September 2026
PERAK, MALAYSIA
Kuala Kangsar & Taiping
Bahagian 1 : KL - Kuala Kangsar
ETS [KL Sentral - Kuala Kangsar]
HARI PERTAMA (1)
Part 1: Naik ETS Ke Kuala Kangsar
Pada bulan September 2026, Myself dan Husband telah berkunjung ke Bandar Diraja Negeri Perak, Kuala Kangsar sempena cuti perayaan Hari Malaysia. Disebabkan pada usia emas begini kita dah tak larat lagi nak memandu jauh-jauh, kami memilih berkunjung ke sana dengan menaiki Tren ETS dari KL Sentral.
 |
| KL Sentral |
Tren ETS kami dijadual berlepas pada pukul 1.45 petang. Oleh itu, kami memilih untuk makan ringan-ringan dulu di sebuah food outlet di KL Sentral yang bernama Meals Station.
 |
| Meals Station @ KL Sentral |
 |
| Suasana di dalam Meals Station |
 |
| Panggilan untuk penumpang tren ETS EP 9130 |
 |
| Menunggu giliran untuk menggunakan lif di Ruby Lounge |
Business Class ETS menuju ke Kuala Kangsar ini terletak di koc yang paling belakang.
 |
| Koc Business Class terletak di bahagian paling belakang |
 |
| Tiba di koc kami |
 |
| Berjalan mencari tempat duduk kami |
Tepat pukul 1.40 petang mengikut jadual, tren ETS kami bergerak meninggalkan Stesen KL Sentral untuk menuju ke Kuala Kangsar.
 |
| ETS bergerak menuju ke Kuala Kangsar |
Macam biasa, ada meal service yang diberi kepada penumpang di dalam Business Class perjalanan menuju ke Utara ini. Makanan yang diberi adalah Nasi Tomato. Sajian ini diberi tidak lama selepas kita berlepas dari KL Sentral. Tidak seperti meal service di dalam kapalterbang, penumpang tidak diberi pilihan makanan dalam meal service ETS Business Class. Makan sajalah apa yang diberi. Namun begitu dari pengalaman kami yang dah beberapa kali menaiki ETS Business Class ini, makanan yang diberi tidak pernah mengecewakan.
 |
| Meal Service dalam ETS Business Class |
 |
| Nasi Tomato |
 |
| Kacang Shandong dan Popcorn Perasa Nasi Lemak turut diberi bersama hidangan Nasi Tomato |
 |
| Souvenir Pack dari ETS Business Class ~ Wet Tissue, Penutup Mata dan Lotion Seomou |
Pemandangan dari dalam Tren ETS sepanjang laluan dari KL menuju ke Kuala Kangsar sedikit kurang menarik kerana sebahagian besar pemandangan terdiri dari hutan belantara. Pemandangan yang menarik jika menaiki tren menuju ke Utara ini sebenarnya terletak di antara Kuala Kangsar sehingga ke Butterworth. Unfortunately, perjalanan kami hari ini akan berakhir sebelum stretch pemandangan menarik ini bermula.
 |
| Pemandangan sungai dekat dengan Tanjung Malim |
 |
| Bandar Tanjung Malim |
 |
| Stesen Tanjung Malim |
 |
| Berselisih dengan Tren Komuter di Stesen Tanjung Malim |
Ada satu lagi sajian yang diberi kepada penumpang ETS Business Class selepas tren meninggalkan Stesen Tanjung Malim menuju ke Ipoh. Sajian yang diberi adalah kuih Seri Muka dengan minuman panas.
 |
| Sajian perkhidmatan kedua selepas meninggalkan Stesen Tanjung Malim |
 |
| Kuih Seri Muka dalam Sajian Rel yang kedua |
 |
| Perjalanan menuju ke utara Semenanjung Malaysia |
Hati berbunga bila tren membuat persinggahan di Stesen Batu Gajah walaupun kita tidak turun di sini. Maklum sajalah kerana ini adalah hometown Myself walaupun dah lama kita tak menjejak kembali ke sini selepas kedua-dua orang tua pergi menghadap Ilahi.
 |
| Jambatan Victoria yang dilalui dalam perjalanan menuju ke Kuala Kangsar (2018) |
Part 2: Tiba Di Kuala Kangsar
Perjalanan dengan ETS dari Stesen KL Sentral menuju ke Kuala Kangsar memakan masa kira-kira 3 jam. Kami tiba di Kuala Kangsar pada pukul 4.30 petang.
 |
| Kuala Kangsar |
 |
| Tren ETS yang membawa kami dari KL ke Kuala Kangsar |
 |
| Suasana di Stesen Kuala Kangsar |
 |
| Satu lagi pemandangan suasana di Stesen Kuala Kangsar |
 |
| Bergambar kenangan di Stesen Kuala Kangsar |
Tujuan kami datang ke Kuala Kangsar adalah sebenarnya nak berjumpa dengan Adik Tiri yang akan membawa kami berjalan-jalan dengan keretanya di sini. Tetapi disebabkan ketika itu Adik Tiri masih lagi bekerja, kita naik saja Grab menuju ke hotel. Jangan risau, ada khidmat Grab di Kuala Kangsar, tetapi disebabkan jumlahnya tak banyak, lama sikitlah kita kena menunggu.
 |
| Naik Grab menuju ke hotel |
Tidak jauh dari Stesen KTM Kuala Kangsar, kita dapat melihat kampus Maktab Melayu Kuala Kangsar (Malay College Kuala Kangsar atau MCKK). Mengikut sejarahnya, sekolah ini dibina oleh British untuk mendidik dan melatih golongan elit Melayu yang terdiri dari kalangan kerabat diraja. Pada masa sekarang, ia telah dibuka kepada semua lapisan rakyat Malaysia yang berkelayakan. Sekolah ini terkenal kerana berjasa melahirkan ramai pemimpin dan tokoh-tokoh korporat Malaysia sehingga ke hari ini.
 |
| Maktab Melayu Kuala Kangsar (MCKK) |
 |
| Dewan Jubli Perak berdekatan Maktab Melayu Kuala Kangsar |
 |
| Pemandangan bandar Kuala Kangsar |
 |
| Menara Jam Kuala Kangsar |
Hotel penginapan kami di Kuala Kangsar adalah sebuah hotel 4 bintang yang bernama Casuarina Hotel. Jangan tak tahu, memang ada sebuah hotel 4 bintang di Kuala Kangsar 😄! Hotel ini bukit terletak di atas sebuah bukit dan menghadap ke Sungai Perak.
 |
| Perjalanan menuju ke Hotel Casuarina di Kuala Kangsar |
 |
| Hotel Casuarina di Kuala Kangsar |
 |
| Walkway menuju ke lobi utama |
 |
| Kaunter reception di Hotel Casuarina Kuala Kangsar |
 |
| Main Lobby di Hotel Casuarina Kuala Kangsar |
 |
| Check-in |
Hotel Casuarina di Kuala Kangsar terdiri dari 2 blok bangunan. Disebabkan kami meminta bilik yang menghadap ke Sungai Perak, bilik kita terletak di blok yang berasingan dari bangunan Main Lobby.
 |
| Bilik kami terletak di blok bangunan di seberang sana |
 |
| Kenangan di Hotel Casuarina Kuala Kangsar |
Bilik penginapan di Hotel Casuarina ini luas dan selesa. Memang ada balkoni yang menghadap ke Sungai Perak, tetapi pemandangannya agak terlindung dengan pokok-pokok besar yang ditanam di tepi sungai 😅.
No comments:
New comments are not allowed.