Tuesday, 6 January 2026

2025 STAR VOYAGER CRUISE BHG. 01 (Port Klang)

Disember 2025

STAR VOYAGER CRUISE
Port Klang - Bintan - Singapore - Port Klang

Bahagian 1: Departure
PORT KLANG

Sekembali dari Pulau Jawa di Indonesia, Myself dan Husband berpeluang membuat satu lagi pengembaraan istimewa. Pengembaraan ini adalah menaiki kapal cruise Star Voyager bagi laluan Port Klang - Bintan - Singapore - Port Klang selama 4 Hari 3 Malam. Memang excited kerana ini adalah pengalaman pertama kami menaiki kapal cruise.

Iklan Star Voyager
Peta perjalanan Star Voyager Cruise : Port Klang - Bintan - Singapore - Port Klang
Jadual perjalanan Star Voyager

Ikuti kisah pengalaman kami membuat cruise ini...

HARI PERTAMA (1)

Part 1: Port Klang Cruise Terminal (PKCT)

Tidak seperti perjalanan percutian kami selainnya yang bermula dari KLIA ataupun KLIA2, perjalanan kali ini bermula dari Port Klang Cruise Terminal (PKCT). Untuk kemudahan, sejak awal lagi kami dah menempah Grab untuk membawa kami ke sana, lebih-lebih lagi kerana kami perlu bergerak sebaik selepas Husband selesai menunaikan Solat Jumaat di Masjid.
  
Menuju ke Pelabuhan Klang
Tiba di Pelabuhan Klang
Perjalanan dari rumah kami menuju ke Port Klang Cruise Terminal memakan masa 1 jam 30 minit. Excited juga bila tiba di PKCT kerana inilah kali pertama kami tiba di sini.

Tiba di Port Klang Cruise Terminal
Bangunan Port Klang Cruise Terminal
Menuju ke arah lobi
Pintu masuk ke Port Klang Cruise Terminal
Suasana di Lobi Port Klang Cruise Terminal
Kaunter Baggage untuk check-in bagasi-bagasi yang besar
Ruang menunggu dekat ruang check-in bagasi
Sewaktu masuk ke lobi PKCT, kami melihat ramai orang tengah beratur di kaunter Baggage. Ingatkan kita perlu check-in di sini. Rupa-rupanya ia cuma tempat untuk check-in bagasi-bagasi besar yang nak dibawa naik ke atas kapal. Kalau sekadar membawa bagasi cabin size seperti kami, kita boleh terus masuk ke Ruang Menunggu di Tingkat 1.
 
Disebabkan kita cuma membawa bagasi cabin size, boleh terus masuk ke Ruang Menunggu Perlepasan
Ruang Menunggu Perlepasan
Ada pemeriksaan dokumen dilaksanakan oleh kakitangan cruise di pintu masuk ke Ruang Menunggu. Pemeriksaan yang dibuat cuma untuk memastikan kita membawa passport yang sah dan tidak terhalang untuk keluar negara atas sebab-sebab tertentu seperti tidak membayar cukai atau hutang PTPTN. Kita juga akan diberikan nombor Boarding Group di sini.
  
Nombor Boarding Group kami
Oleh kerana percutian ini ditempah menerusi pakej Suka Kembara, ada Tour Leader dari Suka Kembara yang ikut bersama kami di dalam cruise ini. Beliau bernama Puan Mas. Walau bagaimanapun, disebabkan aktiviti di atas kapal lebih berbentuk free & easy, peranan Tour Leader di dalam pakej cruise lebih bersifat sebagai facilitator. Kalau tidak pasti tentang apa-apa perkara sepanjang perjalanan cruise, Tour Leader boleh dirujuk untuk mendapatkan penjelasan. Bilangan peserta pakej Suka Kembara di dalam cruise kami adalah seramai 17 orang yang terdiri dari 5 kumpulan / keluarga.

Pemandangan Ruang Menunggu Perlepasan di Port Klang Cruise Terminal
Menunggu panggilan masuk ke dalam kapal
Sambil menunggu panggilan masuk, kita menjenguk ke luar tingkap untuk melihat kapal yang sedang menunggu. Kapal Star Voyager ini sebenarnya membuat persinggahan di Pelabuhan Klang dalam perjalanan di laluan Phuket - Singapore sewaktu pergi dan kembali sepanjang bulan November 2025 - pertengahan Februari 2026. Selepas itu bermula dari pertengahan bulan Februari 2025, ia akan membuat perlayaran bagi laluan Singapore - Ho Chi Minh & Na Thrang di Vietnam pula. Sebab itulah kalau nak menempah percutian cruise, kita tidak boleh menempah tarikh percutian sesuka hati. Ia perlu disesuaikan dengan jadual perlayaran kapal.
 
Kapal Star Voyager yang sedang berlabuh di Port Klang Cruise Terminal
Pemandangan di bahagian belakang kapal
Bila kapal dah bersedia, penumpang dipanggil masuk ke dalam kapal mengikut nombor giliran kumpulan yang diberi tadi.
 
Panggilan masuk ke dalam kapal mengikut nombor kumpulan
Penumpang kapal naik ke Tingkat 2 untuk check-in
Berkumpul sebentar di sini untuk memastikan tiada ahli kumpulan yang ketinggalan
Port Klang Cruise Terminal
Proses check-in sebenar untuk masuk ke dalam kapal dibuat di Tingkat 2 PKCT. Di sini semua penumpang kapal diberikan sebuah kad yang dinamakan sebagai cabin card. Kad ini berfungsi sebagai kunci masuk ke bilik kabin di atas kapal. Selain itu, ia juga akan merekodkan semua transaksi kewangan yang berlaku di atas kapal kerana tiada urusan jual beli tunai dibenarkan sepanjang perlayaran. Bayaran yang direkodkan perlu dijelaskan oleh penumpang secara on-line atau di kaunter registration kapal di hujung perlayaran.
 
Beratur menunggu giliran untuk check-in
Posing sekejap sementara menunggu dalam barisan
Sambil beratur untuk check-in, kita lihat pemandangan tempat parking yang disediakan di PKCT ini. PKCT ada menyediakan sebuah tempat parking terbuka yang luas untuk kegunaan semua penumpang kapal yang memandu ke sini. Kadar bayaran parking yang dikenakan adalah RM 20 untuk satu malam.
 
Tempat parking terbuka di PKCT
Kaunter untuk check-in sebagai penumpang kapal
Checking-in
Dah selesai check-in
Cabin Card yang diberi kepada semua penumpang selepas check in.
Cabin card
Selepas dah check-in, kita perlu pula melalui pemeriksaan passport. Oleh kerana PKCT tidak sebesar KLIA, tiada mesin pemeriksaan automatik di sini. Passport perlu diserah kepada pegawai Imigresen Malaysia yang bertugas di dalam booth untuk diperiksa. Selepas itu, kita perlu pula menyerahkan passport kepada staff cruise yang bertugas untuk simpanan. Bagi tujuan keselamatan, passport penumpang akan disimpan oleh pihak kapal sepanjang pelayaran.
 
Menyerahkan passport untuk simpanan pihak cruise
Kedai Bebas Cukai dekat pintu keluar untuk masuk ke kapal
Selamat Jalan
Kenangan sebelum memulakan cruise
Bon Voyage
Selepas itu barulah kita keluar ke bahagian jeti untuk mendapatkan kapal yang berlabuh. Excited weyy... ini first time kita nak pergi holiday naik kapal cruise. 😆
 
Pemandangan jeti menuju ke kapal
Posing dulu dengan berlatar belakangkan bangunan PKCT
Excited weyy, nak berjalan naik atas kapal
Pemandangan menghala ke pelabuhan kapal kontena dari jeti
Pemandangan bahagian hadapan kapal
Pemandangan bahagian belakang kapal
Posing dulu dengan kapal Star Voyager
Welcome Drink yang diberi kepada penumpang yang nak naik ke atas kapal. Minuman yang diberi walau bagaimanapun cuma air kosong. 😂
Pemandangan kapal-kapal kontena yang sedang berlabuh di Pelabuhan Klang dari kejauhan
Star Cruises
Kapal layar yang berlabuh di sebelah kapal kami
Cold Towel yang disediakan untuk penumpang sebelum naik ke atas kapal
Kagum melihat betapa besarnya saiz kapal kami yang bernama Star Voyager ini. Namun demikian, Star Voyager adalah kapal cruise terkecil yang dikendalikan oleh Star Cruises. Untuk makluman, syarikat Star Cruises mempunyai dua buah lagi kapal persiaran yang lebih besar bernama Star Navigator dan Genting Dream. Kedua-dua kapal besar ini tidak berlayar di Asia Tenggara pada penghujung tahun begini.
 
Kagum melihat betapa besarnya kapal Star Voyager ini
Bot-bot penyelamat yang digantung di balkoni kapal
Kerja pembersihan tingkap kapal sedang dilaksanakan
Pandangan lebih dekat bot penyelamat Star Voyager
Menyeret bagasi masuk ke dalam kapal
Kapal Doulos Hope yang juga berlabuh di sebelah kapal Star Voyager
Selepas puas berjalan jauh di sepanjang jeti, barulah kita akhirnya tiba di pintu masuk ke kapal Star Voyager.
 
Jambatan masuk ke dalam kapal
Berjalan di atas jambatan
Krew yang menunggu di atas kapal

Part 2: Star Voyager 
 
Sebelum meneruskan cerita pengalaman naik cruise, Myself akan memperkenalkan terlebih dahulu kepada anda terminology yang digunakan di dalam kapal cruise untuk kemudahan penceritaan. Tengok dulu gambar cruise di bawah ini...

Terminology yang digunakan dalam kapal cruise
Kapal cruise kami yang bernama Star Voyager ini mempunyai ketinggian 15 tingkat. Setiap tingkat dinamakan sebagai deck. Kapal pula secara umumnya terbahagi kepada 3 bahagian: Forward (disingkatkan sebagai Fwd) yang merupakan bahagian depan kapal, Mid yang merupakan bahagian tengah kapal dan Aft yang merupakan bahagian belakang (buritan) kapal. Bahagian di sepanjang bahagian kanan kapal dinamakan sebagai Starboard manakala bahagian di sepanjang bahagian kiri kapal pula dinamakan sebagai Port.

Pintu masuk ke kapal terletak di port di Deck 7. Sebaik naik ke atas kapal, semua penumpang diarahkan menuju ke bahagian depan kapal yang dinamakan Forward (Fwd) terlebih dahulu.
 
Balkoni port (kiri) di atas kapal Star Voyager
Pintu masuk ke Star Voyager di lobi Fwd Deck 7
Krew yang menunggu di pintu masuk ke kapal
Memandangkan kabin kami terletak di Deck 9, kita naik lif dulu ke sana. Lobi lif di dalam kapal ini sebiji macam lobi lif di dalam hotel mewah.
 
Lobi lif di Deck 7 Fwd
Tangga di Deck 7 Fwd
Kabin penginapan kami terletak di Deck 9 Aft yang terletak di bahagian belakang kapal. Memandangkan kita masuk dari bahagian Fwd terpaksalah kita menapak jauh nak mendapatkan kabin. Disebabkan nombor kabin kami adalah nombor ganjil (9219), ia juga terletak di sebelah Starboard (kanan). Kabin-kabin yang bernombor genap terletak di sebelah port (kiri). Kapal Star Voyager mempunyai kepanjangan 261.32 meter. Ini bermakna, kami perlu menapak sejauh kira-kira 200 meter dari lobi lif di bahagian Fwd ini menuju ke kabin kami yang terletak di bahagian Aft itu!
 
Terpaksa menapak jauh dari sini sehingga ke hujung sana untuk mendapatkan kabin kami yang terletak di bahagian Aft.
Sampai akhirnya ke kabin penginapan kita
Bilik-bilik penginapan di dalam kapal dinamakan kabin. Secara umumnya terdapat 4 jenis kabin yang disediakan di dalam Star Voyager: (1) Interior Stateroom (bilik tanpa tingkap di tengah-tengah kapal); (2) Oceanview Stateroom (bilik dengan tingkap menghadap laut tanpa balkoni - terletak di deck yang lebih rendah); (3) Balcony Stateroom (bilik menghadap laut dengan balkoni - terletak di deck yang lebih tinggi); dan (4) Palace Suite (bilik mewah - terletak di bahagian hujung kapal dengan mendapat kedua-dua pemandangan di sebelah kiri dan kanan). Atas saranan dari travel agent yang menguruskan pakej percutian ini, Myself dan Husband memilih untuk menginap di kabin Balcony Stateroom.
  
Pandangan pertama kabin penginapan kami
Kabin penginapan kami adalah Balcony Stateroom yang mempunyai balkoni menghadap ke laut
Setiap kabin mempunyai bilik mandi masing-masing tetapi seperti yang dijangka, saiznya dah pasti kecil dan mungkin agak merengsakan bagi orang yang berbadan besar untuk menggunakannya. Tandas di dalam kabin menggunakan sistem vakum seperti tandas di dalam kapal terbang. Ada tuala dan peralatan mandi termasuk dental kit disediakan untuk penumpang seperti di hotel 4 bintang di darat tetapi bilik mandi ini tidak dilengkapi dengan bidet. Jadi bawalah potable bidet sendiri untuk kegunaan di dalam kapal bagi keselesaan.
  
Pintu masuk ke bilik mandi. Ada meja solek juga disediakan dekat pintu bilik mandi.
Bilik mandi di dalam kabin
Shower
Tilam dan bantal yang disediakan di dalam kabin memang best. Ada wardrobe di dalam kabin lengkap dengan bathrobe, hanger dan safety box. Di samping itu, life jacket turut ditempatkan di dalam wardrobe ini untuk kegunaan di waktu kecemasan.
  
Wardrobe di dalam kabin
Life jacket untuk kegunaan di waktu kecemasan
Kabin dihias dengan cermin kaca untuk memberikan suasana ruang yang lebih luas
TV dan Mini Fridge di bawah kabinet
Kettle dan minuman percuma turut disediakan di dalam bilik. Kapten kapal sedang memberi penerangan tentang panduan kecemasan di dalam TV.
Sekarang kita tengok pula pemandangan di balkoni bilik kami...

Pintu keluar ke balkoni
Suasana di balkoni
Memang seronok duduk-duduk di sini sambil melihat pemandangan di luar
Kapal kontena yang lalu di sebelah kapal kami
Kapal-kapal tangki
Selepas dah settle down di dalam kabin, perkara seterusnya yang perlu kami selesaikan adalah membeli wifi untuk kegunaan di dalam kapal. Khidmat roaming dari telco di darat memang boleh digunakan bila kedudukan kapal tidak jauh dari daratan. Tetapi bila dah berada di tengah laut, terpaksalah kita bergantung kepada wifi yang disediakan oleh kapal. Wifi di dalam kapal menggunakan sistem satelit. Oleh itu, kalau sesiapa yang menggunakan khidmat Starlink, ia boleh digunakan di atas kapal ini. Star Cruise adalah sebenarnya kapal Singapore, maka caj yang dikenakan adalah dalam Singapore Dollar (SGD). Kami memilih pakej wifi standard bagi 2 peranti untuk kegunaan selama 3 malam. Caj yang dikenakan adalah SGD 63 (RM 199). 😅

Pakej wifi ini perlu dibeli dari kaunter reception yang terletak di lobi utama kapal di Deck 5. Disebabkan kami belum familiar dengan layout kapal ketika itu, berpusing pening juga kita mencari lobi ini. Ini adalah kerana akses perkhidmatan lif di dalam kapal tidak menyeluruh. Setiap lif cuma memberi perkhidmatan sehingga ke deck-deck yang tertentu sahaja. Cara termudah nak ke mana-mana adalah kena turun ke Deck 7 kerana lif-lif di deck ini mempunyai akses ke keseluruhan bahagian kapal.
 
Turun dulu ke Deck 7 kerana lif di deck ini mempunyai akses ke seluruh bahagian kapal
Lobi utama kapal Star Voyager yang terletak di Deck 5
Kaunter reception di Lobi Utama di Deck 5
Suasana di Lobi Utama.
Berurusan membeli wifi di kaunter reception
Firman Allah di dalam Al Quran, [Surah Al Baqarah, Ayat 150]: 

"[150] Dan dari mana engkau (Muhammad) keluar, maka hadapkanlah wajahmu ke arah Masjidil Haram. Dan di mana saja kamu berada, maka hadapkanlah wajahmu ke arah itu, agar tidak ada alasan bagi manusia (untuk menentangmu), kecuali orang-orang yang zalim di antara mereka. Janganlah kamu takut kepada mereka, tetapi takutlah kepada-Ku, agar Aku sempurnakan nikmat-Ku kepadamu, dan agar kamu mendapat petunjuk."

Oleh itu, satu apps yang sangat penting dimiliki apabila membuat cruise adalah penunjuk arah kiblat. Ini adalah kerana kiblat sentiasa berubah setiap kali kita nak bersolat disebabkan kapal yang sentiasa bergerak. Inilah juga sebabnya mengapa penting bagi kami untuk memiliki akses wifi di sepanjang perlayaran.
 
Firman Allah di dalam Al Quran, [Surah Al Baqarah, Ayat 115]: 

"[115] Dan milik Allah timur dan barat. Ke mana pun kamu menghadap di sanalah wajah Allah. Sungguh, Allah Maha Luas, Maha Mengetahui." 

Kiblat sewaktu solat Asar sebelum kapal mula bergerak
Kiblat sewaktu nak menunaikan Solat Jamak Maghrib dan Isyak selepas kapal berada di Selat Melaka
 

Bersambung ke Bahagian 2...


CATATAN PERJALANAN STAR VOYAGER CRUISE (2025):
  • Bhg. 01 (Hari 1) : Departure (Port Klang)
  • Bhg. 02 (Hari 1) : Star Voyager (Port Klang - Selat Melaka)
  • Bhg. 03 (Hari 2) : High Seas (Selat Melaka - Selat Singapura - Laut China Selatan)
  • Bhg. 04 (Hari 3) : Singapore (Port of Singapore)
  • Bhg. 05 (Hari 3) : Singapore (Gardens By The Bay - Floral Fantasy)
  • Bhg. 06 (Hari 3) : Singapore (Gardens By The Bay - Flower Dome)
  • Bhg. 07 (Hari 3) : Singapore (Gardens By The Bay - Cloud Forest)
  • Bhg. 08 (Hari 3) : Singapore (Back To Ship)
  • Bhg. 09 (Hari 3) : Going Home (Port of Singapore - Port Klang)

No comments: