September 2026
PERAK, MALAYSIA
Kuala Kangsar & Taiping
Bahagian 6 : Pulang
ETS [Kuala Kangsar - Kuala Lumpur]
HARI KETIGA
Part 15: Pulang Ke Kuala Lumpur
Percutian singkat 3 Hari 2 Malam kami ke Kuala Kangsar dan Taiping berakhir pada hari ini. Kami dijadualkan pulang ke Kuala Lumpur dengan ETS yang dijadualkan berlepas dari Kuala Kangsar pada pukul 9.50 pagi. Maka seawal pukul 7.30 pagi, kami turun bersarapan di Matahari Coffee House di Hotel Casuarina.
![]() |
| Turun bersarapan di Matahari Coffee House |
![]() |
| Disebabkan hari ini adalah hari bekerja, ada ramai penginap hotel yang juga turun bersarapan awal seperti kami |
![]() |
| Nasi Goreng dan Kueyteow |
![]() |
| Lempeng dan Kari |
![]() |
| Ayam Masak Merah |
Memandangkan kita akan meninggalkan Kuala Kangsar sekejap lagi, kita ambil dulu gambar Sungai Perak dari hotel untuk kenangan.
![]() |
| Keluar ke balkoni restoran untuk mengambil gambar |
![]() |
| Sungai Perak |
![]() |
| Sungai Perak |
![]() |
| Tugu Labu Sayong di tepi Sungai Perak |
![]() |
| Sarapan pagi ini |
Pada pukul 8.30 pagi selepas selesai bersarapan, kami bertolak menuju ke Stesen KTM Kuala Kangsar dengan teksi yang kami tempah menggunakan bantuan pihak hotel. Walaupun Stesen KTM cuma terletak 10 minit dari hotel, kita tetap memilih untuk pergi awal. Maklumlah, dah terbiasa dengan senario kehidupan di Kuala Lumpur yang mana kita perlu bertolak lebih sejam awal kalau nak bergerak ke mana-mana. 😅
![]() |
| Naik teksi ke Stesen KTM Kuala Kangsar |
![]() |
| Bergerak menuju ke Stesen KTM |
![]() |
| Malay College Kuala Kangsar (MCKK) |
![]() |
| Hampir tiba di Stesen KTM Kuala Kangsar |
Stesen KTM Kuala Kangsar tidak sibuk seperti Stesen KTM di KL Sentral dan Butterworth.
![]() |
| Stesen KTM Kuala Kangsar |
![]() |
| Bangunan stesen ini menerapkan senibina tradisional Melayu |
![]() |
| Ada kedai runcit kecil di sana |
Kita cuma boleh masuk ke ruang menunggu di dalam stesen seawal sejam dari waktu perlepasan tren. Disebabkan kami tiba sedikit awal, terpaksalah kita menunggu sekejap di luar.
![]() |
| Terpaksa menunggu di luar sini sekejap kerana kita belum boleh masuk ke dalam |
Tidak lama kemudian barulah kita boleh scan tiket kita untuk masuk menunggu di sebelah dalam. Ada sebuah ruang menunggu berhawa dingin disediakan di stesen ini untuk kegunaan penumpang.
![]() |
| Dah boleh masuk ke dalam sekarang... |
![]() |
| Ruang menunggu berhawa dingin yang disediakan di Stesen KTM Kuala Kangsar |
![]() |
| Jom kita masuk ke dalam... |
![]() |
| Tempat menunggu di ruang berhawa dingin |
![]() |
| Tren kami ke KL Sentral dijadualkan berlepas pada pukul 9.52 pagi |
Dekat-dekat dengan waktu berlepas barulah kami turun ke platform. Seperti sewaktu kedatangan dulu, kami juga membeli tiket Business Class untuk pulang ke Kuala Lumpur.
![]() |
| ETS yang akan membawa kami pulang ke KL tiba di Kuala Kangsar |
![]() |
| Pemandangan dalam ETS Business Class |
Sebaik berlepas dari Kuala Kangsar, kami terus diberi sajian ringan Minuman Pagi. Cuma kami berdua sahaja yang disajikan ketika itu kerana penumpang lain yang berlepas dari Butterworth dan stesen yang sebelum Kuala Kangsar dah pun mendapat hidangan sajian lebih awal.
![]() |
| Sajian Minuman Pagi dari ETS Business Class |
![]() |
| Popcorn berperisa Telur Masin dan Tomyam yang dihidangkan dalam sajian Minuman Pagi |
![]() |
| Tiba di Ipoh |
![]() |
| Berselisih dengan KTM Komuter Utara di Stesen Ipoh |
![]() |
| Meneruskan perjalanan ke KL Sentral |
Ada satu lagi sajian dihidangkan kepada penumpang Business Class selepas ETS meninggalkan Stesen Ipoh. Makanan yang diberi adalah Mihun tetapi disebabkan kami masih kenyang dengan makanan yang diberi sewaktu naik dari Kuala Kangsar tadi, kita minta saja beg dari staff ETS untuk membawa makanan ini balik ke rumah. Beg yang cantik dan berkualiti ini diberi percuma sahaja atas permintaan.
![]() |
| Sajian kedua sedang diberi kepada penumpang ETS Business Class |
![]() |
| Mee Siam With Chicken Rendang |
![]() |
| Minta beg untuk membawa makanan balik ke rumah |
Perjalanan dengan ETS dari Kuala Kangsar menuju ke KL Sentral memakan masa kira-kira 4 jam. Tren kami selamat tiba di KL Sentral pada pukul 12.50 tengahari. Maka berakhirlah sudah kisah percutian singkat kami ke Kuala Kangsar dan Taiping kini.
![]() |
| Tiba di Stesen Kuala Lumpur. Stesen seterusnya... KL Sentral. |
CATATAN PERJALANAN KUALA KANGSAR & TAIPING (2026):
- Bhg. 01 (Hari-1) : ETS (KL Sentral - Kuala Kangsar)
- Bhg. 02 (Hari-1) : Kuala Kangsar (Laman Pahlawan, Sungai Perak & Bandar Diraja)
- Bhg. 03 (Hari-1) : Kuala Kangsar (Memory Lane, Masjid Ubudiah & Sungai Perak @ Night)
- Bhg. 04 (Hari-2) : Taiping (Taman Tasik Taiping)
- Bhg. 05 (Hari-2) : Taiping (Zoo Taiping)
- Bhg. 06 (Hari-2) : Kuala Kangsar (Bukit Chandan)
- Bhg. 07 (Hari-3) : ETS (Kuala Kangsar - KL Sentral)


































No comments:
New comments are not allowed.