Disember 2025
STAR VOYAGER CRUISE
Port Klang - Bintan - Singapore - Port Klang
Bahagian 9: Going Home
PORT OF SINGAPORE >> PORT KLANG
HARI KETIGA (6)
Part 17: Going Home
Star Voyager dijadual meninggalkan Port of Singapore pada pukul 7 malam. Maka seawal pukul 6.30 petang, Myself dan Husband naik ke Deck 14 untuk melihat pemandangan sewaktu kapal meninggalkan pelabuhan.
![]() |
| Naik ke Deck 14 untuk melihat pemandangan sewaktu kapal meninggalkan pelabuhan. |
![]() |
| Pemandangan petang di Port of Singapore |
![]() |
| Pemandangan kota Singapura di remang petang |
![]() |
| Cable car dah berhenti beroperasi sekarang |
![]() |
| Cable car yang berhenti dekat bangunan Harbourfront Tower |
![]() |
| Ada juga cable car yang berbentuk bulat |
![]() |
| Pemandangan menghala ke Pulau Sentosa |
![]() |
| Pemandangan Resorts World di Pulau Sentosa |
![]() |
| Kapal yang berlayar berhampiran Pulau Sentosa |
![]() |
| Star Voyager sedang bersedia untuk berlepas |
Tepat pukul 7 malam seperti yang dijadualkan, kapal Star Voyager berlepas dari Port of Singapore menuju ke Port Klang. Pemandangan indah matahari yang sedang terbenam mengiringi pemergian pulang kami dari Singapura.
![]() |
| Pemandangan sewaktu Star Voyager mula bergerak meninggalkan Pelabuhan Singapura |
![]() |
| Pemandangan matahari terbenam yang mengiringi pemergian kami dari Singapura |
![]() |
| Meninggalkan Harbourfront |
![]() |
| Posing terakhir di Port of Singapore |
![]() |
| Feri di Pelabuhan Singapore |
![]() |
| Keppel Harbour @ Port of Singapore |
![]() |
| Kalau Allah izinkan, mungkin di suatu hari nanti kami akan cuba menaiki feri ini dari Singapore ke Pulau Batam |
![]() |
| Pemandangan mentari yang semakin terbenam |
![]() |
| Ada ramai penumpang baru yang menyertai perjalanan Star Voyager dari Singapore bagi laluan Singapore - Port Klang - Phuket - Singapore |
![]() |
| Goodbye, Singapore! Hope to see you again. |
Star Voyager bergerak meninggalkan Selat Singapura menuju ke arah Selat Melaka. Disebabkan hari dah semakin malam, banyak kapal dagang dilihat berlabuh di sepanjang Selat Singapura.
![]() |
| Bergerak menuju ke Selat Melaka |
![]() |
| Bergambar dengan matahari yang sedang terbenam |
![]() |
| Husband pun nak bergambar dengan matahari yang terbenam |
![]() |
| Kapal-kapal dagang yang berlabuh di Pelabuhan Singapura |
![]() |
| Pemandangan malam yang semakin tiba |
![]() |
| Kapal yang berlabuh di Selat Singapura |
![]() |
| Lagi pemandangan kapal yang sedang berlabuh di Selat Singapura |
![]() |
| Kapal besar di Selat Singapura |
Satu pemandangan yang juga tidak dapat dilupakan adalah pemandangan malam pusat petrokimia di Pulau Bukom yang dilihat dari tengah laut.
![]() |
| Kilang petrokimia di Pulau Bukom |
![]() |
| Api yang membakar gas |
![]() |
| Tangki-tangki minyak |
![]() |
| Terang benderang dengan lampu yang bercahaya |
![]() |
| Masuk ke Selat Melaka |
Part 18: Malam Terakhir Atas Star Voyager
Selepas Singapore hilang dari pandangan Myself dan Husband pergi ke Restoran Lido untuk makan malam. Disebabkan Krismas dah semakin hampir ketika itu, semua krew kapal memakai uniform macam Santa Claus.
![]() |
| Beratur nak masuk ke Restoran Lido |
![]() |
| Krew kapal dah mula berpakaian macam Santa Claus |
![]() |
| Bergambar kenangan dengan Santarina sebelum masuk ke restoran |
![]() |
| Meja makan kami malam ini |
![]() |
| Dinner |
Seperti juga malam semalam sewaktu berlayar di Laut China Selatan, kapal Star Voyager bergoyang agak kuat sewaktu kami dinner di Restoran Lido. Memang ombak kuat pada waktu awal malam setiap hari agaknya. Dalam hati bersyukur juga, kerana kita dah nak balik ke Port Klang masa ini. Kalau bersolat sewaktu kapal bergoyang kuat begini, ia paling terasa sewaktu kita sedang sujud.
Selepas makan, kami keluar lagi ke Deck 14 untuk menikmati pemandangan. Ketika ini kapal sedang berlayar di Selat Melaka dan tak ada pemandangan menarik yang dapat dilihat. Hanya gelap-gelita. Pantai negeri Johor pun kelihatan jauh sangat dari kapal kami ketika itu.
![]() |
| Keluar lagi ke Deck 14 |
![]() |
| Pantai negeri Johor yang kelihatan sangat jauh di sana |
![]() |
| Kapal lain yang juga sedang berlayar bersama kami |
Malam itu juga kami pergi ke Reception di Lobi Utama Deck 5 untuk menyelesaikan semua bayaran kepada cruise. Kalau dah selesai pembayaran, mudahlah esok proses nak keluar dari kapal di Port Klang. Alhamdulillah, disebabkan Bintan Shore Excursion yang dibatalkan semalam, semua penumpang diberi ship credit SGD 90 (RM 284) sebagai pampasan yang boleh digunakan di atas kapal sepanjang perlayaran.
Ship credit ini kami gunakan untuk membayar khidmat wifi. Kira-kiranya macam pakai wifi percumalah atas kapal selama 3 malam, begitu. Walaupun masih ada baki Ship Credit selepas membayar wifi, ia tidak boleh digunakan untuk membayar Gratuity yang diwajibkan ke atas setiap penumpang. Gratuity adalah service charge yang perlu dibayar langsung kepada kapal sendiri. Kadar yang dikenakan adalah mengikut jenis kabin yang diambil. Bagi penumpang Balcony Stateroom seperti kami, bayaran yang dikenakan adalah SGD 33 (RM 105) / pax / night. Bagi pelayaran kami yang selama 3 malam, caj keseluruhan yang dikenakan adalah SGD 99 (RM 315) seorang. Pembayaran boleh dibuat menggunakan credit card.
![]() |
| Urusan pembayaran di Reception |
![]() |
| Penerangan tentang aktiviti di atas kapal kepada penumpang-penumpang baru |
![]() |
| Fun Quiz meneka negara bendera yang ditunjukkan pada skrin |
HARI KEEMPAT
Part 19: Tiba Di Port Klang
Kami bangun awal pada Hari Keempat yang merupakan hari terakhir perlayaran kami. Kapal Star Cruise dijangka berlabuh di Pelabuhan Klang pada pukul 9 pagi ini. Oleh itu, di samping nak berkemas, kami juga tidak mahu melepaskan peluang melihat pemandangan sewaktu kapal masuk ke pelabuhan.
Apa-apa hal pun, kita pergi breakfast dulu di Restoran Lido...
![]() |
| Menunggu lif di Deck 9 untuk pergi ke Restoran Lido |
![]() |
| Deck 9 (Forward) |
![]() |
| Kabin kami terletak di Starboard Side (sebelah kanan kapal) |
Restoran Lido baru dibuka ketika kami tiba dan kami adalah antara tetamu yang terawal masuk hari ini. Kita breakfast dulu memandangkan cuaca ketika itu masih gelap lagi di luar sana untuk menikmati pemandangan.
![]() |
| Suasana Restoran Lido di awal pagi |
![]() |
| Suasana pagi yang sangat lengang di Restoran Lido |
![]() |
| Kita breakfast dulu... |
![]() |
| Cuaca masih gelap di luar sana |
Bila hari dah terang, kami naik ke Deck 14. Ketika ini kapal dah berada berhampiran Pulau Carey untuk menuju ke Port Klang Cruise Terminal.
![]() |
| Naik ke Deck 14 untuk melihat pemandangan kapal masuk ke Pelabuhan Klang |
![]() |
| Kapal sedang membelok masuk ke Pelabuhan Klang |
Serious Myself katakan, terperanjat melihat betapa banyaknya kapal yang sedang berlabuh di Pelabuhan Klang pada pagi ini. Kita ingatkan kapal cuma banyak berlabuh di Singapore saja, rupa-rupanya ada lagi banyak kapal yang berlabuh di Pelabuhan Klang.
![]() |
| Pemandangan sewaktu Star Voyager masuk ke kawasan Pelabuhan Klang |
![]() |
| Terperanjat melihat betapa banyaknya kapal yang sedang berlabuh |
![]() |
| Pandangan lebih dekat kapal-kapal yang berlabuh |
![]() |
| Pemandangan mentari terbit di Pelabuhan Klang |
![]() |
| Menikmati pemandangan di Pelabuhan Klang |
![]() |
| Bot Harbour Pilot di Pelabuhan Klang yang datang untuk memandu Star Voyager ke arah tempat berlabuh |
![]() |
| Pandangan bot Harbour Pilot dari sisi |
Sambil kapal berlayar menuju ke Port Klang Cruise Terminal, kita lihat lagi pemandangan dan suasana di sekitar.
![]() |
| Mentari Kuning Di Ufuk Timur |
![]() |
| Kuning keemasan |
![]() |
| Pemandangan sewaktu sebuah kapal kontena yang besar lalu di sebelah kapal kami |
![]() |
| Inilah kapal kontena yang lalu di sebelah kapal kita tadi |
![]() |
| Hendak menuju ke mana tu agaknya? |
Bila naik kapal cruise begini, barulah kita sedar tentang kehebatan Pelabuhan Klang. Pelabuhan Klang sebenarnya terdiri dari 3 buah pelabuhan: Northport, Southpoint and Westport. Port Klang Cruise Terminal terletak di Westport. Banyak kapal besar kelihatan sedang memunggah kargo mereka di Westport.
![]() |
| Pemandangan Westport di Port Klang dari kejauhan |
![]() |
| Kemudahan untuk memunggah kapal di Westport |
![]() |
| Cosco Shipping |
![]() |
| MSC |
![]() |
| Kren pemunggah di pelabuhan |
Kami diminta bersedia untuk turun dari kapal pada pukul 8.30 pagi. Oleh yang demikian, dekat-dekat waktu tersebut, kami kembali ke kabin untuk mengambil bagasi.
![]() |
| Kembali ke bilik untuk mengambil bagasi |
Rupa-rupanya dari kabin kita sendiri pun dapat melihat pemandangan kapal-kapal dagang yang sedang memunggah muatan mereka di pelabuhan.
![]() |
| Pemandangan dari balkoni kabin kami |
![]() |
| Ada kontena yang sedang diangkat keluar dari kapal ini ketika itu |
![]() |
| Kargo yang tersusun rapi di kawasan pelabuhan |
![]() |
| Meninggalkan pelabuhan kontena |
![]() |
| Bersedia nak turun dari kapal |
Semua penumpang yang akan turun di Pelabuhan Klang diminta untuk berkumpul di Zodiac Theatre di Deck 7 termasuklah penumpang yang sekadar ingin membuat Port Klang Shore Excursion. Mereka sebenarnya akan dibawa dengan bas untuk melawat ke KLCC. Kami lalu di balkoni port di Deck 7 untuk menuju ke Zodiac Theatre. Ketika ini kapal sedang lalu di kawasan pantai yang penuh dengan paya bakau.
![]() |
| Pemandangan dari balkoni port sewaktu berjalan menuju ke Zodiac Theatre |
![]() |
| Hutan Paya Bakau |
![]() |
| Berkumpul di Zodiac Theatre untuk penumpang yang hendak turun di Port Klang |
![]() |
| Info untuk penumpang yang hendak membuat Port Klang Shore Excursion |
Penumpang cuma dibenarkan untuk meninggalkan kapal selepas mendapat kebenaran dari pihak berkuasa di Port Klang. Lama juga kami nak menunggu kebenaran ini, hampir sejam selepas kapal dah berhenti berlabuh. Kemudian penumpang dibenarkan keluar secara berperingkat, dengan dimulai penumpang yang hendak membuat Shore Excursion.
![]() |
| Pemandangan sewaktu penumpang dibenarkan untuk meninggalkan kapal |
![]() |
| Pose terakhir di atas kapal Star Voyager |
Alhamdulillah kerana kami selamat sampai kembali ke Pelabuhan Klang. Myself akui pengalaman membuat pelayaran cruise ini memang sesuatu yang istimewa. Banyak pemandangan dan pengalaman baru yang kita dapat sewaktu membuat cruise. Ia juga boleh diibaratkan sebagai sebuah staycation di hotel mewah, tetapi at another level.
Berlayar dengan kapal di lautan yang luas tidak bertepi menyedarkan kita tentang keberanian pelaut di zaman dahulu yang mengembara ke serata dunia untuk berdagang dan mengembangkan pengaruh dan agama. Kapal mereka ketika itu tidak dilengkapi dengan kemudahan navigasi yang moden seperti sekarang. Segala-galanya bergantung kepada tiupan arah angin. Panduan berlayar di malam hari pula cuma menggunakan bintang di langit. Tidak seperti sekarang, mereka juga tidak tahu tentang negara dan daratan yang menjadi tujuan.
![]() |
| Berjalan turun dari kapal |
![]() |
| Thank you and goodbye, Star Voyager! |
![]() |
| Kapal layar yang masih berlabuh di sana |
![]() |
| Port Klang Cruise Terminal |
Disebabkan pengalaman yang dilalui sangat istimewa, Myself memang recommend rakan-rakan dan sesiapa sahaja untuk mencuba naik cruise. Mungkin sekali seumur hidup, anda perlu mencuba pengalaman ini. Husband kata, kami pun patut membuat cruise sekali lagi, tetapi di Sungai Nile di Egypt. Ehh, ye ke?!
![]() |
| Pandangan belakang kapal Star Voyager |
![]() |
| Pandangan hadapan kapal Star Voyager |
![]() |
| Masih berjalan menuju ke bangunan Cruise Terminal |
![]() |
| Pemandangan ke arah Westport di Port Klang |
![]() |
| Berakhir sebuah pengembaraan yang sangat istimewa. |
CATATAN PERJALANAN STAR VOYAGER CRUISE (2025):
- Bhg. 01 (Hari 1) : Departure (Port Klang)
- Bhg. 02 (Hari 1) : Star Voyager (Port Klang - Selat Melaka)
- Bhg. 03 (Hari 2) : High Seas (Selat Melaka - Selat Singapura - Laut China Selatan)
- Bhg. 04 (Hari 3) : Singapore (Port of Singapore)
- Bhg. 05 (Hari 3) : Singapore (Gardens By The Bay - Floral Fantasy)
- Bhg. 06 (Hari 3) : Singapore (Gardens By The Bay - Flower Dome)
- Bhg. 07 (Hari 3) : Singapore (Gardens By The Bay - Cloud Forest)
- Bhg. 08 (Hari 3) : Singapore (Back To Ship)
- Bhg. 09 (Hari 3) : Going Home (Port of Singapore - Port Klang)































































































No comments:
New comments are not allowed.