Friday, 9 January 2026

2025 STAR VOYAGER CRUISE BHG. 04 (Port of Singapore)

Disember 2025

STAR VOYAGER CRUISE
Port Klang - Bintan - Singapore - Port Klang

Bahagian 4: Singapore
PORT OF SINGAPORE

HARI KETIGA (1)

Part 10: Singapore Cruise Centre (SCC)

Bimbang takut terlepas Solat Subuh sekali lagi pada Hari Ketiga ini, kami bangun seawal pukul 5.15 pagi. Maklumlah, susah kita nak tahu bila sebenarnya dah masuk waktu Solat Subuh selain melihat sendiri kedudukan matahari di tengah laut. Ketika itu, kapal Star Voyager sedang berlayar masuk ke Pelabuhan Singapore. Oleh yang demikian, waktu Subuh pagi ini tidak jauh berbeza dengan waktu Subuh di Semenanjung Malaysia.

Peta kedudukan Star Voyager sewaktu kami bangun pada Hari Ketiga
Pemandangan di luar balkoni kabin kami
Berlayar masuk ke Pelabuhan Singapura
Banyak kelebihan bila kami bangun awal pada pagi ini. Selain dapat menunaikan Solat Subuh dengan selesa, kami juga dapat melihat proses ketibaan dan berlabuh kapal Star Voyager di Singapore Cruise Centre di Pelabuhan Singapore. 
  
Tiba di Singapura
Berlayar menuju ke Singapore Cruise Centre
Singapore Cruise Centre
Alhamdulillah kerana kami mendapat kabin yang menghadap ke kota Singapura
Terus berkejar ke tepi balkoni selepas selesai Solat Subuh sebab nak tengok suasana sewaktu kapal berlabuh 😄
Pemandangan sewaktu kapal sedang merapat ke tepi
Pemandangan awal pagi di Singapore Cruise Centre
Welcome To Singapore
Pemandangan sewaktu mentari terbit di Singapura
Walaupun kami tiba di Singapore seawal pukul 6 pagi, penumpang cuma dibenarkan turun bermula pukul 8 pagi. Oleh yang demikian, kami cuma menikmati pemandangan kota Singapura dari balkoni kabin sahaja pada ketika itu.
 
Pemandangan awal pagi di Kota Singa
Kapal cruise World Legacy yang berlabuh di sebelah kapal kami
Bangunan Harbourfront Centre yang bersambung dengan Singapore Cruise Centre
Jambatan yang menunggu untuk dipasang kepada kapal kami
Sebaik Restoran Lido dibuka pada pukul 6.30 pagi, kami terus naik ke sana untuk bersarapan. Ramai penumpang dah beratur ketika itu kerana masing-masing ingin turun awal dari kapal selepas breakfast bagi memaksimakan masa excursion di Singapore.
 
Barisan yang panjang nak masuk ke Restoran Lido
Check-in ke Restoran Lido
Ramai yang datang breakfast awal pagi ini
Dapat meja di tepi tingkap pagi ini
Pilihan breakfast kami pagi ini
Program sepanjang hari ini adalah Free & Easy. Sebelum turun dari kapal, kami pergi dulu ke Deck 14 untuk menikmati pemandangan dari sana. Seronok melihat ada cable car lalu di atas kapal. Pemandangan Pulau Sentosa dan feri yang berulang-alik ke Pulau Batam juga dapat dilihat dengan jelas dari sini.

Cable car
Cable car yang lalu di atas kapal Star Voyager kami
Laluan cable car menghala ke Pulau Sentosa
Pulau Sentosa
Feri laju menuju ke Pulau Batam
Keppel Bay Bridge dan kondo mewah Corals At Keppel Bay
Laluan dari Singapore Cruise Terminal menuju ke Harbourfront Centre
Keppel Harbour, Singapore
Bangunan-bangunan pencakar langit di Singapura
Pelabuhan feri menuju ke Pulau Batam
Feri-feri ke Pulau Batam
Keppel Harbour
Pulau Sentosa
Hotel Resorts World di Pulau Sentosa
Pemandangan sewaktu mentari naik di Pelabuhan Keppel

Part 11: Naik MRT Ke Gardens By The Bay

Semua penumpang Star Voyager dibenarkan turun dari kapal bermula dari pukul 8 pagi. Kami juga diingatkan supaya kembali semula ke kapal selewat-lewatnya pada pukul 6 petang kerana Star Voyager akan bertolak kembali ke Pelabuhan Klang pada pukul 7 malam nanti.
 
Penumpang-penumpang yang hendak turun di Singapura
Jambatan untuk keluar dari kapal
Laluan masuk ke jambatan
Suasana di atas jambatan
Bergambar dengan krew Star Voyager yang berasal dari Philippines
Tender Boat pada Star Voyager
Panjang sungguh jambatan yang perlu dilalui
Tiba akhirnya di bangunan Singapore Cruise Centre
Pemeriksaan imigresen di Singapore Cruise Centre cepat dan lancar. Selepas itu kami terus berjalan menuju ke Harbourfront Centre yang bersambung dengan Singapore Cruise Centre ini.
 
Feri Queen Star ke Pulau Batam
Lobi Singapore Cruise Centre di Harbourfront
Maklumat feri dan kapal cruise di Harbourfront
Waktu yang terhad persinggahan Star Voyager di Singapura ini Myself dan Husband manfaatkan untuk melawat ke Gardens By The Bay. Bagi menjimatkan masa, kami terus berkunjung ke sebuah kaunter informasi di Singapore Cruise Centre untuk mendapatkan panduan cara menggunakan MRT ke sana.
  
Menuju ke kaunter Passenger Services di Harbourfront
Petugas di Passenger Services yang sangat membantu
Petugas di Passenger Services mengajar kami cara untuk menggunakan MRT ke Gardens By The Bay. Dari Harbourfront kami perlu menggunakan MRT Purple Line untuk menuju ke Chinatown. Setibanya di Chinatown nanti, kami perlu pula menggunakan MRT Blue Line untuk menuju ke Stesen Bayfront. Gardens By The Bay terletak di sana.

Suasana awal pagi di Harbourfront Centre
Banyak kedai belum dibuka kerana hari masih awal pagi
Mencari arah ke Stesen MRT
Perhiasan Krismas bertemakan Snoopy di Harbourfront Centre
Pandangan Snoopy dari depan
Setibanya di Stesen MRT Harbourfront, terkial-kial pulak kita bagaimana nak membeli tiket di mesin. Bila ditanya kepada petugas di kaunter, rupa-rupanya MRT di Singapore tidak lagi menggunakan tiket. Kita boleh terus touch kad kredit atau kad debit di gate untuk membayar tambang. Setiap kad walau bagaimanapun tidak boleh dikongsi dengan penumpang lain. Habis itu, mengapa mereka masih letak mesin tiket kat depan pintu stesen begitu? Haihhh!!
  
Mencari arah untuk menggunakan MRT Purple Line
Mesin tiket yang masih diletakkan di depan pintu masuk ke stesen MRT
Stesen MRT Harbourfront
Harbourfront adalah stesen terminal bagi MRT Purple Line
Naik MRT ke Chinatown
Suasana di dalam MRT sangat lengang kerana hari ini adalah hari Ahad yang merupakan cuti hujung minggu di Singapore
Satu lagi suasana di dalam MRT
Membuat pertukaran MRT ke Blue Line di Chinatown
Tiba di Stesen MRT Bayfront
Pemakluman di stesen-stesen MRT di Singapore dibuat menggunakan 4 bahasa rasmi mereka: Inggeris, Melayu, Mandarin dan Tamil.
Mencari arah pintu keluar ke Gardens By The Bay di Stesen MRT Bayfront
Pintu keluar dari Stesen MRT Bayfront
Memang mudah nak menuju ke Gardens By The Bay dari Stesen MRT Bayfront kerana ada sebuah lorong khas menuju terus ke sana. Ikut saja lorong ini dan kita akan terus sampai ke pintu masuk Gardens By The Bay.
 
Lorong menuju ke pintu masuk Gardens By the Bay dari Stesen MRT Bayfront
Lukisan kapal kanak-kanak yang menghiasi lorong
Pandangan lebih dekat lukisan kapal
Arah menuju ke Gardens By The Bay
Lorong menuju ke Gardens By The Bay
Cermin kaca yang menghias lorong menuju ke Gardens By The Bay
Gardens By The Bay adalah sebuah taman yang besar dan terdiri dari beberapa bahagian. Ia juga mempunyai beberapa pintu masuk. Jika datang dari arah Stesen MRT Bayfront, kita akan masuk menerusi Bay South.

Pintu Bay South di Gardens By The Bay
Berjalan menuju ke pejabat tiket
Tasik kecil di hadapan pintu masuk ke Gardens By The Bay
Patung Florestan dan Eusebius di tepi tasik
Pemandangan tasik yang cantik dan damai
Satu lagi pemandangan tasik yang indah dan damai
Tasik ini mengingatkan Myself kepada pemandangan di Royal Botanic Garden di Melbourne, Australia yang pernah kami lawati dulu
Membeli tiket masuk
Ada banyak jenis tiket yang dijual. Kami membeli tiket kombo yang berharga SGD 58 (RM 182)  seorang.
Tiket masuk ke Gardens By The Bay


 Bersambung ke Bahagian 5... 


CATATAN PERJALANAN STAR VOYAGER CRUISE (2025):

No comments: