golden Bridge & Jardin d'Amour)
  • Bahagian 06 - Hari 2 : Danang (Dragon Carp Statue & Dragon Bridge)
  • Bahagian 07 - Hari 3 : Hoi An (Coconut Basket Boat)
  • Bahagian 08 - Hari 3 : Hoi An (Hoi An Ancient City)
  • Bahagian 09 - Hari 3 : Danang (Han Market & Son Tra Marina)
  • Bahagian 10 - Hari 4 : Hue (Perjalanan ke Hue)
  • Bahagian 11 - Hari 4 : Hue (Thien Mu Pagoda & Perfume River Cruise)
  • Bahagian 12 - Hari 4 : Hue-Danang (Lagoon Cafe & Danang Beach)
  • Bahagian 13 - Hari 5 : Departure (Danang - Kuala Lumpur)

No comments: