Thursday, 8 January 2026

2025 STAR VOYAGER CRUISE BHG. 03 (High Seas)

Disember 2025

STAR VOYAGER CRUISE
Port Klang - Bintan - Singapore - Port Klang

Bahagian 3: High Seas
SELAT MELAKA >> SELAT SINGAPURA >> LAUT CHINA SELATAN

HARI KEDUA

Part 6: Suasana Pagi Di Selat Melaka

Kami tersilap percaturan bila mengunci jam untuk bangun pada pukul 6 pagi pada hari ini. Bila dipandang ke luar balkoni, terperanjat besar melihat mentari dah pun memancar terang. Memang tak sangka langsung sang mentari terbit awal di tengah-tengah Selat Melaka, walaupun ketika itu kami berada berdekatan perairan Pontian di negeri Johor. Bak kata seorang rakan bila Myself menceritakan kejadian ini, undang-undang darat memang tidak terpakai bila kita sedang berada di tengah laut. Terpaksalah kami mengqada Solat Subuh pada pagi ini.

Suasana di luar balkoni pada pukul 6 pagi di hari kedua
Tak sangka matahari terbit seawal ini walaupun kita berada dekat perairan Pontian
Lokasi kapal Star Voyager pada ketika itu
Tidak lama kemudian Pulau Karimun Besar yang terletak di Indonesia muncul di depan mata. Kami cuma lalu sahaja di tepi pulau ini untuk menuju ke Selat Singapura.

Pulau Karimun Besar di Indonesia
Kapal tengah berlayar di Selat Melaka
Selat Melaka
Mengikut perancangannya, kapal Star Voyager akan sampai di Pulau Bintan pada pukul 12 tengah hari waktu Singapura (11 pagi waktu Indonesia) pada hari ini. Kami bersama sebahagian besar penumpang lain akan turun membuat shore excursion selama setengah hari bila Star Voyager berlabuh di Bintan. Jadi sebaik Restoran Lido dibuka pada pukul 6.30 pagi, kami terus naik ke sana untuk bersarapan.
 
Suasana lorong di depan kabin penginapan kami. Kabin di sebelah kanan adalah Balcony Stateroom yang menghadap laut manakala kabin di sebelah kiri adalah Interior Stateroom yang tidak mempunyai pemandangan luar.
Lift Lobby di Deck 9
Sebelum breakfast, kita melawat dulu ke Deck 14 untuk melihat pemandangan di sana. Ketika ini, kapal Star Voyager dah pun sampai di penghujung negeri Johor. 

Dah sampai di penghujung negeri Johor
Pemandangan awal pagi di Deck 14
Pemandangan mentari terbit di Deck 14
Bersiar-siar di Deck 14
Membelok masuk ke Selat Singapura
Dah ramai orang beratur sewaktu kami tiba di Restoran Lido. Namun begitu, dengan bilangan meja makan yang banyak dan pengurusan restoran yang sangat efisien, kami memang tidak pernah menunggu lama walau betapa ramai sekali pun pengunjung yang sedang beratur.
 
Beratur masuk ke Restoran Lido
Kaunter pendaftaran untuk masuk ke restoran
Suasana sewaktu breakfast di Restoran Lido
Dapat meja No. 238 pagi ini

Part 7: Selat Singapura

Selepas breakfast, kami keluar kembali ke Deck 14. Kapal dah pun masuk ke Selat Singapura (Strait of Singapore) pada ketika ini. 
 
Kembali ke Deck 14
Suasana di Deck 14
Pemandangan kapal yang berlayar nak menuju ke Pelabuhan Singapura dah banyak kelihatan
Sedang berlayar di Selat Singapura
Selat Singapura memisahkan Pulau Singapura dengan Pulau Batam. Ia adalah juga laluan kapal untuk menuju ke Pelabuhan Singapura yang merupakan salah sebuah pelabuhan perkapalan yang tersibuk di dunia. Memang satu pemandangan yang menakjubkan bagi kami melihat pelbagai kapal yang berbagai saiz lalu di depan mata. Macam pemandangan lori-lori kontena yang lalu di tengah highway di darat. 
 
Kapal-kapal yang sedang berlayar menuju ke Pelabuhan Singapura
Posing dulu di Deck 14
Pose istimewa di Deck 14
Pemandangan Pulau Batam di Indonesia dari Selat Singapura
Pulau-pulau kecil berhampiran Pulau Batam
Pulau Batam
Lagi pemandangan Pulau Batam
Water Slide di atas kapal Star Voyager
Memang menakjubkan melihat pemandangan kapal-kapal yang sedang berlayar di Selat Singapura. Tak sangka kapal-kapal ini bergerak laju macam lori-lori yang tengah speeding di highway. 😆

Kapal-kapal besar yang sedang berlayar di tengah lautan
Ombak yang terbentuk di belakang kapal
Dalam Al Quran Allah berfirman bagaimana Dia menyediakan pengangkutan di darat dan laut, mengajar manusia untuk menggunakannya dan memberi manusia keupayaan menciptanya supaya mereka mengingati tentang rahmat dan kekuasaanNya. Di antaranya, perkara ini tertulis di dalam Al Quran [Surah Yasin (36) : Ayat 41-44]:

"[41] Dan suatu tanda (kebesaran Allah) bagi mereka adalah bahawa Kami angkut keturunan mereka dalam kapal yang penuh muatan.

[42] Dan kami ciptakan (juga) untuk mereka (pengangkutan lain) seperti apa yang mereka tunggangi.

[43] Dan jika Kami menghendaki, Kami tenggelamkan mereka. Maka tidak ada penolong bagi mereka dan tidak (pula) mereka diselamatkan.

[44] Melainkan (Kami selamatkan mereka) kerana rahmat yang besar dari Kami dan untuk memberikan kesenangan hidup sampai waktu tertentu."

Dalam Al Quran [Surah Al Rahman, Ayat 24-25] pula Allah telah berfirman yang bermaksud:

"[24] Milik-Nyalah kapal-kapal yang berlayar di lautan bagaikan gunung-gunung.

[25] Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?"

Kapal-kapal yang melalui Selat Singapura memang besar-besar macam gunung, termasuklah kapal cruise kami.

Perjalanan kami ke Pulau Bintan turut melintasi Pulau Bukom yang merupakan sebuah pulau milik negara Singapura. Pulau ini terkenal sebagai pusat petrokimia dan penapisan minyak utama dunia, terutamanya milik Shell sejak tahun 1891.
 
Pulau Bukom
Pulau Bukom adalah sebuah pusat penapisan minyak yang terkenal di seluruh dunia
Syarikat minyak Shell telah beroperasi di Pulau Bukom sejak tahun 1891.
Pulau Singapura juga dapat dilihat dari kejauhan. Mengikut jadual perjalanan, kami hanya akan singgah di Pelabuhan Singapura sepanjang hari esok.
 
Pemandangan kota Singapura dari kejauhan
Bangunan-bangunan pencakar langit di kota Singapura
Lagi pemandangan Singapura dari kejauhan
Pulau-pulau kecil berhampiran Singapura
Bye for now, Singapore! See you tomorrow.
Perlayaran kapal Star Voyager diteruskan lagi menuju ke Pulau Bintan.

Berlayar menuju ke Pulau Bintan
Posing ala-ala Titanic
Bersantai sambil menikmati pemandangan
Semua penumpang yang nak membuat Shore Excursion di Pulau Bintan diminta berkumpul di Palm Court di Deck 7 pada pukul 11.30 pagi. Oleh yang demikian, bila jam menunjukkan dekat-dekat pukul 11.30 pagi, kami mula melangkah untuk turun ke Deck 7.
 
Water Park di atas kapal Star Voyager
Kolam renang dah mula dikunjungi penumpang pada ketika ini, terutamanya kanak-kanak
Posing lagi di atas kapal
Tangga naik ke kolam renang
Mentari dah mula memancar terik pada ketika ini
Meja untuk duduk bersantai
Bermain ping-pong di atas kapal

Part 8: Bintan Shore Excursion Yang Dibatalkan

Dalam perjalanan menuju ke tempat berkumpul yang ditetapkan, Myself dan Husband singgah sebentar membeli minuman di sebuah kiosk di Deck 7. Terlupa pulak nak mengambil gambar kiosk minuman ini. Seronok sungguh bila staff di kiosk memberitahu yang kami tidak perlu membayar harga minuman dan cookie berharga SGD 23 (RM 73) ini kerana ia boleh dikreditkan dari nilai Ship Credit yang ada di dalam cabin card. Tak tahu pun yang rupa-rupanya pakej yang kami ambil ini dah turut termasuk Ship Credit bernilai SGD 37 (RM 117) di dalam cabin card. Ship Credit ini walau bagaimanapun diberi berdasarkan kabin, bukan bilangan pax dalam kabin.
 
Duduk-duduk minum dulu di sini
Minuman dan cookie yang berharga SGD 23 (RM 73)
Kita minum dulu...
Pemandangan dari tingkap kapal
Selepas itu barulah kami menyertai ahli-ahli kumpulan kami yang lain berkumpul di Palm Court. Rupa-rupanya bukan kumpulan kami sahaja yang berkumpul di sini. Ada banyak kumpulan lain yang juga berkumpul di sini. Semuanya nak turun membuat Bintan Shore Excursion. Sedikit demi sedikit, kumpulan-kumpulan yang nak membuat Shore Excursion ke Pulau Bintan ini diarahkan oleh krew kapal untuk masuk menunggu di dalam Zodiac Theatre pula.
 
Berkumpul di Palm Court (Deck 7) untuk membuat Bintan Shore Excursion
Ready for Bintan Shore Excursion
Mesin-mesin slot yang ditutup disebabkan kami sedang berada di perairan Indonesia
Casino juga tidak dibuka pada masa ini
Suasana di Palm Court
Pemandangan ke arah Main Lobby di Deck 5 dari Palm Court di Deck 7
Bergerak menuju ke tempat berkumpul yang seterusnya di Zodiac Theatre dari Palm Court
Menunggu Shore Excursion di Zodiac Theatre
Maklumat mengenai Bintan Shore Excursion yang ditayangkan pada skrin di Zodiac Theatre
Star Voyager tiba di Pulau Bintan
Bila semua orang dah berkumpul di Zodiac Theatre dan bersiap sedia hendak turun, kami mendapat berita yang mengejutkan. Bintan Shore Excursion ini terpaksa dibatalkan atas sebab keselamatan kerana Tender Boat yang akan membawa kami dari kapal Star Voyager ke daratan Pulau Bintan tidak dapat beroperasi disebabkan laut yang bergelora.

Tidak seperti di Port Klang dan Singapore, Pulau Bintan tidak mempunyai Cruise Terminal untuk kapal-kapal persiaran besar seperti Star Voyager. Oleh itu, Star Voyager perlu berlabuh di tengah laut dan penumpang yang nak naik ke darat akan diangkut menggunakan bot-bot kecil yang dinamakan Tender Boat. Tak ada rezeki rupanya Myself dan Husband nak melawat ke Pulau Bintan dengan cruise ini. Tapi tak mengapalah sebab keselamatan perlu menjadi keutamaan. Kalau dapat turun ke Bintan sekali pun, mungkin problem pulak tak dapat nak balik naik ke atas kapal nanti.

Part 9: Berlayar Di High Seas (Laut China Selatan)

Disebabkan Bintan Shore Excursion dibatalkan, kapten kapal membuat pengumuman yang kami akan terus berlayar di High Seas (Laut China Selatan) sebelum berlabuh di Port of Singapore mengikut jadual pada pagi esok. Suspen juga memikirkan yang kami akan berlayar di laut lepas seperti Laut China Selatan setelah shore excursion tadi dibatalkan sebab laut yang bergelora.

Namun begitu, tiada apa pun sebenarnya yang perlu dirisaukan sebab kapal sebesar Star Voyager memang gagah menempuh laut yang bergelora. Tidak terasa sangat pun yang kapal kami bergoyang-goyang di tengah laut. Cuma terasa macam turbulence kecil kalau naik kapalterbang. Cuma satu pengalaman special pada ketika ini ialah pintu kapal yang menghala keluar cukup susah nak dibuka kerana tiupan angin yang kuat. Memang memerlukan tenaga yang kuat kalau nak membuka pintu untuk berjalan di luar kapal. Angin kuat begini memang boleh menghanyutkan bot-bot kecil seperti Tender Boat tadi ke tengah lautlah, agaknya.

Angin yang bertiup kuat menyebabkan pintu ke arah balkoni port ini cukup susah nak dibuka.
Bergerak menuju ke Laut China Selatan
Disebabkan ketika itu dah pukul 12 tengahari, ramai penumpang yang terus pergi ke restoran untuk makan tengahari. Untuk mengelakkan kesesakan, Myself dan Husband membuat keputusan untuk melepak dulu di balkoni port sambil menikmati pemandangan laut. Di sinilah kami bertemu dengan sebuah keluarga berketurunan Cina dari Malaysia yang berasal dari Taman OUG di Kuala Lumpur. Keluarga ini memang suka membuat cruise. Selain cruise ini, mereka dah pernah membuat cruise di Hong Kong, Vietnam, Taiwan dan Jepun.

Disebabkan shore excursion ke Bintan tadi dibatalkan sebab laut bergelora, keluarga ini bercerita kepada kami tentang pengalaman yang pernah mereka lalui sewaktu membuat cruise dari Hong Kong ke Jepun sewaktu musim taufan. Kapal bergoyang-goyang teruk kata mereka, sehingga kita tidak boleh langsung nak berdiri tegak. Ramai yang mabuk laut dan terpaksa menerima rawatan doktor di dalam klinik kapal. Bahkan kata keluarga ini, bila dah sampai di darat sekali pun, kita masih tak boleh berdiri tegak untuk satu tempoh waktu.

Mendengar pengalaman mereka, memang bersyukur sangat kerana Allah mengurniakan cuaca yang sangat baik sepanjang perlayaran kami selama 4 hari ini walaupun negara kita sebenarnya masih berdepan dengan musim tengkujuh. Ribut Senyar yang melanda Selat Melaka juga baru sahaja berakhir ketika itu.

Menikmati pemandangan laut dari balkoni port
Bergambar kenangan dengan keluarga Cina dari Malaysia yang gemar membuat cruise
Bila agak-agak Restoran Lido dah lega, barulah Myself dan Husband bergerak ke sana. Kami mengagak mesti krew di Restoran Lido kelam-kabut tengahari ini di sebalik tabir kerana ramai yang tiba-tiba datang makan di situ. Maklumlah, sepatutnya sebahagian besar penumpang sedang turun di Bintan membuat Shore Excursion ketika ini.
 
Lunch di Restoran Lido
Suasana di Restoran Lido
Satu lagi pemandangan suasana di Restoran Lido
Dessert yang cantik dan sedap
Selepas makan, kami kembali ke kabin untuk bersolat. Macam biasa, kena check arah kiblat dulu sewaktu nak bersolat di atas kapal ini.
 
Arah kiblat sewaktu berlayar menuju ke Laut China Selatan
Pada petang itu, kami cuma relax menikmati pemandangan laut dari balkoni kabin kami. Semua penumpang sebenarnya dijemput menikmati BBQ percuma dekat tepi kolam renang di Deck 14 petang ini, tetapi kami malas nak join. Kita tunggu dinner di Restoran Lido sajalah nanti.
 
Santai-santai sambil menikmati pemandangan dari balkoni kabin sahaja pada petang ini
Laut China Selatan
Ada rumah api di tengah laut di sana
Pemandangan sewaktu berlayar dekat rumah api. Terfikir macam manalah rumah api ini dibina di tengah-tengah Laut China Selatan begini? 😕
Kapal yang berlayar di tengah lautan
Lokasi kapal ketika ini
Surprisingly, ombak di Laut China Selatan agak tenang petang ini. Berharap juga kita nak melihat kalau-kalau ada pemandangan seperti ikan lumba-lumba berenang dekat-dekat kapal kita, tetapi hampa. Bukan habitat mereka kot laut kat sini.
 
Pemandangan sewaktu mentari mula nak terbenam
Kepulan awan yang cantik di tengah laut
Malam itu, kami naik ke Deck 14 untuk dinner di Restoran Lido. Sedang kita menikmati makan malam, terasa laut sedikit bergelora. Bergegar-gegar juga kapal ketika itu tetapi tidaklah sampai ke tahap yang mencemaskan. Ada sekali tu, terasa juga macam kapal kita sedikit terlambung dibadai ombak. Tapi sekali itu sajalah. Gegaran yang dialami juga tidak berterusan, cuma sekejap-sekejap sahaja. Selepas itu, kapal akan kembali tenang.
 
Suasana dinner di Restoran Lido
Rice Station di Restoran Lido. Selain Nasi Putih, ada juga nasi-nasi yang lain seperti Nasi Briyani dan Nasi Minyak dihidangkan.
Suasana di Restoran Lido
Dinner yang sangat delicious
Chocolate Ice Cream
Krew kapal dah mula berpakaian macam Santa Claus malam ini sempena perayaan Krismas
Selepas dinner, kami keluar ke Deck 14 lagi. Konon-kononnya nak menikmati pemandangan malam Laut China Selatan dari situ. Malangnya, tak nampak apa pun pemandangan selain malam yang gelap-gelita di tengah laut.
  
Suasana malam di Deck 14
Movie Jepun yang sedang ditayangkan pada skrin besar dengan subtitle dalam Bahasa Inggeris
Pemandangan malam yang pekat di Deck 14. Cuma kelihatan lampu-lampu kapal di kejauhan.
Angin yang bertiup di laut lepas begini memang kuat. Sebab itulah kapal kita sedikit bergoyang-goyang malam ini. Namun Alhamdulillah, cuaca keseluruhannya okey dan tidak membimbangkan.

Menikmati suasana dan tiupan angin laut
Berjalan pulang ke kabin ...
Star Voyager berpatah balik ke arah Selat Singapura
Malam itu juga kami cuma bersantai-santai di dalam kabin. Malas nak menonton show di Zodiac Theatre kerana persembahannya berkait dengan sambutan Krismas. Maklum sajalah, kerana perayaan Krismas akan menjelang tidak lama lagi.

Setibanya di lobi lif di Deck 9, ada pula sebuah kaunter dibuka oleh pihak cruise untuk penyerahan passport kepada penumpang. Ini adalah kerana Star Voyager akan berlabuh sepanjang hari di Singapura pada hari esok dan penumpang dibenarkan turun untuk bersiar-siar sendiri di sana. Passport memang diperlukan untuk pemeriksaan imigresen sewaktu turun dan naik dari kapal.
 
Kaunter passport yang dibuka di Lobi Lif Deck 9
Mengambil passport untuk turun melawat ke Singapore esok


Bersambung ke Bahagian 4...


CATATAN PERJALANAN STAR VOYAGER CRUISE (2025):

No comments: