Disember 2025
STAR VOYAGER CRUISE
Port Klang - Bintan - Singapore - Port Klang
Bahagian 5: Singapore
GARDENS BY THE BAY [Floral Fantasy & Supertree Grove]
HARI KETIGA (2)
Part 12: Floral Fantasy @ Gardens By The Bay
Gardens By The Bay terdiri dari beberapa tarikan. Tarikan pertama yang kami lawati adalah Floral Fantasy yang terletak betul-betul di belakang pejabat tiket.
![]() |
| Gardens By The Bay |
![]() |
| Laluan menuju ke Floral Fantasy |
![]() |
| Pintu masuk ke Floral Fantasy |
Floral Fantasy lebih merupakan taman bunga tertutup yang mensasarkan kepada pengunjung kanak-kanak. Ia dibahagikan kepada beberapa seksyen yang dinamakan Dance, Float dan Drift.
Seksyen pertama yang akan kita temui sebaik masuk ke Floral Fantasy adalah Dance. Tarikan utama di sini adalah pasu-pasu bunga tergantung yang bergerak turun naik mengikut irama.
![]() |
| Floral Fantasy |
![]() |
| Twilight Sparkle |
![]() |
| Bagai berjalan di dunia fantasi yang penuh dengan bunga-bungaan |
![]() |
| Pemandangan menghala ke arah pintu masuk |
![]() |
| Hiasan di Floral Fantasy terdiri dari bunga-bunga hidup, bunga-bunga kering dan bunga-bunga gubahan |
![]() |
| Bunga yang bergantungan dari siling Floral Fantasy |
![]() |
| Bunga-bunga pada siling ini sentiasa bergerak turun-naik |
Floral Fantasy sering dihias mengikut tema-tema yang tertentu. Pada ketika ini, ia dihias mengikut tema dari kisah kanak-kanak My Little Pony sempena Tahun Baru Cina akan datang yang merupakan Tahun Kuda (Year of the Horse).
![]() |
| Karekter-karekter dari kisah My Little Pony yang menghiasi Floral Fantasy |
![]() |
| Bunga-bunga Orkid |
![]() |
| Bukan sahaja memiliki pandangan yang cantik, Floral Fantasy turut dipenuhi dengan bau-bauan harum dari bunga-bungaan |
![]() |
| Rainbow Dash dari kisah My Little Pony |
![]() |
| Pelangi |
![]() |
| Tempat duduk untuk berehat |
Selepas seksyen Dance, kita bertemu pula dengan sebuah seksyen lain yang dinamakan Float. Sesuai dengan namanya, ada sebuah saliran air yang dibina di sini untuk memberikan suasana seolah-olah kita sedang terapung di permukaan air.
![]() |
| Float |
![]() |
| Suasana di Seksyen Float |
![]() |
| Percikan air dari siling menimbulkan suasana seolah-olah kita sedang berjalan di tepi air terjun |
![]() |
| Suasana yang sejuk dan nyaman di Float |
![]() |
| Percikan air di dalam kolam |
![]() |
| Batu-batu kristal turut digunakan sebagai hiasan di seksyen Float |
![]() |
| Batu-batu kristal |
![]() |
| Merlion |
![]() |
| Pandangan Merlion dari sudut lain |
Seksyen Float turut mempunyai sebuah vivarium yang mempamerkan katak-katak beracun (poison dart frogs). Katak-katak beracun yang berwarna terang ini berasal dari Central dan South America. Susah juga nak mencarinya di dalam vivarium ini disebabkan saiz mereka yang kecil (sekitar 5 cm). Mujurlah mereka berwarna terang dan ada juga seekor dua yang datang berehat di tepi kaca dekat-dekat tempat kita berada. 😀
![]() |
| Vivarium tempat tinggal katak beracun di Floral Fantasy |
![]() |
| Keterangan tentang katak beracun |
![]() |
| Poison Dart Frog |
Selepas itu kita tiba pula di sebuah seksyen yang dinamakan Drift. Ciri utama seksyen Drift adalah pancutan air pada sebuah dinding rata serta laluan seperti gua yang dihias dengan pohon paku-pakis.
![]() |
| Pancutan air pada dinding di seksyen Drift |
![]() |
| Suasana di seksyen Drift |
![]() |
| Pokok Bunga Orkid yang menghias dinding Drift |
![]() |
| Pemandangan di Drift |
![]() |
| Fluttershy |
![]() |
| Banyak bunga Orkid yang digunakan sebagai hiasan kerana ia adalah bunga kebangsaan bagi negara Singapura |
![]() |
| Bunga orkid berwarna purple ini adalah Vanda Miss Joaqium yang merupakan bunga kebangsaan Singapura |
![]() |
| Vanda Miss Joaquim |
![]() |
| Fantasy Theatre |
![]() |
| Pinkie Pie |
![]() |
| Laluan keluar dari Floral Fantasy yang dihias seperti sebuah gua |
![]() |
| Pokok paku-pakis yang menghiasi laluan gua |
Tujuan kami seterusnya adalah nak melawat ke Flower Dome dan Cloud Forest. Ada khidmat shuttle disediakan tetapi kami memilih untuk berjalan kaki sahaja ke sana sambil menikmati suasana di Open Garden.
![]() |
| Check dulu kat peta bagaimana nak pergi ke Flower Dome |
![]() |
| Laluan menuju ke Open Garden |
![]() |
| Jambatan gantung menyeberang tasik di Open Garden |
![]() |
| Jambatan ini bergoyang-goyang sedikit bila kita lalu di atasnya, tetapi tidaklah menakutkan. |
![]() |
| Pemandangan tasik ke sebelah kanan dari atas jambatan |
![]() |
| Pemandangan tasik ke sebelah kiri pulak dari atas jambatan |
![]() |
| Pemandangan Singapore Flyer dan Supertree juga dapat dilihat di sebelah kiri jambatan |
Bila naik atas jambatan ini, jangan lupa berpaling ke belakang kerana pemandangan indah bangunan Marina Bay Sands boleh dilihat dengan jelas.
![]() |
| Pemandangan ke arah belakang dari atas jambatan |
![]() |
| Suasana di atas jambatan |
![]() |
| Husband bergambar kenangan dengan Marina Bay Sands Singapore |
![]() |
| Pemandangan Marina Bay Sands dari hujung jambatan |
![]() |
| Penunjuk arah |
![]() |
| Tapak Christmas Festival yang dinamakan Christmas Wonderland di tengah-tengah Open Garden |
![]() |
| Singgah beli air dulu di vending machine |
![]() |
| Air Kelapa dalam tin dan air minuman dalam kotak yang dijual di vending machine. First time kami jumpa air mineral yang dijual dalam kotak. Very environmental friendly. |
Open Garden di Gardens By The Bay ini didominasi oleh Supertree Grove. Kawasan ini boleh dilawati secara percuma pada sebelah pagi begini. Kalau di sebelah petang pula di sepanjang bulan Disember ini, Christmas Festival diadakan di sini dan pengunjung dikenakan bayaran untuk masuk.
Secara keseluruhan terdapat 18 buah Supertree yang dibina di sini. Struktur Supertree ini ditanam dengan 200 spesies pokok-pokok bromeliad, orkid, paku-pakis dan berbagai tumbuhan menjalar yang sesuai dengan iklim semulajadi Singapore.
![]() |
| Laluan masuk ke Supertree Grove |
![]() |
| Supertree Grove |
![]() |
| Hadiah Krismas di bawah Supertree |
![]() |
| Pandangan dekat batang Supertree yang ditanam dengan pelbagai tumbuhan bromeliad, paku-pakis dan tumbuhan-tumbuhan menjalar |
![]() |
| Perhiasan Krismas di Supertree Grove |
Kita bersiar-siar dulu melihat Supertree ini. Supertree yang tertinggi mempunyai ketinggian yang setara dengan bangunan 16 tingkat. Tujuh dari Supertree ini direkabentuk untuk menjana tenaga solar.
Ada juga sebuah laluan pejalan kaki yang dibina pada ketinggian 22 meter di antara dua buah Supertree yang memiliki ketinggian 42 meter. Laluan ini yang dinamakan OCBC Skyway sangat popular dengan pengunjung yang ingin menikmati keindahan skyline Singapore. Tapi dah pastilah ada bayaran yang dikenakan jika nak naik ke atas sana.
![]() |
| Terdapat 18 buah Supertree di sini |
![]() |
| OCBC Skyway |
![]() |
| Macam gayat je nak naik ke atas sana |
![]() |
| Tempat permulaan OCBC Skyway |
![]() |
| Ticket booth untuk naik ke OCBC Skyway |
![]() |
| Pengunjung yang beratur nak naik ke Skyway Observatory |
![]() |
| Berjalan-jalan lagi di sekitar Supertree Grove |
![]() |
| Info mengenai Supertree |
![]() |
| Pemandangan Supertree dari bawah |
Lepas dah puas melihat Supertree kami terus berjalan lagi menuju ke Flower Dome dan Cloud Forest.
![]() |
| Berjalan menuju ke Flower Dome dan Cloud Forest |
![]() |
| Floral Clock |
![]() |
| Floral Clock sebesar 7 meter ini dioperasi dengan menggunakan teknologi GPS bagi mengekalkan ketepatan waktu. |
![]() |
| Floral Clock ini dihadiahkan oleh syarikat pembuat Jam Swiss Audemars Piguet kepada Gardens By The Bay |
Bersambung ke Bahagian 6...
CATATAN PERJALANAN STAR VOYAGER CRUISE (2025):
- Bhg. 01 (Hari 1) : Departure (Port Klang)
- Bhg. 02 (Hari 1) : Star Voyager (Port Klang - Selat Melaka)
- Bhg. 03 (Hari 2) : High Seas (Selat Melaka - Selat Singapura - Laut China Selatan)
- Bhg. 04 (Hari 3) : Singapore (Port of Singapore)
- Bhg. 05 (Hari 3) : Singapore (Gardens By The Bay - Floral Fantasy)
- Bhg. 06 (Hari 3) : Singapore (Gardens By The Bay - Flower Dome)
- Bhg. 07 (Hari 3) : Singapore (Gardens By The Bay - Cloud Forest)
- Bhg. 08 (Hari 3) : Singapore (Back To Ship)
- Bhg. 09 (Hari 3) : Going Home (Port of Singapore - Port Klang)









































































No comments:
New comments are not allowed.