Wednesday, 4 January 2023

2022 BALKANS BHG. 33 (Tetovo)

Oktober 2022

SOUTHEASTERN EUROPE (BALKANS)
Croatia, Bosnia-Herzegovina, Montenegro, Albania, Kosovo, North Macedonia, Greece & Turkiye (3rd Visit)
(NORTH MACEDONIA: Skopje, Tetovo, Ohrid & Struga)

Bahagian 33: North Macedonia 4
TETOVO (Painted Mosque)

HARI KETUJUH (3)

Part 89: Perjalanan Ke Tetovo

Perjalanan kami diteruskan menuju ke Tetovo, bandar ketiga terbesar di North Macedonia yang terletak kira-kira 2 jam perjalanan dari Skopje.

Meninggalkan Skopje
Perumahan zaman komunis di Skopje
Bendera North Macedonia
Patung berkuda seorang wira tempatan North Macedonia
Pandangan dari depan
Shopping Mall
Patung seorang lagi tokoh tempatan
Suasana di Skopje yang sibuk dengan kenderaan persendirian disebabkan mogok pengangkutan awam hari ini
Kafe di tepi jalan
Menara loceng sebuah gereja moden
Plaza Tol ketika meninggalkan Skopje
Pembayaran tol boleh dibuat menggunakan kad kredit
Pemandangan sepanjang perjalanan dari Skopje ke Tetovo adalah melalui kawasan-kawasan pertanian. Dari apa yang Myself baca, North Macedonia juga adalah salah sebuah negara pengeluar bunga poppy terbesar di dunia. Tapi tak nampak pun tanaman bunga poppy ini di mana-mana, mungkin disebabkan tanaman telah pun dituai sewaktu kami tiba.

North Macedonia juga adalah sebuah negara yang bergunung-ganang. Ia adalah negara kedua yang paling bergunung-ganang di dunia selepas Montenegro. 85% dari seluruh negara ini terdiri dari gunung-ganang. Fakta menunjukkan ada 34 buah puncak gunung di North Macedonia yang mempunyai ketinggian melebihi 2,000 meter.


Part 90: Tetovo

Kami akhirnya tiba di Tetovo. Tetovo adalah sebuah bandar yang terletak di kaki Sar Mountain di barat laut North Macedonia. Sebahagian besar penduduknya adalah rakyat North Macedonia yang berketurunan Albania.

Tetovo
Tetovo adalah bandar yang ketiga terbesar di North Macedonia
Suasana di Tetovo
Sebuah pasar di Tetovo
Florida Boutique
Seperti orang Filipina di Asia Tenggara, menjadi kebiasaan orang berketurunan Albania walau di mana-mana untuk bekerja di luar negara, termasuklah mereka yang berasal dari Tetovo. Mereka juga akan pulang melawat keluarga pada setiap musim panas. Oleh yang demikian, bandar Tetovo yang nampak tenang ini akan menjadi sangat sibuk di musim panas.

Sebahagian besar penduduk Tetovo terdiri dari keturunan Albania
Bandar Tetovo yang tenang ini akan menjadi sangat sibuk di musim panas
Kami juga melalui sebuah pasar terbuka di tengah-tengah bandar Tetovo. Kita lihat suasana di pasar ini dari atas bas...

Pasar Terbuka di Tetovo
Jualan madu
Pelbagai jenis madu
Kita lihat lagi suasana di sekitar bandar Tetovo...

Hotel Tivoli
Rumah-rumah kediaman
Di situlah lokasi Tetovo dalam peta North Macedonia
Kereta di bandar Tetovo
Bank
Shopping Mall
Menurut Tour Guide kami yang bernama Mehmet, satu adat Orang Albania adalah pemberian emas kepada pengantin perempuan dalam majlis perkahwinan. Oleh kerana Tetovo dipenuhi penduduk berbangsa Albania, kita dapat melihat sangat banyak kedai emas di bandar ini. Kata Mehmet lagi, emas di Tetovo juga terkenal berharga murah kerana kebanyakannya diseludup dari luar negara.

Kedai menjual emas
Pemandangan di sini mengingatkan Myself kepada Gold Souk di Dubai dulu
Barang kemas
Menuju ke Painted Mosque

Part 91: Bey Hamam

Pada penghujung kurun ke-14, Tetovo dan seluruh Macedonia jatuh di bawah pemerintahan Empayar Ottoman. Tetovo bertukar menjadi sebuah pusat perdagangan di samping sebuah kota pertahanan yang penting. Masjid, pasar dan tempat mandian yang dinamakan Hamam turut dibina di bawah pengaruh kerajaan Ottoman yang memerintah. Salah sebuah Hamam ini yang dapat kami lihat adalah Bey Hamam.

Bey Hamam di Tetovo
Pemandangan Bey Hamam dari tepi
Sungai Pena di sebelah Bey Hamam
Bey Hamam ini kini tidak lagi digunakan sebagai pusat pemandian awam. Ia telah bertukar fungsi menjadi sebuah muzium.

Jambatan Ottoman berhampiran Bey Hamam

Part 92: Painted Mosque

Destinasi lawatan kami di Tetovo adalah Å arena Džamija (disebut: Sarena Zamiya) yang juga dikenali sebagai Painted Mosque. Masjid ini pada asalnya dibina pada tahun 1438 dan dibina semula pada tahun 1833 oleh Abdurrahman Pasha. Binaannya tidak dibina mengikut senibina Turki yang tipikal kerana ia dibina sejak sebelum penaklukan Constantinople lagi.

Šarena Džamija di Tetovo
Masjid ini juga dikenali sebagai Painted Mosque
Painted Mosque tidak mempunyai kubah kerana ia dibina jauh lebih awal sebelum penaklukan kota Constantinople oleh Kerajaan Ottoman yang menjadikan Hagia Sophia sebagai rujukan senibina mereka.
Keterangan mengenai Painted Mosque yang juga dikenali sebagai Colourful Mosque
Masjid yang terletak di tengah bandar Tetovo ini juga dikenali sebagai Pasha's Mosque dan Alaca Mosque. Ia kini menjadi contoh senibina Islam di Macedonia bersama Bey Hamam yang terletak di sebelahnya.

Taman di perkarangan Painted Mosque
Nama-nama masjid
Pandangan bangunan masjid dari luar
Tak seperti masjid lain yang biasa kita lihat, setiap sudut masjid ini dipenuhi dengan lukisan
Tangga naik ke tingkat atas
Pintu masuk utama
Jom kita masuk ke dalam...
Bahagian di dalam masjid juga sarat dengan lukisan. Namun disebabkan Islam melarang lukisan orang dan binatang hidup, semua lukisannya adalah corak abstrak, pemandangan dan tumbuh-tumbuhan yang digayakan.

Lukisan-lukisan cantik ini adalah hasil karya pelukis mahir yang dibawa oleh Abdurrahman Pasha dari Debar yang terletak berhampiran sempadan Albania. Warna cat yang digunakan dicampur dengan putih telur. Ini membolehkan warna cat ini kekal menyerlah sehingga kini. Pasti beribu-ribu butir telur digunakan untuk menyelesaikan tugasan ini.

Jam dinding
Tempat guru mengajar
Mihrab
Mimbar
Pandangan Mimbar dari depan
Lukisan Kaabah pada dinding di sebelah Mimbar
Replika Pintu Kaabah pada Mimbar
Sebelum tiba ke sini, Myself memang tak sangka ada masjid yang dindingnya dihias cantik sampai level begini. Sebelum ini, Myself dan Husband pernah melawat ke Sheikh Zayed Grand Mosque di Abu Dhabi. Dinding masjid itu juga dihias dengan hiasan-hiasan flora yang pada pandangan kami dah memang extravagant. Tak sangka Painted Mosque di Tetovo ini lebih extravagant lagi.

Pandangan lukisan dengan lebih dekat
Satu lagi suasana di dalam masjid
Jubah yang disediakan untuk pengunjung yang tidak menutup aurat
Chandelier
Selain terkenal dengan kecantikannya, lukisan-lukisan di dalam masjid ini juga penting kerana mereka menggambarkan keadaan di sekitar rantau Balkans pada ketika itu.
 
Mendengar penerangan dari Mehmet tentang Painted Mosque
Lukisan-lukisan yang menggambarkan keadaan di sekitar Balkans pada ketika itu.
Kota-kota lama begini memang banyak wujud di Balkans pada zaman masjid ini didirikan.
Painted Mosque ini pada asalnya didirikan oleh dua orang adik-beradik perempuan yang bernama Hurghada dan Mensure Hatun. Jenazah kedua mereka yang tidak pernah berkahwin ini dikebumikan di perkarangan masjid ini sendiri.

Makam yang menempatkan dua beradik perempuan yang mendirikan bangunan asal Painted Mosque pada masa dahulu.
Kita ziarah makam mereka di sana...
Di sinilah Hurghada dan Mensure Hatun disemadikan
Lukisan bangunan masjid asal yang didirikan oleh kedua beradik ini.
Al Fatihah untuk kedua-dua Hurghada dan Mensure Hatun
Selepas itu kami kembali ke bas untuk meneruskan perjalanan ke Ohrid. Sebelum itu ramai yang mengambil kesempatan menggunakan kemudahan toilet di sini. Caj penggunaan toilet yang dikenakan adalah Euro 0.50 seorang. Susah hati betul Pakcik Penjaga Toilet bila kami memberikan duit kertas Euro kepadanya. Tak apa, kata kami kepada Pakcik itu, duit Euro yang diberi kami kongsi ramai-ramai supaya dia tak perlu memberi balik tukaran wang kepada kami.

One last look sebelum meninggalkan Painted Mosque
Taman di Painted Mosque
Taman yang damai di Painted Mosque
Daun pokok yang mula bertukar menjadi kuning
Public Toilet terletak di bawah sana
Bas menunggu di depan Painted Mosque
Meninggalkan Painted Mosque


Bersambung ke Bahagian 34...


CATATAN PERJALANAN BALKANS (2022):