Monday, 12 August 2024

2024 ANDALUSIA BHG. 43 (Badajoz-Merida- Madrid)

Mei 2024

NORTHERN AFRICA & SOUTHERN EUROPE
Morocco, Spain & Portugal
[SPAIN: Madrid]

Bahagian 43: Spain
BADAJOZ - MERIDA - MADRID

HARI KESEMBILAN (6)

Part 122: Singgah Di Badajoz

Walaupun telah sangat lewat, kami membuat persinggahan di Badajoz (disebut: Badahoz) yang merupakan bandar sempadan dengan Portugal di Spain. Di sini juga kita betulkan kembali jam kerana waktu di Spain adalah sejam lebih awal berbanding Portugal.

Tiba di Badajoz
Menyeberang jalan menuju ke restoran untuk makan tengahari
Berjalan menuju ke restoran
Restaurante Indio Taj Mahal
Makan tengahari kami disediakan di sebuah restoran India yang bernama Taj Mahal. Menu yang disediakan adalah Nasi Briyani yang sedap.

Suasana di dalam Restoran Taj Mahal
Lukisan tradisional India
Nasi Briyani Ayam
Jemput makan... Cuma Nasi Briyani Ayam yang disediakan semata-mata. Tak ada kuah atau sayur acar disediakan bersama macam di Malaysia.
Meninggalkan Restoran Taj Mahal
Kami diberi sedikit free time selepas makan di Badajoz. Kesempatan ini Myself dan Husband gunakan untuk bersiar-siar menikmati suasana bandar Badajoz berhampiran Restoran Taj Mahal.

Suasana di Badajoz
Patung di tengah roundabout di Badajoz
Pandangan lebih dekat patung di tengah roundabout di Badajoz
Pembahagi jalan. Lorong berwarna merah dikhaskan untuk kegunaan basikal.
Persiar kaki di depan Restoran Taj Mahal
Tiba masa yang ditetapkan, kami berjalan kembali mendapatkan bas.

Berjalan mendapatkan bas
 Berjalan menuju ke tempat bas akan mengambil kami
Bunga yang berkembang mekar di musim spring
Mekar dan harum
Bas elektrik di Badajoz
Meninggalkan Badajoz
Roundabout
Love in Badajoz
Sebatang jalan di Badajoz
Fountain di roundabout ini tidak berfungsi pula hari ini
 Kedai buah-buahan
Frutas Cabrilla
Apartment-apartment kediaman di Badajoz
Tong sampah komunal di tepi jalan

Part 123: Bas Rosak Di Merida

Perjalanan kami diteruskan menuju ke Madrid yang berjarak 405 km dari Badajoz. Perjalanan dijangka mengambil masa kira-kira 4 jam.

Meninggalkan Badajoz
Spain adalah negara yang paling banyak menggunakan renewable energy di dunia. Oleh itu kita sentiasa dapat melihat solar farm untuk menghasilkan tenaga elektrik di mana-mana jua, termasuk berdekatan dengan Badajoz.
 
Solar farm yang luas berhampiran Badajoz
Panel-panel Solar
Pemandangan solar farm berhampiran Badajoz
Kawasan pertanian
Ladang gandum
Lagi pemandangan ladang gandum
Jambatan Roman lama di kejauhan
Sungai Guadiana
Kawasan pertanian berdekatan Sungai Guadiana
Sejak dari di Lisbon lagi, aircond bas kami agak panas. Tour Leader kami Encik Hatta yang pernah mempunyai pengalaman sebagai pemandu bas di Malaysia mengesyaki ada sesuatu yang tidak kena dengan enjin bas kami. Dia mendesak pemandu bas kami untuk berhenti di sebuah kawasan rehat berhampiran Merida.

Bas membelok menuju ke Merida
Bas kami sedang menuju ke perhentian stesen minyak di depan sana
Setibanya di R&R dan setelah Encik Hatta bersama pemandu bas kami Teo memeriksa keadaan bas dengan lebih lanjut, rupa-rupanya belting bas kami memang dah rosak dan melebur. Memang tidak selamat untuk kami meneruskan perjalanan ke Madrid dengan bas ini.

Oleh yang demikian, Encik Hatta, Zarina dan Teo mengatur supaya sebuah bas lain datang mengambil kami di Merida. Namun demikian, disebabkan bas gantian ini datang dari Seville, kami terpaksa menunggu 2 jam di sini.

Menunggu bas ganti di stesen minyak dekat Merida
Waktu menunjukkan pukul 7.27 malam ketika ini tetapi matahari masih memancar terang.
Mujurlah tuan kedai di stesen minyak di mana kami menunggu bas baru ini tidak kisah kami melepak lama di dalam kedainya.

Kedai runcit di dalam stesen minyak
Melepak dalam kedai sambil menunggu bas ganti tiba
Minum air oren sambil makan potato chips
Satu lagi pemandangan di dalam kedai runcit
Bas kami yang rosak di Merida
Dekat stesen minyak ini juga sebenarnya ada sebuah kedai Harley-Davidson dan sebuah restoran. Memandangkan ketika itu dah hampir pukul 7.30 malam, kedai Harley-Davidson telah ditutup dan cuma restoran di sebelahnya sahaja yang masih dibuka.

Kedai Harley-Davidson dan restoran berdekatan stesen minyak di Merida
Laluan menuju ke lebuhraya

Part 124: Meneruskan Perjalanan Ke Madrid

Syukur Alhamdulillah kerana bas gantian kami tiba pada pukul 9 malam. Namun walaupun bagasi telah siap dipindah masuk ke bas baru, bas belum boleh bergerak kerana pemandu bas kami datang membawa bas ini dari Seville sejauh 2 jam perjalanan tadi. Oleh itu, dia perlu berehat 15 minit mengikut peraturan sebelum memulakan perjalanan ke Madrid.

Suasana di dalam bas baru menuju ke Madrid
Husband bergambar di dalam bas
Bergambar dengan kedai Harley-Davidson yang telah ditutup ketika itu.
Bas masih belum boleh bergerak kerana waktu rehat mandatori pemandu bas belum tamat.
Bas kami akhirnya berlepas menuju ke Madrid pada pukul 9.30 malam. Perjalanan masih berbaki 342 km dan perjalanan masih dijangka memakan masa 3 jam 45 minit.
 
Lebuhraya menuju ke Madrid
Mentari terbenam di bumi Spain
Selepas 2 jam, bas kami membuat perhentian rehat di sebuah R&R yang Myself tidak pasti di mana. Malangnya stesen minyak ini telah ditutup ketika itu. Maka Zarina meminta pemandu bas kami untuk meneruskan perjalanan ke perhentian yang seterusnya.
 
Berhenti selepas 2 jam perjalanan tetapi stesen minyak ini telah ditutup.
Bas meneruskan perjalanan menuju ke R&R yang seterusnya di Las Esparteras. Syukurlah di sini ada restoran yang dibuka 24 jam. Namun disebabkan driver kami dah memandu lebih 2 jam untuk sampai ke sini dari Merida tadi, dia perlu membuat hentian rehat mandatori selama 40 minit. Adoii, lambat lagilah kita nak sampai ke Madrid!

Berhenti di R&R seterusnya di Las Esparteras
Restoran 24 jam Asador Las Esparteras di R&R
Sebaik masuk ke restoran ini, terperanjat kita melihat daging kaki babi yang bergantungan di atas kaunter. Tetapi syukurlah daging kaki babi ini semuanya plastik dan bukan daging sebenar. Kalau tidak boleh pengsan juga kita melihat dan menghidu baunya di situ. Hahaha!!
 
Daging kaki babi plastik yang bergantungan di atas kaunter
Disebabkan kita perlu berada di sini, Myself dan Husband memesan hot chocolate untuk diminum. Mujurlah ada Zarina yang fasih berbahasa Spanish. Dialah yang menolong memesan hot chocolate untuk kami. Memang satu pengalaman unik bagi kami minum hot chocolate di bawah kaki babi plastik. Kihkihkih!!

Gambar kontroversi ~ memesan Hot Chocolate di bawah kaki babi plastik.
Menunggu Hot Chocolate disediakan
Cuma air panas dan sachet chocolate yang diberi. Kena bancuh sendiri Hot Chocolate ini rupa-rupanya.
Belum sempat nak habis minum Hot Chocolate, kami dah dipanggil semula masuk ke dalam bas. Kita bawa sajalah Hot Chocolate ini untuk disambung minum di dalam bas.

Membawa Hot Chocolate untuk disambung minum dalam bas
Tetapi bila semua orang dah masuk dan bersedia di dalam, bas kami tetap tidak bergerak. Masih ada 4 minit lagi waktu rehat, kata driver bas kepada kami. Myself rasa semua bas di Spain ini dilengkapi dengan black box macam dalam kapalterbang untuk memastikan driver bas mengikut semua peraturan yang ditetapkan. Jika data black box menunjukkan driver tidak mengikut peraturan rehat yang sepatutnya, mungkin mereka akan didenda.

Plaza Tol sewaktu bas kami tiba di Madrid
Tol adalah percuma di waktu tengah malam begini rupanya
Tiba di kota Madrid
Suasana di dalam bas sewaktu kami tiba di Madrid
Sebuah lagi Plaza Tol di Madrid
Alhamdulillah, selepas melalui pelbagai dugaan perjalanan, kami akhirnya selamat tiba di hotel penginapan kami Holiday Inn Express yang terletak di sebuah kawasan bernama Getafe di pinggir Madrid pada pukul 2 pagi. Memang Myself dan Husband bersyukur kerana Allah tetap memberikan kekuatan dan kesihatan yang baik kepada kami sepanjang melalui dugaan perjalanan hari ini.

Tiba di Getafe di pinggir bandar Madrid
Shopping mall di sebelah hotel kami
Hotel Holiday Inn Express
Mengeluarkan bagasi dari perut bas
Check-in ke bilik penginapan
Bar di sebelah kaunter reception
Menunggu pendaftaran ke bilik penginapan
Suasana awal pagi di lobi hotel
Bilik penginapan
Bilik mandi
TV dan meja tulis
Walaupun telah awal pagi, dinner tetap dihantar ke bilik kami. Dinner malam ini adalah set nasi yang disediakan oleh sebuah Restoran Indonesia di Madrid. Tetapi disebabkan makanan ini telah sampai ke hotel pada pukul 10 malam (waktu sebenar kami dijangka tiba di Madrid), ia memang dah sejuk. Namun begitu, kami tetap makan dengan berselera. Alhamdulillah.

Dinner yang disediakan oleh sebuah Restoran Indonesia di Madrid


Bersambung ke Bahagian 44...


CATATAN PERJALANAN (MOROCCO, SPAIN & PORTUGAL 2024):