Tuesday, 13 January 2026

2025 STAR VOYAGER CRUISE BHG. 06 (Flower Dome)

Disember 2025

STAR VOYAGER CRUISE
Port Klang - Bintan - Singapore - Port Klang

Bahagian 6: Singapore
GARDENS BY THE BAY [Flower Dome]

HARI KETIGA (3)

Part 14: Flower Dome @ Gardens By The Bay

Flower Dome di Gardens By The Bay adalah rumah kaca (greenhouse) tanaman yang terbesar di dunia. Suhu di dalam greenhouse ini dikekalkan mengikut iklim Mediterranean.

Kawasan yang menempatkan Flower Dome dan Cloud Forest di Gardens By The Bay
Pemandangan rumah kaca Flower Dome dari luar
Patung-patung harimau di luar Flower Dome
Satu lagi pemandangan Flower Dome dari luar
Pemeriksaan tiket untuk masuk ke Flower Dome
Laluan masuk ke Flower Dome
Iklim nyaman Mediterranean 23-25'C menyambut kita sebaik masuk ke Flower Dome. Tidak seperti Floral Fantasy yang cuma dipenuhi dengan bunga-bungaan tadi, Flower Dome pula dipenuhi dengan berbagai pokok dan tumbuhan beriklim Mediterranean yang dibawa dari seluruh dunia.
 
Pemandangan di dalam Flower Dome
Suasana di dalam Flower Dome
Perhiasan Krismas yang ditaja oleh Lego di Flower Dome
Peta Flower Dome
Flower Dome ini sangat besar dan terdiri dari beberapa bahagian. Kami tidaklah melawat ke seluruh Flower Dome ini, cuma ke beberapa bahagian yang tertentu sahaja.
 
Mula exploring Flower Dome...

AUSTRALIAN GARDEN

Kawasan pertama yang kami lawati adalah Australian Garden. Kebanyakan pohon yang dilihat di sini adalah tumbuh-tumbuhan dari kawasan padang pasir di utara Australia. Taman ini tidak besar, seumpama satu kotak yang diisi dengan berbagai pohon dari Australia.

Australian Garden
Pemandangan ke arah Mediterranean Garden dari Australian Garden
Pemandangan pokok-pokok Palma di Mediterranean Garden
 Pokok-pokok Palma di sini memang tinggi menjulang

SOUTH AFRICAN GARDEN

Di sebelah Australian Garden adalah South African Garden. Pemandangan istimewa di sini adalah pokok-pokok Baobab tetapi kami tak explore sampai ke tempat pokok ini ditanam.

South African Garden
Pemandangan keseluruhan South African Garden
Ada sebahagian lagi South African Garden di atas sana tetapi kami tak pergi ke sana

MEDITERRANEAN GARDEN

Mediterranean Garden membawa kita melihat tumbuh-tumbuhan yang sering dilihat di negara-negara Mediterranean seperti Spain, Greece dan Italy. 

Pokok Zaitun (Olive Tree)

Pokok Myrtle
Batang pokok di sebelah kiri adalah pokok Zaitun yang dikatakan telah berusia lebih 1,000 tahun.
Bunga-bunga cantik dari kawasan Mediterranean
Bukan sahaja cantik, tetapi turut berbau harum
Bersiar-siar di Mediterranean Garden
Lagi bunga-bunga cantik dari kawasan Mediterranean
Pandangan lebih dekat bunga-bunga cantik

SOUTH AMERICAN GARDEN

Dah melawat Mediterranean Garden, kita melawat ke South American Garden pulak. Tumbuh-tumbuhan di South American Garden ini banyak yang berasal dari negara Chile.

South American Garden
The Great Inca Road
Tumbuhan di South American Garden ini menggambarkan hutan yang sering dilihat di negara Chile
Pemandangan di South American Garden
Bayangkan saja yang seolah-olah kita sedang berada di Chile sekarang
Ukiran Couple of Chemamuil yang dihadiahkan oleh Kerajaan Chile

DANISH GARDEN
 
Sempena perayaan Krismas yang semakin menjelang ketika itu, Flower Dome turut mengadakan Christmas Train Show di sebuah kawasan lapang yang dinamakan Flower Field. Ia dibahagikan kepada 2 sektor: Danish Garden dan American Garden.

Pemandangan Flower Field di Flower Dome
Sebahagian Flower Field ini sedang dihias sebagai Danish Train Garden
Kita melawat dulu Danish Garden. Pameran di taman ini yang dinamakan Hans Christian Andersen ditaja oleh Kerajaan Denmark.

Berjalan menuju ke Danish Garden
Model kepala keretapi yang menghias Danish Garden
Pemandangan di Danish Garden
Ada sebuah model carousel dibina di Danish Garden. Ia diilhamkan dari carousel sebenar yang terdapat di Tivoli Gardens di Copenhagen yang merupakan ibu kota negara Denmark.

Carousel yang berputa-putar di Danish Garden
Carousel ini diilhamkan dari sebuah carousel di Tivoli Gardens di Copenhagen
Keterangan mengenai Christmas Train Show yang ditaja oleh Kerajaan Denmark
Dah namanya Christmas Train Show, mestilah ada keretapi di sini. Seronok melihat model keretapi mainan yang berpusing-pusing di sekitar Danish Garden. Ia berjalan mengelilingi model sebahagian kota Copenhagen yang dibina cantik.

Model kota Copenhagen
Terasa bagaikan kita memang sedang berada di Copenhagen bila melihat model bangunan ini
Seronok melihat keretapi yang berjalan mengelilingi kota ini
Bahagian belakang model kota Copenhagen
Keretapi yang mengelilingi kota Copenhagen
Di sini juga, kita diperkenalkan dengan tradisi sambutan Krismas di negara-negara Scandinavia yang dinamakan sebagai St. Lucia Day. St. Lucia Day disambut di negara-negara Scandinavia termasuk Denmark pada 13 Disember setiap tahun. Pada hari tersebut, kanak-kanak perempuan akan memakai pakaian serba putih dengan mahkota lilin di kepala sambil menjamu kopi dan saffron buns (lussekatter) kepada tetamu. Ia diadakan sebagai simbolik kedatangan cahaya pada musim dingin yang gelap. Kanak-kanak lelaki turut berpakaian putih pada hari tersebut untuk membantu para saudara perempuan mereka.

Tradisi St. Lucia Day di negara-negara Scandinavia

AMERICA'S GARDEN

Tema Christmas Train Show di America's Garden pula dinamakan sebagai Applied Imagination. Taman ini dihiasi dengan model-model bangunan terkenal dari seluruh negara USA. Kesemua model bangunan ini dibuat dari bahan-bahan kayu.

Pintu masuk ke America's Garden
Model keretapi mainan yang bergerak mengelilingi America's Garden
Model bangunan New York Botanical Garden
Bersiar-siar di America's Garden
Model bangunan Pinecote Pavilion (Mississippi) dan Climatron (Missouri)
Statue of Liberty
Grand Central Terminal
Replika Marsh Hall (Connecticut)
Replika kota San Francisco
Keretapi sedang lalu di America's Garden
Golden Gate Bridge
Keretapi lalu di atas jambatan
Tak tahu nama model bangunan ini

SINGAPORE GARDEN

Sebagai tuan rumah, ada juga Singapore Garden yang diwakili oleh Gardens By The Bay sendiri.
  
Singapore Garden
Keretapi sedang mengelilingi model Supertree
Model Burung Hantu sedang bertenggek di atas pokok
Pandangan dekat model Burung Hantu yang dibuat dari kayu
Kami tidak menghabiskan masa yang lama di Flower Dome kerana ingin berkunjung ke Cloud Forest pula. Maklum sajalah kerana kami perlu bergerak kembali ke kapal Star Voyager selewat-lewatnya pada pukul 3 petang nanti.

Menikmati pemandangan terakhir di Flower Dome
Bergerak keluar dari Flower Dome
Menuju ke pintu keluar dari Flower Dome
Lorong keluar dari Flower Dome
Dari angle ini barulah kita nampak yang sebenarnya singa pun ada, bukan sekadar hanya harimau..


 Bersambung ke Bahagian 7...


CATATAN PERJALANAN STAR VOYAGER CRUISE (2025):

No comments: