Wednesday, 14 January 2026

2025 STAR VOYAGER CRUISE BHG. 07 (Cloud Forest)

Disember 2025

STAR VOYAGER CRUISE
Port Klang - Bintan - Singapore - Port Klang

Bahagian 7: Singapore
GARDENS BY THE BAY [Cloud Forest]

HARI KETIGA (4)

Part 15: Cloud Forest @ Gardens At The Bay

Dari Flower Dome, kami bergerak pula untuk melawat ke Cloud Forest yang terletak bersebelahan. Seperti Flower Dome, Cloud Forest juga adalah sebuah rumah kaca.

Cloud Forest
Pintu masuk ke Cloud Forest
Lorong masuk ke Cloud Forest
Jurassic World The Experience
Cloud Forest membawa tema Jurassic Park. Oleh itu, ia dibina bagaikan sebuah hutan gunung tropika di zaman dinosaur. Di tengah-tengah rumah kaca ini, ada dibina sebuah gunung yang tinggi, lengkap dengan sebuah air terjun.
 
Gunung tinggi dengan sebuah air terjun di Cloud Forest
Air terjun di puncak gunung
Walau ke mana kita pergi di Cloud Forest, pasti ada dinosaur yang menunggu di situ.
Konon-kononnya, hutan di pergunungan air terjun ini adalah habitat dinosaur
Bergambar dengan air terjun
Dinosaur kecil lincah yang dinamakan Compsognathus
Compsognathus
Keterangan tentang Compsognathus
Gunung tinggi ini boleh didaki tetapi dari arah belakang. Oleh itu, marilah kita berjalan memusing gunung untuk menuju ke arah belakang. 

Laluan menuju ke arah belakang gunung
Macam seram je nak naik ke atas sana tu!!
Ada pulak dia ni menjenguk kat sini. Haihh!!
Di perjalanan menuju ke sebalik gunung, kita bertemu dengan seekor dinosaur bersaiz raksasa yang dinamakan Tyrannosaurus Rex atau nama popularnya T-Rex.

Tyrannosaurus Rex
T-Rex
Tidak seperti patung-patung dinosaur lain yang kaku, patung T-Rex ini bergerak-gerak dan mengeluarkan bunyi. Ia juga adalah dinosaur yang terbesar di Cloud Forest. Padanlah dengan namanya Rex yang bermaksud Raja dalam Bahasa Latin.

T-Rex yang bergerak-gerak dan mengeluarkan bunyi
Syukurlah T-Rex cuma bergerak setempat. Bayangkan kalau ia merayau-rayau di sekitar Cloud Forest. 😅
Wajah T-Rex yang garang dan menakutkan
Ramai pengunjung yang berebut-rebut nak bergambar dengan T-Rex
Semua pameran dan persembahan dinosaur di Cloud Forest diilhamkan dari filem Jurassic Park. Pasti banyak bayaran yang dibuat oleh Gardens By The Bay kepada Hollywood untuk menggunakan hakcipta filem tersebut di sini.
 
Berjalan lagi menuju ke belakang gunung
Ukiran Thinker
Oopps, ada pulak tangga yang kena dipanjat di sana
Kolam air yang berasap di tepi tangga
Satu lagi pemandangan kolam yang berasap
Mengintai monyet di hutan belantara
Model monyet yang dibuat dari akar kayu
Stygomoloch yang ditangkap dan disumbat ke atas lori
Stygomoloch
Gentle Giants
Ankylosaurus yang cuma memakan tumbuh-tumbuhan
Thunderbird Totem Pole
Thunderbird Totem Pole ini berasal dari Canada
Keterangan tentang Totem Pole
Kita masih berjalan menuju ke pintu masuk ke gunung...

Dah hampir sampai sekarang
Jeep yang ditinggalkan
Patung Capybara
Capybara juga mungkin dah wujud sezaman dengan dinosaur
Gunung Cloud Mountain dibina setinggi 7 tingkat. Syukurlah ada lif yang boleh membawa kita sehingga ke puncak gunung ini.
 
Menunggu lif naik ke Aras 7
Arah ke Lost World di Aras 7
Pemandangan ke bawah dari Aras 7
 
LOST WORLD

Aras tertinggi di Cloud Forest (Aras 7) dinamakan sebagai Lost World. Ia dipenuhi dengan tumbuh-tumbuhan yang pada kebiasaannya ditemui di pergunungan tropika melebihi ketinggian 2,000 meter.

Lost World
Suasana di Lost World
Model labah-labah gergasi yang diperbuat dari kayu
Ethereal White Persians
Ethereal White Persians ini diperbuat dari kaca oleh artis ukiran kaca terkemuka dari Amerika Syarikat, Dale Chihuly
Bersiar-siar di Lost World
Tumbuh-tumbuhan di Lost World
Bumbung kaca Cloud Forest
Pemandangan menghala ke kota Singapura
Sejenis tumbuhan yang menarik perhatian pengunjung di Lost World ini adalah pokok Periuk Kera. Di sebalik rupanya yang unik, ia memainkan peranan penting dalam pembentukan dan pembesaran hutan. Pokok Periuk Kera boleh mencerna daun-daun kering, serangga atau binatang yang terperangkap di dalamnya untuk hidup, bergantung kepada spesies dan saiz. Kerana itulah Periuk Kera tidak bergantung kepada sumber nutrien sepenuhnya dari tanah seperti kebanyakan pokok lain. Disebabkan faktor ini juga, ia selalunya tumbuh di kawasan pinggir hutan yang kurang subur. Setelah mati, pokok Periuk Kera sebaliknya akan mereput dan menyuburkan tanah untuk memungkinkan tumbuhan lain hidup di situ.
 
Pokok Periuk Kera (Venus Trap)
Pokok Periuk Kera tidak bergantung kepada nutrien dari tanah disebabkan kebolehannya untuk memerangkap dan mencerna makanannya sendiri.
Pokok Periuk Kera juga sangat berjasa untuk menyuburkan tanah di kawasan hutan untuk memungkinkan tumbuhan lain hidup di sana.
Di Lost World ini juga kita dapat melihat kolam takungan air yang menjadi sumber kepada air terjun yang kita lihat di bawah tadi. Kalaulah air terjun itu natural, inilah mata airnya.

Kolam sumber air terjun
Model pepatung gergasi dekat sumber air terjun
Pokok-pokok hutan yang ditanam di tepi kolam

CLOUD WALK

Laluan menurun gunung dari Lost World dinamakan sebagai Cloud Walk. Inilah laluan tergantung yang scary kita lihat dari bawah tadi.

Pintu masuk ke Cloud Walk dari Lost World
Cloud Walk
Menikmati pemandangan Singapore dari Cloud Walk
Bunga-bunga cantik
Memang gayat berjalan di Cloud Walk kerana ia sangat tinggi. Nasib baiklah ia dibina tegap dan tidak bergoyang-goyang macam jambatan gantung.

Pemandangan menghala ke bawah. Gayat, weyy!!
Disebabkan gayat, kita jalan pandang ke depan sajalah...
Sesuatu yang melegakan ialah laluan Cloud Walk ini dibina menurun ke bawah dan bukan naik ke atas.
Macam tergantung di awang-awangan...
Berani betul dia orang ni menjenguk ke bawah begitu
Pandangan dekat tumbuh-tumbuhan yang ditanam pada gunung Cloud Forest
Husband bergambar di Cloud Walk
Pintu masuk ke Jurassic World di bawah sana

THE CAVERN

Cloud Walk membawa kita turun dari Aras 7 ke Aras 4. Pada Aras 4 ini, ada sebuah gua buatan di mana kita boleh melihat pemandangan waterfall.

Waterfall View
Pemandangan dari belakang air terjun
Pemandangan ke bawah dari Waterfall View
Pemandangan menghala Singapore City
Balkoni untuk melihat air terjun
Tumbuhan-tumbuhan segar dekat air terjun
Crystal Mountain
Satu lagi pemandangan di Crystal Mountain

TREETOP WALK

Laluan pejalan kaki yang seterusnya dari Aras 4 sehingga ke bawah dinamakan Treetop Walk. Ia masih mengekalkan konsep yang sama seperti Cloud Walk tadi, tetapi pada aras yang lebih rendah.

Permulaan Treetop Walk di Aras 4
Treetop Walk
Pemandangan ke bawah dari Treetop Walk
T-Rex yang kita lihat di bawah tadi
Cloud Walk yang kita lalui tadi
Pemandangan Cloud Walk dari Treetop Walk
Masih suasana di Treetop Walk
Anak-anak dinosaur sedang bermain
T-Rex
Kepala T-Rex
Dinosaur terbang di kaki gunung
Husband bersiar-siar di Treetop Walk
Pterosaurs
Tiba ke bawah

SECRET GARDEN

Tiba di bawah dari Treetop Walk, kita tiba di sebuah bilik gelap yang konon-kononnya tempat dinosaur yang baru ditangkap disimpan dan dilatih.

Di bilik sebelah, ada pulak sebuah show di mana kanak-kanak dijemput untuk membantu seorang staff Jurassic Park melatih seekor dinosaur. Kami walau bagaimanapun cuma membuat lintasan hormat, tak stay pun untuk melihat proses melatih dinosaur ini.
 
Show di bilik sebelah
Proses melatih dinosaur sedang berlangsung
Cuma lalu saja di sini...
Kami sebaliknya terus melawat ke Secret Garden. Taman ini diinspirasi dari hutan-hutan batu kapur dan gua.

Laluan ke Secret Garden
Keterangan mengenai Secret Garden
Secret Garden ini terletak di sebuah gua di belakang air terjun
Pemandangan yang indah dan damai
Laluan di Secret Garden
Percikan indah air terjun dari dalam gua
Terus berjalan ke depan
Lumut
Pemandangan selepas keluar dari gua
Satu tarikan istimewa di Secret Garden ini ialah miniature orchids. Bunga-bunga orkid ini memang sangat kecil dan kita perlu menggunakan kanta pembesar untuk melihatnya. Insaf kita akan kekuasaan Tuhan bila melihatnya. Walaupun dengan saiz yang kecil begitu, keindahannnya tetap setanding dengan orkid-orkid lain yang dapat dilihat dengan mata kasar.
 
Keterangan tentang miniature orchids
Kanta-kanta pembesar yang disediakan untuk melihat miniature orchids
Bunga orkid mini yang dilihat menerusi kanta pembesar
Berjalan lagi ke hadapan...
Hutan Jurassic
Ada sebuah bahagian di dalam Secret Garden ini yang dibina seperti Gua Waitomo yang pernah kami lawat di New Zealand. Cuma bezanya ada banyak tumbuhan dan bunga di sini sedangkan gua sebenarnya sangat gelap.

Seksyen di Secret Garden yang mengingatkan kami kepada Gua Waitomo di New Zealand
Juraian-juraian dari siling yang seperti glow worm di Waitomo Cave
Pemandangan di penghujung Secret Garden
Keluar dari Secret Garden
Pameran tumbuhan begonia di dalam kotak kaca
Begonia Chloroneura dari Philippines
Ucapan terima kasih kerana melawat Jurassic World The Experience
Lawatan kami ke Cloud Forest tamat selepas kita keluar dari Secret Garden. Memang Myself tidak nafikan, lawatan ke Cloud Forest ini sangat menarik. Hutan Jurassic yang dibina juga nyaman dan rapi, maklum sajalah kerana mengikut standard Singapore.
 
Di luar Cloud Forest ada sebuah tasik yang cantik. Ada signboard yang meminta pengunjung menghormati memerang (otter) yang sering melintas jalan di sini. Malangnya, tak ada pulak otter yang datang melintas ketika itu. Kecewa!!

Tasik yang cantik di luar Cloud Forest
Amaran memerang melintas


Bersambung ke Bahagian 8...



No comments: