Oktober 2022
SOUTHEASTERN EUROPE (BALKANS)
Croatia, Bosnia-Herzegovina, Montenegro, Albania, Kosovo, North Macedonia, Greece & Turkiye (3rd Visit)
(NORTH MACEDONIA: Skopje, Tetovo, Ohrid & Struga)
Bahagian 34: North Macedonia 5
OHRID
HARI KETUJUH (4)
Part 93: Perjalanan Ke Ohrid
Dari Tetovo yang terletak di barat laut North Macedonia, perjalanan kami diteruskan ke arah selatan menuju ke Ohrid yang terletak berdekatan dengan sempadan Albania.
Meneruskan perjalanan ke Ohrid |
Plaza Tol sewaktu masuk ke lebuhraya |
Pemandangan kawasan pertanian |
Lagi pemandangan ladang pertanian |
Jika pemandangan dalam perjalanan dari Skopje ke Tetovo banyak melalui kawasan pertanian, pemandangan dalam perjalanan dari Tetovo ke Ohrid pula banyak melalui kawasan hutan. Suasana di luar nampak panas dengan cahaya matahari bersinar terang, tetapi jangan tertipu sebab suhu di luar sana agak sejuk ~ 16'C. Mungkin disebabkan mukabuminya yang bergunung-ganang, iklim di North Macedonia memang lebih sejuk berbanding tempat-tempat lain yang kami kunjungi di Balkans ini.
Dekat-dekat nak tiba di Ohrid barulah kita bertemu kembali dengan kawasan pertanian.
Kita dah turun dari kawasan gunung ketika ini |
Perkampungan di North Macedonia yang mungkin dihuni penduduk Muslim kerana ada sebuah masjid di situ |
Pemandangan di kawasan perkampungan |
Padang ragut |
Disebabkan ada peraturan di Eropah yang memaksa pemandu bas berhenti rehat setiap maksima 2 jam pemanduan, bas kami membuat perhentian Happy Hour di sebuah tempat yang bernama Kichevo.
Stesen minyak di Kichevo |
Pemandangan stesen minyak dari sudut lain |
Kawasan perumahan berhampiran stesen minyak |
Bukan setakat penumpang bas membuat Happy Hour, bas sendiri pun membuat Happy Hour juga dengan mengisi minyak di sini.
Stesen minyak di sini juga layan diri ~ sama macam di Malaysia |
Selepas membuat perhentian Happy Hour, kami meneruskan perjalanan lagi sehingga sampai ke Ohrid.
Pergunungan cantik di North Macedonia |
Macam ada kawasan perkhemahan di sana |
Arah ke Ohrid |
Pinggir bandar Ohrid |
Part 94: Ohrid
Ohrid adalah bandar pelancongan yang popular di North Macedonia. Di samping terletak di pinggir Lake Ohrid yang cantik, ia juga sangat bersejarah. Pada satu ketika terdapat 365 buah gereja di Ohrid ~ satu gereja untuk setiap hari dalam setahun ~ sehingga ia menerima gelaran sebagai Jerusalem of the Balkans.
Ohrid |
Bandar Ohrid |
Kenderaan di Ohrid |
Ohrid juga menerima pengiktirafan sebagai Cultural World Heritage Site dari UNESCO pada tahun 1979. Seterusnya ia turut menerima pengiktirafan sebagai Natural World Heritage Site juga dari UNESCO pada tahun 1980. Ohrid kini adalah salah sebuah di antara 28 tapak di dunia yang menerima pengiktirafan UNESCO bagi kedua-dua ketegori: Cultural and Natural World Heritage Site.
Lagi pemandangan di Ohrid |
Ohrid juga ada banyak roundabout |
Rumah-rumah kediaman yang turut disewa kepada pelancong pada waktu puncak |
Suasana yang tenang dan damai |
Pinggir bandar Ohrid |
Part 95: Amfora Restaurant
Sebaik tiba di Ohrid, kami terus dibawa untuk makan tengah hari di Amfora Restaurant.
Bas menurunkan kami di sini |
Suasana di dalam Amfora Restaurant |
Menunggu makanan dihidangkan |
Gambar kontroversi di Amfora Restaurant ~ posing dengan botol arak kat kiri kanan. Hahaha!! |
Waiter di Amfora Restaurant |
Hidangan sup sebagai pembuka selera |
Makanan yang dihidang kepada kami untuk lunch hari ini adalah ikan yang ditangkap di Lake Ohrid sendiri. Nama ikan ini Prespa. Katanya spesis ini cuma ada di Lake Ohrid.
Sup |
Prespa Fish dan Nasi |
Dessert |
Berkumpul di depan Restoran Amfora selepas lunch |
Berjalan ke Tasik Ohrid |
Part 96: Lake Ohrid
Selepas makan, program yang diaturkan untuk kami adalah Boat Cruise di Lake Ohrid. Maka kami beramai-ramai berjalan ke sana.
Pemandangan pertama Lake Ohrid |
Berjalan di pinggir tasik |
Swans berenang di Lake Ohrid |
Air tasik yang sangat jernih |
Hotel City Palace |
Dengan kedalaman 288 meter, Lake Ohrid adalah tasik yang terdalam di Eropah. Secara geologi, ia adalah juga salah sebuah tasik yang tertua di dunia. Ia dianggarkan telah berusia 4 juta tahun. Selain dari itu, terdapat 200 spesis haiwan endemic tinggal di Lake Ohrid. Kerana itulah tasik ini mendapat pengiktirafan sebagai World Heritage Site dari UNESCO.
Pemandangan bandar Ohrid di tepi tasik |
Seperti juga kebanyakan bandar tua lain di Eropah, Ohrid juga mempunyai sebuah kota yang dibina di atas bukit. |
Walaupun ketika itu sedang musim luruh, masih ada sedikit bunga yang cantik juga berkembang di tepi tasik.
Jeti |
Bot cruise kami berlabuh di sebuah jeti di hujung bandar. Maka ke sanalah kami berjalan...
Berjalan menuju ke tempat bot berlabuh |
Jeti di tengah bandar |
Gerai souvenir |
Mencari habuan di tengah tasik |
Berehat-rehat di tepi tasik |
Topiari Beruang |
Dah nampak bot cruise kat hujung sana... |
Kereta mainan kanak-kanak untuk disewa |
Monumen St. Cyril & St. Methodius |
Bot kami berlabuh di sini |
Bersambung ke Bahagian 35...
CATATAN PERJALANAN BALKANS (2022):
- Bhg. 01 [Hari 1] - Departure (KL - Doha - Zagreb)
- Bhg. 02 [Hari 1] - Croatia 1 : Zagreb Islamic Center & Zagreb City
- Bhg. 03 [Hari 1] - Croatia 2 : Zagreb Old City & Perjalanan ke Bihac
- Bhg. 04 [Hari 2] - Bosnia-Herzegovina 1 : Bihac & Jajce
- Bhg. 05 [Hari 2] - Bosnia-Herzegovina 2 : Turbe & Travnik
- Bhg. 06 [Hari 2] - Bosnia-Herzegovina 3 : Sarajevo
- Bhg. 07 [Hari 2] - Bosnia-Herzegovina 4 : Sarajevo Old City 1
- Bhg. 08 [Hari 2] - Bosnia-Herzegovina 4 : Sarajevo Old City 2
- Bhg. 09 [Hari 3] - Bosnia-Herzegovina 5 : Neretva River & Jablanica
- Bhg. 10 [Hari 3] - Bosnia-Herzegovina 6 : Mostar Old City 1
- Bhg. 11 [Hari 3] - Bosnia-Herzegovina 7 : Mostar Old City 2
- Bhg. 12 [Hari 3] - Bosnia-Herzegovina 8 : Blagaj
- Bhg. 13 [Hari 4] - Bosnia-Herzegovina 9 : Trebinje
- Bhg. 14 [Hari 4] - Croatia 3 : Dubrovnik
- Bhg. 15 [Hari 4] - Croatia 4 : Dubrovnik Old City 1
- Bhg. 16 [Hari 4] - Croatia 5 : Dubrovnik Old City 2
- Bhg. 17 [Hari 4] - Croatia 6 : Dubrovnik Boat Cruise 1
- Bhg. 18 [Hari 4] - Croatia 7 : Dubrovnik Boat Cruise 2
- Bhg. 19 [Hari 4] - Croatia 8 : Dubrovnik Old City 3
- Bhg. 20 [Hari 5] - Montenegro 1 : Herceg Novi & Tivat
- Bhg. 21 [Hari 5] - Montenegro 2 : Kotor Old City 1
- Bhg. 22 [Hari 5] - Montenegro 3 : Kotor Old City 2
- Bhg. 23 [Hari 5] - Montenegro 4 : Budva 1
- Bhg. 24 [Hari 5] - Montenegro 5 : Budva 2
- Bhg. 25 [Hari 5] - Albania 1 : Shkoder
- Bhg. 26 [Hari 6] - Albania 2 : Perjalanan Ke Kosovo
- Bhg, 27 [Hari 6] - Kosovo 1 : Prizren 1
- Bhg, 28 [Hari 6] - Kosovo 2 : Prizren 2
- Bhg. 29 [Hari 6] - Kosovo 3 : Pristina & Perjalanan ke North Macedonia
- Bhg. 30 [Hari 6] - North Macedonia 1: Skopje Old Muslim Quarter
- Bhg. 31 [Hari 7] - North Macedonia 2: Macedonia Square 1
- Bhg. 32 [Hari 7] - North Macedonia 3: Macedonia Square 2
- Bhg. 33 [Hari 7] - North Macedonia 4: Tetovo
- Bhg. 34 [Hari 7] - North Macedonia 5: Ohrid
- Bhg. 35 [Hari 7] - North Macedonia 6: Ohrid Lake Cruise & Ohrid City Tour
- Bhg. 36 [Hari 7] - North Macedonia 7: Jalan-Jalan Ohrid
- Bhg. 37 [Hari 8] - North Macedonia 8 : Resen & Bitola
- Bhg. 38 [Hari 8] - Greece 1: Northern Greece
- Bhg. 39 [Hari 8] - Greece 2: Thessaloniki 1
- Bhg. 40 [Hari 8] - Greece 3: Thessaloniki 2
- Bhg. 41 [Hari 8] - Greece 4: Perjalanan ke Kavala
- Bhg. 42 [Hari 8] - Greece 5: Kavala
- Bhg. 43 [Hari 8] - Greece 6: Kavala Walking Tour
- Bhg. 44 [Hari 9] - Greece - Turkey: Kavala - Istanbul
- Bhg. 45 [Hari 9] - Istanbul 1: Suleymanpasa & Beyazit
- Bhg. 46 [Hari 9] - Istanbul 2: Grand Bazaar & Serefiye Cistern
- Bhg. 47 [Hari 10] - Istanbul 3: Spice Bazaar
- Bhg. 48 [Hari 10] - Istanbul 4: Galata Bridge & New Mosque
- Bhg. 49 [Hari 10] - Istanbul 5: Sultanahmet & Hippodrome
- Bhg. 50 [Hari 10] - Going Home (Istanbul - Doha - Kuala Lumpur)