Wednesday, 16 July 2025

2025 CENTRAL VIETNAM BHG. 06 (Dragon Carp)

Jun 2025

CENTRAL VIETNAM
Danang, Bana Hills, Hoi An & Hue

Bahagian 6: Danang
DRAGON CARP STATUE & DRAGON BRIDGE

HARI KEDUA (4)

Part 17: Pulang Ke Danang

Perjalanan pulang ke Danang dari Bana Hills mengambil masa kira-kira setengah jam. Disebabkan kepenatan dengan pelbagai aktiviti yang dibuat di Bana Hills tadi, ramai yang tertidur di dalam bas.

Sebatang sungai yang dilalui dalam perjalanan pulang ke Danang
Tasik
Pemandangan tipikal dalam perjalanan pulang ke Danang
Kami tiba kembali ke Danang pada sebelah petang. Disebabkan ketika itu waktu tamat bekerja, suasana jalan raya di Danang sedikit sibuk terutama dengan motorsikal. 

Tiba kembali ke Danang
Bangga melihat ada Public Bank di sini
Menyusuri Sungai Han
Hospital Mata di Danang
Danang Museum of Cham Sculpture
Warga Danang yang baru pulang bekerja
Kota Danang
Melalui Dragon Bridge
Kepala naga di Dragon Bridge
Bapa Vietnam yang sedang bermain buih sabun dengan anaknya
Setibanya di Danang, kami terus dibawa melawat ke sebuah kedai produk buluh yang bernama Than Dua. 

Kedai Than Dua yang menjual pelbagai produk buluh
Singa penjaga pintu masuk ke Kedai Than Dua
Kedai ini memang sebiji sama dengan Bamboo Shop yang pernah Myself dan Husband lawati sewaktu melawat ke Guilin di China dahulu. Barang yang dijual pun sama. Jadi kami cuma melihat-lihat sahaja produk yang dijual sambil ahli-ahli Grup yang lain membeli-belah barangan buluh.

Signboard yang tertulis bermaksud : Than Dua ~ Center for Bamboo Silk Exhibition
Perhiasan di pintu masuk ke Kedai Than Dua
Sampel fabrik yang dibuat  dari buluh
Sesi penerangan mengenai barang-barang jualan

Part 18: Dragon Carp Statue & Dragon Bridge

Kalau Singapore berbangga memiliki patung Merlion, Danang pula berbangga dengan dengan patung Dragon Carp. Maka ke sanalah kami dibawa melawat pada petang itu sekembali dari Bana Hills.

Dragon Carp Statue dan Dragon Bridge
Patung Golden Carp ini dibina tidak jauh dari Dragon Bridge dan jelas mengambil ilham dari patung Merlion yang terkenal di Singapura itu. Cuma bezanya jika Merlion mempunyai badan ikan dan berkepala singa, Dragon Carp Statue pula mempunyai badan ikan dan kepala naga.

Dragon Carp Statue
Pemandangan patung Dragon Carp dari belakang
Bergambar dengan Dragon Carp
Patung Dragon Carp ini dibina untuk menggambarkan transformasi Danang sebagai 'the carp fish transforming into dragon’. Selepas tamat Perang Vietnam, Danang adalah sebuah kota yang mundur di pinggir Sungai Han. Segalanya telah berubah sekarang. Kota yang mundur itu kini menjadi bandar yang termaju di negara Vietnam.

Pemandangan patung Dragon Carp dari hadapan
Pandangan dari sisi
Pandangan dari belakang
Jambatan di sekeliling Dragon Carp Statue dinamakan Love Bridge sebab pada railingnya penuh dipasang dengan kunci-kunci cinta.

Love Bridge di sekeliling Carp Dragon Statue
Kunci-kunci cinta
Dragon Bridge yang merupakan sebuah lagi tarikan di kota Danang dapat dilihat dengan jelas dari Dragon Carp Statue. Kami tak berkesempatan melawat ke jambatan ini di sebelah malam. Pada setiap malam, pertunjukan Fire & Water Show diadakan di jambatan ini di mana api dan air akan disembur keluar dari kepala naga.

Jambatan ini dibina merentang Sungai Han yang mengalir membelah kota Danang. Jangan ingat Sungai Han cuma ada di Seoul, Korea. Kat Danang, Vietnam pun ada. Hahaha!! Tapi dah pastilah Sungai Han yang ada di Korea itu tak sama dengan Sungai Han yang ada di Vietnam ini.

Dragon Bridge
Pada setiap malam ada Fire & Water Show diadakan di kepala naga ini
Pemandangan Dragon Bridge di waktu malam
[Gambar dari internet]
Fire & Water Show yang diadakan pada setiap malam di Dragon Bridge
[Gambar dari internet]
Bergambar dengan kepala naga
Bergambar dengan Sang Naga
Suasana berdekatan Dragon Bridge agak sibuk pada petang itu kerana kawasan di sekitar sini sedang dipersiapkan bagi persembahan Danang International Fireworks Festival 2025 pada sebelah malam nanti. Kami juga tidak dapat nak berlama-lama di sini kerana jalan di sekitar akan ditutup kepada kenderaan. Ada ahli kumpulan kami yang datang melihat Fireworks Festival tersebut di sebelah malam. Disebabkan banyak jalan ditutup dan laluan yang sesak, dia datang ke Fireworks Festival dengan menaiki Grab Motorsikal (yang dipanggil Gojek di Indonesia) dari hotel.

Persiapan untuk Danang International Fireworks Festival 2025
Husband bergambar kenangan dengan Dragon Carp Statue
Monkey God sedang berjalan di tepi Dragon Carp Statue
Pemandangan senja di Dragon Carp Statue
Meninggalkan Dragon Bridge dan Dragon Carp Statue
Danang International Fireworks Festival 2025 yang diadakan pada malam itu
[Gambar dari internet]

Part 19: Dinner Di Restoran Indrapura 

Makan malam kami disediakan di sebuah lagi restoran Halal di Danang yang bernama Restoran Indrapura. Maka selepas melawat Dragon Carp Statue dan Dragon Bridge, kami terus dibawa ke sana.

Pemandangan Dragon Bridge di waktu senja
I Love Danang
Seperti juga di Restoran Kampung Melayu semalam, makanan yang disediakan di Restoran Indrapura adalah masakan tipikal Vietnam yang sedap dan amat kena dengan selera orang Malaysia.
 
Restoran Indrapura
Pintu masuk ke Restoran Indrapura
Suasana di dalam Restoran Indrapura
Satu lagi suasana di dalam Restoran Indrapura
Makanan yang disediakan sedap dan menyelerakan
Ada satu lagi kumpulan dari Malaysia yang turut menjamu selera bersama kami di sana
Pulang ke hotel selepas makan malam
Suasana malam di kota Danang


Bersambung ke Bahagian 7...


CATATAN PERJALANAN CENTRAL VIETNAM (2025):

No comments: