Thursday, 15 January 2026

2025 STAR VOYAGER CRUISE BHG. 08 (Back To Ship)

Disember 2025

STAR VOYAGER CRUISE
Port Klang - Bintan - Singapore - Port Klang

Bahagian 8: Singapore
HARBOURFRONT [Back To Ship]

HARI KETIGA (5)

Part 15: Jurassic Nest Food Hall @ Gardens By The Bay

Selepas melawat ke Cloud Forest, kami terus menuju ke Food Hall di Gardens By The Bay ini yang dinamakan Jurassic Nest.

Arah ke Jurassic Nest Food Hall
Jurassic Nest Food Hall
Dinosaur yang menemani kita makan di Jurassic Nest
Suasana di Jurassic Nest
Banyak tau dinosaur yang temankan kita makan di sini! 😀
Ada banyak gerai di Jurassic Nest dan ada 2 di antaranya yang menghidangkan makanan Halal. Kedua-duanya adalah Bismillah Biryani dan Nasi Lemak Ayam Taliwang.

Bismillah Biryani
Nasi Lemak Ayam Taliwang
Kami memilih makanan dari Nasi Lemak Ayam Taliwang untuk lunch. Makanan boleh dipesan sama ada dari kaunter gerai sendiri ataupun menggunakan mesin kiosk. Kita akan diberi nombor giliran dalam resit pembelian dan status makanan boleh disemak pada monitor. Bila makanan dah siap, kita perlu mengambilnya sendiri dari gerai di mana kita membuat pesanan.
 
Menunggu makanan disiapkan
Self Order Kiosk
Status makanan kita boleh disemak pada monitor ini
Myself memilih hidangan Nasi Lemak Ayam Kecap Sambal manakala Husband pula memilih Nasi Lemak Ayam Cabe Ijo. Kedua-dua makanan ini beserta minuman Sour Plum berjumlah SGD 31 (RM 98).

Nasi Lemak Ayam Kecap Sambal pilihan Myself
Nasi Lemak Ayam Cabe Ijo pilihan Husband
Jemput makan...
Meja perlu dikemas sendiri selepas makan dan dulang perlu dipulangkan ke tempat yang disediakan. Bagusnya, ada tempat berasingan yang disediakan untuk pemulangan dulang Halal dan Non Halal.

Tray Return Non Halal
Tray Return Halal
Lepas makan, kami berjalan kembali menuju ke Stesen MRT Bayfront untuk pulang ke Harbourfront dengan MRT.

Berjalan kembali ke Stesen MRT Bayfront
Gerai-gerai Christmas Festival masih belum dibuka ketika ini
Berjalan menghala ke Marina Bay Sands untuk mendapatkan Stesen MRT Bayfront
Jambatan menyeberang tasik untuk menuju ke Stesen MRT
Pemandangan Marina Bay Sands dari atas jambatan
Patung Rimau yang colourful
Bergambar kenangan sebelum meninggalkan Gardens By The Bay
Tasik di depan pintu masuk ke Gardens By The Bay
Pekerja-pekerja asing sedang bersantai di depan tasik
Ramai sungguh pekerja asing sedang bersantai di sini

Part 16: Harbourfront Centre

Lega sungguh bila dah masuk ke lorong menuju ke Stesen MRT Bayfront. Ini adalah kerana ada aircond di sini. Maklumlah sajalah, cuaca agak panas di luar sana.

Lorong menuju ke Stesen MRT Bayfront
Kalau di tepi tasik di Gardens By The Bay tadi ada ramai pekerja asing berkelah hujung minggu, di lorong menuju ke Stesen MRT Bayfront ini pula ada ramai pelancong asing tengah melepak. Terkejut juga kita melihatnya kerana kita tidak menyangka ada pemandangan sebegini di Singapore. Maklumlah, kita sangkakan segala-galanya prim & proper di Singapore kerana negara ini terkenal dengan mutu disiplin yang tinggi.

Pelancong yang duduk melepak di lorong menuju ke Stesen MRT
Pekerja asing juga ada yang melepak di sini
Ramai yang narcissistic dengan cermin di lorong ini. 😅
Tiba di Stesen MRT Bayfront
Piano komuniti yang boleh dimainkan oleh sesiapa sahaja
Naik MRT kembali ke Harbourfront
Bertemu kembali dengan Snoopy di Harbourfront
Suasana di Harbourfront sangat meriah pada petang ini
Setibanya di Harbourfront, kami singgah dulu minum petang di sebuah kedai roti bakar yang bernama Kopi Korner. Kedai ini mempunyai sijil perakuan Halal dari Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS).
 
Kopi Korner
Selamat Datang
Minum petang di Kopi Korner
Tray Return di Kopi Korner
Sijil Perakuan Halal dari MUIS
Cold Storage di hadapan kedai Kopi Korner
Kami kembali ke Singapore Cruise Centre (SCC) untuk naik ke kapal. Ada pemeriksaan Imigresen yang perlu dilalui terlebih dahulu sebelum boleh mendapatkan kapal.

Kembali ke Singapore Cruise Centre
Info kapal Star Voyager yang tertera di Singapore Cruise Centre
Alhamdulillah, sempat kembali ke kapal on time
Di SCC ini juga, kami dapat melihat ramai penumpang baru sedang check-in untuk menyertai perlayaran kami. Maklumlah, selepas meninggalkan Singapura untuk menuju ke Port Klang malam nanti, Star Voyager akan meneruskan perjalanan ke Phuket di Thailand pula. 
 
Penumpang-penumpang baru Star Voyager sedang mendaftar masuk
Pemandangan belakang Star Voyager
Sewaktu berjalan balik ke kapal di Singapore Cruise Centre, kami dapat mellihat sebuah feri laju bernama Stellar Majestic tiba dari Batam. Sewaktu merancang cruise dulu, memang ada Myself dan Husband terfikir nak pergi ke Batam sewaktu kapal berlabuh di Singapore. Tetapi setelah mengkaji dengan mendalam, kami membatalkan saja hasrat ini kerana bimbangkan risiko tak sempat balik ke kapal on time. Maklumlah, perjalanan dari Singapore ke Batam bergantung semata-mata dengan perjalanan feri. Kalau cuaca buruk dan tidak mengizinkan feri bergerak (seperti shore excursion kami ke Bintan yang dibatalkan), boleh tersadai kita nanti ditinggalkan kapal. Kerana itulah kami akhirnya memilih untuk melawat ke Gardens By The Bay sahaja.

Port of Singapore
Feri laju Stellar Majestic yang baru tiba dari Batam
Pemandangan hadapan Star Voyager
Ada kerja renovation sedang berlangsung di Singapore Cruise Terminal ketika ini
Arah untuk kembali ke kapal
Monorail yang berulang alik ke Pulau Sentosa
Dah tiba ke kapal
Pintu masuk ke kapal masih jauh lagi...
Pandangan dekat bahagian belakang kapal Star Voyager
Tali yang mengikat kapal ke jeti
Dah tiba di jambatan untuk masuk ke kapal
Berjalan di atas jambatan
Tender boat
Krew yang menanti di pintu masuk ke kapal
Bergambar dulu di Pearl Court sebaik masuk ke dalam kapal
Macam biasa, kita akan masuk ke kapal dari bahagian depan (forward) sedangkan bilik kami terletak di bahagian belakang (aft) kapal. Nak tahu jauh macam mana kami kena berjalan nak mendapatkan kabin dari lobi lif forward ini? Tengok gambar di bawah...

Husband berjalan ke arah kabin
Di sanalah kabin kami...
Husband posing di depan pintu kabin
Seronok bila dah sampai balik ke kabin
Air mineral juga dah ditambah di atas meja...

No comments: