Monday, 9 November 2026

2026 K. KANGSAR & TAIPING BHG. 01 (KL - KK)

September 2026

PERAK, MALAYSIA
Kuala Kangsar & Taiping

Bahagian 1 : KL - Kuala Kangsar
ETS [KL Sentral - Kuala Kangsar]
 
HARI PERTAMA (1)
 
Part 1: Naik ETS Ke Kuala Kangsar

Pada bulan September 2026, Myself dan Husband telah berkunjung ke Bandar Diraja Negeri Perak, Kuala Kangsar sempena cuti perayaan Hari Malaysia. Disebabkan pada usia emas begini kita dah tak larat lagi nak memandu jauh-jauh, kami memilih berkunjung ke sana dengan menaiki Tren ETS dari KL Sentral.
 
KL Sentral
Tren ETS kami dijadual berlepas pada pukul 1.45 petang. Oleh itu, kami memilih untuk makan ringan-ringan dulu di sebuah food outlet di KL Sentral yang bernama Meals Station.

Meals Station @ KL Sentral
Suasana di dalam Meals Station
Makanan ringan di Meals Station
Kami juga memilih naik ETS Business Class ke Kuala Kangsar. Ada Ruby Lounge yang disediakan untuk penumpang-penumpang Business Class ETS menunggu tren mereka di KL Sentral. Walau bagaimanapun, kita cuma boleh masuk ke Lounge ini paling awal cuma sejam sebelum time tren berlepas.

Bergerak menuju ke Ruby Lounge
Ruby Lounge untuk kegunaan penumpang ETS Business Class
Ruby Lounge cuma boleh dimasuki sejam sebelum waktu berlepas. Bagi yang tiba awal, boleh menunggu di kerusi kuning yang disediakan.
 Pintu masuk ke Ruby Lounge
Scan dulu tiket sebelum masuk ke Ruby Lounge
Suasana di dalam Ruby Lounge
Monitor jadual perlepasan tren
Memang selesa menunggu tren di Ruby Lounge. Selain memiliki kerusi yang empuk dan selesa, ada makanan dan minuman ringan yang disediakan secara percuma.
 
Duduk menunggu tren di Ruby Lounge
Ramai penumpang yang sama tren dengan kami baru tiba di Ruby Lounge
Pemandangan menghala ke luar dari Ruby Lounge
Ramai penumpang sedang menunggu tren di bawah sana
Pemandangan menghala ke Stesen LRT KL Sentral dari Ruby Lounge
Suasana di Ruby Lounge
Sudut makanan dan minuman percuma di Ruby Lounge
Makanan dan minuman percuma yang disediakan di Ruby Lounge
Bungkusan makanan di bawah sana adalah Mihun Goreng
Mesin minuman panas
Husband menunggu di Ruby Lounge
Dekat-dekat pukul 1.45 petang, semua penumpang ETS EP 9130 dipanggil masuk ke dalam tren. Kami dipersilakan ke lif yang akan membawa kami direct ke platform di mana tren sedang menanti.

Panggilan untuk penumpang tren ETS EP 9130
Menunggu giliran untuk menggunakan lif di Ruby Lounge
Business Class ETS menuju ke Kuala Kangsar ini terletak di koc yang paling belakang. 

Koc Business Class terletak di bahagian paling belakang
Tiba di koc kami
Berjalan mencari tempat duduk kami
Tepat pukul 1.40 petang mengikut jadual, tren ETS kami bergerak meninggalkan Stesen KL Sentral untuk menuju ke Kuala Kangsar.
 
ETS bergerak menuju ke Kuala Kangsar
Macam biasa, ada meal service yang diberi kepada penumpang di dalam Business Class perjalanan menuju ke Utara ini. Makanan yang diberi adalah Nasi Tomato. Sajian ini diberi tidak lama selepas kita berlepas dari KL Sentral. Tidak seperti meal service di dalam kapalterbang, penumpang tidak diberi pilihan makanan dalam meal service ETS Business Class. Makan sajalah apa yang diberi. Namun begitu dari pengalaman kami yang dah beberapa kali menaiki ETS Business Class ini, makanan yang diberi tidak pernah mengecewakan.

Meal Service dalam ETS Business Class
Nasi Tomato
Kacang Shandong dan Popcorn Perasa Nasi Lemak turut diberi bersama hidangan Nasi Tomato
Souvenir Pack dari ETS Business Class ~ Wet Tissue, Penutup Mata dan Lotion Seomou
Pemandangan dari dalam Tren ETS sepanjang laluan dari KL menuju ke Kuala Kangsar sedikit kurang menarik kerana sebahagian besar pemandangan terdiri dari hutan belantara. Pemandangan yang menarik jika menaiki tren menuju ke Utara ini sebenarnya terletak di antara Kuala Kangsar sehingga ke Butterworth. Unfortunately, perjalanan kami hari ini akan berakhir sebelum stretch pemandangan menarik ini bermula. 

Pemandangan sungai dekat dengan Tanjung Malim
Bandar Tanjung Malim
Stesen Tanjung Malim
Berselisih dengan Tren Komuter di Stesen Tanjung Malim
Ada satu lagi sajian yang diberi kepada penumpang ETS Business Class selepas tren meninggalkan Stesen Tanjung Malim menuju ke Ipoh. Sajian yang diberi adalah kuih Seri Muka dengan minuman panas.

Sajian perkhidmatan kedua selepas meninggalkan Stesen Tanjung Malim
Kuih Seri Muka dalam Sajian Rel yang kedua
Perjalanan menuju ke utara Semenanjung Malaysia
Hati berbunga bila tren membuat persinggahan di Stesen Batu Gajah walaupun kita tidak turun di sini. Maklum sajalah kerana ini adalah hometown Myself walaupun dah lama kita tak menjejak kembali ke sini selepas kedua-dua orang tua pergi menghadap Ilahi.

Stesen Batu Gajah
Masjid Toh Puan Hatijah di Batu Gajah
Next station ~ Ipoh
Dekat-dekat nak tiba di Kuala Kangsar, kita akan melalui Victoria Bridge yang bersejarah itu. Jambatan ini yang dibina oleh penjajah British pada masa dahulu terletak berdekatan dengan Stesen Enggor. Disebabkan kita tak sempat nak mengambil gambar sewaktu lalu di sini, kita gunakan gambar yang juga kita ambil dari dalam ETS sewaktu perjalanan ke Pulau Pinang pada tahun 2018 dulu.

Jambatan Victoria yang dilalui dalam perjalanan menuju ke Kuala Kangsar (2018)

Part 2: Tiba Di Kuala Kangsar 

Perjalanan dengan ETS dari Stesen KL Sentral menuju ke Kuala Kangsar memakan masa kira-kira 3 jam. Kami tiba di Kuala Kangsar pada pukul 4.30 petang.

Kuala Kangsar
Tren ETS yang membawa kami dari KL ke Kuala Kangsar
Suasana di Stesen Kuala Kangsar
Satu lagi pemandangan suasana di Stesen Kuala Kangsar
Bergambar kenangan di Stesen Kuala Kangsar
Tujuan kami datang ke Kuala Kangsar adalah sebenarnya nak berjumpa dengan Adik Tiri yang akan membawa kami berjalan-jalan dengan keretanya di sini. Tetapi disebabkan ketika itu Adik Tiri masih lagi bekerja, kita naik saja Grab menuju ke hotel. Jangan risau, ada khidmat Grab di Kuala Kangsar, tetapi disebabkan jumlahnya tak banyak, lama sikitlah kita kena menunggu.
 
Naik Grab menuju ke hotel
Tidak jauh dari Stesen KTM Kuala Kangsar, kita dapat melihat kampus Maktab Melayu Kuala Kangsar (Malay College Kuala Kangsar atau MCKK). Mengikut sejarahnya, sekolah ini dibina oleh British untuk mendidik dan melatih golongan elit Melayu yang terdiri dari kalangan kerabat diraja. Pada masa sekarang, ia telah dibuka kepada semua lapisan rakyat Malaysia yang berkelayakan. Sekolah ini terkenal kerana berjasa melahirkan ramai pemimpin dan tokoh-tokoh korporat Malaysia sehingga ke hari ini.
 
Maktab Melayu Kuala Kangsar (MCKK)
Dewan Jubli Perak berdekatan Maktab Melayu Kuala Kangsar
Pemandangan bandar Kuala Kangsar
Menara Jam Kuala Kangsar
Hotel penginapan kami di Kuala Kangsar adalah sebuah hotel 4 bintang yang bernama Casuarina Hotel. Jangan tak tahu, memang ada sebuah hotel 4 bintang di Kuala Kangsar 😄! Hotel ini bukit terletak di atas sebuah bukit dan menghadap ke Sungai Perak.

Perjalanan menuju ke Hotel Casuarina di Kuala Kangsar
Hotel Casuarina di Kuala Kangsar
Walkway menuju ke lobi utama
Kaunter reception di Hotel Casuarina Kuala Kangsar
Main Lobby di Hotel Casuarina Kuala Kangsar
Check-in
Hotel Casuarina di Kuala Kangsar terdiri dari 2 blok bangunan. Disebabkan kami meminta bilik yang menghadap ke Sungai Perak, bilik kita terletak di blok yang berasingan dari bangunan Main Lobby.
 
Bilik kami terletak di blok bangunan di seberang sana
Kenangan di Hotel Casuarina Kuala Kangsar
Bilik penginapan di Hotel Casuarina ini luas dan selesa. Memang ada balkoni yang menghadap ke Sungai Perak, tetapi pemandangannya agak terlindung dengan pokok-pokok besar yang ditanam di tepi sungai 😅.

Bilik penginapan kami di Hotel Casuarina Kuala Kangsar
Tilam dan bantal yang disediakan memang best
Working Desk
Bendera Malaysia yang dipasang di balkoni sempena sambutan Hari Malaysia 2026
Pemandangan menghala ke Sungai Perak yang terhalang dengan pokok-pokok
Bilik mandi yang luas dan selesa
Toilet amenities percuma


 Bersambung ke Bahagian 2...


CATATAN PERJALANAN KUALA KANGSAR & TAIPING (2026):
  • Bhg. 01 (Hari-1) : ETS (KL Sentral - Kuala Kangsar)
  • Bhg. 02 (Hari-1) : Kuala Kangsar (Laman Pahlawan, Sungai Perak & Bandar Diraja)
  • Bhg. 03 (Hari-1) : Kuala Kangsar (Memory Lane, Masjid Ubudiah & Sungai Perak @ Night)
  • Bhg. 04 (Hari-2) : Taiping (Taman Tasik Taiping)
  • Bhg. 05 (Hari-2) : Taiping (Zoo Taiping)
  • Bhg. 06 (Hari-2) : Kuala Kangsar (Bukit Chandan)
  • Bhg. 07 (Hari-3) : ETS (Kuala Kangsar - KL Sentral)